Sunday, February 28, 2010

Melayan anak2 sakit..bersawang sudah blogku...

***Entry pendek je***

Daku n anak2 demam...aduh..bila mama demam, anak2 demam, jenuh la juga... seb baik cik abgku lak x demam.. tengah malam tadi berangkut ke hospital...esok keje nak melayan audit dalam lak.. huhuhu,.,sapa2 nak cuba cd minky baru..meh tengok kat blogshop daku ye,... http://miela77shoppe.blogspot.com.. got to go..bb qis da menangis...

Wednesday, February 24, 2010

Ku bukan lagi blogger tegar...huhuhu

** Entry ni da draft smlm..tp x publish2..huhuhu..ari nie br sempat***
Akhir2 nie mungkin ramai gak yang perasan, miela77 jarang blogwalking dan menjengah blog uols semua. Sungguh..daku bukan sombong, atau lupa kawan2...namun daku agak kurang masa terluang berbanding dulu. Tekanan kerja yang menimbun, online biz ku yang memerlukan perhatian serta komitmen yg tak berbelah bagi dari ku malah urusan rumahtangga serta anak2 yang tidak mungkin daku abaikan. Semua ini menyebabkan masaku bertenet berkurangan. Malah daku juga kurang membuat promosi blogshopku berbanding dulu. Hanya berserah kepada pelanggan setiaku, new walk in customer dan semestinya Mr. Google serta bloglink2 yang terdapat di blog rakan2 juga melalui contest2 yang daku anjurkan. (Terima kasih rakan2 blogger yang sudi menepek banner ku di blogroll or sidebar uols). Daku teringin seperti beberapa bulan dahulu, daku berkesempatan menjengah blog2 rakan2 disamping berchit chat mengenai pelbagai isu, mengikuti perkembangan rakan2 serta anak2 uols, join any contest or giveaway cam selalu, dan sebagainya. Namun aktiviti2 tersebut amat berkurangan. Kenapa? MASA...itulah jawapanku. Tambahan sejak daku kerap tak sihat, makin bertambah kurang penekanan terhadap pengurusan masa. Mak daku selalu berkata yang daku nie agak kurang mahir dalam pengurusan masa. Daku agak leka dengan sesuatu perkara dan tanpa sedar daku dah abaikan perkara yang lain. Daku sedar sebenarnya namun daku tak tau macam mana nak selesaikannya.
Daku sedar, daku bukan lagi blogger tegar. Daku rindu saat2 lalu. Daku berkesempatan menjengah blog uols, memberi komen, memastikan entry ditulis setiap hari dan diupdate setiap masa dsb. Sekarang nie, banyak komen2 di blog daku terbiar sepi tanpa jawapan. Malah shout box pun tidak memainkan peranan seperti sepatutnya. Kesian uols yang masih sudi menjengah dan memberi komen. Daku akan cuba memastikan blog daku nie tak terabai. Mungkin daku kena adjus pengurusan masa daku agar seimbang.
Emosiku tentang masalah penyakit ku dah terkawal. Namun daku kerap sakit-sakit. Ku cuba gagah.. kadangkala orang nampak daku sihat, tapi sebenarnya kalau tengok daku bangun dari duduk dan berjalan.. orang akan perasan daku terdengkut-dengkut.. kenapa? Masalah sakit dibawah pelipat kaki ku agak menjadi2 akhir2 nie ..jari jemariku rasa macam keras je..seluruh sendi sakit (teringat rungutan rakan yang sama mengidap arthiristis masa rawatan hydro hari tu..seorang guru..disindir kerana kata sakit..tapi nampak sihat-sedangkan arthiristis menyerang sendi dan saraf.. pengidapnya akan rasa pedih, panas dan sakit di saraf2, sendi2 or otot2..memang tak tergambar di wajah..takkan nak beraduh sepanjang masa.. itu gak yg daku dengar di mulut2 insan bertuah)..tapi ku mesti kuat. Daku tak boleh mengalah dengan keadaan. Cuma daku seolah2 tak mampu nak tampung tugas2 ku dipejabat.. agak tertekan dengan situasi.. persepsi rakan2..bos.. mereka mengharapkan agar daku cemerlang seperti dahulu.. sedangkan hakikatnya daku tak mampu secemerlang dahulu.. mungkin ini masa daku.. daku pasrah..
Sudahlah..daku tak mo melayan perasaan..pagi2 nie hatiku dah tersentuh..kenapa? Cukupla daku katakan situasi kerja yang menekan perasaanku...Maaflah kalo daku merepek kat sini. Hanya ini tempat tuk daku meluahkan perasaan..

