Monday, December 12, 2011

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Sekadar membantu rakan2 yang ingin memohon BANTUAN RAKYAT IMALAYSIA...meh download borang tersebut di lampiran yg disertakan..


DAPATKAN YES SALES- PAKEJ CLOTH DIAPER/LAMPIN KAIN MODEN TERMURAH DI PASARAN DGN KLIK LINK INI

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai Sabtu di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. – BERNAMA

borang m500 BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500
GAMBAR BORANG BANTUAN RAKYAT BR1M RM500
Anda juga boleh mendownload secara online di internet dengan melayari link download borang bantuan rakyat BR1M dibawah :
Borang BR1M Link 1 - Lampiran 1
Borang BR1M Link 2 -Lampiran 2
Alternatif link download lain seperti dibawah



Thursday, December 8, 2011

MEH GRAB AIRASIA IS 10 AWESOME ..DR 10SEN JE..8-11.12.11


Ekceli ku mmg merancang nk g bercuti di KUCHING tahun depan..tiba2 dpt tau pasal offer AirAsia 10 Awesome ni...ku da survey..klu 5 org hari biasa tambang je RM1156.00 x msk luggage, peak a set, insuran etc..tp dgn AirAsia 10 Awesome ni daku just byr RM326 tuk 5 org termsuk semua yg tersebut tu..wah...jimat giler..cuma tarikh bertukar..plan nk g 12-14 Mac 2012 sempena cuti sekolah, tp since promosi ni bermula 1Julai - 27 Okt 2012..so ku ganjakkan skit tarikh cuti tu..harap2 time tu Amirah x de trial UPSR la.. akhirnya dari kul 12pg td smpi kul 3 lebih br berjaya dpt spt dibwh ni...



Syukur Alhamdulillah..tp lama gi tuh..sempat ke daku???hahahahaha


Pada yg ingin grab promosi nie..sempat lg..just klik link AirAsia 10 Awesome ..dan sabar menanti giliran anda yg pasti membuat anda hilang sabar..hahahahaha


DAPATKAN YES SALES- PAKEJ CLOTH DIAPER/LAMPIN KAIN MODEN TERMURAH DI PASARAN DGN KLIK LINK INI

Wednesday, December 7, 2011

Tarikh Umum Pekeliling SBPA 2012, Gaji Dan Bonus 2011

Tarikh Umum Pekeliling SBPA 2012, Gaji Dan Bonus 2011

Salam 1Malaysia pembaca sekalian. 

DAPATKAN YES SALES- PAKEJ CLOTH DIAPER/LAMPIN KAIN MODEN TERMURAH DI PASARAN DGN KLIK LINK INI

Hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda. 

Buat masa ini, jangkaan pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 akan diumumkan pada 16hb Disember 2011 yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM. Ada juga maklumat yang diterima tarikh pengumuman pekeliling SBPA 2012 dijangka akan keluar pada 8 Disember 2011.

Tarikh gaji dan bonus penjawat awam akan dibayar pada 19hb Disember 2011 iaitu pada hari Khamis. Ia diberikan lebih awal bagi memastikan pembelanjaan anak-anak dapat ditampung tanpa sebarang kekangan.
Manakala tarikh bayaran bonus 2011 setengah bulan gaji atau minimum RM 500 akan diberikan sekali dengan jumlah gaji pada bulan Disember ini.

Tuesday, December 6, 2011

APA SEBENARNYA?????

ANDAI SAMPAINYA WAKTU,
AKU HARUS TINGGALKANMU,
AKAN AKU BERLALU,
BILA TIBA SAAT ITU,
TAK GUNA KAU MERAYU,
DAN TAK PERLU MEMAKSAKU,
KERANA YANG BERLAKU,
KEHENDAKMU..

HANYA TUHAN YANG LEBIH TAHU
SUSAH SENANG HIDUP DENGANMU
SUMPAH JANJI SEMAKIN LAYU
HINGGA KINI JATUH SATU PERSATU
ENGKAU MEMBIARKANKU

AIR MATA BERTAMU 
TAK MENGENAL ERTI JEMU
MENEMANI HATIKU 
TAK MENGIRA RUANG WAKTU
MENGAPA DARI DULU 
TAK KAU NYATAKAN PADAKU
KEHADIRANKU INI MENYUSAHKAN

YANG TERBILANG KEKHILAFANKU
YANG TERHALANG KEJUJURANKU
MEMANG PAYAH DIMENGERTIKAN
KERANA TERTUTUP PINTU HATIMU
TERIMA PENJELASAN

BIAR APA JUA TAFSIRAN
YANG INGIN KAU NYATAKAN AKU RELA TERIMA SEMUA

Win a BlackBerry Today...Jom Join...

