Wilayah Fukushima, Jepun dilanda Tsunami setelah gempabumi berkekuatan 8.9
Sumber dar BBC News ..
11-3-2011-Satu gempa bumi besar telah mengegarkan Jepun timur laut mencetuskan tsunami yang telah menyebabkan kerosakan yang besar..pukul 2:30 petang waktu Malaysia.
TV Jepun menunjukkan kereta, kapal dan bahkan bangunan hampir ranap di Wilayah Fukushima, setelah gempa berkekuatan 8,9.
Para pegawai mengatakan gelombang setinggi 6m (20ft) boleh menyerang pantai.
Gempa melanda sekitar 250 batu (400 km) dari Tokyo pada kedalaman 20 kilometer, menggoncang bangunan di ibu kota selama beberapa minit.
maklumat lanjut leh tgk klik link dibawah :-
.
+-
Sumber astro awani..amaran tsunami telah di keluarkan ke atas 53 negara termasuk Philiphina,Taiwan,Rusia,Indonesia ....Jabatan Mateorologi Malaysia menasihatkan kepada mereka yang berada di kawasan pesisir pantai Sabah..sila jauhi pantai kerana mungkin ada kesan dari gegaran gempa di Jepun tersebut......beberapa bangunan di Jepun juga telah terbakar...Narita dan Sendai Airport telah di tutup.
* setakat jam 5:00 petang waktu Malaysia...8 maut...angka tidak rasmi....
* Sistem pengangkutan di Jepun terhenti..
* Pantai barat AS di arah berjaga-jaga..
.
Video ini daku amik dari blog yatie chomeyl..
+-
sesungguhnya peristiwa bencana alam ini amat mengejutkan semua...setelah gempa bumi melanda Christchurch baru2 ni..marilah kita berdoa agar Malaysia terhindar dari malapetaka yg maha dasyat yg sering melanda dunia akhir2 ini. Marilah juga kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam bencana alam ini. Amin.
0 comments:
Post a Comment