Friday, April 30, 2010

Perhatian kepada para peserta Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary GiveAway

Mohon maaf kerana x sempat nak update senarai nama peserta yang telah menyertai giveaway ini... minggu nie minggu x sihat daku...Artiristis ku menyerang..da 4 hari mc..tp daku pasti tepati janji..tepat jam 12 tengahmalam nanti... daku akan tutup Giveaway ini..da daku akan cuba update senarai peserta on the spot..insyaallah.. esok daku akan minta bantuan my dearest darling Mr. Random.Org tuk wat cabutan bertuah tu.. sbb daku plan if ok by Monday leh pos hadiah..maleh nak tunggu lelama...t lupa...takut ada lak pemenang ku yg x dpt hadiah..sedangkan daku ingat daku da pos... bagi mengelakkan masalah tu berlaku..bior cepat pos...hadiah mmg ready stok...heheheh

Disamping tu meh grab promosi2 menarik daku di blogshop kesayangan ku tuh...


ada lagi...meh tengok kat sini ...
 


Tuesday, April 27, 2010

KESIAN ANAK INI..MEH LA KITA TOLONG...

Daku dapat email nie dari salah seorang customer Miela77 Online Shoppe.. n daku da forward pd yg lain...namun daku rasa terpanggil tuk wat entri disini... walaupun daku agak sibuk dan x sempat nak update blog akhir2 nie..namun demi kemanusiaan.. daku luangkan sikit masa untuk entry ini dengan harapan ada insan-insan yang bermurah hati membantu...insyaallah... Sharing is caring..
thanks to Risma...
MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN  SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan...kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin. 

Nikmati Diskaun 5 -20% untuk semua barangan yang terdapat dalam blogshop ku ini dan jom sertai Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary Giveaway di blog Miela77 serta berpeluang memenangi 5 hadiah lumayan yang bernilai RM100. Meh cepat...

BioLiner Flushable Nappy Liner - Tempahan dibuka sekarang..Semurah RM23+- 

 

Wednesday, April 21, 2010

**Mood sedih - Bayi tiada mata, hidung ditinggalkan.. sekejam itukah manusia?

Sorry ieda, daku amik ur topik..bukan apa daku mmg sensitif skit bab nie..kenapalah seorang ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan sanggup membuang bayi mereka yang suci bersih tiada dosa hanya sebab kesilapan sendiri. Kes kali nie lak.. mungkin tidak redha dengan ketentuan ilahi..apalah salah bayi tersebut... bukan dipinta untuk cacat sebegitu.. anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya namun ditinggalkan begitu sahaja..tanpa dijenguk hanya kerana risau dengan pandangan sanak saudara diatas kecacatannya... sungguh kejam ibu bapa ini.. dan yang daku sedih..kejadian ini berlaku di Ipoh dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat itu dekat je dengan umah ku...x mo cite panjang2.. tuk berita selanjutnya leh baca kat myMetro

Nikmati Diskaun 5 -20% untuk semua barangan yang terdapat dalam blogshop ku ini dan jom sertai Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary Giveaway di blog Miela77 serta berpeluang memenangi 5 hadiah lumayan yang bernilai RM100. Meh cepat...

Saturday, April 17, 2010

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri


MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri - Kredit to Utusan Online

17/04/2010 8:51pm



SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Terkejut daku mendengarnya... nampak gayanya lepas seorang, seorang artis yang dijemput mengadapnya...sekaligus menimbulkan keinsafan kepada daku agar menginsafi dan menghargai kehidupan ini.. sesungguhnya malaikat maut itu bersedia menarik roh kita pada bila-bila masa... Takziah kepada Keluarga Arwah Acik Spin, dan marilah kita menyedekahkan Surah Al-Fatihah kepada keluarga arwah, juga kepada arwah abah, atuk, makngah dan semua yang telah kembali kepadaNYA. 
Jom sertai Crazy Sales For Mommies - 1st Anniversary Giveaway di blog Miela77 serta berpeluang memenangi 5 hadiah lumayan yang bernilai RM100. 

Sila klik label bagi mendapatkan Diskaun 5 - 20% utk Cloth Diaper, Busha Cute Streching Legging dan Carter 5 in 1 Romper, UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula   

Wednesday, April 14, 2010

Crazy Sales For Mommies - 1st Blog Anniversary GiveAway..Meh grab cpt

Esok genap usia blogku setahun...wa da setahun daku dalam dunia blogging...thank to kakyong...klu x sebab dier..daku idaknyer nak berblog2 nie...heheheh...
So daku dengan bermurah hati nak wat Crazy Sales For Mommies - 1st Blog Anniversary GiveAway... mende tu...hahahha... Disamping uols join my giveaway nie, uols gak berpeluang menikmati diskaun 5 - 20% tuk semua barangan kat blogshop daku.. so daku berkongsi kegembiraan ini dengan rakan2 blogger...

