Friday, December 3, 2010

Pemergian yang tak dijangka..Al-Fatihah pada Arwah Ila

Salam hari Jumaat. Sesungguh dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Sesuatu yang tak mungkin boleh disangkal sampai bila2. Daku rasa agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan Arwah pada bulan Julai yang lepas. Rasanya kali terakhir daku bertemu dengan Arwah, 6 bulan yang lepas, masa bermalam di rumah EE di Frim. Arwah seorang yang penyayang dan amat suka dengan kanak2. Baru berusia 20 tahun dan baru 4 bulan berkahwin. Malam sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhir, Arwah sempat bersembang lama dengan kakaknya Imah (isteri EE). Malah berjanji untuk menziarahi mereka pada hari minggu ini. Namun, dimaklumkan bahawa Arwah ada membalas sms jiran Imah, dan memberitahu mungkin tak datang sana sampai bila-bila dah (mungkinkah itu petanda). Diusia yang muda, Arwah pergi secara tiba2 seorang diri di rumah pada jam 1.30tgh 1hb Dis 2010..dikala suami tersayang keluar sebentar ke kedai berdekatan..dugaan yang sungguh pedih buat sang suami...moga Man tabah menghadapi hari-hari mendatang seorang diri...

ilanov2008

Ila : Mar 1990 – 1 Dec 2010
(Amik dr Blog Kakyong..tocey Kakyong)
Sebaik saja daku mendapat tahu berita tersebut..daku terus menelefon Imah.. dengan nada sengau (mungkin terlalu banyak menangis)..Imah memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang..mungkin malam nanti Jenazah akan sampai ke Kg. Cht Tin. Daku mengambil keputusan menunggu sehingga Jenazah sampai, baru ke sana. Dan pada jam 10.30mlm, Imah memaklumkan jenazah akan sampai. Kami bergegas ke rumah Mertuaku di Tmn Bertuah untuk mengambilnya, dan Kakyong..kami sampai di Kg. Cht Tin pada jam 12.40mlm selepas singgah makan sebentar di Restoran Berahim Tg. Tualang..masa sampai di Restoran tersebut, kelihatan Imah, EE, suami Arwah (Man), Atan, serta anak2 EE sedang duduk santai selepas makan. Kami berehat sebentar sambil bertanya hal sebenar.. kelihatan Man sugul saja. Kesian dia. Baru 4 bulan berkahwin..kini bujang semula..sabar ye Man.

Sampai di rumah mak Imah, kelihatan jenazah terbujur kaku di tengah rumah. Alahai..sebaknya hatiku.. lantas daku dan Kakyong mengambil air sembahyang..dan duduk membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada Arwah..lebih kurang jam 2 pagi...kami bergerak balik..(cik abgku baru sebulan start keje di Kilang baru..so x dapat la nak cuti)..sempat kami menatap wajah terakhir Arwah..sungguh tenang dan kelihatan tersenyum..tenanglah kau disana ye..

Aduhai penatnya badan..sesampai dirumah..ingatanku masih pada Arwah..macam tak percaya je Arwah telah pergi ke Rahmatullah.. begitulah putaran hidup...nasib kita tak siapa yang tahu.. mana tahu..tengah sihat2 tiba2 esok dengar berita ...Innalillah...nauzubillah...

Sempat daku membawa mak ke sana pada petang semalam.. dalam tak sihat..mak tetap nak pergi menziarah..kami tak lama...dalam keadaan mak tak sihat tak boleh berlama2...sempat mak bersembang dengan Man...dia menyatakan terkilannya kerana tidak berada disisi Arwah semasa Arwah menghembuskan nafas yang terakhir..katanya..sesampai di rumah dari kedai, Man nampak Arwah rebah...bergegas Man mendapatkan Arwah namun terlewat kerana Arwah telah pergi..aduhai..kesiannya Man..sabar ye Man..Al-Fatihah buat Arwah Ila..moga ditempatkan disisi umatnya yang beriman..Amin...

Monday, November 22, 2010

Mencari Pengunjung bertuah yang ke- 30000

Alhamdulillah...sudah hampir 30,000 kali blog ku nie dijengah... seperti yang daku janjikan sapa yang menjadi pengunjung ke-30,000 sila print skrin dan email kat daku ye...pasti ada yang istimewa menanti anda...

Mengumumkan Pemenang Miela77 Online Shoppe FB GiveAway adalah ...

