Thursday, June 18, 2009

ADHD, Amira dan Masalah Di Sekolah

Hari selasa lepas, daku sempat bawa Amira ke Pakar Peadiatrik Ipoh berkenaan masalah ADHD yang dihidapinya. Sebenarnya checkupnya minggu lepas, dan Cik Abgku dah bawakan, namun disebabkan Doktor Pakar yang merawatnya tiada, mereka postponed minggu nie. Amira sekarang dah pandai berkomunikasi dengan doktor. Dia adalah mengadu mengenai tingkah laku guru Sainsnya yang menggunakan perkataan MALAS GILA BABI dan sering menyuruh rakan sekelas mendenda dengan cara mengetuk kepala Amira dengan alasan kerana sering tak siap kerja yang diberi. Sedangkan daku pernah mengemukakan surat Doktor mengatakan Amira menghadapi masalah Kurang Tumpuan dan Perilaku yang memerlukan pemerhatian guru sepenuhnya. Dimana silapnya guru-guru sekarang. Tidak peka dengan perkembangan anak-anak murid. Dr. Shiela (Dr Pakar Paed kesayangan Amira) agak marah dengan situasi tersebut. On the spot dia arahkan staffnya buat surat kepada Guru Besar dan Guru Kelas untuk permasalahan ini dan mohon kerjasama mereka untuk pastikan perkara nie tak berlaku lagi. Amira nie walaupun menghidapi ADHD tapi tak boleh dimasukkan ke dalam Kelas Pendidikan Khas kerana IQ nya tinggi. Biasanya kanak-kanak Autisme atau ADHD (Hyperaktif) je yang disarankan ke situ. Sekiranya betul cara, dia mampu berjaya dalam pelajaran. Cuma disebabkan penyakitnya, dia agak ketinggalan berbanding kawan2 yang lain. Itu gunakan RItalin yang perlu diambil setiap pagi. Daku sedih gak dengan nasibnya. Kalau tak makan ubat, dia akan lasak, tak fokus, dan macam2 lagi. Pasti kena marah dan silap2 kena pukul dgn ayahnya. Daku amatlah berharap agar penyakit Amira dapat dibendung agar dia dapat bersaing dengan rakan-rakan seusianya dalam pelajaran. Amin..

Kepada sesiapa yang berminat nak tau cerita tentang ADHA Amira yang pernah daku berikan pada SIL daku dulu boleh klik link nie..http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/adhd-penyakit-hilang-daya-tumpu.html

Daku ada gak survey rakan2 blog dan terjumpa maklumat ni kat blog Marya. Bolehlah kita kongsikan bersama. Harap membantu yang lain disamping meringankan kepala dan sakit hatiku ini.

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

PendahuluanADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia didalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala:-

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa

Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan(lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

• Tambahan :

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya.
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
PemulihanIntervensi tingkahlaku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Info dari : http://www.infosihat.gov.my


9 comments:

Sue.Aleen said...

macam² anak kita ni kan..

cikgu zaman sekarang ni segelintirnya tidak komited dengan kerjaya. dedolu ramai sangat nak masuk KPLI pasal tak de kerja kat pasaran terbuka. udahnya cikgu² ni jadi cikgu bukan atas dasar 'passion' @ cinta pada profession tersebut.

mungkin juga terlalu banyak tekanan. kekadang tak balik sampai pukul berapa. dengan kerja koku/persatuan/panitia dan sebagainya. balik rumah nak kena rait buku lagi.

kat tempat kami ni murid ramai, guru sikit. ada murid yang ketinggalan dan tidak diberikan perhatian.

Jiey^Mien said...

Macam2 la sekarang ni..
Siyan plak dia..
Tak pasal2 cikgu wat camtu..
Try akak gi skolah n jumpe cikgu tu sdr..

Ummi Shira (AshAnas) said...

Shira dulu kat sekolah rendah ada sorg kwn lelaki yg cmtu jugak... Cuma Shira x pasti la tu ADHD ke tak... Tp, simptom2 yg Shira baca, memang nampak kat bdk tu... Memang dia lmbt sket & susah nak tumpu dlm kelas & dia mmg byk ketinggalan... Sampai nak UPSR pun dia tak lancar membaca... UPSR dpt 4D...
Tapi skrg kan kak, bdk tu dh jadi pegawai tau... Tak tahu la cmne kisah hidup die lps sek ren tu... mmg dh lama xjumpa dia... yg tahu keje die skrg, cikgu yg bg tau... Insya'Allah, ada rawatan untuk Amira... Akak jgn risau ek... Banyakkan berdoa yang terbaik untuk anak...

Ada sorg anak kawan mak, dia autisme... tp speaking english terror... xde sape ajar die pun... die bljr kat kartun je...

kwn mak ckp, die mmg hyper & susah nk focus... kena cr sthing yg dia minat utk bg dia focus... dr situ kita develop sikit2...

Bergantung pada Allah, Allah akan tolong...

Unknown said...

sueleen...tulah nak jadi cikgu skrg bkn sebab minat tapi duit...

Jiey...cadangnya esok nak g sek dia. Nak amik report card n jumpa Guru Besar bg surat dari Dr Pakar Paed tu..

AshAnas...Amira pun teror cakap English...pun belajar dari Cartoon Network n Playhouse Disney je...harap2 usaha k.iela dalam memastikan Amira mendapat pelajaran sepatutnya berhasil.

Unknown said...

bagus sgt doktor buat surat khas tu..

maklong pun tak tahan kalo amira tak reti dok diam, tapi takde le bengap sgt cam cikgu tu sampai nak sebut MALAS GILA BaB*.. cikgu apa camtu, walhal dah diberi latihan mcm2 masa kat Maktab dulu...

kita yg takde latihan khas utk jadi guru pun tahu gak sket2 kaedah nak mendidik anak...

patut dilaporkan pada Guru besor tu... ishhh, daku plak yg hangin... kikikiiii..

Amira mesti lah IQ tinggi... sbb maklong dia pun IQ tinggi gak... kakakakakkkahhhh... :))

Unknown said...

kakyong....semestinya....hahahaha

eRiNsZ said...

thanXs kak miela... mujur akak bagi info nie.. baru erin tau detail tntang pykit nie..
dulu ader gak blajar tapi tak detail sesangat..

eRiNsZ said...

kat klass erin pon ada gak sdudnt yg bmsalah krang daya tumpuan.. tapi bebudak mcam nie ada gak klebihannyer... mreka ni ckup rajun membantu dan mdah bersimpati dgan kesusahan orang lain..

eRiNsZ said...

so murid yg erin namakan A nie. erin akan suruh dia buat pair work. kerja berpasangan...
erin tak ler terro ngat cme tlg maner yg terlarat jer.

tp x dnafikan kengkadang mg tension.
Smoga kak kuat eak..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010