Thursday, August 26, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Kejamkah Daku???? Tolong la bg pendapat..ku da buntu nieh..
From: S___h S___r <s__h__r@gmail.com>
Subject: salam
To: miela77_eypo@yahoo.com
Date: Monday, June 14, 2010, 2:42 PM
ok s_a nak bgtau yang mana s_a nak...s_a berithu terus terang s_a modal memang tak der tu yang nak bincang dengan akak...s_a nak jual kan semua ni..akak kira berapa akak nak tolak dgn s_a...nanti kita kira...s_a nak sangat meniaga ni demi anak2...mungkin rezeki allah berikan dipertemukan dengan akak yang baik sangat hati...bila kak datang KL leh lah jumpa and bawa barang2 sekali..akak dont worry...s_a akak usahakan macam2 mana pun..utuk bayar modal barang2 ni..insyallah dpt tunjuk sample confirm laku..terus boleh bayar kat akak and boleh tambah modal lagi order dengan akak...s_a buat meniaga ni demi anak2 insyallah allah akan murahkan lagi rezeki akak sekeluarga...
-3 PACK
BUSHA NEW DESIGN
- 3PACK
BUSHA ANIMAL AND FRUITS
-2 PACK
BUSHA CUTE STRECHING LEGIING
- DESIGN 1 - 1 PACK
- DESIGN 2 - 1 PACK
CARTER ROMPER 5 IN 1
-10 PACK
KIDS APPEARAL
4 PCS DORA
4 PCS PETIT BEBE
4 PCS SKOOL
POLO BOY SHIRT
5 PACK
POLO ROPMER
2 PACK
GAP GIRL AND BOY
2 PACK EACH
GAP SHORT SLEEVE PYJAMAS
2 PACK
GAP LONG SLEEVE PYJAMAS
2 PACK
CARTOON SHIRT
1 PACK
AKAK KIRA BERAPA AKAK NAK TOLAK KAT SAYA HARGA NYA..NNATI AKAK BTAU LAH KAT SAYA...
TERIMA KASIH KERANA BOLEH BAWA BERBINCANG..SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN LAGI REZEKI AKAK SEKELUARGA...AMIN...
S_A
Daku 05.08.10 - Salam. Nape x reply. Jgn mcm ni s_a, k.iela da cuba faham s_a. Faham k.iela gak. biz kecik je..amoun RM768 tu bkn sikit.
Posted by Unknown at 3:18 PM 12 comments
Labels: Daku
Friday, August 20, 2010
Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunnat Ketika Puasa Bulan Ramadhan
Dipetik dari: http://muzir.wordpress.com/2010/08/19/amalan-sunnat-ramadhan/
Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunnat Ketika Puasa Bulan Ramadhan
Oleh: Shahmuzir Nordzahir
Dari Anas radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu `anhu berkata: "Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat." Ada seseorang bertanya: "Berapa lama antara sahur dengan solat itu?" Ia menjawab: "Kira-kira 50 ayat." (HR Bukhari & Muslim)
Dari `Amr bin `Ash radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur." (HR Muslim)
Dari Sahl bin Sa'd radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu `anhu berkata: "Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu `alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu `alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk." (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Ada 3 golongan yang tidak ditolak do'a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya."
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alahi wasallam bersabda: "Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa"". (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: `Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya." (HR Bukhari)
Amir bin Rabi'ah berkata, "Saya melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya." (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu `anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda, "Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu." (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu katanya: "Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup." (HR Bukhari)
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu." (HR At Turmudzy)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari & Muslim)
Aisyah radhiAllahu `anha berkata: "Bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Ibnu Umar radhiAllahu `anhu berkata: "Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu `anha berkata: "Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu `alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta'ala, kemudian setelah beliau sallAllahu `alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu." (HR Bukhari & Muslim)
Posted by Unknown at 8:40 AM 0 comments
Labels: INFO AGAMA
Wednesday, August 18, 2010
Hepi Besday To Abah..
Macho je rupanya |
Latest Pic sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas. |
Posted by Unknown at 3:07 PM 4 comments
Labels: Daku
Tuesday, August 17, 2010
Ramadhan Jumble Sale for the under-privileged families - Meh menderma sambil beramal
Posted by Unknown at 2:24 PM 4 comments
Labels: Pengumuman
Wednesday, August 11, 2010
Jiwaku Kacau..Sedih Yang Amat..
Posted by Unknown at 3:26 PM 16 comments
Labels: Daku
Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blogger ...
Posted by Unknown at 8:38 AM 6 comments
Labels: Daku
Sunday, August 8, 2010
Hepi Besday to me..hepi besday to me...
Posted by Unknown at 6:24 PM 7 comments
Labels: Daku
Tuesday, August 3, 2010
Ku mencari cup cake tuk my besday...
Posted by Unknown at 8:34 AM 3 comments
Labels: Daku
Monday, August 2, 2010
Mengumumkan Pemenang Bertuah Let's Join FB Miela77 Online Shoppe GiveAway adalah....
drumm...roollllll
Posted by Unknown at 12:19 PM 3 comments
Labels: Pengumuman
Sunday, August 1, 2010
GiveAway ditutup - sila semak nama anda...
Berikut adalah senarai peserta yang sudi menyertai Giveaway daku...pada yg x smpt join..x pe..dont worry..daku nak wat giveaway g sempena besday daku 8.8.10 nie..
Mohon para peserta check..klu ada nama yg tertinggal inform thru email or di kotak komen dibawah.. daku akan announce dlm tempoh 2 hari eh.. (klu smpt lg awal)
1. Mamalyna
Posted by Unknown at 6:56 AM 6 comments
Labels: Pengumuman