Monday, September 27, 2010

Marilah kita sama2 doakan kesihatan Rayyan a.k.a Ian..

Akhir2 ni daku mmg tak berkesempatan untuk berjalan2 bertegur sapa dengan rakan2 blogger. Situasi yang tidak daku jangkakan sama sekali.. dulu masa daku mula2 berblogging.. daku agak obses berjalan. mencari teman, berjalan dari satu blog ke satu blog.. rajin mengupdate cerita2 tentang anak2 terutamanya.. kemudian mula berniaga Ikan Pekasam.. diikuti dengan UK Magic .. dan akhirnya daku mula berjinak2 dengan dunia perniagaan online melalu Miela77 Online Shoppe... namun masaku berblogging.. tidaklah terlalu terhad... masih mampu berjalan2 di alam maya..bertegur sapa.. join contest.. dsb.. 

Namun tahun 2010, pabila sakitku makin kerap.. dikala bisnesku makin maju...(alhamdulillah).. dunia berblogging telah jatuh ke tangga yang tak terkira... tiap2 hari daku cuba untuk menjelajah..tp hanya mampu satu dua blog.. adakalanya langsung tak de.. cuti dirumah..jarang on9..sibuk dengan keluarga dan kesihatan je.. 

Dan yang sedihnya.. banyak cerita2 gembira daku ketinggalan.. yang tak seronoknya..banyak juga cite duka yg patut dikongsikan ..jua ketinggalan.. sedangkan rakan2 bloggerku rajin menerjah blogku bertanya sapa.. berkongsi suka duka.. pelbagai kata2 perangsang dan nasihat diberi... daku amat bertuah memiliki rakan2 seperti uols.. walaupun kita hanya berkenalan di alam maya... bukan realiti.. tapi daku rasa seperti dihargai sebagai seorang sahabat..

Beberapa hari selepas perginya seorang bidadari syurga yang sungguh comel.. Alanna Qish.. daku baru terjumpa cerita mengenainya di blog Jiey a.k.a Mama Rayyan .. sedangkan rupanya.. semasa Dik Nun (nama yg abg Nadime beri) masih di hospital.. ramai yang ambil kesempatan menulisnya di blog untuk mengajak sama2 berdoakan kesihatannya... namun daku ketinggalan.. kenapa?? (krn daku masih dlm duniaku..)..kini..tiap2 hari pasti daku terjah blog n facebook Ayu n Syahrul.. yang pastinya mengundang airmata.. (dlm hatiku x pe la.. yang penting.. setiap hari pasti ku sedekahkan Al-Fatihah padanya.. dan syukur..hajatku untuk menziarahi pusaranya di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara tercapai..)..Ayu  n Syahrul mmg kuat..congrate Ayu n Syahrul..

Dan hari ini, daku berkesempatan (tu pun curi2 baca blog jap - keje bertimbun..kat umah x larat nak on9) tuk melihat2 entry2 terkini rakan blogger di Dashboard.. dan daku terbaca cite ttg Doa untuk Rayyan Ariff. Hati ku terdetik..eh..nape lak dgn Ian nie.. Ya Allah.. jangan la apa2 terjadi padanya.. kerana seawal daku berblogging.. daku da ikuti perkembangannya.. janganlah hanya daku terkhilaf akhir2 nie.. menyebabkan daku ketinggalan mengetahui sesuatu yg buruk berlaku padanya. kini daku masih mencari masa untuk membaca entry2 Jiey yang telah ketinggalan.. daku nak cari apa yang daku tertinggal ttg Ian..sedangkan daku kini setiap hari pasti menjengah blog Ayu..kenapa daku x jadikan blog Jiey sebagai rutin jua.. sedangkan Jiey rajin juga menyapaku disini.. Sorry Jiey.. k.iela sedih bila tau Ian dibedah tempoh hari..kemudian..k.iela langsung x smpt menjengah lagi..sorry Ian..cik iela sedih kerna x dapat kongsi kesakitanmu.. tapi cik iela tau Ian seorang yang kuat semangat...sekuat semangat Mama Jiey gak..tul tak???.. 

Wahai rakan2 bloggerku sekalian.. marilah kita doakan kesihatan Rayyan Ariff.. moga dia sentiasa sihat dan gembira selalu.. apa yang daku tahu Ian kembali ke Wad Kanak2 dalam tempoh dua minggu..betul ke Jiey.. aduhai..cian Ian.. 

Ku berharap suatu hari daku dapat bertemu dengan Ian.. seperti hasratku tercapai untuk menziarahi pusara Alanna raya lepas.. Jiey..nnt klu k.iela g KL n masa panjang.. kita jumpa ye.. tingin sungguh nak bertemu dgn Ian.. 

Aduhai..baru nak meluahkan isi hati..da ada gangguan.. ok daku stop dulu..ada urgent report nak kena proceed.. so ku seru kepada semua.. Marilah kita mendoakan agar Rayyan Ariff kembali sihat dan membesar seiring dengan kanak2 normal yang lain (besar harapanku).. dan menggembirakan hati Jiey yang sering dilanda keresahan.. Amin...

p/s.. Nikmati Cloth Diaper semurah RM22/pcs dalam pakej Raya - Miela77 Online Shoppe. Tawaran sah sehingga 30 September 2010.

Friday, September 24, 2010

Tak sangka rating sales UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula melonjak..Alhamdulillah..