Daku x mo nak menyulitkan keadaan...sedang sgt syaratnya... yang penting semua leh masuk..

1. Untuk blogger - Jadi follower daku Miela77 dan Miela77 Online Shoppe (wajib)..tepek banner Miela77 Online Shoppe kat atas tu kat sidebar uols n link back to me, wat entri ttg giveaway nie dan hebahkan ttg giveaway ni dan crazy sales 5 - 20% diskaun semua barangan dalam Miela77 Online Shoppe pada semua (kalau jadikan stickymode-dpt kredit markah)..serta tinggalkan pesanan kat kotak komen bawah tuh..

2. Untuk NonBlogger - Email ttg giveaway ni dan crazy sales 5 - 20% diskaun semua barangan dalam Miela77 Online Shoppe pada pada sekurang2nya 10org rakan2 (lg byk lg baik) dan s.k pada Miela.77@gmail.com. Pastikan tinggalkan pesan kat kotak komen di bawah gtau nama, email anda.  

3. Spesial Prize - Pastikan anda memaklumkan pada rakan2 yg lain agar meletakkan anda sebagai referer...hadiah istimewa untuk referer terbanyak..ni mmg lumayan..

Senang x? senangkan? so apa tunggu lagi...giveaway ni berlangsung dari 14 - 30 April 2010 dan 5 pemenang akan dipilih secara random menggunakan khidmat Mr. Random.Org yang setia menemaniku ... 

Apa hadiah2 nya:-

Cabutan pertama - QQBaby Plain One Size Pocket Button Bernilai RM28/pcs
Cabutan Kedua - Busha Cute Streching Legging Bernilai RM14/pcs
Cabutan Ketiga - Carter Romper 1pcs Bernilai RM15/pcs
Cabutan Keempat - UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula 5ml Bernilai RM20/botol
Cabutan Kelima -Coolababy Wet Bag Bernilai RM19/pcs




So...tunggu apa lagi meh la cepat...lumayan kan hadiahnyer...moh le kite weh..

**Updated 20.04.10 - Senarai Nama Peserta :-

1. ::Mamalyna::
2.  Zai Kulim
3. Watie - thru email
4. ctnurkhijah
5. inahasan
6. CkYnHaShiM

7.ayuselalu
8. NoRwAnI nOrWi
9.  taufidris

10. Afne
11. NaFiRaa
12. anin
13. YanaNuar
14. mama zharfan
15.  BUNGA
16.  siti hawa
17. QaSeH KiTa
18. rosilah
19. SHAZA
20. syakila
21.  ogy2112
22. Uda
23.  ummi sofiyyah

24. bumble_bee
25. juniza
26. inasepi
27.  honeysour's blog
28. ~dYaHaHa~
29. Nida
30. sirna
31. izan cute
32. Asya
33.  segalanyer kuterima...
34. Aimy
35. SoFiaH
36. Usharapa!!!
37. sarah
38. aqis090209
39. Kura Kura
40. LisaVsKhusairi 
41. mama_umar_maryam
42. arissa.soleha
43. Em's Family
44. girl_zue - thru email

Okies...da siap 44 penyertaan..so sapa2 nak bodek my dearest darling Mr.Random.Org tu sila lah berbuat demikian ye..hehehehehe

Monday, April 12, 2010

Dugaan buatku..2 pemergian dlm tempoh 5 hari...

Salam dan Selamat Hari Isnin pada rakan2 bloggerku semua... minggu nie genaplah setahun daku berblogging..planning nak wat giveaway..memandangkan semua hadiah peserta2 lepas da selesai (ada lg ke yg x dpt? gtau thru email..tkt terlepas pandang)... bermacam2 pengalaman suka duka daku tempuhi dan pelajari sepanjang berblogging ini...

Namun entri kali nie bukan mengenai setahun berblogging...namun daku menerima tamparan serta dugaan hebat minggu lepas...bermula dengan pemergian arwah Atuk tercinta...kami masih berkabung..dan pagi sabtu lepas...Arwah Makngah (Kakak Ipar Arwah Abahku) telah dilanggar kereta semasa melintas jalan di hadapan Masjid Kg. Sg. Tua, Batu Caves.. dimaklumkan kereta tersebut agak laju dan melanggar lampu merah yg sedang menyala..Arwah sedang berkira2 nak melintas ke seberang untuk ke pasar dengan menaiki basikal. Akibat dari pelanggaran tersebut...arwah meninggal di tempat kejadian dengan kecederaan yang teruk...dan arwah disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor..selang beberapa buah kubur dari kubur Arwah Atuk ku...

