Sunday, May 30, 2010

Millatfacebook?? Facebook tuk Pengguna Muslim...meh kita join..

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Sila pergi ke laman Millatfacebook untuk berdaftar.



Hmm...nak join ke weh? Why not..uols lak???


Last day promotion tuk clearance sales Miela77 Online Shoppe...lebih menarik..meh g tengok gak..


Sila klik label bagi mendapatkan penjimatan harga utk Cloth Diaper, Busha Cute Streching Legging dan Carter 5 in 1 Romper, Baby/Kids Appearal, UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula   

Thursday, May 27, 2010

Perhatian kepada pelangganku .. Sila email order anda manually...

Mohon maaf pada semua pelanggan.. Borang Pesanan bermasalah. Oleh itu dipohon agar semua menghantar email dengan menyertakan Nama, Alamat, No. Telefon, Pesanan, Warna/Design, Kuantiti, Kaedah Pembayaran ke Miela.77@gmail.com . Pada yang pernah mengisi borang dalam tempoh minggu ini harap email pesanan anda kembali ye. Kesulitan amatlah dikesali.

Tuesday, May 25, 2010

Bantuan Diperlukan - Sapa tau macam mana nak kembalikan Air Susu?? Tolong sesangat...

Usia Baby Qis da hampir 1 thn 4bln..dan daku still bg BF walaupun x fully..namun akhir2 nie daku dapati air susu ku mmg betul2 kurang..setakat bagi lepas ketagih dia je..sedangkan hatiku belum bersedia nak berhenti lagi..tolong bagi tips, cara2 nak kembali BF.. ada ubat ke, apa ke? tp klu dr segi pemakanan..daku da cuba x berjaya..sbb daku dalam kategori kedekut air susu..tp daku sumbat..sakit pun sakit la .. janji Baby Qis dpt menyusu dgn daku...mohon bantuan dari uols ye..

Sambil2 tu jengokla Clearance Sales daku..nak clear stok yg ada. Murah giler..heheheh.supaya senang daku wat auditing..awal jun br restock balik.. http://miela77shoppe.blogspot.com

Friday, May 21, 2010

Suami isteri bunuh anak sebelum bunuh diri...Kejamnya...

Sedih tengok berita semalam.. apa lah salah anak tu .. kot ye pun ada masalah peribadi.. kenapa teganya membunuh anak sendiri.. tak berpeluang menikmati kehidupan.. daku sedih dan tersentuh hati bila terbaca atau terdengar berita2 seperti ini.. dari perspektif daku seorang ibu, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..bukan dengan cara membunuh? Penat lelah mengandung sembilan bulan 10 hari... x bermakna sekiranya sanggup melakukan perbuatan kejam sebegini.. tentu azab kanak2 tu bila hidung disumbat kapas sebegitu.. dunia oh dunia..

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berumur dua tahun mati dipercayai diberi racun tikus, manakala kedua ibu bapanya ditemui mati selepas terjun dari tingkat 29 sebuah kondominium mewah di Brickfields awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui mati di rumahnya di tingkat 13 kondominium itu selepas mayat kedua ibu-bapanya dijumpai di belakang kondominum itu.

Bapa kanak-kanak itu dipercayai seorang pegawai kewangan sebuah syarikat tempatan dan ibunya adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Beliau berkata mayat pasangan itu ditemui pengawal keselamatan kondominium itu yang dikenali sebagai Mala, 30-an, ketika meronda pada 7.30 pagi dan memaklumkan kepada polis.

Mayat pasangan terbabit ditemui dengan kecederaan parah di kepala serta kesan kelar di tangan kirinya, sementara isterinya ditemui dalam keadaan mengiring berhampirannya.
Ku berkata apabila polis ke rumah pasangan terbabit di Tingkat 13, mereka menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan ditutupi kain putih, dan terdapat kapas di dalam hidungnya dalam sebuah bilik di rumah itu. - Bernama

Tuesday, May 18, 2010

Jiwa Lara..meh layan gambar anak2 ku...

Badan x sihat da beberapa hari..pg ni laks dpt cite yg x besh.. rasa x seronok if ada pihak yg cuba memperkotak katikkan hubunganku yang terjalan oleh pihak satu lagi.. n hampir membuatkan salah faham timbul oleh rakan ku nie... hanya kerana mainan politik kotor pihak ni... da x mo fikir.. seb baik daku tipon dan berdepan dengan rakanku nie..if daku senyap rasanya hubungan yg terjalin mau terlerai..huh.. mmg x ley dipercayai tul...

Da ..meh layan gambar anak2 ku .. lagi baik .. 

