Dugaaannnn... Majlis Pertunangan Ateh selesai...Kete Honda Civic Abang pun selesai..eksiden ngan pemandu teksi mabuk......huhuhu
Alhamdulillah...Majlis Pertunangan Ateh berlangsung dengan meriah dan lancar pada 16.10.10 yang lepas.. Rombongan pihak lelaki hampir 100 orang dengan 17 dulang hantaran dibalas 25 dari kami... mmg betul2 meriah... namun malangnya... awal pagi esoknya... kete Honda Civic Abang (Adik lelakiku) terbabit dengan kemalangan di Medan Gopeng...gara2 pemandu teksi mabuk todi...kureng blacan tul.. kete tu Achik yg bawa... masa kejadian kononnya si pemandu teksi mabuk nie berada di laluan paling kiri (lane ketiga) then dia perasan yg ada u-turn kat jalan tu...trus wat aksi ngeri u-turn.(lawak la lu tambi....jalan lurus plak ada U-turn...da mabuk todi tu la pasal...kalau jadi apa2 ngan adik aku..lu mmg nahas r...ceh...cinabeng nyer tambi..). Achik yg berada di laluan paling kanan tergamam...ye r...10 meter je dgn teksi tu...x sempat tekan brek...trus berdentum.. abis kemek bonet depan enjin kete honda tu..(gambaw x de la pulaks...kat hp achik..dia x smpt upload)... seb baik dia x de apa2...setakat terhentak ke stering je.. mujur la sbb dia bw x laju.. alhamdulillah...namun kete x tau la cam ne... huhuhu... tp tambi tu tido lokap la ..padan muka...uols leh baca berita tentang kemalangan seperti dibawah:-
KOSMO ONLINE -TERKINI
Pemandu teksi mabuk ditahan
17/10/2010 2:18pm
IPOH - Seorang pemandu teksi berusia 51 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selain terlibat dalam kemalangan ketika polis menjalankan 'Ops Samseng Jalan Raya dan Mabuk', di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritenden Mohd. Rodzi Rejab berkata, lelaki itu ditahan pukul 3 pagi ketika memandu teksinya di Jalan Raja Nazri Shah di sini selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain.
Pemandu teksi tersebut hanya cedera ringan dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi tadi itu sejumlah 51 saman dikeluarkan ke atas 18 pemandu kereta dan 33 penunggang motosikal.
Antara kesalahan mereka ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, lesen tamat empoh, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ubah suai nombor pendaftaran, katanya. - Bernama
p/s...Tawaran Sempena MOS 1y Anniversary masih berlangsung... Ari ni last day...so meh la terjah dan beli di http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/10/tawaran-sempena-mos-1y-in-cding-11.html .. cloth diaper dari semurah RM19/pcs...
3 comments:
tu la ade dengor Aju citer semalam...
esok lusa kakyong up n3 pasal majlis yanti... buleh aaa up foto .. tp tak byk la... lupa la nak snap foto makcik dgn yanti...
kakyong..alamak lambat br reply..hehehehe... kakyong..gambar iela still double lg ke?
iela,
nanti bualng link adwinda.blogspot.com ade malware
Post a Comment