*** Menyelit jap*** Oh ya, daku still tak terima lagi alamat peserta2 Contest Miela77 Aksi Baby BerCd'ng...daku nak pos hadiah saguhati nie..hanya pemenang utama dan 2 pemenang saguhati je yang da take action...kepada yang lain..segeralah email address uols kat Miela.77@gmail.com ye.. minggu ni stok cd kureng..so daku berkesempatan nak adjus pos hadiah lak..
Dan meh tengok Jenama Terbaru daku Sunny Baby Minky Button n Velcro.. http://miela77shoppe.blogspot.com/  

Friday, February 19, 2010

Good News....

Pertama sekali daku mohon maaf diatas kelewatan pengumuman Pemenang Contest Miela77 Baby BerCD'ing.. yang telah ditutup penyertaannya pada 26hb Januari 2010 yang lepas...dianjurkan di blogshopku Miela77 Online Shoppe...namun malangnya Cik Abgku sebagai Juri gagal memberi penilaian dan pemarkahan walaupun daku beri masa hampir 3 minggu... (sibuk ngan projek Gitar Elektrik Yusrie nyer... Emaris - EE nyer... maklumlah..body da siap lama.. bila fund dapat...terus beli barang... tiap2 hari balik keje sejak 2 minggu lalu.. dia bertapa dalam bilik belakang menyiapkan gitar letrik Porchik Karo a.k.a Pak Lang EE). So daku minta bantuan my SIL a.k.a Kak Yong..cian dier... automatik penyertaan Aliya terbatal... namun dont worry kak yong... daku da siapkan cenderahati sebagai Juri Jemputan.. yang bestnyer..dalam tempoh 24jam, kak yong berjaya menerjah sekaligus memberi pemarkahan kepada para peserta tu.. marbeles tu kak yong nie... daku cayang dier... n for ur info.. hadiah peserta bertuah merangkap peserta pertama.. daku tempah kat kak yong tau...sapa2 yang minat crosticth.. leh g kat blogshop beliau di sini ... so  hari nie confirm daku umumkan siapa pemenangnya... namun satu lagi giveaway.. Tema Pencetus yang patutnya diadili oleh Dr Wan Mahani... still x dapat keputusan.. sebab beliau sibuk ngan projek ngan Angkasa.. daku frust gak.. tp beliau yang beria-ria suh wat topik tu..so daku bagi beliau la menilainya.. hadiah daku da reserved... cuma daku harap uols sabar... daku bukan x mo umumkan cepat2.. kalau daku yg jadi juri.. hari nie tutup sok da umum...namun org yang jd juri nie.. most wanted person..so have to wait her.. Dan good news adalah.......

SEMUA PESERTA LAYAK MENDAPAT HADIAH SAGUHATI BERUPA SATU UNIT WASHING BAG .... ANDA SEMUA ADALAH PEMENANG....

Friday, February 12, 2010

***Entry Gumbira*** Bestnyer cuti 4 hari...Selamat Tahun Baru Cina ye...

Daku rasa nak melompat n x sabo nak balik...cuti 4 hari...heheheh...umah daku cam tongkang pecah tu leh la daku kemas...x g mana2 kot sbb adik beradikku n ipar duai ku balik...cadang nak kumpul umah kakyong nak celebrate besday Baby Qis n Fikri...kak yong...jadi tak? heheheh...kita wat makan2 ramai2...da lama x kumpul...cuma Aju je x de...g Johor...Azizan lak kat Genting...harap2 Ani, John, Dikla dpt join kan??? Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti pada semua...moga gumbira selalu...

