Friday, December 24, 2010

Apa itu SLE?

NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis, sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya.
Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar.
Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan.
Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit itu.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya.
Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan.
Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat.
‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian kerjaya dan biologikal (mengandung).
‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.
Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita, Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE.
Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan.
Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan.
Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.
Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.
Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata, penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave.
“Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.”
‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah.
Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).
Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.
“Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.
Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40 daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada penyakit ini.
‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh 70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya.
Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan, biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini
Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.
Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat diserang penyakit berkenaan.
Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan hydroxychloroquine.
Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.
Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.
Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE Malaysia
‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.
‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.
Info
* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.
Tanda dan gejala SLE
* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
Panduan untuk pesakit SLE
* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.
* Perlindungan kulit.
* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.
* Ubat-ubatan.
* Makan ubat atas arahan doktor.
* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

Sunday, December 19, 2010

Ku dapat anak buah baru...congrate Ani...

Alhamdulillah..tadi cik abgku blk bw berita adiknya Ani da bersalin..dengarnya anak lelaki lagi.. hahaha...maka bertambahlah sorang lg cucu lelaki MakIpoh eh..so Amirah still cucu perempuan sulong, diikuti dgn anak Kakyong Anis, Aliya n My Lil Qis (bongsu - setakat nie lah)...x pe Ani.. leh cuba lagi..ekekekek...

Disamping kegembiraan mendapat anak buah baru... daku masih struggle study tuk exam PTK dan KPSL yg akan bermula di UPM pada 20-22hb nie.. alamak..nape apa yg ku belajar x masuk otak nie...aduhai...mungkin sebab kesihatan daku yg agak terganggu akhir2 ni kot... skang pun daku tgh riso.. cam ne la nak drive ke KL nie... tangan kakiku bengkak lagi.. uwaaaaaa

Tapi daku tetap sahut cabaran...klu diikutkan PTK tu daku da lulus... tp daku nak menambahbaikkan result je..cuma KPSL tu jela... rasa cam nak jwp soklan exam U je .. hhuhu...
Uols doa2kan lah ye...

Ok daku nak sambung balik study.. x tau nak tido kul bape ari nie..sok nak drive ke KL lak... bukan x mo study siang.. tp gangguan dak kecik tuh...x ley nak wat pa pe...heheheh...

Friday, December 3, 2010

Pemergian yang tak dijangka..Al-Fatihah pada Arwah Ila

Salam hari Jumaat. Sesungguh dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Sesuatu yang tak mungkin boleh disangkal sampai bila2. Daku rasa agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan Arwah pada bulan Julai yang lepas. Rasanya kali terakhir daku bertemu dengan Arwah, 6 bulan yang lepas, masa bermalam di rumah EE di Frim. Arwah seorang yang penyayang dan amat suka dengan kanak2. Baru berusia 20 tahun dan baru 4 bulan berkahwin. Malam sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhir, Arwah sempat bersembang lama dengan kakaknya Imah (isteri EE). Malah berjanji untuk menziarahi mereka pada hari minggu ini. Namun, dimaklumkan bahawa Arwah ada membalas sms jiran Imah, dan memberitahu mungkin tak datang sana sampai bila-bila dah (mungkinkah itu petanda). Diusia yang muda, Arwah pergi secara tiba2 seorang diri di rumah pada jam 1.30tgh 1hb Dis 2010..dikala suami tersayang keluar sebentar ke kedai berdekatan..dugaan yang sungguh pedih buat sang suami...moga Man tabah menghadapi hari-hari mendatang seorang diri...

ilanov2008

Ila : Mar 1990 – 1 Dec 2010
(Amik dr Blog Kakyong..tocey Kakyong)
Sebaik saja daku mendapat tahu berita tersebut..daku terus menelefon Imah.. dengan nada sengau (mungkin terlalu banyak menangis)..Imah memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang..mungkin malam nanti Jenazah akan sampai ke Kg. Cht Tin. Daku mengambil keputusan menunggu sehingga Jenazah sampai, baru ke sana. Dan pada jam 10.30mlm, Imah memaklumkan jenazah akan sampai. Kami bergegas ke rumah Mertuaku di Tmn Bertuah untuk mengambilnya, dan Kakyong..kami sampai di Kg. Cht Tin pada jam 12.40mlm selepas singgah makan sebentar di Restoran Berahim Tg. Tualang..masa sampai di Restoran tersebut, kelihatan Imah, EE, suami Arwah (Man), Atan, serta anak2 EE sedang duduk santai selepas makan. Kami berehat sebentar sambil bertanya hal sebenar.. kelihatan Man sugul saja. Kesian dia. Baru 4 bulan berkahwin..kini bujang semula..sabar ye Man.

Sampai di rumah mak Imah, kelihatan jenazah terbujur kaku di tengah rumah. Alahai..sebaknya hatiku.. lantas daku dan Kakyong mengambil air sembahyang..dan duduk membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada Arwah..lebih kurang jam 2 pagi...kami bergerak balik..(cik abgku baru sebulan start keje di Kilang baru..so x dapat la nak cuti)..sempat kami menatap wajah terakhir Arwah..sungguh tenang dan kelihatan tersenyum..tenanglah kau disana ye..

Aduhai penatnya badan..sesampai dirumah..ingatanku masih pada Arwah..macam tak percaya je Arwah telah pergi ke Rahmatullah.. begitulah putaran hidup...nasib kita tak siapa yang tahu.. mana tahu..tengah sihat2 tiba2 esok dengar berita ...Innalillah...nauzubillah...

Sempat daku membawa mak ke sana pada petang semalam.. dalam tak sihat..mak tetap nak pergi menziarah..kami tak lama...dalam keadaan mak tak sihat tak boleh berlama2...sempat mak bersembang dengan Man...dia menyatakan terkilannya kerana tidak berada disisi Arwah semasa Arwah menghembuskan nafas yang terakhir..katanya..sesampai di rumah dari kedai, Man nampak Arwah rebah...bergegas Man mendapatkan Arwah namun terlewat kerana Arwah telah pergi..aduhai..kesiannya Man..sabar ye Man..Al-Fatihah buat Arwah Ila..moga ditempatkan disisi umatnya yang beriman..Amin...

