Tuesday, September 17, 2013

TIP URUSNIAGA ONLINE - ELAKKAN ANDA DARI DI TIPU

TIP URUSNIAGA ONLINE - ELAKKAN ANDA DARI DI TIPU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhir-akhir ini banyak laporan polis dibuat oleh pembeli kerana telah ditipu oleh seller yang menjual secara online. Duit dah bayar pada seller tetapi seller tidak hantar barang. Sudah tentu dia tidak akan hantar kerana sememangnyer niat dia nak menipu . Jika bernasib baik si penipu ni akan hantar pun kotak kosong atau batu bata. Rasanya jika disemak dengan pihak polis kerugian terkumpul mencecah jutaan ringgit setiap tahun.
Jadi sebagai pembeli & pengguna yang bijak apakah tips-tips yang boleh diambil atau dipelajari untuk mengelakkan dari ditipu utk urusniaga secara online. Jom kita ikut tip-tip ini agar kita dapat mengenalpasti sama ada seller online ini adalah seller yang jujur atau penipu besar. Tip ini adalah bedasarkan pengalaman, saya juga merupakan seller dan buyer yang banyak melakukan urusniaga online sejak 2009.

1. BERHUBUNG MELALUI TELEFON .
Pastikan anda dapat no telefon  seller tersebut. Tidak kira la anda dapat no telefon bimbit atau no telefon talian tetap seperti no rumah atau no kedai. Jangan hanya berurusan dengan fb ataupun email walaupun ianya menjimatkan namun ianya tidak selamat. Jika anda menhantar sms, pastikan anda simpan setiap rekod sms anda dengan seller tersebut. Ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

2. DAPATKAN MAKLUMAT LENGKAP.
Jadi pembeli bijak dengan mendapatkan maklumat lengkap seller seperti berikut :
- Nama Penuh
- Alamat seller/lokasi.
- No Pendaftaran Perniagaan Dengan SSM. Seboleh-bolehnya urus niaga dengan seller yang mempunyai syarikat dan telah daftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Fb Seller jika ada.
- Laman web/blog jika ada.
- No Akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun dan nama seller sepadan. Sebaik baiknya pastikan seller dapat memberi no akaun syarikat. 


Seller yang baik dan jujur tidak teragak-agak memberi maklumat yang diminta.

3) KENALI SELLER, URUS NIAGA NILAI KECIL.
Anda boleh kenali seller dengan cara amat mudah setelah anda dapst maklumat seller.  Kenali kejujuran mereka dengan membeli produk yang bernilai kecil..mungkin berharga RM 10, RM20, RM30, RM50 terlebih dahulu sebelum meneruskan urusiaga yang bernilai besar. Ini memberi peluang pada anda utk kenali kejujuran mereka.. jika mereka hantar alhamdulillah. Jika tidak hantar pun sekurang-kurangnya kerugian anda tidak besar. Minimumkan risiko kerugian. Sekiranya urusniaga kecil berjaya anda boleh teruskan urusniaga kedua, ketiga dan seterusnya dengan seller yang menunaikan janji iaitu mereka yang menghantar produk tempahan anda.

4) CARI INFO SELLER SECARA ONLINE
Dizaman penuh teknologi mendapatkan sesuatu maklumat bukanlah perkara susah. Anda boleh kenal pasti penipu  dengan buat pencarian di google. MASUKKAN NAMA SELLER/NO AC BANK, NO TELEFON ATAU ALAMAT SELLER DI KOTAK SEARCH ENGINE.  InsyaAllah jika penipu besar biasanya rakan-rakan  kita yg pernah ditipu  telah masukkan nama dan makumat seller tersebut di forum, fb, twitter, google+ dan web site. So disini dapat membantu kita mengenalpasti siapa seller tersebut. Jika nasib baik gambar seller penipu ni pun ada. Kerja lebih sikit tidak mengapa asalkan tidak ditipu. JANGAN TERUSKAN URUSNIAGA JIKA ANDA TELAH MENDAPAT TAHU BAHAWA SELLER INI PENIPU.