***Entry Pendek***Lawo tak saya????


Suka tengok gambo nie..masa nie Amirah masuk Pertandingan Gadis Payung..menang saguhati je.. tp dengan bunga-bungaan atas kepala tu nampak kiut sangat...heheheheh....

Thursday, February 11, 2010

Masalah Masyarakat Malaysia Semakin Serius..Apa Pendapat Anda?

Daku sedih bila membaca email ini. Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia.


Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang

semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di

Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang

sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri

daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak

berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.

Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran

anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor

sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian

bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa

catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada

setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes

pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran

kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)

30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan

adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:


Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Perrghh ramainya... Kesian anak2 yang tak sah taraf nie...bila dah besar nanti dan ingin mendirikan rumahtangga, pasti kisah akan terbongkar.... ***teringat novel Bila Ada Rindu - Emma Mazira...mengenai cite Anak Tak Sah Taraf nie..menderita bila kisahnya terbongkar tanpa dia ketahui...hmmm...dunia..oh dunia..

Wednesday, February 10, 2010

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SA.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r..a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,

KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Tuesday, February 9, 2010

**INFO*** HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
 
Terima kasih pada Ustz Yaaakub...akub73.blogspot.com atas artikel ini. Moga kita sama2 menghindarkan diri, anak2 dan keluarga dari turut sesat..amin...

*** ENTRY PENDEK*** RAWATAN HYDRO...moga ia mampu membantu

Hari nie daku akan jalani rawatan Hydro...iaitu satu cara rawatan terapi di dalam air panas. Daku dikehendaki merendamkan keseluruhan badanku di dalam kolam renang air panas (x la panas sangat).. then daku akan diajar cara2 senaman didalam air oleh pakar Hydro... Masa yang diambil untuk rawatan ini adalah 45minit... ini adalah kali kedua daku menjalaninya...moga ia dapat membantu...k nak gerak da...bye..rawatan kul 10pg nie...t daku update lg ye...

***updated..1.35ptg..da dkt sejam balik dr Hydro...fuh penat tp badan segar..yg x tahan tu..leh wat poco-poco dlm air...heheheheh***..keje banyak...ari nie mungkin keputusan kuar...insyaallah...

Monday, February 8, 2010

Papa Buat Mama Boleh!!!! Teladan tuk kita....

Terkedu...!! !! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.


Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

"Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu"

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan 'jiwa' Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
 
Credit to Islamic-ebook yahoogroup..

Friday, February 5, 2010

**Entry Tertangguh***...Hepi Belated Day Baby Qis..Setahun Sudah...


Hepi besday to you...hepi besday to you...hepi besday tu Nurul Qistina Batrisya...hepi besday to you...

Waaa...anak mama da umo setahun la... cepat je masa berlalu...duk teringat lagi masa mengandungkan BB Qis.. jenuh daku asyik rasa nak buang air kecil je..mana tak nya... dia berdiri tengak dalam perut... sepanjang mengandungkannya..daku x penah tengok tapak tangan or tapak kaki cam anak2 ku yg lain..yg nampak .. kepala menonjol keatas... huhuhu...sungguh bertuah bb ku nie..

Tanggal 02.02.09 jam 5.32ptg.. lahirlah Nurul Qistina Batrisya binti Yusri.. permata hati mama dan ayah..cinta hati Kakak Amirah n Abg Bad.. yg ditunggu-tunggu kehadirannya selama lebih 7 tahun .. selepas Abg Bad.. Hampir 2 tahun daku memendam rasa.. teringin ada Baby tapi asyik x kesampaian je.. tak sangka lak kali nie daku melahirkannya melalui pembedahan casearian.. sebab..songgang.. x mo turun2 ikut rutin..nak kuar ikut tingkap gak..