Anda berpeluang memenangi satu jenama baru BlackBerry ® smartphone apabila anda mendaftar untuk Blackberry Prepaid  TANPA HAD ® Internet Service(BIS).
Apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi Smartphone BlackBerry adalah dengan melanggan pelan BIS prabayar pilihan anda dalam tempoh peraduan!
Nilai prepaid seperti dibawah:
Contest berlangsung dari 17 November 2011 dan berjalan sehingga 23:59 pada 31 Disember 2011. Semua individu yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini kecuali
  • Kakitangan U Mobile Sdn Bhd
  • ‘Rakan-rakan, agensi-agensi pengiklanan dan promosi danmana-mana orang lain yang terlibat dalam menganjurkan, mempromosi dan/atau menjalankan Peraduan.
  • Pelanggan BlackBerry ® pelan Hari mesti menjadi aktif buat tempoh tujuh (7) haridalam seminggu tunggal layak untuk peraduan.
Untuk maklumat lanjut boleh semak link bawah ni yer!!!

I want to win a BlackBerry Smartphone! 

kredit to Zie Fauzi

Monday, December 5, 2011

KENALI DIRI ANDA DARI TARIKH LAHIR...(MARI KITA JENGOK2)

Miela muncul lg...kejap ada kejap hilang..MCM BISKUT CHIPSMORE...hr ni sementara ada masa...ku sekadar nak share n suka2 je..meh tgk Rahsia Tarikh Lahir Anda (baca boleh..percaya jangan..klu nk percaya gak...jgn salahkan daku..hahahahha)


TARIKH LAHIR ANDA .

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 - MY LIL QISKalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 - 
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 - AMIRAH
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 - KU NO 8Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 - CIK ABGKU NO 9 & BAD
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 - NI DAKU..YE KE? 
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat (YE DAKU PERCAYA) jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda (ALAMAK!!!!). Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup(DUGAAN!!). Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah (ALHAMDULILLAH). Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.(OPSS..NI SILAP..DUNIAKU DR KECIK, REMAJA, DEWASA - CUTI BLK KG..CUTI BLK KG..X DE NYE G BERJALAN2 DGN KWN2 OR CUTI2 MSIA IKUT ROMBONGAN...DA KAWIN..DUNIAKU BERSAMA SUAMI & ANAK2..EVEN ADA FUNCTION JABTN ..KU SANGGUP SEWA HOTEL ANGKUT SEMUA) Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.(I LIKE!!!) Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. (DAKU SUKA DGN STATEMENT NIEH) Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. (ALAMAK CIK ABG X TERMSUK LA..HUHUHU)


no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

~ baca dan kongsi tarikh lahir anda .. ^_^

Saturday, December 3, 2011

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

02/12/2011 21:00:00 
(video mcm mana wanita diselamatkan dari atas van)

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar Kajang mengalami banjir kilat terburuk dalam tempoh lima tahun.

Banjir bukan sahaja menenggelamkan puluhan kenderaan bahkan turut menyebabkan bahagian bawah premis kedai dinaiki air.

Banjir dikatakan bermula sejak jam 3 petang.

Air Sungai Kajang yang melimpah pantas menyebabkan orang ramai khususnya di kawasan pusat bandar terperangkap.

Paras air naik melebihi satu meter menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat membawa keluar kenderaan mereka dari kawasan  terjejas.

Banjir juga menyebabkan beberapa jalan utama di Kajang terpaksa ditutup.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan sepanjang lebih lima kilometer.

Setakat ini difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan melainkan kerosakan harta benda premis berhampiran serta kenderaan orang awam yang hanyut.

credit to TV3 

Tuesday, November 22, 2011

Lama x jengah...Windu sangat2..Harap Masih Ada Yang Ingat Dgnku..