Monday, November 22, 2010

Mencari Pengunjung bertuah yang ke- 30000

Alhamdulillah...sudah hampir 30,000 kali blog ku nie dijengah... seperti yang daku janjikan sapa yang menjadi pengunjung ke-30,000 sila print skrin dan email kat daku ye...pasti ada yang istimewa menanti anda...

Mengumumkan Pemenang Miela77 Online Shoppe FB GiveAway adalah ...

Syukur Alhamdulillah...akhirnya daku berkesempatan untuk dating dgn Mr. Random.Org bagi mencari pemenang Miela77 Online Shoppe FB GiveAway... sebanyak 36 penyertaan diterima dari Blog dan FB Miela Muhamad Riza...dan setelah menunggu agak lama untuk setiap cabutan (line tenet agak slow semalam) akhirnya.. daku dapat mencari pemenang yang bakal membawa pulang....

Hadiah Pertama - Coolababy Printed Snap Button (RM35.00)





Hadiah Kedua - Training Pant (RM20)

 Hadiah Ketiga - Busha Legging New Design (RM15)




Hadiah Penyertaan Pertama Blog - Busha Foot Cover (RM6.50)
No. 1 - Zie Fauzi - Peserta Pertama Blog Hadiah Penyertaan Pertama FB- Busha Foot Cover (RM6.50)
 No. 3 - Zainab Mohd Ghazali - Peserta Pertama FB Miela Muhd Riza

  Top Referer 
Blog Miela77 

Tahniah kepada para pemenang..pada yang tidak bernasib baik..cuba lagi ye..kepada semua pemenang...sila email ke Miela.77@gmail.com maklumat lengkap seperti nama penuh, alamat, no. tel, jantina anak serta umur anak untuk tujuan penghantaran hadiah ye.. dan semua peserta Giveaway layak mendapat potongan harga RM2 bagi setiap pembelian di Miela77 Online Shoppe.

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha ... ku berkorban apa saja....

Di Hari Raya ...org bergumbira merayakannya dengan kaum keluarga..namun daku x rasa mcm nak beraya... lepas g umah mak makan lontong... daku bersiap2 tuk g Port..amik barang jualan... kenapa di Hari Raya???? sebab stok daku da kritikal..sementelah pula cik abgku sibuk nak siapkan gak umah mak dier.. "lagi cepat siap lagi senang ati dia.". katanya... cian gak daku dengan dia... Pagi g keje... blk keje.. lepas makan ... terus g umah mak dier.. wat renovation umah.. then kul 11-12mlm balik..daku wat minum.. or dia makan skit .. tido.. ari cuti..full day dia disana.. pendek kata.. kami anak berada kena pasrah dan berkorban masa untuk memastikan umah tu siap.. sedih gak sbb daku akhir2 ni x sihat.. tp x berani komen..coz tgk dia penat je.. cian.. lagipun dia rasa tanggungjawap dia tuk memastikan umah tu siap..(yg ada kat umah tu x blh harap... klu cik abgku x datang ..idak le depa nak wat...dari raya thn lepas smpi raya taun ni x siap2...x faham tul)..huhuhu... bukan rungutan..sekadar meluahkan..apa pun daku tabik spring dengan cik abgku..walau macammana pun tanggungjawabnya di sana...tidak pernah diabaikan..congrats sayang...  walaupun cik abgku terpaksa korbankan masa berkualiti bersama anak2 dan keluarga... demi memastikan umah tu siap untuk keselesaan mertua ku.. daku benar2 pasrah...namun ada sesuatu yg buat daku terkilan.. biar daku simpan.. x wajar daku cite disini sbb daku bukan suka mendedahkan sesuatu yg melibatkan sensitiviti seseorang disini...sapa yg tau faham2 le.. selagi rasa terkilan tu ada...selagi tu daku x mampu nak menunjukkan muka buruk nie...huhuhu...x mau menceceh lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...walaupun da terlewat 2 hari.. moga anda semua ceria2 selalu..

Disamping itu..daku nak inform pada peserta giveawayku...daku akan war2kan siapa yg bertuah dalam tempoh terdekat..harap bersabar..plan nak wat hari nie..namun sakit pala yang mencengkam dari pagi tadi disamping tangan kakiku bengkak n sakit macam selalu menyebabkan hasrat tersebut tertunda...sorry ye...namun hadiah da ada..tinggal nak announce pemenang..dapat address daku trus pos...wishing uols goooddd lucckkk...

Ha...selingan wajib..meh tengok clearance item daku di http://www.facebook.com/album.php?aid=27601&id=100000860801761&page=2 murah2 je tolak..yg bestnya...ada Babydoll PP Pant baru..3pcs baru RM40 je.. tidak dilupakan..jengah2la my blogshop ye.. banyak new item sempat ku upload khamis lepas...

Thursday, November 18, 2010

Senarai Peserta Meh Join Miela77 Online Shoppe FB GiveAway

Senarai Peserta Meh Join Miela77 Online Shoppe FB GiveAway...(Mohon jasa baik semua check nama2 dan penyertaan anda-takut ada yg tertinggal. Esok daku akan berdating dgn Mr. Random.Org tuk cari siapa yg bertuah tu..)

