Tuesday, October 6, 2009

Gempar!!! Terkejut sejadah tegak seperti sedang solat

Daku terbaca dalam Utusan Malaysia Hari Sabtu mengenai artikel yang agak memeranjatkan daku. Sesungguhnya kita tidak dapat menidakkan kekuasaan Allah S.W.T...meh kita sama2 baca dan renungkan.
BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Sepasang suami isteri yang berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd. Amin di sini terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba tegak menyerupai orang sedang solat.

Kejadian aneh itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam, tidak lama selepas Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berbincang mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka berbanding di masjid berhampiran.
Sebelum kejadian, Zainab sempat menghamparkan sejadah tersebut untuk menunjukkan arah kiblat yang biasa digunakannya tetapi Mohamad Shuhaimi menyifatkan kedudukan itu tidak begitu tepat.
Menurut Mohamad Shuhaimi, selepas berbincang dalam bilik berkenaan, dia pergi ke ruang tamu sebelum memandikan anak perempuannya manakala Zainab pula pergi menggosok pakaian.
''Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada saya dalam keadaan muka pucat dan terkejut sebelum memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Mohamad Shuhaimi berkata, dia mengucap berkali-kali apabila melihat sendiri keadaan sejadah tersebut yang menyerupai seorang wanita bersolat.
Melihat peristiwa aneh itu, Mohamad Shuhaimi menghubungi keluarga terdekat dan jiran-jiran yang kemudian datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
''Ada beberapa jiran yang datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan mengakui bahawa kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat," katanya.
Mohamad Shuhaimi yang bekerja sebagai penghantar surat memberitahu, sejadah tersebut yang sudah sedikit lusuh, merupakan hantaran perkahwinan isterinya ketika mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.
Katanya, berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.
''Bagaimanapun kira-kira pukul 2.30 petang tadi, saya secara perlahan-lahan melipat sejadah tersebut atas nasihat dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri yang datang ke rumah kami," katanya.
Katanya, ia bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.
Mohamad Shuhaimi berkata, dia dan isteri percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.
PROMOSI UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HERBAL 5ML 3 BOTOL HANYA RM55 TERMASUK POSLAJU. TAWARAN HINGGA 11 OKT 2009. KALAU UOLS DEMAM, SELSEMA, SAKIT TEKAK OR BATUK, DINASIHATKAN AGAR MENCUBANYA. MEMANG BERKESAN. ORDER MELALUI EMAIL KE Miela.77@gmail.com atau ISI BORANG PESANAN DI SIDEBAR KANAN TU YE. PENGHANTARAN DIJAMIN SAMPAI 24 SELEPAS BAYARAN DIBUAT.

5 comments:

CINTAMANISZ Lite said...

Mende2 pelik begini (jika benar) selalunya org sebok nak tgk aje..tapi takde nak berubah ke apa pun.
Mcm tgk gambar2 bahana kat kotak rokok tu ler. Ada org yg merokok tu nak insaf..takde..

Sama ler..kalo tgk kemalangan meragut nyawa betul2 dpn mata pun..ada yg insaf tak memandu secara kurang berhemah? Takde..makin ramai jadi korban jalan lagi ada..

nza said...

tulh kuasa Allah xkita dugakn...Ada sesuatu yg trsirat disebaliknya..

TQ iela cz bg cadangan kt kak nza tu.. Rsnya kak nza nk cuba la UK antivirus tu..Myb resdung kak nza pn teruk gak skrg..

miela77 said...

CINTAMANISZ Lite ... daku setuju dgn pendapat tu.. kengkadang apa yg dah berlaku kita tak jadikan panduan dan pengajaran.. dunia oh dunia..

kak nza.. betul tu kak.. oh ya..klu nak try nnt kak email kat iela ye.. or isi je borang pesanan tu.. insyaallah kak.. anak2 n mak iela jadi testimoni yg baik tuk antivirus nie..malah Baby Qis iela jadikan suplement.. memandangkan dia kerap demam sebelum nie.. alhamdulillah.. kalau demam pun cepat baik.. sbb baby nie mmg nak beralih bulan je mesti demam..

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

makin banyak perkara yg pelik2 kan skrg. Ni antara tanda2 akhir zaman.

CuTeMiUt78 said...

kuasa Allah S.W.T. walau pun pelik.. tapi tu la kebesaran tuhan

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010