Windunya berblogging..bukan blog sini je terabai..blogshop pun sama...windu giler nk jengah umah kwn2 lama..komen mengomen..bila gamaknya baru ku berkesempatan..before ku guna broadband DIGI je kat umah..very2 limited n slow..kawasan umah tu celcom trouble, maxis suam2 kuku..b4 DIGI ok..tp lately sama gak..bengang n frust giler dgn servis broadband ni..b4 adik ada P1Wimax...da dia bw KL lak..klu x menumpang je senang skit..tenet kat opis pun hampeh je...x pastila Streamyx ke yang problem or mmg connection yg problem..puncanya..IT Technician x alert..ku tgk dlm satu opis smpi 3 connection...pe hal tah...cacamarba jadinya...disebabkan itu ku hanya on9 thru blackberry yg x bape canggih je la..FB pun more to Miela Muhamad Riza (biz more thru fb)...smpi ada yg bertanya "k.iela da stop biz ke?""" wah2x da kritikal nieh..(Now ku da subcribe P1Wimax 4G..harap dpt on9 kat umah seperti selalu..da 10hr guna..nampak tidak mengecewakan...)

Tapi sebenarnya...tahun 2011 adalah tahun malang bagiku...bermula dgn kegagalan di Giant, penipuan bayaran dari reseller smpi skrg x setel2 RM799 tu..(klu ada yg nk tau blh tgk blk topic lama .>Kejamke Daku?..) Kini ada sorang lg reseller yg main kutu buat gitu gak..total RM912..main sorong tarik..nk byr dgn x..ku da x larat nk minta2..fedup da....Kesihatan yang tak menentu membuatkan perniagaanku agak terjejas, masalah kesihatan mak yg juga terganggu, dan macam2 lagi...pendek kata bagiku tahun 2011 adalah tahun yg benar2 menduga kekuatan mental dan fizikalku..moga tahun 2012 membawa sinar yg gemilang padaku..amin.

Banyak cerita yang daku nak ceritakan namun tertunda berkali2..last 2 months..blog ku langsung x dpt dibuka.. lepas 1 minit trus ke web fleedy.com.. syukur lps ku godek2, ku jumpa punca sebenarnya..alhamdulillah..mulai hari ni daku dapat bersiaran seperti biasa..insyaallah..nekadku tuk hidupkan kembali blog Miela77 yg suatu hari dulu kerap dikunjungi oleh rakan2..moga masih ada rakan2 yg masih ingat dan sedar dgn kewujudan Si Miela ni ye..

Salam sayang dari ku untuk semua...

Monday, October 17, 2011

Sapa nak baucer McD - Quarter Pounder with Cheese only RM6.99 ! Meh amik kat sini>>



hah promo mcD datang lg
so saper2 yg nk bli jgn lupa print voucher ni ye
print black & white pn bole
start 17-25 Oktober 2011

Print your Original Coupons here: http://bit.ly/qS2VvV

credit to Mamatisya...

Wednesday, October 5, 2011

Adakah daku masih diingati????? Mood sedih....

Mungkin ada yg tertanya2...miela tu lama x update blog ye...Lately daku mmg amat2 jarang berblogging..malah blogshop ku pun x update selalu...nape?

1. Internet connection di opisku agar limited..so daku just boleh access simple web yg x berat sgt....fb tu ok lg..tp slow gak la..selalu thru bb je..
2. Bl di rumah...daku sering kepenatan dan kerap tak sihat..so jarang2 gak dpt on9.
3. Kesihatanku kerap terganggu menyebabkan daku kerap lesu dan bengkak2 tangan, kaki or badan..so klu ngadap netbook dlm ms sejam pun da menyebabkan jari2 bengkak & sengal..
4. Daku harus menggagahkan diri untuk melayani pertanyaan, membuat promosi bg businessku kerana ianya adalah salah satu punca pendapatanku. (sihat ke x wajib...walaupun kini slow giler seperti slow nya daku berblogging - malu gak sbb shipping delay beb hr bl x sht..x kan ku nak kabo pd semua..daku ada SLE, RA, ...so x sht...uiskk..memalukan je..)...uwaaaa....

Daku amat merindui dunia berblogging sebab dari sinilah daku kenal rakan2 di alam maya..dan dari sini lah daku mula belajar menjana pendapatan melalui on9...namun daku risau..agak2 ada ke lagi yg ingat dengan daku nieh..memandangkan rakan2 blog ramai yg da x keep in touch..

