4 MAUT. .JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal.