Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy Note 2 Palsu
Kemaskini akhir pada 25-02-13
Terlebih dahulu pengarang telah membuat analisis bergambar model palsu dari jenama Samsung Galaxy SIII/S3, sila lawati;
Kehebatan Samsung Galaxy Note 2 yg baru dilancarkan mengundang
pengeluaran model palsu dari China. Pengeluar di Shenzen hanya
mementingkan keuntungan dan mengabaikan kualiti telah memberi kesan
kepada Samsung yg mengeluarkan produk dengan kawalan kualiti yg ketat.
Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli kononnya original. Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.
Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli kononnya original. Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.
Kita mulakan dengan semakan spesikifasi terpenting model Samsung Galaxy Note 2 yg dipetik dari lawan web GSMarena.com. Sila fahami dan cuba ingat.
- Skrin sentuh 4.5 inci dengan Super AMOLED HD,
- Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280
- Kelajuan CPU 1.6Ghz
- 4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
- CPU model Exynos 4412
- Pemecut grafik model Mali400
- Memori dalaman 16/32/64
- Sokongan kad memori Micro SD
- Kapasiti Bateri 3100mah
- Kamera 8 Megapiksel
Seterusnya, beri perhatian kepada gambar yg dipetik dari lawan web GSMarena.com, cuba ingat rekabentuk dan kedudukan bahagian penting seperti slot bateri, kad memori & kad sim.
Samsung Galaxy Note 3 seolah2 model Galaxy S3 yg dibesarkan saiznya
Kedudukan butang Home yg kemas
Pada penutup terdapat kamera utama 8mp dengan lampu LED pada sebelah kanan,
terdapat logo "Samsung" berhampiran kamera,
Di sebelah atas kanan terdapat sambungan 3.5mm "jack" untuk fon telinga
Disebelah bawah kiri ruang simpanan S-Pen, ruang speaker
Kapasiti batteri ialah 3100mah, slot kad memori dibawah kamera,
manakala kedudukan slot kad sim di sebelah kanan atas ruang batteri
Menggunakan satu kad sim sahaja.
Terkini ; Samsung akan mengeluarkan model Dual Sim, pada 3 Disember 2012 untuk pasaran China. Artikel akan dikemaskini jika model Dual Sim dipasarkan untuk pasaran global
Bagi pembelian Samsung Galaxy Note 2 original di Malaysia pastikan juga pelekat (sticker) ada pada ruangan berikut;
Hologram Suruhanjaya Komunikasi Multimedia SKMM & sticker warranty
Pelekat rasmi "Diedarkan Oleh: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (SME)".
ia juga dikenali sebagai set SME
kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-N7100, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu
Galaxy Note (I) - GT-N7000
Galaxy Note II - GT-N7100
Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)
Semak Model Number = GT-N7100 (GNote 2)
GT-N7000 untuk GNote (1),
kemaskini pada 12-12-12
Ujian Aplikasi Benchmark
Berikut ialah susunan markah yg diperolehi dari engadget.com
Nota : Keputusan ujian sentiasa berbeza2, walaubagaimanapun jarak (margin) perbezaan markah tidak ketara. Sekiranya berlaku pengurangan markah atau perbezaan yg terlalu ketara, peranti yg diuji bermungkinan bermasalah atau bukan tulen.
Berikut gambar contoh model Galaxy Note 2 tiruan atau palsu
Contoh 1
Model tiruan (kanan) tidak mempunyai logo Samsung
Kedudukan flash LED yg salah
tiada sebarang logo Samsung
Video
Contoh 2
Tiada logo Samsung atau jenama Galaxy Note 2 pada kotak
Spesifikasi CPU chipset yg berlainan (MTK),
model asal menggunakan CPU (Exynos) jauh lebih berkuasa
Pelekat skrin tidak menyatakan model Samsung Galaxy SIII,
tiada logo Super AMOLED & NFC
Kapasiti bateri 3000mah, model asal menggunakan bateri 3100mah
Kedudukan slot memori dan kad sim salah. Model palsu ini meletakkan
slot kad memori pada sebelah kiri (kad memori berwarna hitam)
Kemaskini pada 15-02-13
Cara mengenal pasti melalui bentuk stylus atau S-Pen
Setiap pembelian Galaxy Note 2 tulen datang dengan stylus yg menarik. Dibahagian mata stylus kelihatan seperti mata pensil. Pada bahagian pemegang terdapat butang pintas atau shortcut key yg digunakan untuk aplikasi S Note.
