Wednesday, March 31, 2010

Order New Busha Design Legging n Carter 5 In 1 Romper dibuka...meh tengok

Carter 5 in 1 Romper (Preorder/Ready Stock)

Hanya RM38/pack (Normal Price : RM45/pack)

 Contoh Set Utk Baby Boy (Ready Stok -3M, 6M, 12M/Preorder - NB, 9M, 18M, 24M)


 Contoh Set Utk Baby Girl (Ready Stok -  6M, 12M, 18M/Preorder - NB, 3M, 9M, 24M)
 Harga Pengenalan 1pcs RM15 sahaja...
Next Batch RM18..

Busha Cute Streaching Legging (Old & New Design) Ready Stok

Hanya RM13 (Pelanggan lama) dan RM14 (Pelanggan Baru)


PROMOSI

2pcs RM24, 3pc RM33, 6pcs RM60..

Kalau berminat leh sms 012-5111481 or ym daku kat miela77_eypo@yahoo.com ye..

Tuesday, March 30, 2010

Tolong doakan untuk Atukku...

Salam pada semua rakan2 bloggerku...da seminggu blogku bersawang..x diupdate.. untuk makluman, kami tengah kelam kabut skit sebab Atuk (mak kepada makku-org kedah panggil atuk) sakit tenat..umur da 90++ so sakit tua... Doktor mengarahkan adik beradik mak berkumpul di Hospital untuk berbincang tindakan seterusnya..(dr suggest nak tebuk leher masuk makanan n wat dialisis- namun seluruh adik beradik mak menentang) so x ley wat pa per..ari sabtu tu Atuk dibawa balik dr Hospital...duk umah Mama kat Kg Sg Kertas. Ramai adik beradik n saudara mara datang menziarah.. tp Atuk macam tu la..x peduli keaadaan sekeliling.. risau kami nie.. mlm ahad tu kami wat kenduri baca yassin beramai2..moga2 dengan izinnya Atuk leh sihat balik..x seperti kata dr (beliau tunggu masa je----blh ke kata gitu?) .. berat sungguh hati daku nak berangkat balik ke Ipoh..risau takut x sempat jumpa beliau lagi..sedangkan daku merupakan cucu yang paling rapat, manja dan paling bertuah..(katanyalah)... dulu masa Atuk duk kat umah kami...Atuk x leh kalau x tengok muka daku... rindu katanya... asal nampak bayang je suh urut badan.. klu sehari x jengok..merajuk... tp sekarang bila Atuk jadi begini..daku rindu dengan panggilannya... rajuk dan marahnya...rindu sangat... Daku belum bersedia tuk kehilangannya...begitu juga dengan kaum keluarga kami..namun kalau itu takdirnya..siapalah kita tuk menghalang .... insyaallah jumaat or sabtu nie kami turun KL lg.. nampak gayanya rutin kami tuk beb minggu nie berubah la.. demi atuk daku sanggup kerap ke sana...Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan atuk...(sedey sangat..daku snap gambar thru hp ... konon nak tepek kat sini..tp anak2 ku delete..)

Monday, March 22, 2010

Berita tergempar...Yanie Mentor Meninggal Dunia

Daku dapat ym ttg yani dari rakan blogger kite miszmaz. Dia yg gtau. kata "kak..tau x yani@wana  meninggal..refer:- http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=3898713&id=146549167892&comments"  puas daku fikir ada kawan2 blogger nama tue ke..then daku trus refer facebook link tu..oh yani mentor...Innalillahiwainnahirajiun.. then daku search cite ttgnya nyer..

Yanie Mentor Meninggal Dunia - kredit to www.budiey.com


yanie mentor meninggal duniaBerita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.
Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.
Pengacara Melodi, Fara Fauzana yang pernah berlakon drama Fara bersama Yanie juga telah mengumumkannya di Facebook Fanpage beliau:
“Salam semua.. FF nak mengambil kesempatan ni utk maklumkan kepada u guys pasal ‘kehilangan’ sahabat FF dalam SITKOM FARA .. marilah kita doa dan sedekahkan ALFATIHAH kepada allahyarham YANIE @ WANIE yang telah pulang ke ramahtulallah petang semalam atas masalah ketumbuhan di paru2. semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.
Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.
Al-Fatihah

Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM

Nama Panggilan : Yanie

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Lahir : 14 November 1985

Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Zodiak : Scorpio

Ketinggian : 5 kaki 3 inci

Berat Badan : 52 kilogram


Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)

Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani

Pendidikan : SPM

Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Penyanyi & pelakon

Warna Pilihan : Hitam dan Putih

Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz


Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
  • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
  • Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
  • Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
  • Menyertai koir sekolah.
  • Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
  • Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
  • Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
  • Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
  • Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa...Al-Fatihah...