Daku agak terkejut dan tergamam apabila menerima berita berkenaan... sesuatu diluar jangkaan.. namun daku pasrah..setiap yang hidup itu pasti akan pergi bertemu yg abadi suatu hari nanti... cuma cara pemergian saja yang tak dapat dipastikan..mungkin dengan cara yang amat lembut.. atau direntap begitu sahaja (kasarkah bahasaku..namun hakikat ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa)..

Daku agak rapat dengan keluarga Arwah Abahku (Muhamad Riza bin Ahmad-yang pergi meninggalkan kami seawal usiaku setahun 4 bulan- msh x kenal dunia lg)..namun cerita2 dan gambar2 nya sentiasa bersama2ku...seolah2 daku amat mengenalinya...jadilah sekadar gambar... dan daku juga adalah satu2nya zuriat beliau..oleh itu adalah wajar untuk daku terus mendekati dan rapat dengan mereka... sementelah pula adik beradik lelaki arwah Abah merupakan waliku ... oleh itu kehilangan ini amat daku rasai...kini hanya tinggal PakLong Roslan n isteri..Pakngah Hanip, Paktih Aji n isteri dan Makcik Yah sekeluarga...beberapa kerat sahaja..tidak lupa juga Adik beradik Arwah Abah berlainan ibu Paklong Ramli dan keluarga.. Moga2 usia mereka berpanjangan..namun jika ketentuan darinya daku redha...

Daku tak dapat nak meneruskan lagi entri ini kerana setiap patah perkataan yang ditaip mengundang airmata...Ya Allah..daku amat merindui Arwah Atuk..dan masih terbayang2 dimataku wajah Arwah MakNgah...sama2 lah kita berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan umat2nya yang beriman...Al-Fatihah...

Thursday, April 8, 2010

***Mood Sedih - Layanan Kariah AJK Khairat Kematian Kg. Sg. Kertas terhadap pengurusan jenazah Arwah Atuk amat menyedihkan...

Untuk makluman semua, Arwah Atukku Yah bt Jusoh telah pun kembali ke rahmatullah tepat jam 3.59ptg 5.4.10 yang lepas kerana sakit tua. Mmg da beberapa minggu kami berulang ke KL menjengok beliau malah mak daku setiap hari jumaat malam akan kesana dan balik semula ke Ipoh hari Ahad malam. Sebelum nie kami yang jaga selama hampir 10tahun sebelum Mama (kakak mak) mengambil alih penjagaan arwah dalam 2 tahun kebelakangan ni .. kiranya daku nie cucu yang paling rapat dengannya semasa arwah sihat mahupun sakit..malangnya daku tiada disisi semasa arwah menghembus nafas yang terakhir.. daku amat sedih.. sebab daku plan nak ikut mak g KL jumaat lepas..namun kesihatan ku yang kurang memuaskan menyebabkan daku membatalkannya..dan merancang nak g jumaat nie...malangnya x sempat...tak dapat dibayangkan perasaanku .. daku ambil masa hampir 1 jam untuk memberanikan diri menatap wajah pucatnya... sementelah la pulak Mama  berbisik yang arwah mencari kelibatku disaat akhir arwah...hingga kini terkilanku masih lagi tak hilang..namun daku pasrah..itu da ketentuannya.. namun daku puas hati kerana daku dapat mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menemani arwah..

Tepat jam 8.30pg.. pihak Surau Kg. Sg. Kertas, Bt Caves da menggesa agar jenazah arwah dibawa ke surau untuk dimandi, dikafan dan disolat... pihak kami minta dilewatkan sedikit memandangkan ada sanak saudara yang jauh masih belum sampai.. namun kata mereka.. datang  ke surau... kami pun akur...sampai disana..kaum kerabat pun duduk di sekeliling jenazah.. (Persoalannya... pasti ada diantara kami yang tidak bersih (org ppuanla..) .. bila jenazah da dibawa ke surau..nak tak nak..yang datang jauh nie terpaksa la masuk ke surau..dalam keadaan x bersih..(x berdosa ke?... 1 perkara)...