Sesekali jengah blog mereka...alahai meriahnya...que sera sera iela ye...

Saturday, September 10, 2011

MEH BELI HANDPHONE..MURAH DR PASARAN.BKN BLACKMARKET OR CHINA SET..

UNTUK MAKLUMAN ADIK KU MENUBUHKAN SERTC ENTERPRICE SEJAK 3BLN YG LEPAS DAN TELAH MENJALANKAN PERNIAGAAN JUALAN HANDPHONE DIRECT DR KILANG/SUPPLIER ..KENAPA MURAH? SEBAB DIA AMIK SECARA BORONG DALAM KUANTITI YANG BANYAK..DAN PASTINYA BUKAN BLACKMARKET ATAU CHINA SET..SIAP ADA WARANTI LG..KLU BLACCKBERRY WARRANTY DR BRIGHSTAR..SINCE ADA BEBERAPA PERTANYAAN TTG HANDPHONE MURAH..KU OPEN..SAPA NAK KATALOG HANDPHONE ...LATEST BRAND BLACKBERRY/NOKIA/IPHONE ...PM IELA YE..HARGA RM200-RM300 RENDAH DARI PASARAN..ORIGINAL SET (BKN CHINA YE) WARANTI 12-18M...KLU X CUKUP BAJET BLH BELI GUNA SISTEM KUTU PUN BLH, RM120/MONTH X 10 ORG..IKUT SAMBUTAN...BERMINAT? LEH KOMEN KAT SINI YE..NNT KU REPLY..MEH CUCI MATA SKIT HP YG ADA DIPASARAN KU SKRG...









Thursday, August 4, 2011

Marilah kita mendoakan agar Suami Salwa (Siti Al'Izzah) selamat dijumpai...

Ya Allah, sesungguhnya daku agak terkejut bila membaca status Siti Al'Izzah di wall. Begitu berat dugaannya dibulan penuh barakah ini. Ku harap agar Salwa sabar dan tabah menempuh dugaan yang maha hebat ini. 


Maklumat yg ku terima dari blog kakyongSuaminya hilang setelah keluar rumah pada jam 3 pagi pada 2 Aug 2011, hanya untuk check kereta, kemudian terus tidak masuk ke rumah.





Marilah kita sama2 berdoa agar suaminya ditemui selamat. Kepada sesiapa yang ternampak atau terserempak dengan wajah diatas, mohon jasa baik untuk hubungi SARJAN RADHA 012-6159997 atau SALWA sendiri ditalian 0133101221.

Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan Solat Tarawih

Assalamualaikum..sekadar nak berkongsi sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni..Selamat Berpuasa buat semua...

Ramadhan Al-Muabarak telah pun tiba. Sekadar berkongsi ilmu dengan anda. Semoga amalan kita di bulan mulia ini diberkati olehnya.


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada
malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa
mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi
pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang
yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah
dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap
batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang
mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong
Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa
dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih
serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang
terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau
yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari
sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam
tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam
tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi
titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah
kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air
dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bernama Al-Kautsar.

Monday, June 20, 2011

Tolong Vote Miela77 Online Shoppe dlm Digi WWWOW Award Online Shoppe Of The Year..please...

Untuk makluman, Miela77 Online Shoppe (MOS) tercalon dalam Digi WWWOW Award Online Shop Of The Year yang akan berakhir 20 Jun 2011. Mohon kerjasama semua vote MOS di link ini. Klu dpt vote tiap2 hari..alahai gumbira hatiku..Terima kasih atas sokongan anda semua. MOS amat2 menghargainya.



Entry pendek dan kena gam sehingga 206.2011.

Monday, June 6, 2011

Awatla busuk tul hati korang eh...

Keteku blum lg usia setahun..tp kat blakang da calar balar..mcm kesan ditoreh dgn sengaja.. tengahari td daku ubah kete n nampak kesan tembukan lak..terkopek cat..alahai..cian kami nak mendapatkan bukan senang..korang senang2 je nak wat khianat..klu ku tau siapa siap..hangin tul hari nie..

Monday, May 9, 2011

Sambutan Besday Amirah yg ke 11 6.5.11 dan Hari Ibu 8.5.11 yg simple dimple..