Disamping tu meh tengok pakej reseller program daku yang baru di http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/03/miela77-online-shoppe-cloth-diaper.html dan dapatkan cloth diaper dengan harga yang murah di Miela77 Online Shoppe

Selamat Hari Isnin - Daku nak tanya uols la..

Selamat pagi Isnin pada semua rakan bloggerku...hari ni daku mulai hariku dengan keceriaan dan badanku agak cergas...alhamdulillah...

Daku x leh taip entry bebanyak...almaklumlah hari Isnin kan..banyak benda/kerja nak dibuat..curi masa jap je nak wat entri agar x terlalu bersawang..nanti lari semua rakan2 ku nie..ye la x de apa yang nak dikongsikan..ye tak...
Oh ye..sebelum terlupa, daku da pos hadiah tuk Pemenang Contest BerCD'ing ye... namun still ada yg masih blum bagi address tuk daku pos hadiah saguhati iaitu washing bag untuk semua peserta contestku..oleh itu pada sesiapa yang berkenaan daku harap leh sms daku di 012-5111481 ye.. email bkn apa...weng..weng..skit..macam yg daku cite sblm nie..semua masuk junk / sampah...adui..jenuh nak cari satu persatu balik..x mampunyer den..

Dan sebenarnya daku nak tanya pendapat uols la..ttg satu cite nie...daku pun x pasti adakah daku nie mmg jenis kesian, or daku mmg mudah tertipu, or memang aci tu betul2 susah?>???? hmm..pening2..cik abgku x tau lagi nieh..klu dia tau mampuih daku..huhuhu

Begini ceritanya...pada petang rabu lepas, (daku cuti) ada sorang aci nie datang umah..tanya boleh tak dia amik upah kemas2 rumah, basuh kain, lipat kain, basuh pinggan, cuci2 dsb...dia nak beli pampers maknyer sakit...daku kesian lak..daku bagi dia RM20 tuk kemas kat luar umah...then daku cakap if dia nak dia leh dtg kemas apa yg patut..t daku fikirkan brp nak bg..lagipun daku selalu tengok dia lalu depan umah..dgr citenya da 7thn keje kat umah melayu belakang blok daku tu..(kata adik daku ler)...
Esoknya dia datang tuk kemas dalam umah..so daku suh dia basuh pinggan, kemas dapur n bilik Amirah yg sentiasa berselerak tu..(almaklumla, sejak daku kurengg..sihat..umah pun kureengg kemas...tambah lak balik keje mengadap anak jap kul 10mlm mula proses order n packing sampai kul 12mlm over)..maka dengan itu faham2 la umah ku eh...k back to the story..aci tu wat keje..dlm tempoh 2 jam siap.. then daku tanya, bape biasanya aci dpt..then tiba2 dia minta tolong katanya suami tpt dier keje tu blk minggu depan so dier nak guna duit RM200 nak bw mak nyer balik Taiping..da janji dengan tukang hantar RM100 then nak beli pampers n brg2 mak nyer.. nak minta pinjam dulu sementara tunggu gajinyer dapat..daku fikir2 kesian lak..sbb semalam pun dia minta kerja sbb nak beli pampers mak nyer sakit..walaupun bukan satu bangsa..tp satu malaysia kan..kena tolong menolong...so daku bagi la RM200 then dia menangis yuuu...dia kata x sangka hati ku banyaakkk baik...huhuhu..ku terharu..

