Monday, November 18, 2013

CERITA SEBENAR DAKWAAN KEHILANGAN 23 INDIVIDU DI VILLA NABILA

CERITA SEBENAR DAKWAAN KEHILANGAN 23 INDIVIDU DI VILLA NABILA


Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor. 

"Fakta sebenar?," itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar 
di Johor Bahru.


"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, 
keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu 
Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.

"Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?," tanya 
saya lagi.

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 
4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan
 Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara 
jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan 
Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.


Jika ingin melihat suasana Villa Nabila, sila klik di sini dan di sini.  Dapatkan fakta, bukan sekadar mendengar
khabar angin, klik di sini.

1 comments:

Unknown said...

macam-macam.. bnyk lagi bende berfaedah bleh buat

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010