Alhamdulillah...pada 6.5.11 yg lepas..genaplah usia Amirah 11tahun.. sempat gak la daku tempah kek besdaynya dari kawan opis..then cr hadiah besday tuk dia..cuma daku x smpt nak upload cite dlm blog ni je. Kebetulan minggu lepas, kesihatanku kureng baik. So x de mood nk update blog..fb pun on9 tp jenguk x jenguk je..

 inilah kek besday yg daku tempah pd kak shidah, officemate
 Dengan penuh excited Amirah memotong kek ..abg bad x sabo nk amik piring..x smpt mama nak snap dia da cabut..alahai..


 My Lil Qis n Isya da x sabo nk makan kek..Qis siap colek amik krim kek tu..hahahaha

 Amboi..manjanya anak ayah ni..

 Inilah hadiah yg Amirah pilih..katanya senang nak tido sambil peluk pillow pet nieh..


Dibawah ni lak sambutan Hari Ibu pada 8.5.2011 yang kami sambut di umah Mak Jang, Condo Laksamana Puri, Batu Caves. Kebetulan kami g kenduri kawin anak Paksu Talib (Adik ipar arwah abah Riza) kat Sg. Tua, langsung tido umah Mak Jang..

Lepas selesai urusan amik stok n kebetulan hantar stok kat Carefour Ampang, daku bw mak makan kat Restoran Sri Nira, Sg Tua..konon nak belanja makan sempena hari ibu la..(malangnya servis x besh...hantar makanan satu per satu..pesanan terakhir sampai..nasi da pun habis..ceh..mujur x mahal sangat)...

Pada mulanya mak agak murung, sebab sampai2 umah Mak Jang, yg ada Nini je..Makjang g umah sepupuku di Saujana Utama, tolong jaga anak Kak Zah jap sbb Kak Zah n Abg Adi ada office trip ke Langkawi...last2 daku tipon Kak Yati minta tolong suh deme anto Mak Jang balik..ms kami sampai dr makan di Sri Nira tu, tengok Mak Jang da ada..baru lah ceria skit mukanya..alahai mak ..katanya rindu ngan kakak nya sorang nieh..(yg len jgn marah eh..)

Dalam kul 12 tengahmalam, kami g Uptown The Mines..saja cuci mata. Amboi, sempat mak rembat Seluar Palazo n kasut croc tuk 5 org cucunya..(sapa lg yg bayo..daku la tuh..hahaha..mak kata dia tukang amik je..tukang bayar idak..alahai...)..then singgah minum kat Restoran Mamak kat Batu 7. Amboi ceria mengekek2 dua beradik tu..baru ku lihat keceriaannya..klu x murung je sbb frust x dpt jumpa Mak Jang..

Sok pagi ingat nk gerak blk Ipoh awal skit..tp tiba2 dpt msg fb..(plan nak wat sambutan hari ibu..saja nak suprise mak n maksu..tolong jgn bising2...) pastu..Kak Yatie, Nini sibuk2 nk kuar konon nak beli barang anak..(mak jang bising gak..sbb b4 deme request mak masak nasi ayam ipoh mari..tiba2 nk kuar..)..then ms Mak, Angah, Mak Jang sibuk masak kat dapur (daku x tolong..tgh x larat sakit pala, bersin je..ceh..alasan tul)..achu pun jalankan gak operasi rahsia kami...(hadiah Hari Ibu)..dlm kul 5 lebih br deme balik bawa balik 2 biji kek, 2 jambak bunga dan 2 kotak hadiah..(tp senyap2 bw msk blik- tkt mak n makjang perasan)..ewah..

Ni lah kek yg dibeli..

Sebelah kiri - Mak Jang Roshidah Mansor dan Mak tersayang - Rohaya Mansor..senyum lebar dpt bunga dan hadiah (kain buat baju raya sedondon dari kak Yati)..alamak gambar hadiah kat kamera dslr Achu..x dpt nk share kat sini..