Pihak kariah surau wanita sibuk dengan persiapan memandikan jenazah..Arwah dibiar hampir setengah jam sebelum upacara mandi dijalankan.. dan yang kami tak puas hati ni.. waktu itu la x de macam2.. (heran..arwah meninggal semalam..dan kebiasaannya pihak yang menguruskan khairat kematian mmg sedia ada peralatan mandi jenazah nie...nanti mereka akan caj balik pada waris..tul tak? .. pendek kata kelam kabut la kami nie mencari itu dan ini..sampai bila tengah mandikan pun siap tanya.. kain pelikat nak tutup mana...tuala mana...bla..bla..bla... perkara 2...)

Daku nak tanya pendapat uols la... setahu daku kita hendaklah mandikan jenazah dengan cara yang cepat, berhemah dan lemah lembut..agar kita tidak mengasari dan menyakiti jenazah tul tak? itu pendapat daku yang sah..sah jahil nie la... tapi dari pemerhatian daku (pada mulanya daku plan nak join sekali..sbg penghormatan terakhir..tapi daku tiada kekuatan bila daku lihat cara mandian dilakukan..daku tarik diri..daku x sanggup nak menyakiti lagi tubuh arwah atuk kesayangan daku.).. kalau dilihat cara mandian..sungguh menyedihkan.. air paip sebesar2 dan selaju2nya...dicucurnya arwah ni mcm siram pokok bunga je lagaknya.. selaju2 air masuk dalam rongga arwah..dengan kasar disapunya seluruh badan arwah..konon mandi jenazah x leh perlahan2 kena laju n cepat...dibolak balik tubuh arwah macam bolak balik barang je lagaknya..daku mmg x sanggup melihatnya..bukan daku x penah lihat org mandi jenazah tapi inilah kali pertama daku lihat adab mandi jenazah yang daku anggap biadap... da tu mulut kelam kabut..pot pet pot pet.. mak daku tarik diri..dia x sanggup teruskan bila keadaan ini berlaku..lemah daku lihat beliau..sungguh menyedihkan.. bila time bersugi tu.. hanya melepaskan batuk ditangga je.. daku lihat seolah2 kariah wanita surau nie.. x diberi kursus mandian jenazah sewajarnya..malah ada lak yang kata...ni sebab ada waris arwah..tu yang lambat sikit..klu x lagi cepat..(dlm fikiranku terfikir..mcm mana la gamaknya cara mandian dilakukan tanpa waris...huhuhu...kesiannya la pada simati .. minta dijauhkan dari berlaku lagi dalam keluargaku..perkara 3)

Selesai bab mandi..bab kafan..time tu la x de bedak sejuk la.. apa la... huh..berkejar lak kami ni mencari bedak sejuk..then yang lain daku x mo komen sbb daku x sanggup tengok..daku kuar jap..cuma disaat  penghormatan terakhir pada jenazah.. daku masuk..bayangkan berapa ramai ahli keluarga kami yg menanggung dosa akibat memasuki surau dalam keadaan tidak bersih..perkara 4

Then arwah Atuk disolatkan.. selepas solat tepat jam 10.30pg da nak dibawa ke kubur.. sampai2..Ya Allah.. liang lahat tak siap lagi..dan arwah atuk terbiar di dalam van jenazah hampir setengah jam.. apa kebenda nye nie.. macam mana pengurusan Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian Kg. Sg. Kertas.. bayangkan apa perasaan anda kalau perkara ni berlaku pada anda dan kaum keluarga anda...Ingatlah setiap yang dilakukan akan dibalas didunia lagi.. kalau baik dibalas baik..begitu juga sebaliknya...perkara 5..

Dan akhirnya tepat jam 12 tgh.. segalanya selesai.. alhamdulillah...bersemadilah arwah atuk dengan damai disana..dan kami doakan agar arwah atuk ditempatkan di kalangan umat2nya yang beriman...

Begitulah kronologi perjalanan Arwah Atuk ke alam bazakh..  agak menyedihkan.. sedangkan arwah adalah sebaik-baik manusia...daku amat menyayanginya..malah daku sering bermanja dengannya ketika arwah sihat dan daku berusaha menunaikan permintaannya semasa arwah sakit..disaat-saat akhir begini  layanan yang arwah terima...mmg daku terkilan dan x mungkin daku lupakan sampai bila-bila...daku amat berharap agar perkara ini tidak berlaku lagi dimasa-masa akan datang..dan Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian Kg. Sg. Kertas perlu memandang serius masalah ini agar ia tidak berlaku berulang-ulang kali. Pada pendapat daku pihak berwajib juga perlu main peranan... begitulah luahan hati insan jahil ini.. apa perasaan uols kalau ini berlaku..nauzubillah... ku pohon agar disedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Atukku...Yah bt Jusoh atau Yah bt Rohani..Al-Fatihah...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010