Friday, February 8, 2013

Bercerita mengenai SLE - Tahun ke 3

Allah menurunkan dugaan kepada manusia tidak sama, bergantung kepada ketahanan mereka. Dan daku akur dengan ketentuan Ilahi apabila daku disahkan mengidap SLE pd penghujung tahun 2009 yg lepas. Pada  tahun pertama daku rasa gelap gulita dunia ni. Rasa mcm berakhir zaman kerianganku. Masuk tahun kedua, daku mula menerima perlahan2 namun tersentap bila kehilangan sepupu tersayang (juga pesakit SLE kronik) yang meninggal di usia 21thn gara2 kegagalan buah pinggang. Hampir berbulan daku trauma..hingga prestasi kerja ku jatuh merundum. 

Pada tahun 2010 juga daku mengenali seorang insan tabah (telah kembali ke rahmatullah) bernama Dian Raffie yg juga pesakit SLE (pekerja di butik sahabat ku Miza di Gunung Rapat). Hampir setahun mengenalinya dan selalu berkongsi cerita suka duka..hatiku terhibur sikit dan bersyukur kerana sekurang2nya ada lagi insan yg lebih teruk menghidapinya namun tabah..Arwah disahkan mengidap SLE (Organ - Paru2) pada tahun 2010 (lewat setahun dariku) selepas arwah bersalin anak kedua (kini berusia 2thn lbh)..namun nasib tidak baik kerana apabila disahkan..virus SLE terus menyerang Organ beliau iaitu Paru2 ...kalau lihat kaki beliau..bengkak mereneng macam ada air..namun arwah selamba je..(berbanding daku yg selalu emosi). Sepanjang daku mengenali arwah, daku lihat arwah tidak pernah mengadu kesal dengan penyakit ini....kami bercerita dan berkongsi rasa yg hampir sama (cuma arwah tidak mengalami DLE atau masalah saraf...terus ke organ)..berkongsi doctor yg sama ..(kadang kala kami komplen pasal sikap atau ubat yg diberi tidak dapat diterima dek tekak)..dan pada akhir Februari 2012 daku dimaklumkan Arwah telah kembali ke rahmatullah kerana sesak nafas . Dan yg paling daku kesal, daku lewat diberitahu (Arwah pergi pada awal Februari). Kebetulan daku bertemu sahabat dan juga rakan kerja Arwah di Stesen Shell Medan Gopeng... bersembang2 sudenly dia tanya (k.iela xtau ke Kak Dian da xde..)..bummm...mcm ada batu menghempap kepala ku bila mendengarnya...innalillahiwainnahirajiun....Alfatihah utk Arwah Dian Rafiee.

Sesungguhnya semangatku mula goyah. Daku murung, kerap emosi dan sakit2 urat & sendi makin kerap menyerang. (Pesakit SLE tidak boleh langsung stress..ini boleh menyebabkan virus menjadi aktif). Bila ku lihat Nurul Qistina Batrisya yang masih kecil dan memerlukan pemerhatianku..ditambah pula kemanjaan Nurul Amirah Syafiqah serta Badrulmunir..daku kuatkan semangat.

Pada Julai 2012, daku bersama suami dan anak2 bercuti di Kuching, Sarawak selama 5hari 4malam. Percutian yg amat2 menggembirakan hatiku serta pengalaman baru buat anak2. Alhamdulillah...sepanjang disana kesihatan berada di tahap yg memuaskan (walaupun ikutkan sakit semua sendi namun ku kuatkan demi anak2.)..cuma kami minimumkan hanya melawat 3 tempat sahaja sehari. Pada hari terakhir..badan rasa nak demam..mungkin cuaca amat panas di Kg Budaya Sarawak.. ..kulit muka jadi tebal dan berwarna pink (mungkin daku gelap jadi rashes mcm rama2 tu x terlalu ketara..yg nampak sgt pink di kwsn hidung dan kelilingnya..sebiji mcm clown.huhuhu)...

Balik dari Sarawak, menempuh bulan puasa, hari raya..hari2 ku lalui dengan ceria..walaupun slalu gak xsht tp emosi tak lagi seperti sebelum ni..Kebetulan pada 8.8.2012 (Besday ku tu)..daku Checkup Pakar Rheaumatoid..bacaan ESR daku 15/1hr msh ditahap normal cuma naik skit dr 13 ke 15. Blood Pallete 262 ...namun bermula lps ku eksiden 25.1.13 yg lepas..kesihatan merundum blk...kerap kaku, sakit sendi..pijak telapak kaki sakit..demam x demam...stress...jari jemari kaku, sengal dan sakit di pergelangan tangan, belakang tengkuk rs ketat je...alahai...klu nk list mcm2 sakit ku adu...

Smlm daku Appt di Pakar Rheaumatoid lg...dan agak menyedihkan bila doktor mengesahkan ESR daku naik ke 20/1hr iaitu kadar maximum bg normal rate...Blood Pallete 282..naik balik..UFEME 2++ Leukocytes, RDW 12.5 Low, Eosinohils 8.1 High..hmm...hasil penuaian tsb maka perskripsi ubat spt dibwh harus ditelan ikut masa ditetapkan...

Hydroxychloroquine 400mg dulu 200mg je
Alfacalcidol 0.25mcg 
Vitamin B Complex 12.5mg 
Folic Acid 5mg
Celebrex 200mg
Prednisolone 5mg x 2
Loratadine 10mg.
Methorexate 7.5mg/w tuk 2 mgu, sambung 10mg 2mgu then 12.5mg 2minggu...b4 jumpa blk doc bln 4 nnt.


Hmm...nk sambung da time balik lak..nnt ku curi masa ku cite lg....

DI KESEMPATAN INI DAKU UCAPKAN "HAPPY CHINESE NEW YEAR" TO ALL MY CHINESE FRIEND ONLINE N OFFLINE.

0 comments:

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010