Syukur Alhamdulillah...akhirnya daku berkesempatan untuk dating dgn Mr. Random.Org bagi mencari pemenang Miela77 Online Shoppe FB GiveAway... sebanyak 36 penyertaan diterima dari Blog dan FB Miela Muhamad Riza...dan setelah menunggu agak lama untuk setiap cabutan (line tenet agak slow semalam) akhirnya.. daku dapat mencari pemenang yang bakal membawa pulang....

Hadiah Pertama - Coolababy Printed Snap Button (RM35.00)





Hadiah Kedua - Training Pant (RM20)

 Hadiah Ketiga - Busha Legging New Design (RM15)




Hadiah Penyertaan Pertama Blog - Busha Foot Cover (RM6.50)
No. 1 - Zie Fauzi - Peserta Pertama Blog Hadiah Penyertaan Pertama FB- Busha Foot Cover (RM6.50)
 No. 3 - Zainab Mohd Ghazali - Peserta Pertama FB Miela Muhd Riza

  Top Referer 
Blog Miela77 

Tahniah kepada para pemenang..pada yang tidak bernasib baik..cuba lagi ye..kepada semua pemenang...sila email ke Miela.77@gmail.com maklumat lengkap seperti nama penuh, alamat, no. tel, jantina anak serta umur anak untuk tujuan penghantaran hadiah ye.. dan semua peserta Giveaway layak mendapat potongan harga RM2 bagi setiap pembelian di Miela77 Online Shoppe.

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha ... ku berkorban apa saja....

Di Hari Raya ...org bergumbira merayakannya dengan kaum keluarga..namun daku x rasa mcm nak beraya... lepas g umah mak makan lontong... daku bersiap2 tuk g Port..amik barang jualan... kenapa di Hari Raya???? sebab stok daku da kritikal..sementelah pula cik abgku sibuk nak siapkan gak umah mak dier.. "lagi cepat siap lagi senang ati dia.". katanya... cian gak daku dengan dia... Pagi g keje... blk keje.. lepas makan ... terus g umah mak dier.. wat renovation umah.. then kul 11-12mlm balik..daku wat minum.. or dia makan skit .. tido.. ari cuti..full day dia disana.. pendek kata.. kami anak berada kena pasrah dan berkorban masa untuk memastikan umah tu siap.. sedih gak sbb daku akhir2 ni x sihat.. tp x berani komen..coz tgk dia penat je.. cian.. lagipun dia rasa tanggungjawap dia tuk memastikan umah tu siap..(yg ada kat umah tu x blh harap... klu cik abgku x datang ..idak le depa nak wat...dari raya thn lepas smpi raya taun ni x siap2...x faham tul)..huhuhu... bukan rungutan..sekadar meluahkan..apa pun daku tabik spring dengan cik abgku..walau macammana pun tanggungjawabnya di sana...tidak pernah diabaikan..congrats sayang...  walaupun cik abgku terpaksa korbankan masa berkualiti bersama anak2 dan keluarga... demi memastikan umah tu siap untuk keselesaan mertua ku.. daku benar2 pasrah...namun ada sesuatu yg buat daku terkilan.. biar daku simpan.. x wajar daku cite disini sbb daku bukan suka mendedahkan sesuatu yg melibatkan sensitiviti seseorang disini...sapa yg tau faham2 le.. selagi rasa terkilan tu ada...selagi tu daku x mampu nak menunjukkan muka buruk nie...huhuhu...x mau menceceh lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...walaupun da terlewat 2 hari.. moga anda semua ceria2 selalu..

Disamping itu..daku nak inform pada peserta giveawayku...daku akan war2kan siapa yg bertuah dalam tempoh terdekat..harap bersabar..plan nak wat hari nie..namun sakit pala yang mencengkam dari pagi tadi disamping tangan kakiku bengkak n sakit macam selalu menyebabkan hasrat tersebut tertunda...sorry ye...namun hadiah da ada..tinggal nak announce pemenang..dapat address daku trus pos...wishing uols goooddd lucckkk...

Ha...selingan wajib..meh tengok clearance item daku di http://www.facebook.com/album.php?aid=27601&id=100000860801761&page=2 murah2 je tolak..yg bestnya...ada Babydoll PP Pant baru..3pcs baru RM40 je.. tidak dilupakan..jengah2la my blogshop ye.. banyak new item sempat ku upload khamis lepas...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010