No. 1 - Zie Fauzi - Peserta Pertama Blog
No. 2 - Huda - Blog
No. 3 - Zainab Mohd Ghazali - Peserta Pertama FB Miela Muhd Riza
No. 4 - Zaikulim - Blog
No. 5 - LisaVSKhusairi - Blog
No. 6 -  Mama Balqis - Blog (Bg penyertaan FB sila refer komen ur fb n lengkapkan ye..then daku listkan)
No. 7 - Zalia -  Blog
No. 8 - Zaliani Mamat - FB Miela Muhamad Riza
No. 9. - dyahaha - Blog
No. 10 - daydreamer - Blog
No. 11 - Balqis Bluepinkbaby - FB Miela Muhamad Riza
No. 12 - Siti hawa18 - Blog
No. 13 - Qasih Kita - Blog
No. 14 - Kakyong - FB Miela Muhd Riza
No. 15 - Ummu Adam - FB Miela Muhd Riza
No. 16 - Dhila Fedora - FB Miela Muhamad Riza
No. 17 - Masnitha Zulkurnain - FB Miela Muhd Riza
No.  18 - Anne - Blog
No. 19 - Sarah - Blog
No. 20 - inahasan - Blog
No. 21 - Qara91 - Blog
No. 22 -  Cutemummy - Blog
No. 23 - izancute - Blog
No. 24 - segalanya kuterima - sakinah - Blog
No. 25 - NurCahaya Za - FB Miela Muhamad Riza
No. 26 - Asma Ahmad - FB Miela Muhamad Riza
No. 27 - ekinashikin - Blog
No. 28 -  Ummu Syahmi Anin - FB Miela Muhamd Riza
No. 29 - anin - Blog
No. 30 - taufidris - Blog
No. 31 - Ogy - Blog
No. 32 - Mama Zafran - Blog
No. 33 - Cute Mum - Blog
No. 34 - Nur - Blog 
No. 35 - Lynn'Azlina - Blog
No. 36 - Siti Situ Sana Sini 


Nantikan keputusannya...



 


Tuesday, November 16, 2010

Meh Join Miela77 Online Shoppe FB GiveAway...25.10 - 16.11.10..hadiah lumayan menanti anda..

Berita Gembira untuk semua... Meh Join Miela77 Online Shoppe FB GiveAway...
***ENTRY NIE MELEKAT SAMPAI 16.11.2010*** 

Apa yang perlu anda lakukan???

 1. Syarat utama mesti add fb Miela77 Online Shoppe dan Miela Muhamad Riza (Sapa x de fb...mesti follow blog http://miela77.blogspot.com dan http://miela77shoppe.blogspot.com.)

2. Then war2kan ttg giveaway nie kat fb anda..make sure ingatkan rakan fb anda untuk beri nama anda sebagai referer bagi melayakkan anda mendapat hadiah sebagai top referer. (Atau di blog anda)

3. Then berikan nama anda, fb nick, blog jika ada, email dan kenapa anda
nak join giveaway nie x lupa referer..(klu tau dr my fb..just tulis..referer :
mos) ..senang je.. (Utk penyertaan di FB..bg maklumat tersebut melalui kotak komen hadiah untuk pemenang Miela77 Online Shoppe FB Giveaway)

4. Sekiranya anda menyertai di kedua2 tempat...FB dan Blog..anda layak mendapat 2 penyertaan...

....dan daku akan minta bantuan Mr. Random.Org tuk cari 3 orang yg bertuah yg bakal membawa pulang hadiah berupa :-

 1. Coolababy Printed Snap Button bernilai RM35.00

 2. Busha Training Pant bernilai RM20.

 3. Busha Legging Design Baru. 

Top Referer bakal membawa pulang hadiah istimewa dan semua peserta layak mendapat baucer potongan harga RM2 bagi pembelian di http://miela77shoppe.blogspot.com/.


Giveaway berlangsung dari 25.10.10 hingga 16.11.10 nie....layari
http://www.facebook.com/profile.php?id=1206942837

So tunggu apa lagi...meh la join weh...


Cupp..cuppp...peserta pertama layak mendapat hadiah penyertaan iaitu Busha Foot Cover bernilai RM6.50... moh le weh..sapa x de fb??? Join je kat sini..no problem..tp syarat peserta pertama bergantung pada sapa yg terlebih dulu join samaada di blog atau fb...

(Maaf pada semua peserta..daku x smpt update beb hari kebelakang nie..now i bg eh...)
Update senarai peserta - 14.11.10 8.27am
No. 1 - Zie Fauzi - Peserta Pertama Blog
No. 2 - Huda - Blog
No. 3 - Zainab Mohd Ghazali - Peserta Pertama FB Miela Muhd Riza
No. 4 - Zaikulim - Blog

No. 5 - LisaVSKhusairi - Blog
No. 6 -  Mama Balqis - Blog (Bg penyertaan FB sila refer komen ur fb n lengkapkan ye..then daku listkan)
No. 7 - Zalia -  Blog
No. 8 - Zaliani Mamat - FB Miela Muhamad Riza
No. 9. - dyahaha - Blog
No. 10 - daydreamer - Blog
No. 11 - Balqis Bluepinkbaby - FB Miela Muhamad Riza
No. 12 - Siti hawa18 - Blog
No. 13 - Qasih Kita - Blog
No. 14 - Kakyong - FB Miela Muhd Riza
No. 15 - Ummu Adam - FB Miela Muhd Riza
No. 16 - Dhila Fedora - FB Miela Muhamad Riza
No. 17 - Masnitha Zulkurnain - FB Miela Muhd Riza
No.  18 - Anne - Blog
No. 19 - Sarah - Blog
No. 20 - inahasan - Blog
No. 21 - Qara91 - Blog
No. 22 -  Cutemummy - Blog
No. 23 - izancute - Blog
No. 24 - segalanya kuterima - sakinah - Blog
No. 25 - NurCahaya Za - FB Miela Muhamad Riza

No. 26 - Asma Ahmad - FB Miela Muhamad Riza
No. 27 - ekinashikin - Blog
No. 28 -  Ummu Syahmi Anin - FB Miela Muhamd Riza
No. 29 - anin - Blog
No. 30 - taufidris - Blog
No. 31 - Ogy - Blog
No. 32 - Mama Zafran - Blog
No. 33 - Cute Mum - Blog
No. 34 - Nur - Blog 
No. 35 - Lynn'Azlina - Blog
No. 36 - Siti Situ Sana Sini 



Penyertaan ditutup...nantikan keputusannya...



