Thursday, September 10, 2009

Maklumat Terkini H1N1..oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 73
Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 126 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 233 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 7 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 372 pesakit (31.6%) telah disahkan positif H1N1.Daripada 372 kes yang telah disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana 3 kes merupakan kemasukan baru, sementara 11 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 (62.5%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (10), morbid obesiti (9), kanak-kanak bawah 5 tahun (5), dan penyakit respiratori (1).Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini. Saya mengharapkan semua individu lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan jangkitan virus influenza A H1N1 terutamanya mereka yang mempunyai gejala ILI dengan berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa. Ini kerana selagi seseorang itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, mereka masih mengeluarkan virus H1N1 dari batuk atau bersin mereka, dan boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain dan jangkitan ini merebak melalui titisan cecair (droplet).Saya menegaskan bahawa, orang ramai boleh mengelakkan dari dijangkiti dengan cara menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala Influenza-Like Illness dan sentiasa berada sekurang-kurangnya 1 meter dari individu tersebut serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut: Elakkan menyentuh mulut dan hidung jika ia belum dibersihkan atau dicuci.Cuci tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun (terutama selepas menyentuh mulut dan hidung atau permukaan yang berpotensi dicemari virus)Jauhi individu-individu yang berkemungkinan sakitKurangkan masa berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesakTingkatkan pengaliran udara dengan membuka tingkap rumah atau bangunan (living space)Amalkan cara hidup yang sihat termasuk tidur yang cukup, makan makanan sihat, minum air secukupnya dan amalkan aktiviti fizikalBagi mereka yang merokok, kajian mendapati merokok merupakan faktor risiko bagi jangkitan influenza terutama di kalangan orang muda. Jangkitan influenza adalah lebih teruk di kalangan perokok kerana asap rokok merosakkan saluran pernafasan dan dengan itu memburukkan lagi keadaan pesakit. Malah pendedahan kepada asap rokok secara pasif juga perlu dielakkan.Sempena dengan musim peperiksaan UPSR sepanjang minggu ini, saya turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak masing-masing. Sekiranya mereka mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital berhampiran. Maklumkan kepada pihak sekolah tentang keadaan anak anda supaya tindakan seterusnya dapat diambil.Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan MalaysiaTarikh: 8 September 2009

UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HERBAL BOLEH MEMBANTU MENCEGAH DARI GEJALA H1N1 INI. SELAMAT DIGUNAKAN DARI BAYI BARU LAHIR HINGGA ORANG TUA, WANITA DALAM PANTANG, HAMIL DAN LEBIH BERKESAN TERHADAP PESAKIT KRONIK ATAU YANG BERISIKO.
PROMOSI 3 BOTOL 5ML HANYA RM57 TERMASUK POS
DAN 2BOTOL 100ML HANYA RM290 TERMASUK POS.
ANDA HANYA PERLU MENGISI BORANG TEMPAHAN DAN MAKLUMKAN ORDER ANDA. DAKU AKAN HUBUNGI ANDA MELALUI SMS ATAU EMAIL DALAM TEMPOH 24JAM.
BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLEWAT.
SELAMAT BERPUASA.

2 comments:

nza said...

risaukn dgn wabak nikn espclly ank2 kecil...Sama2 lh kita brdoa agar wabak ni cpt brlalu...

miela77 said...

nza... mmg kak, iela pun risau je nak bawa anak2 g bershopping..ari tu iela beli kat the store bw tali tape je.. bebudak duk umah.. tapi x seronok sebab x rasa kemeriah beli baju raya tu..cian depa..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010