 Daku, My Lil Qis dan Mak..(tenguk muka daku sembab asyik bersin je..rs cam nak tercabut hidung)

 Ni ms kami bagi hadiah dari pihak kami adik beradik buat mak n makjang..kat blakang mak tu Achik (adikku yg kelima)


Inilah hadiah dari kami..hasil kreativiti editing Achu Zul  - sekeping gambar siap frame -sorang satu.. .senyum lebar deme..(sori gambar kureng baik..yg cantik2 kat kamera Achu..lambat sgt klu tgu dia..huhuhu)


 Begitulah..2 sambutan ala kadar yg mampu daku wat tuk menggembirakan hati 2 org penting dalam hidupku..9.6 ni besday bad lak..huhuhu

Thursday, May 5, 2011

Alhamdulillah..tak sangka dpt komisyen dari Rahsia Tangisan Bayi..

 Pagi ni daku duk sbk wat report..smbil2 cek email dpt msg kat bwh ni :-


Greetings from CIMB Clicks!
 
You've just received RM 15.00 from NUR HANIS BINTI MOHD AMINUDIN deposited into your A/C No : 08260008677528 on 05-May-2011 10:38:29 AM via CIMB Clicks.

Tertanya2 gak..rs x de cust order amount tu..sapa lak nie..(daku mmg..klu tiba2 dpt msg payment msk tp x tau sapa mula lah menggelabah..bukan pe..wit org jgn main2..biz mesti jujur..br rezeki halal..tul tak?) then dlm 5min pastu dpt lak email bwh ni:-
 
Salam..

Tahniah, anda telah mendapat komisen dari jualan ebook Rahsia Tangisan Bayi.

Kami telah memasukkan komisen hasil jualan ke dalam akaun CIMB anda.

Sila semak akaun anda.

Terima kasih

Hanis Amin

Lor...x sangka lak..rasa ada dlm beb bulan ku buh banner Rahsia Tangisan Bayi ni kat blogshopku..alhamdulillah..ekceli nuffnang pun ada la dlm RM60++ tp daku x penah kuar..sayang..tgu beranak pinak dulu..pastu aim beli dinar emas..hahahaha...

Still x sihat..esok besday Amirah yg ke 11..daku da order kek kat kak shidah .. rs potong kek je kot..beli mcd ke kfc ke..da..mama tgh x larat ni..ayah lusa br gaji..so..kita wat ringkas2 je la ye kakak..next time kita sambut grand2..

Tiba2 rs cam nk wat cabutan bertuah sempena besday Amirah..agak2 ok x?  

Wednesday, April 27, 2011

MOS Melantik Dropship Agent...wajarkah?

Mungkin ramai yg tahu daku kini tidak sesihat masa mula2 berblogging dulu. RA menyerang selepas daku melahirkan My Lil Qis..yg kini da hampir 2thn 3bln. Selepas Qis lahir gak, ku diperkenalkan oleh kakyong kemudian mula mengenali sedikit demi sedikit rakan2 blog kakyong yang akhirnya jadi kawan2 ku..mula berblogwalking dan exchange link bg menambahkan kenalan alam maya. 

Bagaimana daku mula berbiz online? Secara kebetulan ada rakan ingin memasarkan produk Ikan Pekasam Perlis, maka daku pun cuba war2kan di blog. Tak sangka lak mendapat sambutan. Then daku mengenali Dr. Mahani yg mencadangkan daku agar mewar2kan penemuan antivirus yg dirumus secara bioteknologinya yg mampu melancarkan masalah pernafasan. Maka daku pun membina blogshop ku dan dinamakan Miela77 Online Shoppe. 

Semasa My Lil Qis berusia 4bln, daku mula mengenali Cloth Diaper..bermula dari peraduan yg dianjurkan oleh rakan2 blogger, daku terpanggil tuk mencubanya. Daku grab 3pcs Shines, 2pcs Coolababy Button, 2pcs Microfiber Insert, 2pcs Insert with Button dgn harga (ku da lupa..RM200 lebih la..) dari Mamapayish. Ternyata serasi dgn My Lil Qis..dari 5pcs kini bertambah menjadi 48pcs..(My Lil Qis pun da mula x mo bercd'ing waktu siang..nk g pee pee or poo poo kat tandas)..