Then sabtu tu dia datang lagi..daku terkejut gak sbb x janji pun datang weekend kan? Lgpun daku blum decide nak amik dier sepenuhnya..just nak tolong2 je..then timbal baliknya dier tolong daku kemas umah..ye la kita kalau nak beri pun jangan terlampau...at least buat keje kita bagi duit..dari minta sedekah..ye tak? tp daku suh mak daku buka pintu n tunggu..riso gak..stok cd ku ada dkt 500pcs tu.. karang hilang jenuh...(berhati2 sebelum terkena)... waktu tu daku ikut Angah g kenduri umah kawannya..tingin lak nak makan nasi minyakk..tunggu Atih lambat bebenor...heheheh... tiba2 dpt sms dr mak katanya balik cepat aci tu tunggu..daku jawap balik.."Along da bg dia duit sblm nie..so x yah bayo apa2..." then mak sms lagi..katanya "aci nie nak tunggu ko gak" hishhh..hangin jap daku..nape laks..x kan nak duit lagi..isshhh x ley jadi..tp daku balik gak..

Then bila blk aci tu datang.."Manyak sori la kak, jgn marah..sy betul2 mau pakai duit..amak saya suda masuk ICU kat Hospital Taiping...itu bos sy blum balik..sy minta tolong akak sekali lagi boleh tak? nnt saya bayar hutang..dan tolong akak kemas rumah.." hmm...daku terfikir2...kesian lak..tapi poket ku da makin kempis..ye la stok berlambak tu...kena settle lu .. sekali dia menangis daa...aduh lomah eden...cam ne nie...huhuhu...daku da pening..bukan apa ngeri gak ..buatnya lepas nie setiap kali dier datang nak pinjam duit..jenuh..daku bukan orang kaya..dari ikhlas jadi terpaksa...kan x elok tu...skrg pun hati daku dup dap dup dap...aci nie betul ke? huhuhu...dalam keterpaksaan dan kesian..daku hulur gak RM150 lagi buat dia belanja g tgk mak dier kat hospital..dia cium tangan daku dia kata moga tuhan Allah bagi kesihatan pada daku...n moga daku punyer biz maju...oh daku terharu lak dengarnya..sedangkan dlm hati ..riso..tp x tolong x sampai hati..separuh ikhlas jadinya...mak daku x brani komen..tp dia riso gak takut nnt asal dtg minta lg...daku kata kat mak..moga2 betul la..kita tak tau kan..kesian sbb tgk aci tu wat keje ok je...

Dipendekkan cite yang makin panjang nie... APA PENDAPAT KORANG...AGAK2 BETUL KE TINDAKAN DAKU NIE...TOLONGLA...RISO PUN ADA...KESIAN PUN ADA..YG PENTING...TAKUT KENA SEMBUR NGAN CIK ABG...(mlm td ada bunyi2 da..dia kata.."abg ingat dia dtg sekali sekala je..bkn tiap2 hari)...TOLONGGGGGGGGGGG....

Friday, March 19, 2010

Confirm bersawang..nak kemas jap...

Selamat Pagi Jumaat ... pergh..bersawang nyer blog ku nie... mana nak buat..ownernyer rojak...hahahah... teringat perbincangan kat Hot FM td ttg kerja rojak.. macam terkena batang hidung daku je.. tapi x la serojak satu pendengar tu.. seorang nurse, jual kain, pe lagi..ha sampai jadi tukang urut kau...hahaha... sebenarnya bergantung pada diri.. kalau mampu buatla tapi jangan sampai nnt kesihatan terganggu, anak2 terabai, suami tu yang penting.. mesti cukup segala...(jgn jadi cam daku..sampai terganggu kesihatan nak cari extra money...tp berbaloi pe.. cuma daku kena reduce la skit..reduceke?)

Nak cite ttg Baby Qis.. dia da hampir 1 tahun 2 bulan genap pada 02.04.10 nie... lama x cite pasal dier kan? Malangnya gambar terkini x lawo.. Dia skrg da laju berjalan.. yang bestnyer kalau dengar lagu mula bergoyang2 kepala n badan... yg best nyer skrg mulut da mula ada biji butir.. kalau nak minum dia sebut...air...air...air...sebiji kuar...yg kelakarnya asal nampak je cawan...mula la menuding jari runcing je tunjuk..ma..ma..air..air..air... mesti 3 kali diulang air tu.. pas tu kalau jatuh ke, sepupunyer buat ke...abg bad n kak amira kaco ke mulala..jari telunjuknya dituding sambil cakap...ammmmboiiiii.... mmg sebijik dicopynyer apa yg daku suka cakap kat dier...huhuhu
Kualiti gambar x elok..snap by my Norkiah...

