Suami isteri bunuh anak sebelum bunuh diri...Kejamnya...
Sedih tengok berita semalam.. apa lah salah anak tu .. kot ye pun ada masalah peribadi.. kenapa teganya membunuh anak sendiri.. tak berpeluang menikmati kehidupan.. daku sedih dan tersentuh hati bila terbaca atau terdengar berita2 seperti ini.. dari perspektif daku seorang ibu, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..bukan dengan cara membunuh? Penat lelah mengandung sembilan bulan 10 hari... x bermakna sekiranya sanggup melakukan perbuatan kejam sebegini.. tentu azab kanak2 tu bila hidung disumbat kapas sebegitu.. dunia oh dunia..
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui mati di rumahnya di tingkat 13 kondominium itu selepas mayat kedua ibu-bapanya dijumpai di belakang kondominum itu.
Bapa kanak-kanak itu dipercayai seorang pegawai kewangan sebuah syarikat tempatan dan ibunya adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Beliau berkata mayat pasangan itu ditemui pengawal keselamatan kondominium itu yang dikenali sebagai Mala, 30-an, ketika meronda pada 7.30 pagi dan memaklumkan kepada polis.
Mayat pasangan terbabit ditemui dengan kecederaan parah di kepala serta kesan kelar di tangan kirinya, sementara isterinya ditemui dalam keadaan mengiring berhampirannya.
Ku berkata apabila polis ke rumah pasangan terbabit di Tingkat 13, mereka menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan ditutupi kain putih, dan terdapat kapas di dalam hidungnya dalam sebuah bilik di rumah itu. - Bernama
4 comments:
mlm tadi punya berita kan????kejammmm nyeeee....................x sanggup!!!!!!!!!
yeah that is cruel :(
by the way I need help in contest, are you able to help blog it? as I need referal points, I give leather bracelet
ibu_umairah..tu lah terlalu kejam..cian
sherry..sorry..i da bc ur previous comment..tp x smpat nak blog it..try my best this weekend..
Post a Comment