Dan akhirnya daku menceburi perniagaan Cloth Diaper atau lebih dikenali dengan nama Lampin Kain Moden. Permulaan daku dapat order 50pcs Coolababy Snap Button. bermula  Oktober 2009. Waktu tu harga 50pcs pun hampir RM23/pc..tp kini menjunam belasan ringgit je..Then daku mula berjinak2 dengan jualan borong..alhamdulillah rezekiku murah..ramai yg sudi berurusan jual beli dgn ku..dan pada masa yg sama RA mula menyerang dgn lbh ganas lagi..pantang kerja lebih skit..mula la bengkak2 muka, tangan n kaki..ku terus tegar berniaga disamping kerja hakiki di opis.

Pada bln Jun 2010, daku cuba2 buka Ksiok di Giant Tambun. Buat masa itu, adikku yg handle urusan di sana. Ku handle online je. Namun tika ni la sakitku menjadi2. Tahun 2010 saja cuti tahunku habis, MC kerajaan sahaja mencapaki 35hari..mmg dugaan besar dlm hidupku. Daku mula kurang upaya tuk handle pesanan yg banyak..daku terpaksa minta bantuan adik2..mula la kes silap hantar la, terkurang, terlebih dan sebagainya berlaku. Dan akhirnya ksiok ku juga ditutup atas pelbagai sebab.

Sampai kini daku mula kurang upaya nak handle pesanan yg banyak seperti dulu. Keupayaanku terbatas. Dulu klu hari ni bayaran diterima, malam nanti daku siap2 pack n pos esoknya. Namun kini, daku terpaksa adjus 1-2hari, bergantung pada kesihatan dan stok. Dan akhirnya, atas nasihat sahabat, ku berjinak2 dgn konsep dropshipping. At least daku x payah handle promosi. Biar ejen2 dropship ni je yg jalankan promosi. Daku hanya handle pesanan dari mereka dan seterusnya penghantaran. Mungkin dgn cara ni daku boleh kurangkan tekanan kerana terpaksa bekerja, berbiznes dan keluarga.

Dan kini ku sudah ada hampir 40 orang ejen yg bergerak mengikut kemampuan masing2. Daku x tetapkan syarat pembelian. X kisah dlm sebulan tu bape pcs pun blh. Yg penting x perlu modal. Ku berdoa agar konsep ini dapat meringankan bebanku. Insyaallah...

Friday, April 15, 2011

Terapi BIOS 9000 diharap dapat membantuku menangani masalah Rheaumatoid Arthristis..

Da 2 hari daku menjalani terapi di Alpha One Jln Silibin. Terapi medan elektrik yg diharap dapat membantu memulihkan masalah Rheaumatoid Arthristis yg ku hidapi dan moga hormon SLE yg baru berputik terkulai layu sebelum berkembang. Akhir2 ni menjadi2 lak RA menyerang. Sampai kerja, life, biz semua terganggu..rasa give up pun ada..tambah2 g Pakar Demotologi 3hr lps then Doktor Esther msh gagal mengesan result biopsi tu...mcm ada clash sana sini..dgrnya akan fight dgn Doktor yg mengeluarkan laporan agar membuat analisis sekali lagi..huhuhu..

Ramai pelanggan2 ku x tau pun yg daku x sihat..daku lak jenis selagi terdaya selagi tu daku akan cuba memuaskan hati pelanggan..namun akhir2 ni nampak biz ku agak kurang sbb ada masanya daku nak online pun x de larat..mood ke laut mana tah..sdgkan biz on9 ni menuntut perhatian 100% sbb melibatkan alam maya..polisi ku pun ke laut gak..mujur cust2 ku faham..takat sehari dua lewat tu acceptable gak la..tp daku da terbiasa daily proses pasti kurang senang dgn situasi ni..

Hari ni emosi agak terganggu..da la badan rasa x larat sangat gara2 kesan terapi tu..(dgr cite ada yg 2 minggu bertambah sakit..sementara nak pulih..)..makkk..tak sanggup daku..dari smlm rs urat sarafku sakit sangat..badan rasa nak demam, duk muntah2 je..pala weng2..keje x de mood..kat opis fb terbuka..tp daku x layan sgt..ym x buka langsung..x mo pening2 pala nak bersoal jawap..sekadar browsing2 kosong je la..keje? x wat langsung hr ni..betul2 ku melayan lara..seb baik depa x kaco daku dlm bilik ni..klu x payah gak..(tp ptg krg ada satu report nak kena jana..alamak..)...