 


Friday, November 12, 2010

KANDAS....ADUI...SAKIT HATI...JAGA KORANG...

PERTAMA - EXAM KPSL KANDAS...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...susah giler soklannyer...
KEDUA - Sejak aku mula keje sampai la ke tahun ke lapan - prestasi kerja ku x penah jatuh dari 85%..malah 3tahun terakhir 90% keatas .. sehingga ku dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.. keje ku x penah menghampakan bos ku.. malah aku kerap dipanggil Pengarah untuk bantu dlm mendapatkan dan membentangkan maklumat jabatan...tp 2 thn kebelakangan nie aku sakit.. tiba2 prestasi yg 8 thn tu x dinilai.. prestasi yg 2 thn nie lak yg disebut2...apa guna Pakar bg surat akuan mengatakan daku hendaklah diberi light duty...sapa org JPA tolong bantu...sakit hati nie..
KETIGA - Insan2 yg terdekat denganku..sedarlah...Daku manusia biasa...punya hati dan perasaan...

Wednesday, November 10, 2010

@@@....

Sejak jumaat lepas, ku jarang2 sekali on9...kenapa? ku x de mood dan x sht... malah biz pun suam2 kuku je..mana yg da byr ku proceed..mn yg blum or br ty..ku pending till monday..sekali lupa monday tu ada Seminar 5S...till now..mood nak berblogging, biz even keje pun x de... semangatku pudar..hatiku merusuh.. rasa ingin meluahkan tapi x pasti kewajarannya... kesihatanku mula terganggu kembali.. ku cuba kuatkan semangat.. namun jiwa ini perlukan ketenangan... hanya mereka yg dekat dengan ku yg tau apa yg terjadi...YA ALLAH..KAU KUATKAN SEMANGATKU MENEMPUH DUGAAN DEMI DUGAAN DARIMU...

Saturday, October 23, 2010

Catatan Perjalanan kami dan Hepi Anniversary Darling...


Sekarang, kami dalam perjalanan ke Felda Sebertak, Triang, Pahang... berada diatas gunung kawasan Ulu Yam... on9 kejap sbb nak check payment dr cust...t kalau kat Pahang coverage maxis to minimal... comfirm x dpt dihubungi langsung malah tenet jgn harap le...huhuhu... tp otak leh releks skit...ekekekek...
Kat blakang tu masing2 da lena dibuai mimpi...ye r...da tghmlm... daku as usual... kena berjaga to ensure my cik abg tetap berjaga... klu dia tido br betul... sok masuk paper x pun berita... nauzubillah.. minta simpang la jauh2... harap perjalanan kami pergi dan balik selamat...
Since x de line atas bukit nie...daku taip entry thru ms word dulu...krg ada line daku paste je kat post... hehehehe.... alamak pening pala .. mabuk laut.. jalan bengkang bengkuk..jap..jap.. krg x pasal kuar blk pe yg daku makan kat RNR Ulu Bernam... rehat 10mins...
Ok...lega skit... pekena coklat hacks hitam plus fire sens CNI buh kat blakang tengkuk... leh sambung blik....
Plan...turun dr Ulu Yam nie..masuk ikut Kg. Sg. Kertas, pintas ke Gombak n naik Karak Highway... bkn x mo naik ikut Genting... tp jalan agak mencabar... ku x tahan klu jln mcm ular kena palu nieh... huhuhu...
Jalan agak gelap... tp agak tenang.. kenderaan kurang sangat,,,  so kategori lancar ... klu ikut bajet daku.. dlm kul 2-3pg smpi r...insyaallah..moga dilancarkan perjalanan dan selamat olehNYA...amin.
Ok..gtg..nnt daku update g..if line ok r...klu x tgk r bila free... akhir2 nie mmg jarang dpt update entry kat blog tu mcm dulu2...tingin nak update cite ttg anak2 n family terutama perkembangan Baby Qis yg makin bertuah n lasak tu.. mesti uols rindukan dia ek...tgk r klu smpt dak rakamkan gambar2 semasa di sana...
!=============================

24.10.10...12.20am
Kami da smpi Gombak..jap g nak masuk highway karak...so pasni x de line..better ku up entry ni dulu..
X sangka ari nie da 11 tahun perkahwinan daku n cik abg... Alhamdulillah moga kami terus bahagia disamping anak2 yg comel n bertuah tuh...
Nnt ku up entry anniversary n gambar kahwin...insyaallah klu sempat...gtg..daaa...

Friday, October 22, 2010

2 hari x dpt online..huhuhu...off to Felda Sebertak, Triang, Pahang...

Mlm nie, Exora baruku akan meluncur di jalanraya membawa kami ke Felda Sebertak, Triang Pahang dalam misi menghantar MakTih balik ke rumah...(paktih da ngamuk x de org masak kat dier..ekekeke). Sekarang masih di Opis, jap g nak gerak balik umah, packing apa yg patut...insyaallah lepas Isyak gerak.. planning mlm nie gerak, tido sana semalam...sok petang gerak balik KL..mungkin transit kat Frim Kepong..umah EE...then ahad pagi (rasanya mau jadi petang nieh...heehehe)..balik Eypo... Isnin anak2 exam..so kena balik seawal mungkin... cian depa..ku paksa bw buku..ntah baca ke tak tu....

Malangnya, di sana liputan maxis amat menyedihkan...secara automatik x dpt le daku nak on9...malah telefon pun x de line... maka kalau daku plan nak menenangkan fikiran tanpa gangguan...disana lah tempatnya...muahmuahmuahhhhaaa....

