Saturday, December 3, 2011

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

02/12/2011 21:00:00 
(video mcm mana wanita diselamatkan dari atas van)

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar Kajang mengalami banjir kilat terburuk dalam tempoh lima tahun.

Banjir bukan sahaja menenggelamkan puluhan kenderaan bahkan turut menyebabkan bahagian bawah premis kedai dinaiki air.

Banjir dikatakan bermula sejak jam 3 petang.

Air Sungai Kajang yang melimpah pantas menyebabkan orang ramai khususnya di kawasan pusat bandar terperangkap.

Paras air naik melebihi satu meter menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat membawa keluar kenderaan mereka dari kawasan  terjejas.

Banjir juga menyebabkan beberapa jalan utama di Kajang terpaksa ditutup.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan sepanjang lebih lima kilometer.

Setakat ini difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan melainkan kerosakan harta benda premis berhampiran serta kenderaan orang awam yang hanyut.

credit to TV3 

0 comments:

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010