gambar ihsan kakyong..tocey .. aduhai..comey tul.. walaupun ubat bius x hilang lagi..daku terus menyusukannya sejurus je kami ditolak masuk ke wad.. sebab daku nak bb daku dapat kolestrum susu pertama tu..then kami dipisahkan hampir 8 jam.. sebelum bersatu kembali pada jam 6.00pg.. sepanjang malam daku x ley tido.. sakit satu hal.. tp duk terdengar2 tangisannya... rupa2nya bukan Bb Qis yg nangis..dia elok tido lena...huhuhu... selama 2 hari daku menginap dihotel 5 bintang..ditemani dek awek2 cun berbaju putih.. then daku dibenarkan pulang ke umah.. teringat lagi masa perjalanan balik tu daku lalu kawasan istana.. penuh dengan reporter... rupa2 nya heboh kes Menteri Besar Perak Dr. Seri Nizar dipecat oleh DYMM Sultan Azlan Shah... huh..ketinggalan tul.. malangnya.. esoknya BB Qis kembali mengajak mamanya menginap lagi di hotel 5 bintang tu.. kerana jaundis.. sungguh malang nasibnya.. bacaan darahnya 399 weh.. daku x dibenarkan menyusukannya sepanjang malam.. kerana takut bacaannya naik lagi..risaunya hati .. nak tido pun x senang.. menangis sepanjang malam.. kesian tengok Baby Qis dibawah lampu.. 3 hari lepas tu baru kami dibenarkan pulang..


**Abaikan mukaku yg mmg x lawo tu..huhuhu*** Moody je muka dier.. huhuhu... Kak Ayu kat blakang tu sibuk nak join the club..ehehehe

Umor sebulan..mengamuk kena kaco ngan Abg Bad...

Nyenyak Baby Qis tido dlm bedung tu...

Sesungguhnya kelahirannya amat bererti pada kami sekeluarga.. yang ketandusan suara bb hampir 7 tahun lepas Abg Bad.. kelakarnya kan.. daku masa x tau mengandung.. duk merindu anak sedara yg kat Kelantan tu.. rupanya lahir je dier ..daku lak sambung..hahahahah


3 permatahatiku.... Amirah, Baby Qis n Bad.. kesayanganku...mama sayang korang semua...mmmuuuuaaahhh...

Baby Qis 2 bulan


Comey tak weh...



Wajah Baby Qis sebelum dibotakkan..Amirah, Baby Qis, Abg Bad n Ayuni

Wajah Baby Qis botak...konon nak tunjuk gambar ayah masa botakkan kepala Baby Qis.. malangnya..sensored la..ayah seksi...x jadi..huhuhu...


 
Baby Qis 3 bulan..Si budak botak mama ...

Abg bad pun join the clud..jeles tngok bb je botak..hahahaha.. Umor Baby 4 bulan

Gambar Baby Qis 4 bulan..baru pandai pegang botol susu...





Daku n Baby Qis masa g exam PTK kat Kuantan... 5 bulan



3 beradik yang sentiasa meriuhkan umahku..kat dlm blk hotel..baby Qis kena bedung.. 5 bulan



Dlm troley masa shopping kat Tesco..6 bulan


Baru dapat Playgym..daku beli online..senyum lebar cik kak nie.. huhuhu 7 bln


Ni masa dia br dpt cd daku beli kat blog Mamapayish.. 3pcs Shines, 2pcs Coolababy Button + 2pcs 3 layer Insert+2pcs 3 layer insert button + pos = RM221.00 wa..dia x sabo nak guna weh..


Suka tengok gambar nie.. tp malangnya x penah menang contest pun..cian bb Qis..mamanya ada gak menang..huhuhu


Semasa bercuti di Genting..Baby Qis teruja tgk toy2 tu...mama n ayah sebuk bergambar je...


Bersama Maktih..dlm perjalanan ke Teluk Batik..


Agak2 kalau masuk contes seiras leh menang tak?


Cian bb kena asma.. sama cam abg bad gak..waktu nie cik abgku pegang bb qis daku pegang gas tuh...dier nyer sora..satu wad dengar.. tp seb baik ada UK Magic tu..daku buh dlm susu, titis dlm air, sapu kat badan.. dua hari da ok..alhamdulillah..11 bulan..


Atuk, Baby Qis n Abg Bad...rindunyer ngan atuk.....

K..nie je yang mampu daku wat entri..t klu senang2 daku nak wat besday party kat dier... if sempat...sungguh daku x berkesempatan akhir2 nie..huhuhu

MAMA SAYANG BB QIS, AMIRAH N ABG BAD.. MUUAAH...