Nanti kalau sempat daku upload gambar2 sepanjang perjalanan kami pergi dan balik eh..(kalau sempat le)...akhir2 nie sentiasa kurang masa berblogging... fb, blogshop update jika perlu je... sori ye kengkawan.. miela77 kurang menjelajah melawat uols semua...bukan sombong namun kekangan masa.. namun kiranya berkesempatan...ku jelajahi jua...

Doakan perjalanan pergi dan balik kami lancar dan selamat...Amin....

Thursday, October 21, 2010

Akhirnya ia jadi kenyataan - Ok tak color tuh????

Setelah dihitung, ditolak, ditambah, dibahagi..dan difikir2 buruk baiknya...akhirnya impianku (lebih pada impian cik abgku - klu ikut daku nak AVANZA je..) jadi nyata... idaklah anak2 ku sempit2 lg...yg sempit.....pastinya poket cik abgku dan daku...ye r..kete lama da abis byr..tiba2 wat utang baru...ekekekek...

Mempersembahkan Kereta Idaman Cik Abgku....


dan jua kete idamanku..ekekekeke... get ready tuk merabakkan poket tetiap bulan eh...


Monday, October 18, 2010

Dugaaannnn... Majlis Pertunangan Ateh selesai...Kete Honda Civic Abang pun selesai..eksiden ngan pemandu teksi mabuk......huhuhu

Alhamdulillah...Majlis Pertunangan Ateh berlangsung dengan meriah dan lancar pada 16.10.10 yang lepas.. Rombongan pihak lelaki hampir 100 orang dengan 17 dulang hantaran dibalas 25 dari kami... mmg betul2 meriah... namun malangnya... awal pagi esoknya... kete Honda Civic Abang (Adik lelakiku) terbabit dengan kemalangan di Medan Gopeng...gara2 pemandu teksi mabuk todi...kureng blacan tul.. kete tu Achik yg bawa... masa kejadian kononnya si pemandu teksi mabuk nie berada di laluan paling kiri (lane ketiga) then dia perasan yg ada u-turn kat jalan tu...trus wat aksi ngeri u-turn.(lawak la lu tambi....jalan lurus plak ada U-turn...da mabuk todi tu la pasal...kalau jadi apa2 ngan adik aku..lu mmg nahas r...ceh...cinabeng nyer tambi..). Achik yg berada di laluan paling kanan tergamam...ye r...10 meter je dgn teksi tu...x sempat tekan brek...trus berdentum.. abis kemek bonet depan enjin kete honda tu..(gambaw x de la pulaks...kat hp achik..dia x smpt upload)... seb baik dia x de apa2...setakat terhentak ke stering je.. mujur la sbb dia bw x laju.. alhamdulillah...namun kete x tau la cam ne... huhuhu... tp tambi tu tido lokap la ..padan muka...uols leh baca berita tentang kemalangan seperti dibawah:-

KOSMO ONLINE -TERKINI

Pemandu teksi mabuk ditahan

17/10/2010 2:18pm

IPOH - Seorang pemandu teksi berusia 51 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selain terlibat dalam kemalangan ketika polis menjalankan 'Ops Samseng Jalan Raya dan Mabuk', di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritenden Mohd. Rodzi Rejab berkata, lelaki itu ditahan pukul 3 pagi ketika memandu teksinya di Jalan Raja Nazri Shah di sini selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain.
Pemandu teksi tersebut hanya cedera ringan dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi tadi itu sejumlah 51 saman dikeluarkan ke atas 18 pemandu kereta dan 33 penunggang motosikal.
Antara kesalahan mereka ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, lesen tamat empoh, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ubah suai nombor pendaftaran, katanya. - Bernama

p/s...Tawaran Sempena MOS 1y Anniversary masih berlangsung... Ari ni last day...so meh la terjah dan beli di  http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/10/tawaran-sempena-mos-1y-in-cding-11.html  .. cloth diaper dari semurah RM19/pcs...

Thursday, October 14, 2010

Adakah ianya akan jadi satu kenyataan????

Sesungguhnya impianku untuk memilikinya ditanam sejak sebelum raya lagi..namun masih kabur.. adakah ini
bakal menjadi milikku????


(Info ttg kete idamanku nieh...)

Siapa sini yang dah pakai Exora? atau yang dah tempah Exora? Kalau belum, berita baik untuk anda kerana Proton baru sahaja melancarkan Proton Exora Edisi yang diperbaharui. Dengan pengenalan model diperbaharui ini, Proton turut mensasarkan jualan sebanyak 2,500 unit sebulan.  Sebenarnya tiada apa yang dikemaskini sangat oleh Pihak Proton ini, mungkin ini adalah salah satu dari strategi mereka atau hadiah mereka kepada anda sempena musim perayaan. ( Tapi biasanya kalau tempah sekarang, memang tak sempat pun pakai raya..).
Apa yang dibuat tambahan adalah dari segi warna dan beberapa aksesori agar kelihatan lebih sporty. Yang menariknya tu, pelanggan hanya perlu menambah RM1,000 sahaja untuk edisi ini, lagipun bagi yang tempah awal, 1000 unit tersedia untuk anda (tak payah tunggu lama kalau bernasib baik la)
Exora didatangkan dalam 4 variasi iaitu 1.6L Campro CPS H-Line AT, 1.6L Campro CPS  M-Line AT, 1.6L Campro CPS  M-Line MT dan 1.6L Campro CPS  B-Line MT.  Macamana pula dengan harga? ok.. tak banyak perubahan sangat, cuma meningkat RM 1,000 sahaja bagi setiap model, Proton Exora ini menggunakan enjin Campro CPS 1.6L dengan kuasa maksimum 93kW (125hp) @ 6500rpm dan maksimum tork 150Nm @ 4500rpm
Antara Penambahan aksesori pula adalah :
Bagi H-Line :
+ Rim Aloi – 15”
+ Body kit (Skirting & Spoiler)
+ Fog lamp garnish (chrome)
+ Door visor
+ Boot organizer
+ New center panel finishing
+ New exterior colour (Plum red)
+ New panel shift lever finishing
+ New interior theme colour
+ Steering wheel finishing
+ Door inner handle finishing
Bagi M-Line : takat nie je mampu ku idamkan...
+ Alloy wheel – 15”
+ Body kit (Skirting )
+ Boot Organizer
+ New exterior colour (Plum red)
+ New panel shift lever finishing
+ New interior theme colour
+ Steering wheel finishing
+ Door inner handle finishing

So??? adakah impianku ini kan jadi nyata???? Kita sama2 tunggu ye...