Jeng..jeng..jeng..dia da mula nak memanjat..

 Tengah usha2 n cr jalan cam ne nak naik atas..Kak Mira n Kak Ayu da ready nak sambut tu..
Berenang-renang dlm kolam bola tu..eh..mana baby Qis???


La...dia da smpi ke gelongsor balik..sabo dik..tunggu mama pegang..karang jatuh..

Uish..x kira nak nek gak...adik teror la mama...pastu bateri habis..frust x dpt nak snap byk2 g..huhuhu... 

Aksi ni dirakamkan di playground Marrybrown Batu Gajah.. kebetulan jumpa customer kat situ..so depa ajak g Marrybrown..macam kat Ipoh x de jek.. balik2 badan rasa x sedap..esoknya demam...hahahah...


Model CDku...sedang memakai Carter Romper n Busha Legging .. CD kat dlm tu jenis GFH..daku beli dari Azira..org kampung weh...


Daku suh dia posing..tengokla..posing org malas...tp suka tengok dia pakai Carter Romper n Busha tu..simple n cute..

Inilah CD GFH barunyer...ku beli RM38. Tp saiznyer mmg besar.. rasa sesuai tuk XL saiz...ada 4 button boleh laras..berbanding 3 (Coola, Bbland etc).. hmm...cuma tengah fikir ..daku nak jual ke tak? sbb da x larat nak handle.. kesihatan kurang memberangsangkan.. order banyak..x menang nak adjus..keje g..umah...anak.. cik abg g... hmmm... jiwa tengah kacau.. so maleh nak fikir..

Friday, May 14, 2010

Aduhai kesiannya... Adikku eksiden kat Baling..

Berita ku terima malam tadi, adikku Ayun sekeluarga eksiden di Baling. Kereta teruk, mujur mereka luka2 je.. tp cian Isya.. terhantuk kepalanya.. riso lak daku dengar. Sebab Isya da macam anakku sendiri..kata mak "Kembar Baby Qis". Mana tak nyer.. nak mandi sama, tido sama, hisap susu sama, gaduh pun sama.. Mak da nangis2 semalam.. mujur Ayun tipon gtau jangan riso.. just cedera ringan je.. Ekceli Isya baru je sabtu lepas, Abah n Umminya amik bw blk Machang.. duk sana smpi Umminya habis cuti semestar.. n good news..insyaallah Umminya akan bertukar ke Uitm Sri Iskandar bermula semester depan. Cuma Ayun je la.. sayang nak tinggal tempat keje sekarang katanya.. walaupun penah dapat offer transfer ke Uitm Sri Iskandar.. Dengar cite.. depa on the way balik Kuala Ketil umah  mertua Ayun.. then di traffic light Baling..berhenti lampu merah.. then Ayun ni nampak lampu hijau..dia pun tekan minyak..then srreeeetttt...da bombbb... bertembung dengan kete kancil..dua2 kete teruk.. syukur Alhamdulillah.. mereka x cedera serius...dengar cite driver kete kancil tu boleh tahan la gak.. tapi berita nie cukup membuatkan hati mak sedih dan risau.. dia tengah bodek Atih ajak ke Kedah jengok mereka.. seb baik Ayun ada 2 kete..so x le patah kaki nak kemana2...gara2 berita nie .. daku x wat delivery hari nie..rasa bersalah gak kat customer sbb daku nyer delivery daily..x suka simpan stok n wit org lelama.. Sorry pada semua pelanggan setia Miela77 Online Shoppe... daku janji esok daku pos.. x sempat langsung nak packing.. duk memujuk mak, tipon sana sini.. rasa x seronok lak nak tinggal mak time dia sedih tu.. Badanku ari nie pun agak lemah..mungkin terkejut..n stress kot beb hari nie.. aduhai...hidup perlu diteruskan...

Wednesday, May 12, 2010

Hadiah Untuk Pemenang Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary Giveaway.. nantikan..

Inilah hadiah yang menanti para pemenangku..

dan

setelah dibungkus..dan da pun diambil oleh Mr. Deli.. Kangarroo td..

So nantikan di depan pintu umah anda semua...heheheh

oh ya..daku wat preorder item..meh la tgk kat 

dan 

BioLiner Flushable Nappy Liner da sampai tadi..

namun tinggal hanya 20 roll je.. 

sapa cepat dier nyer..

RM23/roll + RM4 postage..

meh cepat..

Tuesday, May 11, 2010

Mendung...tiba2...