Thursday, February 4, 2010

FRUST...BZ SGT .. X SEMPAT NAK UP WISH HEPI BESDAY BB QIS...

SHORT ENTRY....DAKU TGH FRUST...DA 3 HARI PLAN NAK UP CITE TTG PERKEMBANGAN BABY QIS..TP X SEMPAT...BEGITU JUGA DGN DUA CONTEST DAKU ... PENCETUS MINDA N BABY BERCD'ING .. PUN JURI2..BLUM BG KEPUTUSAN LAGI... BAGAI MENUNGGU BUAH X JATUH..HUHUHU...DAKU X SUKA LELAMA...T ORG MARAH...SEB BAIK MR RANDOM.ORG SEDIA BEKERJASAMA TUK HADIAH ISTIMEWA TUK FOLLOWER MIELA77 TU.. .. K..STOP DULU..MAYBE ENTRY HEPI BELATED GAK LA JAWAPNYA TUK BABY QIS NIE.. BLOGSHOP PUN DA BERSAWANG...KEJE..KEJE..KEJE...

Tuesday, February 2, 2010

Mengumumkan Keputusan Follower Bertuah Miela77...Sapa ye..

Entri agak pendek... mmg rezeki beliau.. padahal baru semalam beliau ym daku n ty ttg alamat email untuk pemenang contest / giveaway daku yang terdelete.. Adakah beliau termasuk... bila daku check balik daku tengok beliau belum penah menang contest or giveaway daku... rupa-rupanya En. Random.Org suka kan beliau..so mengumumkan Pemenang Follow Bertuah Miela77 adalah...

drum...rollll......

V
V
V
V
V

Sapa dia gamaknya...

1. ummie_mirahaziq

2. temp. housewife

3. mama tisya

4.miera

5. siti nurkhijah

6. @yurosni

7. azzul

8. ♥S@R@♥

9. CatlinaFly

10. sue

11. Ellyn Store

12. idah

13. IbuAbang

14. zai kulim

15. Me_Lina

16. My LiTtLe MiKhAiL

17. a Y u

18. Mrs. Adz

19. Mama Safiyyah

20. Akma

21. acHap~

22. Ena Qalinsya

23. umminabilah

24. Sidratul Muntaha

25. sal

26. izzahazfar

27. iedaLUVsham

28. Ibu_Mysara Syauqeena

29. nza

30. Ibu Kimie & Balqis

31. tini

32. taufidris

33. juniza

34. aten10

35. inasepi

36. izan cute

37. inahasan

38. syakila

39. ogy

40. sakinah

41. Mama Eisya

42. nurul niza

43. ciKenit farHana

44. a.z.r.i.n.a.03.07

45. ieyza

46. Chik Att

47. anin

48. asmieyra

49. seiza

50. layla_elyas

51. adah

TAHNIAH...

Pada yang tak berjaya tapi teringin nak memiliki Coolababy Wet Bag nie boleh wat preorder skrg.. Harga Miela77 RM19/pcs tapi hanya untuk Peserta..daku jual dengan harga RM16/pcs saja... Stok akan sampai minggu depan.

Senarai Follower Yang Bakal Bertuah - Sapa gamaknya yang bertuah tu ye...

First, sori berbakul2..sebab daku x sempat wat pemilihan Follower Bertuah semalam.. agak sibuk skit.. dan x sihat lak...better today... so daku nak amik peluang menyenaraikan follower-follower yang meninggalkan jejak di entri Hadiah Istimewa Untuk Miela77 Follower

Namun sebelum tu ada pengumuman penting....Hari nie besday Baby Qis yang pertama .... Hepi besday to Qis...Hepi besday to Qis..Hepi besday to Baby Qis....Hepi besday to uuuuuuuuu..... nnt mama wat entri khas ye cayang...

Dan pertukaran hadiah untuk Follower Bertuah...bukan apa..daku nyer wet bag bln 3 baru tiba..x kan nak tunggu lagi kot...jawapnya lps nie daku nyer contest terbiar sepi je la...huhuhu... so hadiah nya still wet bag .. mahal skit .. rege RM19.00 dan mampu memuatkan sehingga 10cd...cuma x de kartun2..tu je.. okies meh kita tengok hadiahnya...