Monday, October 11, 2010

Pekerja di Ksiok MOS Giant Tambun diperlukan segera...sapa minat leh apply..

Kami mencari pekerja untuk menjaga ksiok kami di Giant Tambun dengan kadar segera. Kami menjual pakaian dan barangan bayi dan kanak-kanak.

Kelayakan - jujur, amanah, boleh berkomunikasi dengan baik, pandai menarik pelanggan, berketerampilan menarik (satu bonus).
Tugas - menjaga, membuka dan menutup ksiok.
- menjaga kebersihan dan susunatur barangan.
- menarik pelanggan membeli barangan yang
ditawarkan.
- bertanggungjawab dengan kutipan jualan.

Waktu Bekerja - 10pg - 10.30mlm (6 hari seminggu)
Gaji boleh dirunding. Komisyen diberi berpandukan jualan yg dibuat. Banyak jual, byk komisyennya.

Berminat? Sila hubungi Pn Miela di 012-5111481 atau Pn. Miza di 019-7306795.

dan nikmati penjimatan sehingga RM180 apabila anda membeli 20pcs Cloth Diaper... layari :-

Monday, September 27, 2010

Marilah kita sama2 doakan kesihatan Rayyan a.k.a Ian..

Akhir2 ni daku mmg tak berkesempatan untuk berjalan2 bertegur sapa dengan rakan2 blogger. Situasi yang tidak daku jangkakan sama sekali.. dulu masa daku mula2 berblogging.. daku agak obses berjalan. mencari teman, berjalan dari satu blog ke satu blog.. rajin mengupdate cerita2 tentang anak2 terutamanya.. kemudian mula berniaga Ikan Pekasam.. diikuti dengan UK Magic .. dan akhirnya daku mula berjinak2 dengan dunia perniagaan online melalu Miela77 Online Shoppe... namun masaku berblogging.. tidaklah terlalu terhad... masih mampu berjalan2 di alam maya..bertegur sapa.. join contest.. dsb.. 

Namun tahun 2010, pabila sakitku makin kerap.. dikala bisnesku makin maju...(alhamdulillah).. dunia berblogging telah jatuh ke tangga yang tak terkira... tiap2 hari daku cuba untuk menjelajah..tp hanya mampu satu dua blog.. adakalanya langsung tak de.. cuti dirumah..jarang on9..sibuk dengan keluarga dan kesihatan je.. 

Dan yang sedihnya.. banyak cerita2 gembira daku ketinggalan.. yang tak seronoknya..banyak juga cite duka yg patut dikongsikan ..jua ketinggalan.. sedangkan rakan2 bloggerku rajin menerjah blogku bertanya sapa.. berkongsi suka duka.. pelbagai kata2 perangsang dan nasihat diberi... daku amat bertuah memiliki rakan2 seperti uols.. walaupun kita hanya berkenalan di alam maya... bukan realiti.. tapi daku rasa seperti dihargai sebagai seorang sahabat..

Beberapa hari selepas perginya seorang bidadari syurga yang sungguh comel.. Alanna Qish.. daku baru terjumpa cerita mengenainya di blog Jiey a.k.a Mama Rayyan .. sedangkan rupanya.. semasa Dik Nun (nama yg abg Nadime beri) masih di hospital.. ramai yang ambil kesempatan menulisnya di blog untuk mengajak sama2 berdoakan kesihatannya... namun daku ketinggalan.. kenapa?? (krn daku masih dlm duniaku..)..kini..tiap2 hari pasti daku terjah blog n facebook Ayu n Syahrul.. yang pastinya mengundang airmata.. (dlm hatiku x pe la.. yang penting.. setiap hari pasti ku sedekahkan Al-Fatihah padanya.. dan syukur..hajatku untuk menziarahi pusaranya di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara tercapai..)..Ayu  n Syahrul mmg kuat..congrate Ayu n Syahrul..

Dan hari ini, daku berkesempatan (tu pun curi2 baca blog jap - keje bertimbun..kat umah x larat nak on9) tuk melihat2 entry2 terkini rakan blogger di Dashboard.. dan daku terbaca cite ttg Doa untuk Rayyan Ariff. Hati ku terdetik..eh..nape lak dgn Ian nie.. Ya Allah.. jangan la apa2 terjadi padanya.. kerana seawal daku berblogging.. daku da ikuti perkembangannya.. janganlah hanya daku terkhilaf akhir2 nie.. menyebabkan daku ketinggalan mengetahui sesuatu yg buruk berlaku padanya. kini daku masih mencari masa untuk membaca entry2 Jiey yang telah ketinggalan.. daku nak cari apa yang daku tertinggal ttg Ian..sedangkan daku kini setiap hari pasti menjengah blog Ayu..kenapa daku x jadikan blog Jiey sebagai rutin jua.. sedangkan Jiey rajin juga menyapaku disini.. Sorry Jiey.. k.iela sedih bila tau Ian dibedah tempoh hari..kemudian..k.iela langsung x smpt menjengah lagi..sorry Ian..cik iela sedih kerna x dapat kongsi kesakitanmu.. tapi cik iela tau Ian seorang yang kuat semangat...sekuat semangat Mama Jiey gak..tul tak???.. 