Hari ni gak ku dpt 2 komplen..cd yg depa dpt x ckp ..alamak..padahal daku da adjus betul2..tp ms packing tu tanganku bengkak n menggigil..so daku suh Angah tolong..+ My Lil Qis n Isya kena kaco Ibunya packing je..rasa2 mcm da termasuk kat parcel cust lain je..tp sapa..aduhai..gini la gaya..org nak biz kita pun nak biz..org buat betul2 daku cam cipan..

Rasa cam nak stop je..skrg ni pun some item daku wat dropshipping je..sbb x larat nak handle..harap2 dgn terapi yg daku jalani ni amat2 membantu...insyaallah..
 
Sapa2 nak tau tentang BIOS 9000 ni meh tengok info dibwh or terjah je http://www.alphaone.com.my/bios9000.php 
Sinar Harapan untuk Kehidupan Dan Kesihatan yang Lebih Baik. Unit Terapi Medan Elektrik yang Dipercayai di Seluruh Dunia



Alat Terapi Medan Elektrik BIOS 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi arus elektrik 9000v (maksimum). la direka bentuk dan dikilangkan 100% di Jepun oleh ITO Co. Ltd.




Alat ini mengadaptasi prinsip pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan arus elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap Ph normal agar tubuh kekal sihat.




BIOS 9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.




Sehingga kini, lebih 5000 unit BIOS 9000 telah terjual di seluruh Malaysia. Sebagai kaedah rawatan perubatan alternatif, ia selamat dan mudah digunakan. Direka bentuk secara eksklusif agar boleh dimuatkan dalam ruang yang paling minima, BIOS 9000 mudah dibawa ke mana-mana dan kualitinya dijamin 100%.




Ciri-Ciri Istimewa BIOS 9000





Terapi Boleh Dijalankan Dalam Pelbagai Postur Mengikut Keselesaan


Penggunaan pelapik khas berelektrod mudah alih membolehkan anda menjalani terapi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring, mengikut keselesaan anda.




Mudah Digunakan
BIOS 9000 amat mudah dikendalikan, hanya tekan butang untuk melaras mengikut keperluan terapi yang diinginkan.




3 Pilihan Tahap Output


3000v, 6000v atau 9000v.




Penentu Masa Boleh Dilaras




Jangka waktu terapi boleh dilaras mengikut keperluan dari 30 minit, 1 jam, 2 jam, 4 jam dan 8 jam. Baki masa akan dipaparkan dalam minit.




Tiga Program Rawatan
Rawatan yang menggunakan tahap aliran arus elektrik yang sama akan menjadikan badan lali dan menjejaskan keberkesanan rawatan. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, tiga program stimulasi rawatan disediakan bagi mengekalkan konsistensi faedah yang diperolehi.




Rawatan Yang Fleksibel
Alat ini tidak hanya merawat keseluruhan anggota badan dengan penggunaan pelapik khas berelektrod. Malahan, ia juga boleh digunakan pada bahagian tertentu sahaja melalui aplikasi point electrode.

Pengiktirafan



ISO 9001: 2000




Quality System for Development, Production and Distribution of Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment




ISO 13485


Medical Device


Quality Management Systems Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment




ISO 14001


Environmental Management Systems




SIRIM


Satu unit alat Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi, Jenama ITO, Model: BIOS 9000 telah diuji bagi memastikan tahap keselamatan adalah selaras dengan piawaian MS lEC 60601-1:1988+A 1:1991 +A2:1995 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Ujian No. 2005EL0871 bertarikh 17 Februari 2006




Japan Medical Instrument Approval


No: 21700BZZ0005l




Keris Award 2008


The Asia Pacific International Honesty Enterprise




Bagaimana ia berfungsi?

Pengguna boleh duduk atau pun baring di atas pelapik khas berelektrod yang disediakan. Sejurus digunakan, BIOS 9000 akan bertindak merangsang peredaran aliran darah ke seluruh tubuh. Alat ini mengguna pakai aplikasi voltan arus elektrik untuk meransang fungsi pencernaan, menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia juga membantu meneutralkan kandungan asid dalam darah ke tahap Ph yang normal agar pesakit kembali sihat. Setiap sesi hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dan boleh ditambah mengikut keperluan.




BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu untuk:
  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah
  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
  • Membantu membina sel-sel baru

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010