kelihatan anggun dan menawan
Manakala Galaxy Note 2 Palsu, menggunakan stylus dengan mata bulat yg lembut seperti span. Tiada apa2 butang pintas yg boleh digunakan sebagai butang arahan pintas.
kelihatan agak murah sekali
Kemaskini pada 25-02-13
Integrasi dan fungsi Air View sebagai penunjuk S-Pen
Galaxy Note 2 menggunakan teknologi Wacom grafik pad (pad lukisan pereka grafik) yg boleh menerima isyarat mata Stylus tanpa
sentuhan pada skrin. Teknologi dipanggil Air View & sangat berguna
jika pengguna yg mahu melayari sub-menu forum atau utiliti yg hanya
keluar semasa menggerakan penanda tetikus seperti mouse cursor pada Windows, atau menggunakan Tools yg disediakan untuk Galaxy Note
sumber youtube video oleh IGyaan
Fungsi titik apungan ini dikenali sebagai 'Air View'
untuk lebih jelas lihat video pada minit 3.28
Apabila pengguna mendekatkan mata Stylus pada skrin, terdapat bintik
biru yg mengekori kordinat mata Stylus walaupun tidak menyentuh skrin.
Fungsi ini juga menentukan ketulenan peranti kerana fungsi ini tidak ada pada model tiruan.
Berikut ciri2 penting spesifikasi tiruan/ palsu
- Jenama HDC Galaxy Note 2 (....krisis identiti HTC+Samsung..)
- CPU - Mediatek MTK 6577 1Ghz,(model tulen menggunakan chipset CPU Exynos 4412)
- GPU - Power VR SGX531, (model tulen menggunakan chipset GPU Mali 400)
- Android 4, Ice Cream Sandwhich (dengan widget seakan2 Samsung TouchWiz)
- Skrin 5'/ 5.3' / 6' (saiz skrin tulen ialah 5.5')
- Resolusi 800x480 / 540x960 (dimensi skrin tulen 1280x720)
- Memori dalaman 4Gb (model tulen minima 16gb)
- RAM 512mb (model tulen mempunyai 2Gb RAM)
kemaskini pada 12-12-12
Ujian Quadrant Standard
Berikut ialah butiran lanjut melalui aplikasi Quadrant Standard (percuma) Gambar ujian ini dipetik dari laman web Gregs Mobiles. Perhatikan dan bandingkan spesifikasi yg sangat berlainan dari model tulen. Gambar dibawah ialah model ZOPO ...
Model = ZP900S
Brand = ZOPO (... -_- )
Kelajuan Maksimum = 1001Mhz@1Ghz
CPU Hardware MTK6577
Display = 540x960
GPU Renderer = PowerVR531
Walaupun dari segi fizikal hampir sama, struktur binaan & kualiti sangat berbeza. Model tiruan tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung & tidak boleh menggunakan Samsung Kies. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga tipis, forum XDAdevelopers, juga tiada sokongan firmware bagi model palsu.
Tatkala pengguna Galaxy Note 2 original berseronok dengan software update (Jelly Bean) terkini, model tiruan dan palsu kekal dengan firmware sedia ada. - Droid
sumber
- Samsung Galaxy Note II N7100 review: Writing home
- HDC Galaxy Note II - 5.3 Inch Screen 1GHz Dual Core 8MP Camera Android Phone
- Facebook SME
Kemaskini akhir pada 25-02-13
KREDIT TO android-dan-saya
0 comments:
Post a Comment