Monday, September 27, 2010

Marilah kita sama2 doakan kesihatan Rayyan a.k.a Ian..

Akhir2 ni daku mmg tak berkesempatan untuk berjalan2 bertegur sapa dengan rakan2 blogger. Situasi yang tidak daku jangkakan sama sekali.. dulu masa daku mula2 berblogging.. daku agak obses berjalan. mencari teman, berjalan dari satu blog ke satu blog.. rajin mengupdate cerita2 tentang anak2 terutamanya.. kemudian mula berniaga Ikan Pekasam.. diikuti dengan UK Magic .. dan akhirnya daku mula berjinak2 dengan dunia perniagaan online melalu Miela77 Online Shoppe... namun masaku berblogging.. tidaklah terlalu terhad... masih mampu berjalan2 di alam maya..bertegur sapa.. join contest.. dsb.. 

Namun tahun 2010, pabila sakitku makin kerap.. dikala bisnesku makin maju...(alhamdulillah).. dunia berblogging telah jatuh ke tangga yang tak terkira... tiap2 hari daku cuba untuk menjelajah..tp hanya mampu satu dua blog.. adakalanya langsung tak de.. cuti dirumah..jarang on9..sibuk dengan keluarga dan kesihatan je.. 

Dan yang sedihnya.. banyak cerita2 gembira daku ketinggalan.. yang tak seronoknya..banyak juga cite duka yg patut dikongsikan ..jua ketinggalan.. sedangkan rakan2 bloggerku rajin menerjah blogku bertanya sapa.. berkongsi suka duka.. pelbagai kata2 perangsang dan nasihat diberi... daku amat bertuah memiliki rakan2 seperti uols.. walaupun kita hanya berkenalan di alam maya... bukan realiti.. tapi daku rasa seperti dihargai sebagai seorang sahabat..

Beberapa hari selepas perginya seorang bidadari syurga yang sungguh comel.. Alanna Qish.. daku baru terjumpa cerita mengenainya di blog Jiey a.k.a Mama Rayyan .. sedangkan rupanya.. semasa Dik Nun (nama yg abg Nadime beri) masih di hospital.. ramai yang ambil kesempatan menulisnya di blog untuk mengajak sama2 berdoakan kesihatannya... namun daku ketinggalan.. kenapa?? (krn daku masih dlm duniaku..)..kini..tiap2 hari pasti daku terjah blog n facebook Ayu n Syahrul.. yang pastinya mengundang airmata.. (dlm hatiku x pe la.. yang penting.. setiap hari pasti ku sedekahkan Al-Fatihah padanya.. dan syukur..hajatku untuk menziarahi pusaranya di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara tercapai..)..Ayu  n Syahrul mmg kuat..congrate Ayu n Syahrul..

Dan hari ini, daku berkesempatan (tu pun curi2 baca blog jap - keje bertimbun..kat umah x larat nak on9) tuk melihat2 entry2 terkini rakan blogger di Dashboard.. dan daku terbaca cite ttg Doa untuk Rayyan Ariff. Hati ku terdetik..eh..nape lak dgn Ian nie.. Ya Allah.. jangan la apa2 terjadi padanya.. kerana seawal daku berblogging.. daku da ikuti perkembangannya.. janganlah hanya daku terkhilaf akhir2 nie.. menyebabkan daku ketinggalan mengetahui sesuatu yg buruk berlaku padanya. kini daku masih mencari masa untuk membaca entry2 Jiey yang telah ketinggalan.. daku nak cari apa yang daku tertinggal ttg Ian..sedangkan daku kini setiap hari pasti menjengah blog Ayu..kenapa daku x jadikan blog Jiey sebagai rutin jua.. sedangkan Jiey rajin juga menyapaku disini.. Sorry Jiey.. k.iela sedih bila tau Ian dibedah tempoh hari..kemudian..k.iela langsung x smpt menjengah lagi..sorry Ian..cik iela sedih kerna x dapat kongsi kesakitanmu.. tapi cik iela tau Ian seorang yang kuat semangat...sekuat semangat Mama Jiey gak..tul tak???.. 

Wahai rakan2 bloggerku sekalian.. marilah kita doakan kesihatan Rayyan Ariff.. moga dia sentiasa sihat dan gembira selalu.. apa yang daku tahu Ian kembali ke Wad Kanak2 dalam tempoh dua minggu..betul ke Jiey.. aduhai..cian Ian.. 