Kenapa...tiba2 ku rasa jiwa ku mendung..lara...tiba2 je.. sedangkan sebelum nie daku hepi je.. kenapa? Adakah kerana berita yang ku dapat x berapa jam tadi? Oh itu dugaan semata.. tak perlu dijadikan masalah.. tapi kenapa? KENAPA? daku x pasti apa sebenarnya yang da berlaku..jiwaku terlalu mendung dan lara..

Monday, May 10, 2010

Hadiah Besday Amirah + Badrul...Akhirnya basikal itu milik uols..hahahha

Smlm akhirnya kedua2 anak bertuahku tuh berjaya memujuk ayahnya tuk beli basikal sempena hadiah Besday mereka...Amirah 6.5.10 n Bad 9.6.10... Kami pun g la terjah mana2 kedai basikal yang buka ari Ahad dan jatuh cinta dengan koleksi basikal di Kedai Basikal Ipoh Jaya... yg ku perasan mata Baby Qis tertancap kat basikal tomey konon2 nak suh ayahnya beli la tu... ** sorry sayang..tunggu besau skit eh..***

Dengan bayaran RM350, dua buah basikal telah bertukar tuan... inilah dia hadiahnya..

dan pada hari Jumaat lepas, daku bw balik kek yg daku tempah khas dari teman pejabatku Kak Shidah..**sedap tau keknyer..just RM55/2kg..murah giler*** then mak daku wat Laksa Lemak dan Laksa Penang + Kue Tiaw Goreng ala nak cepat..haahha... daku ajak Kak Yong n family dan MakBonda tuk sama2 meraikan.. Majlis makan2 ala simple dimple nie ekceli meraikan 2 org iaitu Isya (Anak Adik) dan Amirah.. Bad nyer kena tunggu besdaynyer lu..(hadiah mama da bg tau..so x ley claim g..t mama wat kek ye).. meh kita tengok apa yg terhidang ..


Inilah kek yg ku tempah dr Kak Shidah.. rupanya patung doraemon tu leh makan.. Isya kipnap. Baby Qis melalak nak sama..hahaha
Hidangan yang teramatlah simple dimple nyer. Laksa Lemak, Laksa Penang , Kuetiaw Goreng dan Murtabak..ceh..x sempat nak hias syantik2 da kena serbu.. sebat je la.. maklumla family je kan..


Acara potong kek.. alamak ..tangan Ayah Lang mengaco lak..
Ha...baru betul..Ayuni yg excited lebih2..kat blakang tu Abg Bad sibuk main chess hadiah besday Amirah dr Ayah Langnyer..
.
Akhirnya Aliya dpt gak menan hadiah besday Eisya nie..dr td duk kenen2... hehehe..tomey x gaya baru ala Lady Gaga (kata maksunya) hasil guntingan kak yong.. mak bonda nampak tangan je..hehehehe - Hepi Mother Day Mak bonda...hadiah tertunda ye..

Begitulah sorotan pe yang berlaku masa besday Amirah ari tu.. x ley coret lelama..keje banyak menanti ni..
Oh ya  Bio-Herbal Flushable Nappy Liner yg ku order direct China bersama rakanku da smpi..so sapa nak order dipersilakan.. hanya RM23/roll + RM4 postage fee.. murah sesangat utk saiz yg besar..

Friday, May 7, 2010

Kak Yong...mesti Amirah suka nie...


Alamak tukang kerastangan blum siap sepenuhnya lagi..tp daku da publish... **sori kakyong..excited tgk tuh*** br email kat daku Crosstich tuk Amira hasil tangan Mak Longnyer .Blum siap sepenuhnya... tp saja je wat entri nie sbb x de idea nak tulis pe.. sementelah keje berlambak2 nie.. anyway.. leh tolong promote tuk kakyong...hahahaha... cantik x? Request for bike tu masih dlm consideration lagi.. tgk fikir buruk baiknya dulu..tp teringat kata mak.. "anak dara kamu tu da 10 tahun..ko nak sekat dia sampai bila..masa ko umor cam dia ..merata ko jelajah naik beskal buruk ko tu..sedar2 da kat selayang.. " ... gedebuk..sebiji kena da... huhuhu. .

Thursday, May 6, 2010

**Entry Pendek*** SELAMAT HARI LAHIR AMIRAH...06.05.2010

Hari nie genaplah usia Amirah 10 tahun.. tak sedar masa berlalu begitu pantas..da ada anak dara da daku nie.. daku da siap tempah kek hari lahir istimewa untuknya... cik abgku siap beli candy..buh dalam balang..wat note sikit "SELAMAT HARI JADI AMIRAH..SHARE CANDY NIE DENGAN KAWAN2 YE.. DARI AYAH/MAMA" malangnya daku lupa nak snap td... apalagi ..happy gilos dier...