Yang paling ketara...da bertambah geng mengembah rumah ku...makin berselerak la umah ku yang memang sedia berterabur tu... kalau stok cd sampai je..confirm dikeleknya kehulu kehilir...sedar x sedar daku kira2 da 23pcs cdnyer.. pergh..pandai anak mama cukai cd mama eh...

Tapi kehadirannya membawa rezeki dan keceriaan pada kami sekeluarga...mmg daku belum pernah berenggang seharipun... x bleh o.ooo...tidur x peluk dier.. sampai kalau daku kena outstation sanggup sewa hotel angkut my dearest mak.. (tolong jaga anak bila daku keje)... hahaha...

K .. daku nak sambung keje...sambil2 tu uols cucila mata dengan Busha Cute Streaching Legging daku nieh..manala tau berkenan leh tangkap satu (Ini pun da siap kena cukai gak...)..Harga istimewa tuk Follower ku 

Hanya RM13/pcs dan Pos RM4 = RM17 je..




Tuesday, March 16, 2010

Alahai Nuffnang....

Makin hari semakin bersawang blog daku nie.. ku perhatikan traffic ke blog daku da makin merundum.. mungkin sebab daku da kurang update cite2 menarik di sini... faham2 sajalah... emosi ku dan kesihatanku kurang baik.. sementelah online biz yg makin laju... x seiring dengan kesihatanku...huhuhu... 

Daku kengkadang kalau berkesempatan je menjelajah umah maya kengkawan.. namun mmg peratus tuk merundum ke 10% je dari bloglist yang ada... Dulu blog ni meriah..namun sekarang...kurang ceria.. kenapa? MASA...MASA..MASA...

Berbalik pada cite Nuffnang...daku g la menjengah akaun nuffnang ... waaa,,,, meh tengok traffic ku ...


Korang rasalah kan...bila daku leh cash out kalau traffic cam tu...huhuhu... 

Oh ya - kepada pemenang2 contestku yg lalu...hadiah daku da pos..namun ada diantara peserta yang masih belum memberikan alamat untuk urusan penghantaran..sila berbuat demikian ye...terima kasih.

Tuesday, March 9, 2010

Sedih ... sangat...kenapa depa nie begitu..

Salahkah, cite aku masuk metro...aku ke yang terhegeh2 nak suh wartawan tu wat cite aku... kenapa org luar bersimpati dan memahami namun kaum keluarga dan sanak saudara (tertentu sahaja ye) berfikiran aku ni sekadar nak publisiti murah... apa diorang ingat aku suka ke? Selama sebulan aku fikir perlu ke tidak aku respons .. tp memikirkan kesian wartawan tersebut nak kupas tentang arthiristis..aku setuju..malah banyak info yang wartawan tu dapat pun dari blog aku nie..nape aku x leh tulis luahan aku kat sini ke? sapa mereka semua yang sebuk..aku mmg sakit hati..dah la asyik x sihat..ada lak yang kata aku saja nak cari simpati..mengada2... kalau diorang semua fikir aku mengada2..buat apa aku buat online shoppe...cari pendapatan tambahan..x sihat pun sibuk uruskan stok. ..lepas subuh uruskan anak sekolah, then pegi keje...smbil2 wat keje layan gak sms/ym/email ty ttg cd..keje jalan cam biasa gak..balik keje uruskan anak...kul 10.00mlm uruskan stok, order,packing dsb..then cari baju sekolah / baju keje tuk esok iron ... kul 1-2 pg br tido..tu je rutin harianku..klu pun aku mc, cuti..aku still uruskan juga biz aku...wat pe semua tu..sbb aku nak tolong suamiku..bantu jana pendapatan keluarga... kalau aku mengada2 perlu ke aku buat semua tu...apa dah tak de otak ke? tolongla..sabar aku ada had..cukup time meletup..jangan menyesal.. aku da cukup tertekan dengan kesihatanku...aku x minta simpati sesiapa pun ... kalau korang ingat aku nak minta simpati.. wartawan tu siap tanya sama ada aku kurang duit tuk perbelanjaan rawatan.. korang fikirla.. kalau aku ni jenis nak raih publisiti..nak raih simpati..nak minta sedekah ke... wajar tak aku suh wartawan tu buh no akaun n no tipon aku..sapa2 yang simpati tolong masuk duit kat akaun aku.. aku goyang kaki dapat duit.. korang rasa perluke...tapi aku nie jenis yang berdikari. ada ke semua tu..x de kan..sebab aku x mo dapat duit tanpa berusaha..biar aku susah jangan aku susahkan orang. hei..aku tak heran susah la.. aku penah susah n alami tekanan yang lebih hebat..kalau aku x sabar tak tau la..masa aku mengandungkan badrul. mana korang semua.. tolonglah..aku x minta langsung simpati kornag...jaga je mulut korang semua...aku x heran..aku sakit ke mati ke.. korang jangan peduli..aku x penah minta duit korang..ingat tu..aku x penah minta duit korang.. bukan aku sombong..tp sabar aku da sampai zero.. baru cite cam tu sikit kuar.. perasan yang daku mengada-ngada.. piiirah...