Boleh ye kengkawan... beg ni bakal daku jual menggantikan wet bag kartun tu... payah tul nak dpt stok skrg nie..

Okies.. berikut adalah nama-nama follower daku yang daku sayangi :-

1. ummie_mirahaziq
2. temp. housewife
3. mama tisya
4.miera
5. siti nurkhijah
6. @yurosni
7. azzul
8. ♥S@R@♥
9. CatlinaFly
10. sue
11. Ellyn Store
12. idah
13. IbuAbang
14. zai kulim
15. Me_Lina
16. My LiTtLe MiKhAiL
17. a Y u
18. Mrs. Adz
19. Mama Safiyyah
20. Akma
21. acHap~
22. Ena Qalinsya
23. umminabilah
24. Sidratul Muntaha
25. sal
26. izzahazfar
27. iedaLUVsham
28. Ibu_Mysara Syauqeena
29. nza
30. Ibu Kimie & Balqis
31. tini
32. taufidris
33. juniza
34. aten10
35. inasepi
36. izan cute
37. inahasan
38. syakila
39. ogy
40. sakinah
41. Mama Eisya
42. nurul niza
43. ciKenit farHana
44. a.z.r.i.n.a.03.07
45. ieyza
46. Chik Att
47. anin
48. asmieyra
49. seiza
50. layla_elyas
51. adah

Okies...semua da tersenarai...boleh la check..mana tau tertinggal..mana2 yg tinggal jejak kat shoutbox tu daku time gak la..cian lak.. nantikan keputusannya b4 jam 5.00ptg ye...


Monday, February 1, 2010

Penatnyer...blk dr KL .. singgah umah kakyong..then keje...waaaa....

Daku ikut cik abgku n mertua g Frim umah Pak Lang Ee.. saja je jejalan..org tue dapat durian runtuh..tp x dpt belanja pun ..huhuhu  ingat adala sate kajang...opss..teeet.. Depa adik beradik sebuk beli barang2 gitar elektrik... confirm lepas nie cik abgku bz.. penat sunguh..kami gerak dr KL kul 8.30mlm.. jalan jem gara2 WEL..WEL..WEL..WEL....jenuh...saja ikut jln lama.. kalu daku yg drive confirm menghala ke PLUS Highway...hehehehe...

Smpi umah kak yong kul 1pg...dia suh makan dulu..masuk kue tiaw goreng..wah nyummy...dinihari.. perut lapor..kue tiaw panas...mmg layanz... lepas rindu ngan Anis, Aliya n Fikri.. Baby Qis pun makan gak.. last2 berterabur kat lantai...jenuh Pak Long Enal nak sapu..kui..kui..kui.. kul 2.30 br gerak balik..smpi umah kul 3pg..mmg penat...wat itu ini dkt kul 4pg br tido...bangun kul 6pg...siap2 baju sekolah anak, makan, mandi, solat...pergh kul 7pg...kelam kabut..

Ingat nak wat announcement pemenang Hadiah Istimewa Utk Follower Miela77 tu... kan susah guna random org je..malangnya...da betul2 x mampu..keje banyak gak..so esok je la..sorry ye kengkawan... lepas nie nak rehat kejap b4 wat new contest... so pada pemenang2 contest or giveawayku yg lepas, yg masih belum time hadiah... tolong email daku kembali di Miela.77@gmail.com or add ym daku kat miela77_eypo@yahoo.com sebab email daku corrupted.. silap sendiri..nak taip junk email terdelete semua email..aduhss..daku x mo wat orang ternanti2.. dan daku juga penah terbaca entry ttg hadiah x kunjung tiba...so daku x nak dicop dalam kategori or golongan yang sama... kerjasama uols amatlah daku harapkan..dan kesulitan amat daku kesali..

Weh..daku dpt panggilan dr someone who call himself..ND LALA...ty ttp Cloth Diaper? Betul ke ? Realiti atau fantasi... or keje kawan2 or adik2 ku...hmm...persoalan dihati...????

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010