Wednesday, August 18, 2010

Hepi Besday To Abah..

Macho je rupanya
Hari nie Genaplah usia Abah (Wahab bin Ibrahim) yang ke54tahun.. Hepi Besday To Abah... moga panjang umur, murah rezeki (klu rezeki abah murah..kami tumpang senang..kekeke), sihat sejahtera..cuma sudah2 la ...yg jeng..jeng..jeng .tu. Along da sms wish pepagi kan? Malangnya x de pe nak bg kat Abah.. ye la abah nun jaun di Batu Caves tu...kami nun di Ipoh ni..if abah balik blh la Along belanja buka puasa kat Restoran Tasek Raban ke...bila nak balik ntah..


Untuk pengetahuan uols, Abah ku nie adalah Bapa Tiri ku...mungkin pada yg rajin menjelajah blogku nie tau yang daku sudah kehilangan bapa seawal usiaku 1 thn 7 bulan (lebih kurang umo bb Qis skrg la). Beliau meninggal akibat Kanser Perut di usia 22 tahun dan mak br je umo 20thn..sungguh muda untuk berhadapan dengan dugaan ini. Mak berkahwin dengan Abah sewaktu daku berusia 4thn dan adikku (Angah) berusia 3bulan. Duda anak satu bertemu Janda anak satu.

Sungguhpun daku adalah anak tiri, tapi perhatian yang diberi oleh Abah pada ku sama seperti anak sendiri..hubungan kami hingga kini rapat..kami boleh bergurau macam kawan..(tu bila da besau la, masa kecik dulu takut gak..)....masa kecik2 dulu..ya Ampun...garang.. kami... kalau Abah jegil mata...menikus masing2...tiap kali exam.. bersedia tapak tangan.. even 1 markah jatuh...kelepek (camtu ke bunyinyer)..rotan kat tapak tangah..tapi x brani nangis..bukan apa krg klu nangis...mcm nak terkeluar anak matanya..aduis...

Malangnya kegembiraan kami diragut bila Abah berkahwin satu lagi masa daku tingkatan 1...disebabkan itu jugalah mak bercerai dan berpindah ke Perak. Seingat daku mak pindah, beberapa bulan sebelum daku exam SRP. Daku tumpang sekejap Umah MakNgah..manakala Angah duk dengan Nenek kat Terengganu, Abang, Atih, Acik duk dengan Abah n makcik..Achu ikut mak n atuk duk Perak. Kami berpecah..sebiji cam cite drama..tragis tul.. n result SRP daku drop dari 12 aggreget ke 29 aggreget...x ley lupa.huhuhu..

Daku ikut mak ke Perak lepas SRP..mak buka kedai kat Kg Cht Tin. Then pertengahan tahun 1993 tu mak amik balik semua anak2 mak yg berterabur tu..kami bersatu.. yg menariknya..kami lebih akrab berbanding dulu..hingga kini kami sering tolong menolong..benarlah disebalik sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya.

Eh..da lari tajuk.. Abah dan Mak berkahwin kembali semasa daku tingkatan 5 dan Abah balik ke Perak tinggal dengan kami. Namun Abah x betah, biasanya org da biasa duk bandar kan..lagipun Abah bekerja bahagian Perlancongan..jadi di Perak payah nak cari...kalau x silap Abah pindah ke KL balik tahun 1995 then teruslah menambah saham satu  persatu sampai cukup kuota (cukup ke bah?)..dulu masa muda mak mengamuk gak..tp dah berumur nie dia redha..ye la Abah kat KL mak kat Perak.. sapa nak jaga makan minum semua..sementelah makcik dibawa ke Perak gak..huhuhu..satu ku puji ..bab nafkah dan tanggungjawab...Abah x lepas tangan.. so kami masih merasa yang kami ada Abah walaupun x duk sekali..selang sebulan sekali..or klu ada trip bawa pelancong ke area Perak...Abah pasti singgah n bermalam..x pun mak je kesana...sebab tu kami rajin turun KL..ye la..tempat jatuh bangunku..in fact keluarga sebelah mak n arwah Abahku mmg kat Batu Caves, Sungai Tua..merata2 area2 tu la..

Hingga kini..hubungan kami akrab..malah abah tak lokek (kalau tgh byk duit la) belanja...kami ni pun bertuah gak..everytime abah blk confirm kena sebat poketnya..inilah masanya..kata Atih merangkap ceti umah kami (opsss..sori ateh). Apa pun kami tak berdendam dengan apa yang pernah terjadi..kami redha seredha mak menghadapinya...malah kami bersyukur dengan segala yang berlaku mengajar kami jerit perih hidup.. mungkin kami x sesenang mana.. hanya sedang2 saja...ye la banyak umah..pastila banyak blanjanya..ye tak Abah???

Maaf Abah..Along cerita kat sini bukan nak membuka pekung didada... sekadar berkongsi cerita dengan rakan2 blogger yang lain..manala tau bila da tua nanti...anak2 cucu leh baca balik coretan tah apa2 Along tulis ni khas untuk Abah. Apa pun Along bersyukur, kerana Abah sudi membesarkan Along, memberi pendidikan secukupnya, menumpang kasih sayang hingga Along tak sedar yang Abah hanya seorang Bapa Tiri.. SELAMAT HARI LAHIR ABAH..


Latest Pic sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.  
Dari kiri belakang: Angah, Said (Hubby Angah), Daku, Cikabgku, Achik
Tengah : Atih, Abah, Mak, Baby Qis, Achu,
Depan : Bad, Ayuni n Amirah
 (Tak de dlm gambar - Abang, Zila dan Isya)

4 comments:

Unknown said...

kenapa gambor besor tu double triple...

Unknown said...

double triple????

Unknown said...

gambor tu kuor byk kali.. ke sengaja?
kakyong dah pm kat FB.. ukuran utk qis & isha.. nanti ukur

Unknown said...

kakyong...alamak lupa nak amik ukuran..x pasti lak jd double triple tu sbb kat sini ok..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010