Tuesday, June 9, 2009

Father's Day Contest by MamaTisya

Akhirnya daku berjaya gak wat entri nie...puas cari gambar2 yang sesuai khusus untuk contest nie. Daku terjumpa contest nie masa tengah jalan2 kat blog kawan-kawan. Kebetulan daku tengah gila nak join apa2 contest so daku pun cuba nasib. Dan bersempena dengan Besday anakku BadrulMunir, daku pun amik berkat skit. mana tau ada rezeki ...Tapi gambar yang daku pilih nie agak lama before Baby Qis born. Macam ada something memorable about that pic... Daku cite skit tentang :-


FATHER'S DAY CONTEST BY MAMATISYA

Contest ni bermula pd 1 June-10 June 2009

Contest ni akan di tutup pukul 2pm on 10 June 2009 dan keputusan akan diumumkn pd 11 June 2009

Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:


1. Add blog MamaTisya di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER MamaTisya serta upload FATHER'S DAY CONTEST as a banner di blog anda.

2. Buat entry khas ngan tajuk FATHER'S DAY CONTEST & upload gmbr anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2.

Sertakn perkara2 berikut:
Nama ayah & anak
Umur anak (tiada had umur )
citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?(kalo ada, sila nyatakan)
(P/s: hanya 1 gambar shj tp jika anda mempunyai ank lebih dr seorang so bole ltk lebih means kalo ank 2 org so 2gmbr dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 ank skaligus..cthnye kalo ada bb kembar ke, ada ank 5 ke...camtu la maksudnya)

3.Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya(no link back will be disqualified).Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.

4. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg menarik & melambangkn kasih syg seorang ayah kepada anak.Keputusan juri adalah muktamad.Hanya 2 pemenang akn dipilih iaitu
ayah & anaklelaki
ayah & anakperempuan
5. Hadiah utk pemenang adalah something from PIERRE CARDIN**jika rmi yg join contest ni...mayb ada adiah saguhati...so tguuuuuu......
so pd kwn2 boleh la mula snap gmbr anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2 utk join FATHER'S DAY CONTEST
tkpyh susah2 nk kena jwb soklan & wt slogan just upload gmbr shj...mudah knjom rmi2 join ....

Untuk makluman, daku telahpun menjadi Follower MamaTisya n dah add link, maka syarat pertama telah dipenuhi. Berikut adalah gambar dan cerita tentang gambar yang daku pilih :-


Nama Ayah : Yusri bin Yahya (36 tahun)

Nama Anak : Nurul Amirah Syafiqah binti Yusri (9 tahun)

Gambar ini diambil semasa kami menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2005. Ini adalah raya pertama daku di rumah sendiri memandangkan sebelum2 nie daku pasti tidur di umah mak atau mertua. Jadi bagi memberkati dan mengcompletekan Hari Raya pasti ada sesi maaf bermaafan. Di dalam gambar sekarang kelihatan Amira sedang meliuk lentuk kerana diusik oleh ayahnya semasa meminta maaf. Abg Bad lak tengah tunggu turn dengan penuh ketidak sabarannya... Mengapa daku pilih gambar nie? Satu persoalan yang perlu dijawap disini. Untuk makluman, Cik Abgku nie seorang yang penyayang tapi tegas dalam mendidik anak2. Amira dan Abg Bad cukup takut kalau ayahnya dah mula tunjuk jari telunjuk. Dalam pada tu pulak, kalau tak mengusik anak2 sehari sampai nangis tak sah. Dialah punca kenapa zuriatku hanya 3 orang. Katanya, abg dah merasa susah senang adik beradik ramai sampai 10 orang, jadi abg nak semua anak2 kita mendapat kasih sayang sepenuhnya serta pelajaran secukupnya dari kita tidak seperti abang dulu. Kalau diikutkan, dia nak sepasang je, cuma bila anak2 dah besar daku teringin nak ada baby lagi...muncullah Baby Qis. Gambar ini padaku amat bermakna untuk dikenang dan daku berharap agar mendapat tempat dihati juri. Sesungguhnya suamiku banyak berkorban demi memastikan keselesaan dan kebahagian kami sekeluarga.

Nama Ayah : Yusri bin Yahya (36 tahun)
Nama Anak : BadrulMunir bin Yusri (7 tahun)

Gambar nie pun agak lama. Daku suka gambar nie sebab inilah gambar pertama Cik Abgku bersama Abg Bad coz before this kami tak penah snap gambar berdua, mesti berempat. Badrulmunir nie cukup kamceng ngan ayahnya tambah kalau bab menyanyi. Kalau karaoke berduet cam boleh masuk pertandingan weh... Moga2 dapat menambat hati juri....


Nama Ayah : Yusri bin Yahya (36 tahun)

Nama Anak : Nurul Qistina Batrisya (4 bulan)

Wah meriahnya gambar. Tak adil kalau kakak Amira n Abg Bad je yg join, Baby Qis pun nak tumpang dua kaki gak.... Daku snap gambar nie minggu lepas masa Cik Abgku balik keje. Tak sempat lagi ayahnya nak masuk umah, sibuk nak g kat ayahnya. Daku suka gambar nie sebab daku sibuk nak snap gambar mereka, Baby Qis pulak sibuk nak tengok muka ayahnya. Harap dapat gak tambat hari juri. Pendek kata semua gambar yang dihantar harap ada harapan untuk menang....

Plan: Daku plan nak celebrate Father's Day kat Genting Highland. Kebetulan daku ada dua tiket free, so leh bawa anak2 jalan sambil buang duit...hahahaha

Untukmu sayang, daku bertuah mengahwinimu, kita bermula dari bawah *from nothing to something* moga sayang berjaya dalam usahamu meningkatkan ilmu pengetahuan demi menambah pendapatan kita dimasa depan. Semoga sayang lulus dengan cemerlang dalam pelajaran sayang dan daku pasti menemanimu semasa konvo di UUM nanti.

9 comments:

syafiqa salim said...

cute anak akak especially Qis. nape x mau anak ramai, nnti lg meriah!

MassYasin said...

salam...
thanks singgah umah kita... sama sama kita berjaya... hehhee... dtg umah kita lagi nanti... bye...

Unknown said...

Noor Syafiqa Salim...makacih. Cik Abgku tak nak ramai...dia dah ramai adik beradik...

Mass M.Yasin...sama2. Nanti iela g lagi..

eRiNsZ said...

erin suka part "from nothing to something" emm so meaningfull..

eRiNsZ said...

erin join gak contest ni tapi tak de rezeki hahahahaha
tapi dapat rameiii kawan..

eRiNsZ said...

emm nanti pi convo musti meriah kan ngan anak-anak.. emm erin pon tringin nak konvo skali lagi.

tapi tu ler seru untuk sambung blajar blom tiba lagik nie...

ziha said...

kak erin nak smbung blaja lagi eh..nk smbung per??degree, mster?phd? amek la kat ukm..hehe....

ziha said...

kte plak suke statement kak miela y ni 'jalan2 sambil buang duit'..hehe mcm syok jer..

ziha said...

buang duit bkn bmaksd tabur duit kt jalan sje2 tau..tu bazir..syg duit..y kte mksd kn ialah..shopping baju,ksut dll n makan sdap2..haha

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010