Sori Amirah mama x sempat nak tulis entri panjang2...sbb mama tengah bz nk wat report.. nak Mesyuarat JKPP ari Isnin nie..so mama sempat curi masa wat entri pendek untukmu... sori ye sayang..hmm ur request tu mama kena fikir2 kan dulu..sebab mama x berani amik risiko sebenarnya.. kawasan tu banyak anjing... then mama riso kalau mama beli takut kakak merayap merata-rata.. senario sekarang nie agak kurang sesuai utk bg pelepasan kakak keluar rumah ke sana sini sendirian sayang... tengok macam mana ye...

Ekceli..her request is a Bycycle... sejak basikal nyer rosak bertaun dulu..daku x ganti2..sebabnya..daku riso takut dier berjalan merata..x leh pantau..panjang lak langkahnyer.. uols rasa cam ne eh..nak belikan ke? Please advice...if ok..petang karang daku g terjah kedai basikal..

Meh layanz gambar2 yg daku men copy n paste guna paint je..maleh + x sempat...bz gilos...

Sempena Hari Jadi Amirah hari nie..daku wat 1 Day Sale kat Miela77shoppe kaw2 nyer rege meh tengok..

Wednesday, May 5, 2010

Kayanyer daku....

Pergh klu daku check email..tetiap ari daku dpt email cam nie...


bukan satu dua....tengok nie


Klu cam nie x yah susah2 keje... claim je kat atas tu ....hahahahaha

esok besday Amirah...so daku nak wat one day sales kat blogshopku...so stay alert eh...

Saturday, May 1, 2010

Pengumuman Pemenang Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary GiveAway...

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah pencarian siapa yang bertuah untuk memenangi 5hadiah menarik tajaan Miela77 Online Shoppe.. blogshop daku tu...terima kasih kepada semua yang sudi menghantar penyertaan... x sangka lak penyertaan lebih menggalakkan berbanding sebelumnya... tandanya blog daku ni belum dilupakan walaupun empunya da makin liat nak meng'update selalu cam dulu..bukan apa, maklumlah kesihatan yang x menentu, sibuk ngan keje, biz, anak2 n family...hal2 yg tak dijangka..menyebabkan blog ku makin bersawang.. huhuhu...okies stop b4 me bubling till tomorow...hehehehe

Tak sangka seramai 42 peserta (entry blog) serta 2 peserta (email) yang menyertai giveawayku kali nie.. alhamdulilllah..yg menariknya..meh kita tengok top referer..uols agak2 la sapa yg paling tegar disini bab contest nieh..heheheh

1. Zai Kulim - 13 penyertaan
2. Malaysia Giveaway - 2 penyertaan
3. Miela77 - eh blog daku nieh..hehehe - 13 penyertaan ( x masuk book hehehe)
4. My Giveaway, BabyIbu, Ckyn, Mamalyna, Ejanblog, ZafirahSofiyah, Afne - 1 penyertaan

pergh..zai..tabik spring tahap gaban kat ko..tahniah..hadiah menarik tertarik ku memang dabomb..ke pintu umah mu..bg address balik..yg dulu tu da selamat terpadam..huhuhu...(jgn lupa wat entry tau)

Serami 21 peserta daripada 44 orang sudi melekatkan gam cap gajah kat blog mereka..daku ucapkan time kasih..hadiah istimewa yang daku janjikan kat uoals adalah :-

Uols layak membuat pembelian PWP (Belian dengan Belian) untuk Romper, Dress dan Legging yang daku tawarkan di entri ini http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/04/clearance-sales-carter-romper.html

DAN DIUMUMKAN 5 PEMENANG BERTUAH MENGIKUT TURUTAN HADIAH...
PERTAMA - QQBABY SNAP BUTTON LIGHT YELLOW
KEDUA - BUSHA CUTE STRECHING LEGGING

KETIGA - 1PCS CARTER ROMPER

KEEMPAT - UK MAGIC BIO-TECH HERBAL


KELIMA - COOLABABY WET BAG

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG..SILA BERIKAN NAMA, ALAMAT, NO. TELEFON SERTA JANTINA ANAK (BAGI BUSHA DAN ROMPER) SECEPAT YANG BOLEH SEBAB DAKU PLAN NAK POS HARI ISNIN NIE..IF LEWAT2 X SEMPAT NANTI;...PADA YANG TAK BERJAYA..JANGAN SEDIH..CUBA LAGI.. INSYAALAH..THANKS PADA SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA...LUV U OLS...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010