Monday, March 8, 2010

Entry tension...

Frust!! Daku sejak amik RC Lift..supplement khas utk arthiristis..direkemen oleh pesakit arthiristis gak (dia lg teruk-jari2 da nampak bengkuk).daku bertambah2 kureng sihat..urat belikat urat tengkuk sakitnyer...x leh nak toleh..seluruh sendi sakit..mc 2 hr..td g amik darah, xray n appt fisio..tp kak fad tu suh sabar dlm tmph 2 minggu..mmg tu kesan tuk pemulihan..daku bkn apa..daku tkt je bos daku bsg asyik mc je..bunyi tu da ada...tekanan yg maha hebat padaku..huhuhu

Thursday, March 4, 2010

Lagi koleksi lukisan tangan cik abgku...

Exceli daku nak lari jap dari tekanan... byk nyer keje.. mujur hari nie audit g melawat kawasan..so daku leh bernafas skit..tp list report2 yg mereka nak kat tangan daku nie jenuh daku nak cari balik.. mujur nak tahun lepas nyer maklumat je.. buatnya macam tahun2 yg dulu..nak 2 / 3 tahun nyer maklumat..lagi jenuh daku...huhuhu..

Petang karang nak g Pantai Medical Centre amik darah tuk ujian pengesahan Special RA tu.. kat Hospital Ipoh x de kemudahan tersebut... mesti En Mat Burn tu bising daku x de masa audit ade...nak wat cam ne en mat...????

Oh ya, ni lukisan kedua cik abgku wat maca Amira 3 tahun n Bad 1 tahun. Moga2 bila lukisan nie diabadikan disini... sampai bila2 masa pun anak cucuku dapat melihat hasil kreativiti cik abgku nie... skrg dia da poning wat gitar letrik tu..rehat jap..daku tgk smlm duk tertunduk2 lukis gambaw kawin daku... t klu da siap daku buh kat sini... abis gambaw kawin daku tu berpetak2 di wat gridline..huhuhu


Haaa....stok Cloth Diaper QQBaby Snazzy Minky Button dan QQBaby Plain Button sudah sampai.. sapa yg dah order tu leh la wat payment..n sapa yg minat nak order tu dipersilakan... http://miela77shoppe.blogspot.com or call/sms me at 012-5111481.

 

Wednesday, March 3, 2010

Akhirnya..citeku masuk Harian Metro..aduh malunyer...

Pagi2 lagi daku time sms bertalu-talu..heran gak..awalnya depa order...tp daku wat x tau gak..sebab tengah memandu..da la lambat hari nie...x berapa sihat lagi.. then sampai opis baru daku buka sms tu...first dari nieta_kl : tahniah kak..cite kak kuar metro...apaaaaaaaaaaa.... hari nie ke? aduh malunya...

