Monday, September 28, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL

Daku agak confius dengan statement yang daku dapat dari email tadi.. daku terpanggil utk up kan topik ini di blog.. moga ada yang cerdik pandai bantu dalam hal ini.. daku tak berani komen tapi daku dapat gak email pembetulan selepas itu.. meh kita bincangkan dan kongsikan bersama..

> > > BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP> SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN

> > Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
> > Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah , cepat cepat kahwinkan.
> > Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
> > Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

> > > Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
> > Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

> > > > Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
> > Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

> > > > Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
> > Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

> > > > Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
> > Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

> > > > Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
> > Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

> > > > Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
> > Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

> > > > Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
> > Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

>> > > > Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
> > Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

>> > > > Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
> > Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

> > > > Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

> > Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

> > Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.> > WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

Dan ini pula pembetulannya...

Perkawinan yang didahului oleh kehamilan dinilai sah oleh banyak ulama, walaupun memang ada ulama yang menyatakan bahwa perkawinan tersebut tidak sah. Sahabat Nabi SAW, Ibnu Abbas, berpendapat bahwa hubungan dua jenis kelamin yang tidak didahului oleh pernikahan yang sah, lalu dilaksanakan sesudahnya pernikahan yang sah menjadikan hubungan tersebut awalnya haram dan akhirnya halal.Dengan kata lain, perkawinan seseorang yang telah berzina dengan wanita kemudian menikahinya dengan sah, seperti keadaan seorang yang mencuri buah dari kebun seseorang, kemudian dia membeli dengan sah kebun tersebut bersama seluruh buahnya. Apa yang dicurinya (sebelum pembelian itu) haram, sedang yang dibelinya setelah pencurian itu adalah halal. Inilah pendapat Imam Syafi’i dan Abu Hanifah.Sedang Imam Malik menilai bahwa siapa yang berzina dengan seseorang kemudian dia menikahinya, maka hubungan seks keduanya adalah haram, kecuali dia melakukan akad nikah yang baru, setelah selesai iddah dari hubungan seks yang tidak sah itu. Memang kalau ingin lebih tenang, sehingga dipandang sah juga oleh penganut mazhab Maliki, tidak ada salahnya melakukan nikah ulang, dengan memanggil dua orang saksi, wali wanita serta siapa saja yang bertindak sebagai penghulu. Anak yang lahir itu — jika diakui oleh suami wanita tadi, maka dia dapat menyandang nama sang suami. Demikian, Wa Allah A’lam. http://sicindai.wordpress.com/2007/09/24/nikah-setelah-hamil/

So apa pendapat uols???.

Promosi 3 botol UK Antivirus 5ML hanya RM57 termasuk pos. Order ke Miela.77@gmail.com
Meh kita sama2 join dan jana pendapatan melalui http://www.danaraya.com/?id=miela77

7 comments:

intanurulfateha said...

.pening la kak
.sebenarnya sah ke tak sah klu die dah pregnant dlu bru kawen? @.@

Unknown said...

intan... sebab tu lah k.iela upkan topik nie.. terpanggil tuk bincang kat blog.. just sharing for caring right...

mamaarifakeemaisy said...

penah dpt email ni..memang confius la jugak! taktau la nk komen, sbb ramai yg ambil langkah kawen pas didapati peknen luar nikah ni..huhu..mohon yang lebih arif la jawab..mmg confius gk eden ni!

CuTeMiUt78 said...

emmm.. pernah gak terbaca pasal email ni.. memang confuse kan.. tapi pendapat ulamak ni kebanyakkannya mengatakan sah.. ikut la mahzab mana kan... lain mahzab.. lain pendapat

Norsyakiela said...

bgos la entry nie,dpt tmbahkan pengetahuan,br la kila taw jln penyelesaian masalah tue

Yan said...

setahu yan..
selagi kandungan blum masuk 2 bulan.. boleh menikah...

tp ntahla.. yan lupe yan dengar kat mane..

Sha@Mama TinaAzra said...

Meng'confiuskan' la menda-menda ni. Pasal ada banyak mazhab..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010