Monday, August 17, 2009

H1N1 dan Penawarnya...

Daku copy info nie dari ira_kecik..Thanks ira. Just nak share info about this kiling virus ..


Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus


Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu


1) Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di Mexico.


2) Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


3) Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.


4) Siapa Yang Berisiko
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada asthma
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas .

Simptom - Simptom

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > - Lung collapse @ kom

Langkah-langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan kumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.


3 comments:

CuTeMiUt78 said...

yup..kita pun ada dpt email berkenaan ngan H1N1 ni

Unknown said...

spt yg kite tahu, H1N1 nie menyerang mereka yg lemah sistem imun, so, sye na share ape yg saye amalkan utk meningkatkan sistem imun dlm badan dan sekali gus melawan serangan virus ini. feel free to visit http://minumalphalipid.blogspot.com
TQ

Mama Safiyyah said...

thank you for the information kak....info yg selalu semua org bgtau tp jarang org nak ikut......mmg bagus akak remind......thank you

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010