Ekceli..mmg daku tau..dan kawan2 yg rajin mengikuti perkembangan blogku pasti perasan ada cite pasal wartawan harian metro penah email daku nak interview kan? Then hari Rabu lepas beliau call nak interview, tp daku agak sibuk dgn audit dan x sihat..dia janji call jumaat, namun daku n anak2 still x sihat...lastly, ahad baru dapat. Lepas dapatkan info dan gambar yang dikehendaki, isnin daku dapat email dari beliau inform insyaallah rabu cite tu kuar...daku pun x sabo gak...tapi eh..betul ke? Still blur2 gitu...sampaila pg td...x sabo la nak g beli..sekali kat restoran tu harian metro x sampai lagi...huh..daku sanggup cari kat restoran lain..bila duk kat meja..lepas order...dengan berdebar2 daku buka helaian demi helaian..mak aih...besaunya gambo daku .. huhuhu..malunyer...then apa lagi kawan2 ku pun berebut nak tengok.. sungguh ku malu bila cite ku kuar..klu boleh x mo cite ngan sapa2 ...biar ku tanggung sendiri...tp kata2 cik faizah...tujuan utama beliau wat cite ttg arhtiritis nie adalah tuk beri pendedahan kat orang ramai ttg bagaimana pesakit ni melawan penyakit dan menjalani kehidupan normal.. mmg sorong tarik la mula2...sampai satu tahap..daku terfikir...apa salahnya..mungkin ada hikmah lepas cite nie kuar..

So harap2 x de la bunyi2 negatif yang daku nak cari glamer percuma ye...seboleh2 daku x mo org tau daku sakit...wa pe kan.. huhuhu...hidup mesti diteruskan..dan daku masih tegar mencari pendapatan sampingan melalui bisnes online yang rupanya mampu membantu mengukuhkan kewanganku yang agak goyah beb bulan yang dulu..thanks to my dearest SIL Kak yong yang memperkenalkan dunia blogging dan my dearest friend NL yang membantu daku mendapatkan stok also to Dr Wan Mahani yang banyak memberi motivasi dan memberi peluang perniagaan padaku...


K...x mo cite panjang2..audit ada nie...tgh cari laporan Daftar Bil..

Monday, March 1, 2010

Selamat Hari Isnin...Just nak share drawing cik abgku...

Cantik tak? Ni drawing cik abgku masa daku baru lepas pantang Amirah. Still kurus kering x da'bomb cam sekarang. Minggu lepas masa cik abgku kemas bilik setor, dia terjumpa drawing nie.. aduh..jenuh ku cari..konon nak framekan..tapi cari x jumpa. Sayang.. cik abgku nie mmg kreatif orangnya..tengok je la kak yong tu.. depa adik beradik nie dianugerahkan kelebihan dalam bidang seni/kraftangan... kadang2 klu x de pa pe, dia wat wau la, jahit kasut, kalau tengok cat umah daku, hahahaha...sapa da pegi tau la... lain dari yg lain... akhir2 nie bz menyiapkan gitar letrik Pak Lang EE.. brand sendiri beb..yusrie..dan dinamakan Emaris.. pergh.. x ingat makan, tido, mandi gara2 nak menyiapkan gitar tu.. tapi berbaloi.. malah, ini adalah gitar ketiga buatannya.. gitar pertama warna merah, Pak Lang EE bw test kat KL (dia nie main band Frim), then gitar kedua warna biru pun sama.. malah kata Pak Lang EE gitar nie lebih power..merata berjalan n main depan VVIP.. sapa sangka.. gitar berjenama yusrie akan berada dipasaran..hahahah jawapnya lupa segalanya lah cik abgku tu...x rela.. biarlah sekadar hobinya je... Oh ya, semalam wartawan Harian Metro tu call daku n interview.. daku adalah bagi beberapa gambar semasa tangan n kakiku bengkak... rasa cam x sanggup ceritaku disebarkan.. namun kesian berkali-kali beliau telefon n email minta share pengalaman. Daku bukan apa, pada daku apa yg daku alami belum sampai seteruk pesakit2 tegar arthiristis lain. Baru peringkat permulaan. Namun bagi menyokong niat murninya tuk mendedahkan penyakit arthiristis nie pada umum, daku pun bersetuju. Bukan tuk glamer, apa glamer nye kalau tunjuk gambar tengah sakit kan??? K, daku x leh tulis panjang2.. cuma mood daku lepas solat subuh tadi agak tenang, walaupun jap lagi audit dalam sampai nak wat auditan kewangan pejabat daku... Oh ya, kalau berminat nak beli Cloth Diaper Minky, ym daku kat miela77_eypo@yahoo.com or email daku or g kat http://miela77shoppe.blogspot.com ye. Daku buka tuk preorder, minggu nie sampai yang jenama QQBaby Snazzy Minky Button manakala Sunny Baby Minky Button & Velcro bakal sampai mid mac.. Daku wat promosi 3pcs RM100 je .. Promosi Pengenalan...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010