Friday, December 24, 2010

Apa itu SLE?

NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis, sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya.
Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar.
Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan.
Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit itu.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya.
Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan.
Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat.
‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian kerjaya dan biologikal (mengandung).
‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.
Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita, Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE.
Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan.
Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan.
Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.
Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.
Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata, penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave.
“Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.”
‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah.
Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).
Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.
“Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.
Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40 daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada penyakit ini.
‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh 70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya.
Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan, biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini
Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.
Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat diserang penyakit berkenaan.
Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan hydroxychloroquine.
Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.
Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.
Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE Malaysia
‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.
‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.
Info
* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.
Tanda dan gejala SLE
* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
Panduan untuk pesakit SLE
* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.
* Perlindungan kulit.
* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.
* Ubat-ubatan.
* Makan ubat atas arahan doktor.
* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

Sunday, December 19, 2010

Ku dapat anak buah baru...congrate Ani...

Alhamdulillah..tadi cik abgku blk bw berita adiknya Ani da bersalin..dengarnya anak lelaki lagi.. hahaha...maka bertambahlah sorang lg cucu lelaki MakIpoh eh..so Amirah still cucu perempuan sulong, diikuti dgn anak Kakyong Anis, Aliya n My Lil Qis (bongsu - setakat nie lah)...x pe Ani.. leh cuba lagi..ekekekek...

Disamping kegembiraan mendapat anak buah baru... daku masih struggle study tuk exam PTK dan KPSL yg akan bermula di UPM pada 20-22hb nie.. alamak..nape apa yg ku belajar x masuk otak nie...aduhai...mungkin sebab kesihatan daku yg agak terganggu akhir2 ni kot... skang pun daku tgh riso.. cam ne la nak drive ke KL nie... tangan kakiku bengkak lagi.. uwaaaaaa

Tapi daku tetap sahut cabaran...klu diikutkan PTK tu daku da lulus... tp daku nak menambahbaikkan result je..cuma KPSL tu jela... rasa cam nak jwp soklan exam U je .. hhuhu...
Uols doa2kan lah ye...

Ok daku nak sambung balik study.. x tau nak tido kul bape ari nie..sok nak drive ke KL lak... bukan x mo study siang.. tp gangguan dak kecik tuh...x ley nak wat pa pe...heheheh...

Friday, December 3, 2010

Pemergian yang tak dijangka..Al-Fatihah pada Arwah Ila

Salam hari Jumaat. Sesungguh dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Sesuatu yang tak mungkin boleh disangkal sampai bila2. Daku rasa agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan Arwah pada bulan Julai yang lepas. Rasanya kali terakhir daku bertemu dengan Arwah, 6 bulan yang lepas, masa bermalam di rumah EE di Frim. Arwah seorang yang penyayang dan amat suka dengan kanak2. Baru berusia 20 tahun dan baru 4 bulan berkahwin. Malam sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhir, Arwah sempat bersembang lama dengan kakaknya Imah (isteri EE). Malah berjanji untuk menziarahi mereka pada hari minggu ini. Namun, dimaklumkan bahawa Arwah ada membalas sms jiran Imah, dan memberitahu mungkin tak datang sana sampai bila-bila dah (mungkinkah itu petanda). Diusia yang muda, Arwah pergi secara tiba2 seorang diri di rumah pada jam 1.30tgh 1hb Dis 2010..dikala suami tersayang keluar sebentar ke kedai berdekatan..dugaan yang sungguh pedih buat sang suami...moga Man tabah menghadapi hari-hari mendatang seorang diri...

ilanov2008

Ila : Mar 1990 – 1 Dec 2010
(Amik dr Blog Kakyong..tocey Kakyong)
Sebaik saja daku mendapat tahu berita tersebut..daku terus menelefon Imah.. dengan nada sengau (mungkin terlalu banyak menangis)..Imah memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang..mungkin malam nanti Jenazah akan sampai ke Kg. Cht Tin. Daku mengambil keputusan menunggu sehingga Jenazah sampai, baru ke sana. Dan pada jam 10.30mlm, Imah memaklumkan jenazah akan sampai. Kami bergegas ke rumah Mertuaku di Tmn Bertuah untuk mengambilnya, dan Kakyong..kami sampai di Kg. Cht Tin pada jam 12.40mlm selepas singgah makan sebentar di Restoran Berahim Tg. Tualang..masa sampai di Restoran tersebut, kelihatan Imah, EE, suami Arwah (Man), Atan, serta anak2 EE sedang duduk santai selepas makan. Kami berehat sebentar sambil bertanya hal sebenar.. kelihatan Man sugul saja. Kesian dia. Baru 4 bulan berkahwin..kini bujang semula..sabar ye Man.

Sampai di rumah mak Imah, kelihatan jenazah terbujur kaku di tengah rumah. Alahai..sebaknya hatiku.. lantas daku dan Kakyong mengambil air sembahyang..dan duduk membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada Arwah..lebih kurang jam 2 pagi...kami bergerak balik..(cik abgku baru sebulan start keje di Kilang baru..so x dapat la nak cuti)..sempat kami menatap wajah terakhir Arwah..sungguh tenang dan kelihatan tersenyum..tenanglah kau disana ye..

Aduhai penatnya badan..sesampai dirumah..ingatanku masih pada Arwah..macam tak percaya je Arwah telah pergi ke Rahmatullah.. begitulah putaran hidup...nasib kita tak siapa yang tahu.. mana tahu..tengah sihat2 tiba2 esok dengar berita ...Innalillah...nauzubillah...

Sempat daku membawa mak ke sana pada petang semalam.. dalam tak sihat..mak tetap nak pergi menziarah..kami tak lama...dalam keadaan mak tak sihat tak boleh berlama2...sempat mak bersembang dengan Man...dia menyatakan terkilannya kerana tidak berada disisi Arwah semasa Arwah menghembuskan nafas yang terakhir..katanya..sesampai di rumah dari kedai, Man nampak Arwah rebah...bergegas Man mendapatkan Arwah namun terlewat kerana Arwah telah pergi..aduhai..kesiannya Man..sabar ye Man..Al-Fatihah buat Arwah Ila..moga ditempatkan disisi umatnya yang beriman..Amin...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010