Daku dapat banyak order UK Magic Bio-Tech Herbal akhir2 nie.. mungkin musim hujan panas nie.. ramai baby yang mula mengalami masalah selsema dan pernafasan. Yang lebih menggembirakan, testimoni2 yang daku terima amatlah positif.. daku ikhlas membantu.. walaupun ianya tidak dijual secara meluas.. salah satunya kerana Dr Wan Mahani ingin membantu secara tidak langsung..bukan untuk dikomersialkan.. katanya.. ini adalah hasil researchnya yang terbaik.. sebelum beliau bersara dulu.. dia hanya membantu insan yang memerlukan sahaja.. bukan untuk menjana pendapatan.. sebab tu gak UK Magic nie tak dijual dikedai2.. hanya orang2 tertentu saja mendapat mandat untuk menjualnya. 

Isnin lepas Baby Qis cucuk 1thn setengah.. cam biasa.. pasti demam.. ptg ku bg ubat demam..malam tu da meragam..  then daku pun amik UK Magic..titiskan kedalam mulut 2titis then paksa dia minum air.. then sapu kat badan sambil2 urut2 skit..sapu kat seluruh muka n hidung..termasuk ubun2.. then ku bg bf.. br la dia blh tido..alhamdulillah smpi pagi.. then kul 10pg daku blk umah tuk g KL ziarah Arwah paksu.. dia da berlari2 kat depan laman.. ALHAMDULILLAH.. tu sbb daku yakin tuk jual UK Magic nie.. lagipun ia mmg berkesan tuk kami sekeluarga.. in fact.. daku da x guna minyak angin Na Man Choi Chi Wit g.. daku gantikan dgn UK.. yg bestnya baby qis jarang cholic..

Rasanya hasrat Dr Wan tuk berkongsi hasil research terhebatnya tercapai. Congrats Doc.. missing u nowdays.. so busy with my routine.. will meet u soon.. 

p/s..cepat!!! cepat!!! tinggal beberapa hari lagi sebelum Pakej Raya melabuhkan tirainya.. dapatkan harga Cloth Diaper termurah dipasaran. Hanya RM22/pcs je.. http://miela77shoppe.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

BLOODY HANDS - Island Hospital warning ! Pls read n pass on

Tak pasti daku da terlewat ttg ini. Cuma daku nak share info nie dengan semua. Even cite nie da basi pun, daku baru dapat kan.. so daku bertanggungjawab tuk sebarkan. Please beware. Read n pass to others.

 
For your information. ( Very Urgent )
 
If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car,
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly
to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been
reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya
and Klang Town police stations (actually around the whole country).
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.
Please forward this message to the people you care about.
 
Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel:   +6012-4308125  +6012-4308125   +6012-4308125  +6012-4308125

p/s...cpt...dapatkan cloth diaper dengan harga serendah RM22/pcs dan harga borong serendah RM16++. Pakej Raya masih berlangsung hingga 30.9.10.. Lawati : http://miela77shoppe.blogspot.com
hari ini.

Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan..

Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya daku berjaya smpi ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor tepat jam 1.15ptg.. malangnya upacara pengkebumian telah selesai. Hujan pun mula turun dengan lebat.. memandangkan Qis tak sihat, daku hanya mampu melihat dari luar sambil menyedekahkan Al-Fatihah.. yang terharunya, kubur Arwah Paksu selang beberapa buah dari kubur Arwah Abahku.. berteman jua mereka.. walaupun tidak berdekatan dengan kubur Arwah Atuk. Kiranya disinilah bersemadinya kaum keluargaku samaada sebelah Mak ataupun Arwah Abah.. sebab tu lah.. walaupun Arwah Paksu tinggal di Serendah, namun atas permintaan, Arwah tetap disemadikan di Sg Tua. Daku sempat ke umah Maksu di Serendah. Suasana agak sedih.. namun gembira kerana ramai sanak saudara bertandang.. yang lama tak jumpa pun boleh bertemu... betullah kata orang.. biasanya disaat kenduri perkahwinan belum tentu kita dapat jumpa semua sanak saudara..namun tika berlaku suatu kematian.. pasti semua hadir memberi penghormatan..

Apapun, daku sedih bila diberitahu yang mak x dapat mencium kali terakhir Arwah Paksu.. ketika adik beradik dan keluarga memberi penghormatan terakhir.. bila tiba masa mak, tiba2 Pak Imam sengal Masjid Serendah tu tiba2 tak benarkan..sedangkan di kubur pun mereka buka sebentar untuk adik beradik yang tak berkesempatan sampai di rumah.. malangnya mak terlewat sikit ke kubur kerana menguruskan Isya.. mmg bukan rezeki mak nampaknya.. ia memberikan impak yang agak dalam dihati mak.. yang amat2 rapat dengan arwah Paksu.. tika hayatnya.. tiap kali jumpa mak, pasti dipeluk dan dicium mak tanda kasih..malangnya tika dia pergi.. mak tak dapat menciumnya seperti yang sering Arwah lakukan.. kalau daku ditempat mak.. pasti daku sedih teramat.. Terkutuk kau Pak Imam....

 (Dalam bulatan- kubur Arwah Abah disemadikan 31tahun lalu)

Kebetulan salah seorang sepupuku merakamkan kenangan tika di Tanah Perkuburan.. dapat jua daku merasai suasana pengkebumian...walaupun daku x sempat sampai tepat pada masanya..

p/s..sambil2 tu..Pakej Raya masih berlangsung di http://miela77shoppe.blogspot.com dan milikilah Cloth Diaper semurah RM22/pc 2 Insert dan dapatkan harga borong dari semurah RM16++/pc.

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010