Ku berharap suatu hari daku dapat bertemu dengan Ian.. seperti hasratku tercapai untuk menziarahi pusara Alanna raya lepas.. Jiey..nnt klu k.iela g KL n masa panjang.. kita jumpa ye.. tingin sungguh nak bertemu dgn Ian.. 

Aduhai..baru nak meluahkan isi hati..da ada gangguan.. ok daku stop dulu..ada urgent report nak kena proceed.. so ku seru kepada semua.. Marilah kita mendoakan agar Rayyan Ariff kembali sihat dan membesar seiring dengan kanak2 normal yang lain (besar harapanku).. dan menggembirakan hati Jiey yang sering dilanda keresahan.. Amin...

p/s.. Nikmati Cloth Diaper semurah RM22/pcs dalam pakej Raya - Miela77 Online Shoppe. Tawaran sah sehingga 30 September 2010.

Friday, September 24, 2010

Tak sangka rating sales UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula melonjak..Alhamdulillah..

Daku dapat banyak order UK Magic Bio-Tech Herbal akhir2 nie.. mungkin musim hujan panas nie.. ramai baby yang mula mengalami masalah selsema dan pernafasan. Yang lebih menggembirakan, testimoni2 yang daku terima amatlah positif.. daku ikhlas membantu.. walaupun ianya tidak dijual secara meluas.. salah satunya kerana Dr Wan Mahani ingin membantu secara tidak langsung..bukan untuk dikomersialkan.. katanya.. ini adalah hasil researchnya yang terbaik.. sebelum beliau bersara dulu.. dia hanya membantu insan yang memerlukan sahaja.. bukan untuk menjana pendapatan.. sebab tu gak UK Magic nie tak dijual dikedai2.. hanya orang2 tertentu saja mendapat mandat untuk menjualnya. 

Isnin lepas Baby Qis cucuk 1thn setengah.. cam biasa.. pasti demam.. ptg ku bg ubat demam..malam tu da meragam..  then daku pun amik UK Magic..titiskan kedalam mulut 2titis then paksa dia minum air.. then sapu kat badan sambil2 urut2 skit..sapu kat seluruh muka n hidung..termasuk ubun2.. then ku bg bf.. br la dia blh tido..alhamdulillah smpi pagi.. then kul 10pg daku blk umah tuk g KL ziarah Arwah paksu.. dia da berlari2 kat depan laman.. ALHAMDULILLAH.. tu sbb daku yakin tuk jual UK Magic nie.. lagipun ia mmg berkesan tuk kami sekeluarga.. in fact.. daku da x guna minyak angin Na Man Choi Chi Wit g.. daku gantikan dgn UK.. yg bestnya baby qis jarang cholic..

Rasanya hasrat Dr Wan tuk berkongsi hasil research terhebatnya tercapai. Congrats Doc.. missing u nowdays.. so busy with my routine.. will meet u soon.. 

p/s..cepat!!! cepat!!! tinggal beberapa hari lagi sebelum Pakej Raya melabuhkan tirainya.. dapatkan harga Cloth Diaper termurah dipasaran. Hanya RM22/pcs je.. http://miela77shoppe.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

BLOODY HANDS - Island Hospital warning ! Pls read n pass on

Tak pasti daku da terlewat ttg ini. Cuma daku nak share info nie dengan semua. Even cite nie da basi pun, daku baru dapat kan.. so daku bertanggungjawab tuk sebarkan. Please beware. Read n pass to others.

 
For your information. ( Very Urgent )
 
If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car,
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly
to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been
reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya
and Klang Town police stations (actually around the whole country).
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.
Please forward this message to the people you care about.
 
Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel:   +6012-4308125  +6012-4308125   +6012-4308125  +6012-4308125

p/s...cpt...dapatkan cloth diaper dengan harga serendah RM22/pcs dan harga borong serendah RM16++. Pakej Raya masih berlangsung hingga 30.9.10.. Lawati : http://miela77shoppe.blogspot.com
hari ini.

Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan..

Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya daku berjaya smpi ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor tepat jam 1.15ptg.. malangnya upacara pengkebumian telah selesai. Hujan pun mula turun dengan lebat.. memandangkan Qis tak sihat, daku hanya mampu melihat dari luar sambil menyedekahkan Al-Fatihah.. yang terharunya, kubur Arwah Paksu selang beberapa buah dari kubur Arwah Abahku.. berteman jua mereka.. walaupun tidak berdekatan dengan kubur Arwah Atuk. Kiranya disinilah bersemadinya kaum keluargaku samaada sebelah Mak ataupun Arwah Abah.. sebab tu lah.. walaupun Arwah Paksu tinggal di Serendah, namun atas permintaan, Arwah tetap disemadikan di Sg Tua. Daku sempat ke umah Maksu di Serendah. Suasana agak sedih.. namun gembira kerana ramai sanak saudara bertandang.. yang lama tak jumpa pun boleh bertemu... betullah kata orang.. biasanya disaat kenduri perkahwinan belum tentu kita dapat jumpa semua sanak saudara..namun tika berlaku suatu kematian.. pasti semua hadir memberi penghormatan..

Apapun, daku sedih bila diberitahu yang mak x dapat mencium kali terakhir Arwah Paksu.. ketika adik beradik dan keluarga memberi penghormatan terakhir.. bila tiba masa mak, tiba2 Pak Imam sengal Masjid Serendah tu tiba2 tak benarkan..sedangkan di kubur pun mereka buka sebentar untuk adik beradik yang tak berkesempatan sampai di rumah.. malangnya mak terlewat sikit ke kubur kerana menguruskan Isya.. mmg bukan rezeki mak nampaknya.. ia memberikan impak yang agak dalam dihati mak.. yang amat2 rapat dengan arwah Paksu.. tika hayatnya.. tiap kali jumpa mak, pasti dipeluk dan dicium mak tanda kasih..malangnya tika dia pergi.. mak tak dapat menciumnya seperti yang sering Arwah lakukan.. kalau daku ditempat mak.. pasti daku sedih teramat.. Terkutuk kau Pak Imam....

 (Dalam bulatan- kubur Arwah Abah disemadikan 31tahun lalu)

Kebetulan salah seorang sepupuku merakamkan kenangan tika di Tanah Perkuburan.. dapat jua daku merasai suasana pengkebumian...walaupun daku x sempat sampai tepat pada masanya..

p/s..sambil2 tu..Pakej Raya masih berlangsung di http://miela77shoppe.blogspot.com dan milikilah Cloth Diaper semurah RM22/pc 2 Insert dan dapatkan harga borong dari semurah RM16++/pc.

Tuesday, September 21, 2010

Al-Fatihah.. Paksuku dah kembali ke rahmatullah semalam..

AL-FATIHAH..Arwah Paksu Abdul Rahman bin Mansor - Satu2 abg mak yang tinggal..telah kembali ke rahmatullah pada petang smlm di Hospital Kuala Pilah. Skrg telah dibawa ke Serendah untuk dikapankan dan disemadikan berdekatan kubur Arwah Atuk di Tanah Perkuburan Sg Tua.. (mak n adik2 da g smlm..daku still diopis..cuti da abis (ms arwah atuk sakit dulu, kerap cuti ke kl tgk beliau)..sedih sangat..arwah sangat prihatin pada daku ms kecik2 dulu (maklumlah kehilangan bapa tika usia 1setahun lebih...menumpang kasih orang je la)...x penah lupa ziarah..hubungan mak dgn arwah..rapat sgt.. klu jumpa mak mesti dipeluk n cium mak.. tolongla..nak pegiiiiii.....mak lak tiba2 batuk kuar darah blk ms kat RNR Ulu Bernam malam tadi...aduh..susahnya hati..ingat da ok..risauuuu sangat...x tergambar perasaanku sekarang..menanti pelepasan bosku...tolongla bos...

Monday, September 20, 2010

Sakit Hati...Sapa yang penah kena..tolong daku weh.. tension tul ngan virus nie..

Salam Hari Isnin..moga hidup anda ceria2 selalu.. Pagi2 masuk keje dengan hati yang tenang dan girang.. ye la ari nie ramai da mula masuk keje lepas bercuti raya kan.. then buka blog n tengok banyak himpunan komen cam nie..

Komen terbaru darimu untukku...

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Двинулся к Мухе замолк, налил в стакан энергичную отмашку: «Полный вперед. Кивнул Доктор что Ольга…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Двинулся к Мухе замолк, налил в стакан энергичную отмашку: «Полный вперед. Кивнул Доктор что Ольга…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “Старательно укладывал их одну кальтер отказался, ибо на ней пакета длинный эластичный бинт и…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “(http://klawuhnmu1.narod.ru/empire-v-skachat.html )-Empire v скачать…”

Anonymous commented on selamat hari raya aidilfitri: “(http://talaverax6f.narod.ru/lydi-v-chernom-3-skachat.html )-Люди в черном 3 скачать…”

Ni pulak kat shoutbox daku.. 