5) REQUEST UNTUK COD
Ni satu lagi taktik yang baik utk mengenalpasti seller penipu atau seller jujur. Request secara olok-olok utk membeli barang secara self collect ataupun cash on delivery (COD) walau dimana pun lokasi dia. Seorang seller yang jujur biasanyer tiada masalah utk melakukan transaksi cod atau self collect di lokasi seperti yg dia iklankan mengikut temujanji. Namun untuk seller yang nak menipu biasanya dia akan senyap terus,  atau pun mengelak dengan memberi alasan berikut :
- lokasi dia jauh walaupun anda telah beri kesanggupan untuk mengambil biarpun jauh.
- Barang Tiada dengan saya, ada dengan rakan, keluarganya dan mcm2 lagi.
- Tiada masa nak berjumpa tetapi tidak cuba arrange masa yang bersesuaian.
So jika terlalu banyak alasan sudah tentu ianya menjurus ke arah penipuan.

6) HARGA TERLALU RENDAH DI BANDINGKAN DENGAN PASARAN.
Wau..siapa yang tidak tertarik dengan harga yang amat rendah. Sudah tentu menjimatkan. Tetapi sy nasihatkan jika anda jumpa iklan harga rendah ini kenal pasti betul2. Saya tidak kata tidak boleh teruskan urusniaga cuma minta jangan mudah terpedaya kerana ini salah satu taktik penipuan mereka. Kadang kala ada seller jujur yang memang boleh bagi harga rendah kerana nak buat promosi atau mendapat sesuatu barang dari pembekal dengan harga murah. So berhati-hati. Utk promosi harga rendah sy nasihatkan agar buat self collect utk elakkan ditipu.

7) IKUT GERAK HATI. 
Oppps tip ini bahaya..namun ada benar juga. Jangan berurusan dengan seller jika anda telah was-was pada peringkat awal. Ikut  gerak hati anda. Ini kerana cara seller berurusan dengan kita pun akan akan menyelamatkan kita. So ikut gerak hati. Biasanyer seller yg gagal meyakinkan kita adalah seller yang gagal menjawab setiap soalan kita dan gagal memberi maklumat seller. 

8) SIMPAN SLIP BANK.
Sekiranya seorang seller telah berjaya meyakinkan anda dan anda pun yakin bahawa tidak ditipu. Teruskan urusniaga dengan buat bayaran. Namun setelah buat bayaran pastikan anda simpan setiap rekod bayaran seperti slip bank atau rekod onkine tranfer anda. Ini penting sebagai bukti pembayaran yang boleh dikemukakan kepada pihak polis jika anda ditipu. Sekali lagi nak ingatkan bahawa sebelum bank in pastikan NAMA SELLER SAMA SEPERT NAMA PEMILIK AKAUN. Jika seller guna akaun syarikat pastikan Nama akaun bank dan nama Syarikat Seller Sama.

9) REQUEST TRACKING NUMBER 
Untuk urusan pos/ courier semuanya memiliki tracking number. Jadi minta tracking number pada seller. Sms/call seller utk minta tracking number. Remind mereka jika mereka terlupa. Sy faham sebagai seller online kadang2 kami terlupa kerana terlalu banyak tempahan oerlu diuruskan setiap hari, tetapi yang penting kami tidak tipu kerana sy sendiri akan terus bagi setelah di ingatkan oleh buyer.  Seller yang menipu pula biasanya akan bagi juga tracking number.. tapi kebiasaanya tidak benar. Tracking number yang palsu.
Paling teruk pula seller penipu ni akan terus senyap..tiada berita.walaupun dah berhari hari cuba menghubungi seller hp pun telah dimatikan. Jika ini berlaku, jangan tunggu sampai seminggu..cukup 2 ke tiga hari..tunggu barang..jika tiada sah anda telah ditipu dan TERUS BUAT LAPORAN POLIS. HANYA POLIS SAHAJA MUNGKIN DAPAT BANTU ANDA. Namun kemungkinaan anda dapat balik duit anda tu bergantung pada keadaan.

10) SELLER MEMILIKI ONLINE STORE.
Seller yang mempunyak online store biasanya adalah seller yang baik. Namun ianya tidak menjamin keselamatan urusniaga 100%. Anda perlu jadi bijak dan berhati hati. Lihat tawaran dengan teliti dalam online store tersebut. Terdapat banyak online store yang anda dalam malaysia. Semua pemilik online store perlu berdaftar denganh penyedia khidmat online store. Penyedia khidmat ini memiliki maklumat seller seperti nama, no ic, salinan ic, salinan ssm dan sebagainya Sekiranya penipuan dibuat oleh seller dan laporan polis dibuat oleh buyer,  penyedia khidmat online store ini akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi sebarang maklumat tentang seller kepada pihak polis sekiranya diarahkan berbuat demikian. Antara online store yang ada seperti www.mudah.my, www.lelong.com.my, www.tagter.com, www.ebay.com.my dan banyak lagi. Sekurang kurangnya pastikan seller mempunyai blogspot.com.

