Wednesday, August 13, 2014

7 Tips Membuka Pintu Rezeki -By Abu Nafis

7 Tips Membuka Pintu Rezeki -By Abu Nafis

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada 
ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..


1. Banyakkan Beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepada kaumku” Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri:

“BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir ( kata ganti nama) huwa (hu) kepada dhomir hiya (ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa (dia lk) atau hiya (dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya 
ALLAH, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a 
ALLAH telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi ALLAH, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.
ALLAH rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..


4. Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu Dinar

Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada
 ALLAH,  nescaya ALLAH akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S: Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada
 ALLAH..

5. Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin ALLAH tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana ALLAH (ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan 
ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. ALLAH melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan ALLAH Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6. Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan ALLAH membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibu bapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”

17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.

Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (
ALLAH ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan ALLAH.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya : ”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya.

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah Al Waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya (Lebai Din) mewajibkan anak-anakya menghafaz dan mengamalkan surah Al Waqi’ah ebagai ikhtiar murah rezeki.

Kata Dr Haron Din:
“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah Al Waqi’ah..Kami baca surah Al Waqi’ah pada tiap-tiap malam Jumaat dan ayah akan mengapalai membaca Al Waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah Al Waqi’ah, dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kepada kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan Al Waqi’ah dan saya tak tinggal Waqi’ah, dalam kereta, atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal Waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca Al Waqi’ah .Kena yakin bahawa Al Waqi’ah enjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada 
ALLAH  supaya dengan ikhtiyar inALLAH melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada
 ALLAH..Bila kita bertakwa pasti ALLAH memelihara rezeki kita. Bila kita buntu pasti ALLAH akan memberi jalan keluarnya dan ALLAH akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

Wallahua'lam


credit to cintarindurasul.blogspot.com

DAPATKAN PELBAGAI BARANGAN MENARIK DAN MURAH DI http://miela77shoppe.blogspot.com - Shake n Take 2btl (RM47), Almari Cube Wardrobe (RM125), Splash Pool (RM165), Pelikat Pant (RM50), Cadar 3D (RM100), Turtle Night Light (RM35), Pelbagai Koleksi Baju Kurung, Baju Melayu, Baju Pelikat, Handphone dsb.

Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
BUAT SEMUA BLOGGERS & SEMUA...

(maleh nk edit ..gunapakai yg on9 bix nye..hehee)

Bersawang sungguh blog ku nieh...agak kurang berkesempatan untuk update..sibuk sangat dgn keje, biz, keluarga...tapi kenangan berblogging pasti tidak dilupakan..teringat masa awal2 berblogging..rajin sungguh jengah blog kawan2..sambil bertegur sapa mesra di komen box..join pelbagai GiveAway n contest..bila menang...rasa teruja sangat...hurmm..sejak fb makin femes...ditambah kena tukar unit kt opis..blogging makin dilupakan..alahai bertuahnya Puan Miela nie..

Tahun 2013-2014 ni adalah tahun dugaan buat kami. Pelbagai cabaran hidup perlu ditempuhi dgn sabar..namun alhamdulillah..semangat masih kuat..walaupun adakalanya rasa down sangat...namun bila lihat wajah anak2...daku kuatkan juga .. 

Sambutan puasa dan raya tahun ni amat bersederhana...tiada persiapan rumah, langsir baru etc...hanya beli beberapa kain utk dibuat Baju Melayu n Baju Kurung anak2 (itu pun syukur mak baik hati nk tolong jahit)..utk diri belum lagi...malah tatkala rakan2 pejabat semedang mengunjungi UO la.. Ipoh Parade la..daku duk diam2 kat opis...bkn pe..maleh nye nk kuo shopin sementelah duit x bape nk mandang...bazar ramadhan baru skali je pegi tu pun sbb mak tringin nasi ulam ..beli laksa 2 paket..subuh cherry berry..trus x g dah..serik..

Emosi sepanjang ramadhan ni pun tak stabil..tp masih boleh bertahan..moga Allah menguatkan semangatku..Moga ini bukan ramadhan terakhir buatku...

Bersempena bulan baik ni daku mohon maaf andai ada kesilapan tuturkata atau perbuatan yang mengguris hati semua...daku hanya insan biasa ... yang tidak lepas dari berbuat kesilapan...harapan agar syawal menjelma membawa keriangan dan kegembiraan buat kami...insyaallah...Semoga semua selamat sampai ke mana-mana destinasi dan berhati2 dijalanraya. Selamat bercuti buat semua. Luv uols..

Wednesday, February 12, 2014

SEMAKAN ONLINE BR1M 3 0 CARA SEMAK ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 3 0


Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 2014 telah diumumkan
akan mula di beri pada 22 Februari 2014 secara terus masuk ke akaun pemohon yang telah 
mengemas kini memasukkan nombor akaun sebelum 31 Januari 2014 yang lepas dan secara manual 
mengisi borang pendaftaran melalui Jabatan Hasil.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat.Bagi BR1M 3.0 kali ini, Bagi penerima yang 
mendapat bantuan RM650 akan mendapat insurans RM50 iaitu bernilai RM700 secara keseluruhan. 

Ini adalah janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 lalu iaitu dalam tempoh lima 
tahun penerima BR1M akan menerima sehingga RM1,200 seorang

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 
hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

Untuk mereka yang tak de nombor akaun atau tak update nombor akaun,pembayaran akan dibuat 
seperti sebelum ni di beri surat dan akan diberitahu tarikh dan tempat untuk ambil pemberian BR1M 3.0

Harap semua bersabar ye menunggu.

Pada yang belum daftar/apply boleh apply.Kepada yang pernah dapat BR1M ni hanya perlu update 
data terkini sahaja.Borang/apply online: http://www.hasil.gov.my | http://www.br1m3.com

Credit : Sumber 


Sunday, February 2, 2014

SELAMAT HARI LAHIR YANG KELIMA QIS

Wednesday, January 15, 2014

SEKADAR SINGGAH

Makin hari makin bersawang blog daku ni..dulu 2thn pertama aktif berblogging..seronok pn ada bila berinteraksi melalui blog..komen2 yg positif dr kwn2..sharing2 info..tukar2 kad raya, join mcm2 giveaway..alahai..rindunya...


Sekarang..rasanya boleh dikira dgn jari bape traffic blog ni..owner nye pun nak tak nak je update..camne org nak jengah..hehehe

Dulu rajin update gambar2 terbaru Qis..skrg????? FB kan ada..ditambah pula dgn Whatsapp...Wechat...LINE.. lebih ringkas dan mudah....isk..isk..isk...bila ada teknologi yg terkini...yg lama ditinggalkan..padahal blogspot ni adalah suatu fenomena suatu masa dulu...

Ekceli..salah satu sebab kurang update kt sini sebab masalah komputer..sejak 2011 daku dipindahkan kedalam bilik kewangan yang mana akses internetnya terhad untuk sistem eSPKB je..then keje pun bertambah..so daku hanya mengharapkan smartphone yang tak bape nk canggih masa tu je..

Sebab kedua..kesihatan main aucak...kejap ok kejap tak..alahai..ingatan pun xbape nk baik..so bab mengarang ni mmg da fail tahap F klu SPM...uwaaaaa....

Sebab ketiga..time tu kureng pengetahuan bab Blogging thru Smartphone ni..

Sebab keempat ..kelima...keenam...aiyuukkk...bape byk alasan da...

Kesimpulannya...macam lagu TEGAR tu la.. 

"AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG"


Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010