15 Sep 10, 04:03
LilyThai: hye you site is very nice plese visit my site too and leave comment
14 Sep 10, 21:12
Laracute: hohoho nice blog .please visit me back
11 Sep 10, 18:38
Miki: Wonderful blog... nice to meet you.
11 Sep 10, 02:00
eBook2u: ebook youtube free here.
9 Sep 10, 14:13
Hannah K.: can we be a fren? Really nice blog!

Tension tul... rasa menyemak je.. sapa yang penah kena..tolong daku cam ne nak settle...

Yang best lagi tu.. kat email gmail daku lak..kerap dapat email cam ni.. pada yang tertera namanya tu..tolong confirmkan ye..betul ke uols yang hantar..klu betul tak pe la.. ku blh terjah..riso tkt cam kakyong cite tu..lappy diserang virus..

(INGATAN .. TOLONG JGN KLIK LINK NI SEBELUM DAKU PASTIKAN KESAHIHANNYA DARI OWNER BLOG..BUKAN APA..TAKUT OWNER PUN X TAU CITE..TIBA2 VIRUS YANG ATTACK PC/LAPPY UOLS..LAGI HARU...)

http://nurfely.wordpres.me/10/04/another.html 
http://winz_pink.wordpres.us/2007/05/your-wellbeing-and-nervous.html


http://liziana_80.wordpres.us/09/08/pain-is-a.html

***new update..9.03am.. rupanya kat email yahoo pun dapat gak weh..adui...***




daku x dapek nak list semua..nie antara link yg daku kerap dapat thru email gmail tu.. x pasti betul ke depa yang email or virus yang amik alih..daku penah terklik sekali.. tp rasa canggung..so daku close window trus..

So daku harap sangat sapa2 yang berpengalaman dalam beberapa kes yang tersebut diatas, bantulah daku yang masih rebung dalam dunia berblogging nie..


p/s .. disamping tu..sapa2 yang berminat nak jadi reseller Cloth Diaper.. meh la join Miela77 Online Shoppe Reseller Team.. daku baru revise rege..lebih murah dari biasa..heheheh.. dan sapa yang berminat nak beli Cloth Diaper.. pun jemputlah ke http://miela77shoppe.blogspot.com ye.. daku wat promosi pakej raya tu.. mmg super duper regenye.. gerenti puas hati..























































Friday, September 17, 2010

Tawaran Hebat di musim perayaan ini.. Cloth Diaper semurah RM22/pcs..

Kesinambungan dari tawaran Harga Runtuh 1 - 15 September dan disambung sehingga 30hb Sept 2010. Miela77 Online Shoppe menawarkan harga lebih istimewa kepada penggemar2 Cloth Diaper serta para ibu/bapa yang mungkin ingin mencuba Cloth Diaper ini. Pakej yang pastinya menjimatkan poket yang hampir koyak gara2 bajet Raya.. serta menggembirakan para ibu/bapa sekalian.. harga lebih luar biasa.. kenapa? Kerana daku ingin berkongsi keistimewaan berCD'ing dengan semua...

Dapatkan harga istimewa ini untuk -

Pakej Raya 1 - 5pcs Coolababy Snap Button/Velcro/AIO/Babyland Printed bersama 10pcs Insert Microfiber pada harga RM120 termasuk pos. (RM22.25/pcs tidak termasuk pos) JIMAT RM8.75
Pakej Raya 2 - 10pcs Coolababy Snap Button/Velcro/AIO/Babyland Printed bersama 20pcs Insert Microfiber pada harga RM230 termasuk pos. (RM22.125/pcs tidak termasuk pos) JIMAT RM18.75

Pakej Raya 3 - 15pcs Coolababy Snap Button/Velcro/AIO/Babyland Printed bersama 30pcs Insert Microfiber pada harga RM300 termasuk pos. (RM19.40/pcs tidak termasuk pos) JIMAT RM68.75
Pakej Raya 4 - 20pcs Coolababy Snap Button/Velcro/AIO/Babyland Printed bersama 40pcs Insert Microfiber pada harga RM390 termasuk pos. (RM19.00/pcs tidak termasuk pos) JIMAT RM98.75