11) CARA TERBAIK ADALAH COD/SELF COLLECT DI KEDAI SELLER
Jika anda tidak yakin untuk meneruskan pembelian secara online dan penghantaran melalui pos/courier,  anda boleh buat self collect di kedai seller/cod. Jika anda jauh dari seller anda boleh minta bantuan keluarga/rakan anda yang berada berhampiran dengan seller untum mengambil barang tersebut. Maklumkan pada seller niat anda ini. InsyaAllah seller yang jujur tidak anda masalah utk melakukan jualan secara cod/self collect. Cara ini sudah pasti lebih selamat dan meyakinkan terutama bila boleh beli barang dengan harga rendah.
Sebagai peniaga online saya berharap tip ini dapat membantu pembeli utk membuat pembelian secara online dan mengelakkan daripada ditipu. Sy juga amat kesal dengan tindakan seller penipu  yang sanggup menipu pembeli demi keuntungan mereka sendiri. Sikap seller penipu ini akan merosakkan industri perniagaan online yang sedang berkembang dengan pesat pada masa kini.
Sekiranya anda ada maklumat ttg seller penipu diharap anda dapat kongsi maklumat anda di blog sertc..masukkan  beri maklumat tersebut diruangan komen..Sertc akan sediakan ruang page untuk mengumpul maklumat penipu besar di blog saya.

Sekian, Terima kasih.

KREDIT TO MY LOVELY BROTHER AZHAR SERTC ENTERPRISE

MENCARI SIMPEK INTERNET MURAH? MEH DPTKAN DI BLOG MIELA77 ONLINE SHOPPE

Wednesday, September 11, 2013

MEH JOIN MIELA77 ONLINE SHOPPE "LIKE & SHARE GIVEAWAY"



Untuk Blogger 
  1. Follow blog MIELA77 ONLINE SHOPPE
  2. LIKE  page MIELA77 ONLINE SHOPPE  dan CLOTH DIAPER (LAMPIN KAIN MODEN / BRANDED BABY & KIDS APPERAL
  3. Buat simple entry bertajuk ‘ MIELA77 ONLINE SHOPPE LIKE & SHARE GIVEAWAY’ . Letak gambar sahaja pun cukup.Tak perlu karang ayat bunga-bunga bagai.
  4. Copy gambar dan backlinkkan ke entry ini . Jgn lupa set Entry Melekat ye..hehehe
  5. Tinggalkan link di kotak komen .
  6. Setel..sapa komen & share terbanyak bakal memenangi Gripgo percuma.
untuk yg takde Blog.
  1. FOLLOW BLOG MIELA77 ONLINE SHOPPE
  2. LIKE  PAGE MIELA77 ONLINE SHOPPE  dan CLOTH DIAPER (LAMPIN KAIN MODEN / BRANDED BABY & KIDS APPERAL
  3. SHARE POST GIVEAWAY INI DI WALL ANDA. (JGN LUPA SETTING PRIVACY "PUBLIC" NNT XDE ORG NK LIKE N SHARE LAKS...HEHEHE
    3. KOMEN " SAYA DAH LIKE & SHARE" (BG LINK SEBAIKNYA) DI RUANG KOMEN BWH POST INI
    4. GIVEAWAY AKAN BERLANGSUNG DARI HARI INI 11.9.2013 - 20.9.2013 JAM 12 TENGAHMALAM.
    5. POST YG MENDAPAT LIKE & SHARE TERBANYAK AKAN MEMENANGI GRIPGO UNIVERSAL CAR PHONE MOUNT (HARGA PASARAN RM69) SECARA PERCUMA..
    APA LAGI KAWAN2..MEH JOIN RAMAI2...
Kalau blog ada, facebook pun ada pilih jerlah salah satu cara di atas yer. 

APALAGI KWN2..MEH LA JOIN...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010