Hari yang menggembirakan...Mood Cuti
Salam pada semua. Hari nie daku dalam mood gumbira...kenapa? Sebab akhirnya setelah 6 kali amik exam, barulah ini kali pertama Amira tak menduduki tempat kedua terakhir seperti selalu. Walaupun keputusan peperiksaannya tidak cemerlang seperti kanak-kanak normal lain tetapi sekurang-kurangnya usaha daku berhasil. Dari 20 - 30% setiap kali periksa dan 5 subjek teras selalu dapat D atau E, lastly daku dapat le lihat peningkatannya. Amira dapat 1B3C1D, 52.5% dan tempat ke 19/27. Alhamdulillah. Daku akan teruskan usaha bagi memastikan Amira yang mengidap ADHD dapat bersaing dalam pelajaran seperti rakan2nya lain. Cik Abgku yang dalam perjalanan ke UUM pun gembira kerana kami dah frust setiap kali dia amik periksa mesti kantoi. Tadi daku jumpa Guru Besar dan Guru2 yang mengajarnya dan mereka berjanji akan membantu memantau pembelajarannya di sekolah. Doakanlah Amira agar dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Amin.
7 comments:
.aminn :)
I feel happy. Sedikit usaha yang ditunjukkan oleh insan seperti Amira memang buatkan kita gembira.. Saya doakan dia akan terus menunjukkan peningkatan, insyaAllah
Tahniah utk Amira... maklong tumpang hepi.. pasni boleh usaha utk dpt result lebih baik.. semoga lebih dpt tumpu pada pelajaran... ;)
cik intanurulfateha....alhamdulillah
suealeen...time kacih...harap2 exam akan datang pun memberangsangkan gak
kakyong...kita doakan lah...dah jumpa guru besar dan dapat feedback yang baik..
congratulation... ha.. boleh ar tu..
ni berkat ibunyer yang bersungguh-sungguh nieh..
heheh ibu ngan ayah kne bagi special reward kat kak miera nie
erin suka ibubapa yang kuat smangat cenggini. ada stngah tu depa just kata..."ala dia mg macam tu"
mana boleh. kita kner usaha...
Post a Comment