Wahai rakan2 bloggerku sekalian.. marilah kita doakan kesihatan Rayyan Ariff.. moga dia sentiasa sihat dan gembira selalu.. apa yang daku tahu Ian kembali ke Wad Kanak2 dalam tempoh dua minggu..betul ke Jiey.. aduhai..cian Ian.. 

Ku berharap suatu hari daku dapat bertemu dengan Ian.. seperti hasratku tercapai untuk menziarahi pusara Alanna raya lepas.. Jiey..nnt klu k.iela g KL n masa panjang.. kita jumpa ye.. tingin sungguh nak bertemu dgn Ian.. 

Aduhai..baru nak meluahkan isi hati..da ada gangguan.. ok daku stop dulu..ada urgent report nak kena proceed.. so ku seru kepada semua.. Marilah kita mendoakan agar Rayyan Ariff kembali sihat dan membesar seiring dengan kanak2 normal yang lain (besar harapanku).. dan menggembirakan hati Jiey yang sering dilanda keresahan.. Amin...

p/s.. Nikmati Cloth Diaper semurah RM22/pcs dalam pakej Raya - Miela77 Online Shoppe. Tawaran sah sehingga 30 September 2010.

Friday, September 24, 2010

Tak sangka rating sales UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula melonjak..Alhamdulillah..

Daku dapat banyak order UK Magic Bio-Tech Herbal akhir2 nie.. mungkin musim hujan panas nie.. ramai baby yang mula mengalami masalah selsema dan pernafasan. Yang lebih menggembirakan, testimoni2 yang daku terima amatlah positif.. daku ikhlas membantu.. walaupun ianya tidak dijual secara meluas.. salah satunya kerana Dr Wan Mahani ingin membantu secara tidak langsung..bukan untuk dikomersialkan.. katanya.. ini adalah hasil researchnya yang terbaik.. sebelum beliau bersara dulu.. dia hanya membantu insan yang memerlukan sahaja.. bukan untuk menjana pendapatan.. sebab tu gak UK Magic nie tak dijual dikedai2.. hanya orang2 tertentu saja mendapat mandat untuk menjualnya. 

Isnin lepas Baby Qis cucuk 1thn setengah.. cam biasa.. pasti demam.. ptg ku bg ubat demam..malam tu da meragam..  then daku pun amik UK Magic..titiskan kedalam mulut 2titis then paksa dia minum air.. then sapu kat badan sambil2 urut2 skit..sapu kat seluruh muka n hidung..termasuk ubun2.. then ku bg bf.. br la dia blh tido..alhamdulillah smpi pagi.. then kul 10pg daku blk umah tuk g KL ziarah Arwah paksu.. dia da berlari2 kat depan laman.. ALHAMDULILLAH.. tu sbb daku yakin tuk jual UK Magic nie.. lagipun ia mmg berkesan tuk kami sekeluarga.. in fact.. daku da x guna minyak angin Na Man Choi Chi Wit g.. daku gantikan dgn UK.. yg bestnya baby qis jarang cholic..

Rasanya hasrat Dr Wan tuk berkongsi hasil research terhebatnya tercapai. Congrats Doc.. missing u nowdays.. so busy with my routine.. will meet u soon.. 

p/s..cepat!!! cepat!!! tinggal beberapa hari lagi sebelum Pakej Raya melabuhkan tirainya.. dapatkan harga Cloth Diaper termurah dipasaran. Hanya RM22/pcs je.. http://miela77shoppe.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

BLOODY HANDS - Island Hospital warning ! Pls read n pass on

Tak pasti daku da terlewat ttg ini. Cuma daku nak share info nie dengan semua. Even cite nie da basi pun, daku baru dapat kan.. so daku bertanggungjawab tuk sebarkan. Please beware. Read n pass to others.

 
For your information. ( Very Urgent )
 
If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car,
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly
to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been
reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya
and Klang Town police stations (actually around the whole country).
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.
Please forward this message to the people you care about.
 
Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel:   +6012-4308125  +6012-4308125   +6012-4308125  +6012-4308125

p/s...cpt...dapatkan cloth diaper dengan harga serendah RM22/pcs dan harga borong serendah RM16++. Pakej Raya masih berlangsung hingga 30.9.10.. Lawati : http://miela77shoppe.blogspot.com
hari ini.

Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan..

Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya daku berjaya smpi ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor tepat jam 1.15ptg.. malangnya upacara pengkebumian telah selesai. Hujan pun mula turun dengan lebat.. memandangkan Qis tak sihat, daku hanya mampu melihat dari luar sambil menyedekahkan Al-Fatihah.. yang terharunya, kubur Arwah Paksu selang beberapa buah dari kubur Arwah Abahku.. berteman jua mereka.. walaupun tidak berdekatan dengan kubur Arwah Atuk. Kiranya disinilah bersemadinya kaum keluargaku samaada sebelah Mak ataupun Arwah Abah.. sebab tu lah.. walaupun Arwah Paksu tinggal di Serendah, namun atas permintaan, Arwah tetap disemadikan di Sg Tua. Daku sempat ke umah Maksu di Serendah. Suasana agak sedih.. namun gembira kerana ramai sanak saudara bertandang.. yang lama tak jumpa pun boleh bertemu... betullah kata orang.. biasanya disaat kenduri perkahwinan belum tentu kita dapat jumpa semua sanak saudara..namun tika berlaku suatu kematian.. pasti semua hadir memberi penghormatan..

