Dugaan buatku..2 pemergian dlm tempoh 5 hari...
Salam dan Selamat Hari Isnin pada rakan2 bloggerku semua... minggu nie genaplah setahun daku berblogging..planning nak wat giveaway..memandangkan semua hadiah peserta2 lepas da selesai (ada lg ke yg x dpt? gtau thru email..tkt terlepas pandang)... bermacam2 pengalaman suka duka daku tempuhi dan pelajari sepanjang berblogging ini...
Namun entri kali nie bukan mengenai setahun berblogging...namun daku menerima tamparan serta dugaan hebat minggu lepas...bermula dengan pemergian arwah Atuk tercinta...kami masih berkabung..dan pagi sabtu lepas...Arwah Makngah (Kakak Ipar Arwah Abahku) telah dilanggar kereta semasa melintas jalan di hadapan Masjid Kg. Sg. Tua, Batu Caves.. dimaklumkan kereta tersebut agak laju dan melanggar lampu merah yg sedang menyala..Arwah sedang berkira2 nak melintas ke seberang untuk ke pasar dengan menaiki basikal. Akibat dari pelanggaran tersebut...arwah meninggal di tempat kejadian dengan kecederaan yang teruk...dan arwah disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor..selang beberapa buah kubur dari kubur Arwah Atuk ku...
Daku agak terkejut dan tergamam apabila menerima berita berkenaan... sesuatu diluar jangkaan.. namun daku pasrah..setiap yang hidup itu pasti akan pergi bertemu yg abadi suatu hari nanti... cuma cara pemergian saja yang tak dapat dipastikan..mungkin dengan cara yang amat lembut.. atau direntap begitu sahaja (kasarkah bahasaku..namun hakikat ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa)..
Daku agak rapat dengan keluarga Arwah Abahku (Muhamad Riza bin Ahmad-yang pergi meninggalkan kami seawal usiaku setahun 4 bulan- msh x kenal dunia lg)..namun cerita2 dan gambar2 nya sentiasa bersama2ku...seolah2 daku amat mengenalinya...jadilah sekadar gambar... dan daku juga adalah satu2nya zuriat beliau..oleh itu adalah wajar untuk daku terus mendekati dan rapat dengan mereka... sementelah pula adik beradik lelaki arwah Abah merupakan waliku ... oleh itu kehilangan ini amat daku rasai...kini hanya tinggal PakLong Roslan n isteri..Pakngah Hanip, Paktih Aji n isteri dan Makcik Yah sekeluarga...beberapa kerat sahaja..tidak lupa juga Adik beradik Arwah Abah berlainan ibu Paklong Ramli dan keluarga.. Moga2 usia mereka berpanjangan..namun jika ketentuan darinya daku redha...
Daku tak dapat nak meneruskan lagi entri ini kerana setiap patah perkataan yang ditaip mengundang airmata...Ya Allah..daku amat merindui Arwah Atuk..dan masih terbayang2 dimataku wajah Arwah MakNgah...sama2 lah kita berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan umat2nya yang beriman...Al-Fatihah...
5 comments:
Semoga yang pergi itu ditempatkan di kalangan orang2 yang dicintai...Semoga yang ditinggalkan pula diberi kesabaran menggunung tinggi menghadapi hari2 yang tidak pasti...
salam...moga tabah mengharunginya..al-fatihah
kehilangan yg tersyg mmg pedih tapi mcm Iela cakap, setiap yg hidup pasti akan mati. yg masih hidup ni boleh sedekahkan AL-Fatihah & Yaasin.
ye betul spt kata pija..
bawa2 bersabar... panjatkan doa semoga atok & makNgah mu ditempatkan bersama org2 yg beriman..
I think, that you are mistaken. I suggest it to discuss. Write to me in PM, we will communicate.
Post a Comment