Friday, December 18, 2015

Cara Enable Online Purchase Bagi Debit Card Sebelum Tahun Baru 2016

Anda pengguna debit card seperti Maybank Visa Debit atau CIMB Debit Mastercard? Mungkin dalam beberapa minggu lepas anda ada menerima sms mengatakan bahawa penggunaan kad debit untuk online purchase akan ‘disabled’ seawal tahun baru 2016 dan pengguna perlu ‘opt-in’ untuk terus menggunakan kad debit secara online tanpa masalah.

Saya difahamkan bahawa tindakan ini adalah bagi tujuan sekuriti dimana transaksi menggunakan kad debit merupakan “high risk” terutamanya ketika membuat online purchase. Terlalu banyak fraud case memaksa pihak bank untuk disable online purchase pada majoriti pengguna kad debit dan hanya enable kepada sebilangan kecil sahaja yang (opt-in) untuk menggunakan kad debit untuk membeli secara online.
Sehingga kini, ada dua cara pihak bank verify pembelian online menggunakan kad debit atau kredit. Pertama, transaksi yang memerlukan anda memasukkan TAC sebelum mengesahkan sesuatu pembelian. Contohnya, pembayaran menggunakan payment gateway di Lazada. Contoh cara yang kedua adalah transaksi yang tidak memerlukan TAC, hanya masukkan nombor kad, expiry date dan 3 angka kod CVV dan transaksi akan proceed (biasanya akan di-caj USD1 untuk pengesahan). Contohnya, beli games di Steam, langgan Spotify premium, beli apps di App Store dan banyak lagi.
Jenis transaksi kedua yang lebih berisiko kerana pihak ketiga tidak perlukan kod pengesahan TAC, hanya ada maklumat kad sahaja sudah cukup.  Dan sehingga kini, saya rasa ramai pengguna yang telah telah menjadi mangsa kecurian kad debit dan akhirnya duit dalam akaun juga dicuri tanpa sedar.

Enable Debit Card untuk Online Purchase


Pengguna debit card Maybank : SMS ONCNP 12 angka nombor IC ke 66628.
Pengguna debit card CIMB : SMS OPTIN 4 angka terakhir debit card ke 62666 sebelum 17/12/2015.
Pengguna CIMB Kwik : anda perlu call 03-6204 7788 (dalam negara) atau +603 2295 6100 (dari luar negara) untuk Opt-in online purchase, overseas purchase dan sebagainya.
cimb kwik disabled notice
Untuk bank lain, jika anda ada maklumat sila kongsikan di ruangan komen dan saya akan masukkan di dalam artikel.

Sumber rujukan:
CIMB Opt-In Notice for Debit & Kwik Card
Maybank Opt-In Notice

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010