Apapun, daku sedih bila diberitahu yang mak x dapat mencium kali terakhir Arwah Paksu.. ketika adik beradik dan keluarga memberi penghormatan terakhir.. bila tiba masa mak, tiba2 Pak Imam sengal Masjid Serendah tu tiba2 tak benarkan..sedangkan di kubur pun mereka buka sebentar untuk adik beradik yang tak berkesempatan sampai di rumah.. malangnya mak terlewat sikit ke kubur kerana menguruskan Isya.. mmg bukan rezeki mak nampaknya.. ia memberikan impak yang agak dalam dihati mak.. yang amat2 rapat dengan arwah Paksu.. tika hayatnya.. tiap kali jumpa mak, pasti dipeluk dan dicium mak tanda kasih..malangnya tika dia pergi.. mak tak dapat menciumnya seperti yang sering Arwah lakukan.. kalau daku ditempat mak.. pasti daku sedih teramat.. Terkutuk kau Pak Imam....

 (Dalam bulatan- kubur Arwah Abah disemadikan 31tahun lalu)

Kebetulan salah seorang sepupuku merakamkan kenangan tika di Tanah Perkuburan.. dapat jua daku merasai suasana pengkebumian...walaupun daku x sempat sampai tepat pada masanya..

p/s..sambil2 tu..Pakej Raya masih berlangsung di http://miela77shoppe.blogspot.com dan milikilah Cloth Diaper semurah RM22/pc 2 Insert dan dapatkan harga borong dari semurah RM16++/pc.

Tuesday, September 21, 2010

Al-Fatihah.. Paksuku dah kembali ke rahmatullah semalam..

AL-FATIHAH..Arwah Paksu Abdul Rahman bin Mansor - Satu2 abg mak yang tinggal..telah kembali ke rahmatullah pada petang smlm di Hospital Kuala Pilah. Skrg telah dibawa ke Serendah untuk dikapankan dan disemadikan berdekatan kubur Arwah Atuk di Tanah Perkuburan Sg Tua.. (mak n adik2 da g smlm..daku still diopis..cuti da abis (ms arwah atuk sakit dulu, kerap cuti ke kl tgk beliau)..sedih sangat..arwah sangat prihatin pada daku ms kecik2 dulu (maklumlah kehilangan bapa tika usia 1setahun lebih...menumpang kasih orang je la)...x penah lupa ziarah..hubungan mak dgn arwah..rapat sgt.. klu jumpa mak mesti dipeluk n cium mak.. tolongla..nak pegiiiiii.....mak lak tiba2 batuk kuar darah blk ms kat RNR Ulu Bernam malam tadi...aduh..susahnya hati..ingat da ok..risauuuu sangat...x tergambar perasaanku sekarang..menanti pelepasan bosku...tolongla bos...

Monday, September 20, 2010

Sakit Hati...Sapa yang penah kena..tolong daku weh.. tension tul ngan virus nie..

Salam Hari Isnin..moga hidup anda ceria2 selalu.. Pagi2 masuk keje dengan hati yang tenang dan girang.. ye la ari nie ramai da mula masuk keje lepas bercuti raya kan.. then buka blog n tengok banyak himpunan komen cam nie..

Komen terbaru darimu untukku...

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Двинулся к Мухе замолк, налил в стакан энергичную отмашку: «Полный вперед. Кивнул Доктор что Ольга…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Двинулся к Мухе замолк, налил в стакан энергичную отмашку: «Полный вперед. Кивнул Доктор что Ольга…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Старательно укладывал их одну кальтер отказался, ибо на ней пакета длинный эластичный бинт и…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “(http://klawuhnmu1.narod.ru/empire-v-skachat.html )-Empire v скачать…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “(http://talaverax6f.narod.ru/lydi-v-chernom-3-skachat.html )-Люди в черном 3 скачать…”

Ni pulak kat shoutbox daku.. 

15 Sep 10, 04:03
LilyThai: hye you site is very nice plese visit my site too and leave comment
14 Sep 10, 21:12
Laracute: hohoho nice blog .please visit me back
11 Sep 10, 18:38
Miki: Wonderful blog... nice to meet you.
11 Sep 10, 02:00
eBook2u: ebook youtube free here.
9 Sep 10, 14:13
Hannah K.: can we be a fren? Really nice blog!

Tension tul... rasa menyemak je.. sapa yang penah kena..tolong daku cam ne nak settle...

Yang best lagi tu.. kat email gmail daku lak..kerap dapat email cam ni.. pada yang tertera namanya tu..tolong confirmkan ye..betul ke uols yang hantar..klu betul tak pe la.. ku blh terjah..riso tkt cam kakyong cite tu..lappy diserang virus..

(INGATAN .. TOLONG JGN KLIK LINK NI SEBELUM DAKU PASTIKAN KESAHIHANNYA DARI OWNER BLOG..BUKAN APA..TAKUT OWNER PUN X TAU CITE..TIBA2 VIRUS YANG ATTACK PC/LAPPY UOLS..LAGI HARU...)

http://nurfely.wordpres.me/10/04/another.html 
http://winz_pink.wordpres.us/2007/05/your-wellbeing-and-nervous.html


http://liziana_80.wordpres.us/09/08/pain-is-a.html

***new update..9.03am.. rupanya kat email yahoo pun dapat gak weh..adui...***




daku x dapek nak list semua..nie antara link yg daku kerap dapat thru email gmail tu.. x pasti betul ke depa yang email or virus yang amik alih..daku penah terklik sekali.. tp rasa canggung..so daku close window trus..

So daku harap sangat sapa2 yang berpengalaman dalam beberapa kes yang tersebut diatas, bantulah daku yang masih rebung dalam dunia berblogging nie..


p/s .. disamping tu..sapa2 yang berminat nak jadi reseller Cloth Diaper.. meh la join Miela77 Online Shoppe Reseller Team.. daku baru revise rege..lebih murah dari biasa..heheheh.. dan sapa yang berminat nak beli Cloth Diaper.. pun jemputlah ke http://miela77shoppe.blogspot.com ye.. daku wat promosi pakej raya tu.. mmg super duper regenye.. gerenti puas hati..























































Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010