Tuesday, September 8, 2009

99.9% Terbakar...Mampukah bertahan???

*** updated *** Berita terkini daku terima melalui SMS dari cik abgku mengatakan Anaknya telahpun kembali ke rahmatullah..Marilah kita sama-sama sedekahkan Alfatihah kepada arwah. Semoga Mak Yang, Nasri dan Isteri tabah menghadapi dugaan ini.
Malam tadi cik abgku dapat message dari dua pupunya Nasri gtau anaknya yang umur 3 tahun tu terkena api sampah..99.9% terbakar.. jam 12.00tgh mlm td cik abgku g PICU Hospital Ipoh tengok. Katanya berbalut keseluruhan badan. Memang menyedihkan. Mampukah dia bertahan dengan usianya yang semuda itu. Daku benar2 merasa sedih dan berharap agar Nasri dan Isteri tabah menghadapi dugaan ini.. Marilah kita sama2 berdoa agar anaknya dapat diselamatkan dan kembali sihat seperti sedia kala...

9 comments:

10 said...

oooohhhhh... kecianya... camna leh terbakar?

Unknown said...

Inna lillahi.
ni anak nya yg kembar tu ke..?
kakyong lambat lah tahu hal ni.. walhal umah opahyang dekat jer. nasri dok mana?
camner leh terkena api sampah? bakar sampah depan rumah ker?

moga nasri & isterinya tabah.. dugaan bulan Ramadhan.. takpa anaknya suci bersih, dah tunggu kat syurga tu..

tp memang sedey lah dengor berita ni.. ;(

Unknown said...

10, kak yong...

Mmg kejadian nie berlaku dengan pantas. Api sampah sambar baju gaun yg arwah pakai. Doc declare 88% burn n 99.9% organ terbakar n rosak teruk. Si adik kembar yang kena n kakaknya rasa lost. Memerap kat mak dia je. Cian Nasri n wife.. Moga mereka tabah hadapi dugaan ini. Insyaallah.

AziE-rAh said...

Ya Allah,
Sedihnya dengar.. Walaupun Azie tak kenal, tp Azie tumpang simpati. Sian si kakak yg kembar tue. Semoga Allah tabahkan hati ibubapanya...

Unknown said...

AziE-rAh ... Tu lah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Wansteddy Tales said...

takziah... allah duga keluarganya d bulan ramdhan ni... pastinya si kecik dah jd bidadari syurga...

Sha@Mama TinaAzra said...

Assalamualaikum...1st time kemari. Dari blog kak yong..

Takziah buat mereka sekeluarga..tuhan lebih sayangkannya..kita yang tinggal buat lah pengajaran..

DNNA said...

Salam perkenalan ...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ...
Takziah untuk Encik Nasri sekeluarga ...
Si kecil tu akan menunggu di pintu Syurga, Insya Allah ...

Mesti opah rasa bersalah sangat2 ...
Nanti rasanya kena perati2 gak opah ngan akak kembar tu ...
Takut depressed ...

Unknown said...

wansteddy ...alhamdulillah..moga2...

Qistina's Mama n Abah .. oh ya? Salam perkenalan dari iela ye..

DNNA ... mmg pun. Skrg pun opah yang x sihat sebab melecur teruk kat tangan n kaki.. kembar lak melepek je kat maknya..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010