Monday, October 5, 2009

H1N1: Jangan leka walau kes berkurangan

Meh kita tengok artikel dari Berita Harian mengenai maklumat terbaru H1N1.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata keadaan ini turut berlaku di peringkat global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga kini terdapat lebih 300,000 kes yang disahkan positif di 191 negara dengan 3,917 kematian didaftarkan.

Di Malaysia, jumlah kematian masih kekal 77 orang dengan tiada kematian baru. Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang digariskan kementerian di samping mengamalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat. "Individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom influenza-like illness (ILI)," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak itu hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 70 pesakit atau 9.4 peratus yang disahkan positif H1N1, 18 kes atau 26 peratus kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya golongan berisiko tinggi. "Seramai 132 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 232 kes telah didiscaj," katanya. Beliau berkata, jumlah kes ILI yang dirawat di seluruh negara kini ialah 743 di 94 hospital termasuk sembilan hospital swasta. - Bernama
OLEH ITU, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. PROMOSI UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HERBAL 5ML 3 BOTOL HANYA RM55.00 TERMASUK POS. TAWARAN SEHINGGA 11 OKT 2009. BOLEH ORDER DENGAN MENGISI BORANG PESANAN DI SIDEBAR ATAU EMAIL KE Miela.77@gmail.com

1 comments:

naz said...

sebab khinziri tetap bertambah haha

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010