Pakej Percubaan Raya 1 - 2pcs Coolababy Snap Button 4 Insert dgn Pos hanya RM50 JIMAT RM4
Pakej Percubaan Raya 2 - 1pcs Coolababy Snap Button dan 1pcs Sunnybaby Minky Button/Velcro 4 Insert dgn Pos hanya RM55 JIMAT RM10
Pakej Percubaan Raya 3 - 1pcs Coolababy Snap Button, 1pcs Babyland Printed dan 1pcs Sunnybaby Minky (Button/Velcro) 6 Insert dgn Pos hanya RM80 JIMAT RM10
Harga termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia. Pelanggan dari Sabah/Sarawak/ Labuan atau kawasan Felda, 50% kos pos akan dikenakan mengikut berat memandangkan tarif harga pos naik agak tinggi 1 Julai lepas. Harap Maklum.

Berminat? Sila isi borang pesanan atau ym di miela77_eypo@yahoo.com atau sms ke 012-5111481 untuk tempahan. Harga tertakluk kepada stok sedia ada. Hari nie bayar, esok pos, 1-2hari bekerja sampai . Insyaallah..dijamin puas hati.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluargaku, rakan2 sekerjaku, rakan2 bloggerku, para pelangganku, sahabat handaiku, dan seluruh umat islam. Moga ceria di hari raya. Tiada kad raya taun nie..daku x smpt nak reka..huhuhu..macam2 yang berlaku..tapi semangat raya da kembali..demi anak2..

p/s..ku mencari sahabat2 lama di SMDBCMYusuf'94 dulu..sapa2 yg ada fb/blog pls add me eh.. windu kenangan sekolah dulu

Wednesday, September 8, 2010

Raya Hari Khamis???? Betul Ke?? Iskk..Iskkk..Iskkk

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.

Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM. Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.-Berita Harian-

***x kisah raya ari apa pun..yang penting hari Raya pasti tiba jua...mood kembali stabil...alhamdulillah***
***Sambil2 tu jengok2 la blogshop daku.. ada Jualan Harga Runtuh dari 1 - 15 September sempena Hari Raya....Busha Legging dari semurah RM7.50/pcs je...Cd dari semurah RM24/pcs je....http://miela77shoppe.blogspot.com

Entahle...

Disebalik rakan2 blogger rancak menitipkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri..namun daku masih belum up any entry tuk raya.. kenapa? seminggu dua nie .. hidup daku agak kelam kabut.. dengan mak tiba2 sakit (alhamdulillah getting better), payment tak dapat2 dari S_a tu.. (dia sorang je nak raya- yg daku nie terhegeh2 nak survive...giler tul), supplier tiba2 demand (huhuhu...sedey...), rakan yang ku kenal sejak setahun lalu meragui.ku.hanya kerana salah information (mlm td ..wat taman dihatiku tiba2 hangus dijilat api), umah yg br siap renovate..x kemas g (x tau nak devide masa cam ne), keje..keje..keje. (esok pun keje gak - cuti tahun da abis ms Arwah Atuk sakit aritu ..pls jgn merungut iela), sakit..(alhamdulillah kurang skit berbanding sebelum nie), kerjasama menghadapi raya...(hanya daku yang tahu), kete (huhuhuhuhu), bisnes (alhamdulillah..tp teruji gara2 payment x dpt).. birokrasi (depa berkuasa)...pe lagi ku nak merungut... semuanya merungsingkan kepala...Jumaat nie da nak raya...suddenly mood daku x de tuk beraya.. lebih memburukkan lagi bila SMS yang tiba2 sampai... dikala daku sibuk membantu adik2 mengemas umah mak.. mengapa manusia nie suka membuat andaian sebelum memastikan kesahihannya... entahlah.. x mo cite lagi.. sarat kepala ku nie... nasib baik persiapan raya anak2 ku daku da siapkan.. alhamdulillah.. hanya rumah yang masih belum setel..bila daku nak settle??? hmmm...

Monday, September 6, 2010

Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?

Daku dpt email nie dr Islamic-ebook..rasa menarik tuk dikongsi.. almaklumlah..daku x smpt nak update blog nie..da bersawang.. gara2 mak daku sakit n admit ward.. blogshop pun buka tuk update mana sempat n tinggal... cian daku..huhuhu.. anyway..mak getting better..da kuar wad .. n rehat kat umah skrg...
Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Ina, Johor

Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.
 
2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.
 
3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
 
4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.
 
5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.
 
6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.
 
7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.
 
8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.
 
9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.
 
10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.
 
11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010