Tuesday, December 6, 2011

Win a BlackBerry Today...Jom Join...

Anda berpeluang memenangi satu jenama baru BlackBerry ® smartphone apabila anda mendaftar untuk Blackberry Prepaid  TANPA HAD ® Internet Service(BIS).
Apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi Smartphone BlackBerry adalah dengan melanggan pelan BIS prabayar pilihan anda dalam tempoh peraduan!
Nilai prepaid seperti dibawah:
Contest berlangsung dari 17 November 2011 dan berjalan sehingga 23:59 pada 31 Disember 2011. Semua individu yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini kecuali
  • Kakitangan U Mobile Sdn Bhd
  • ‘Rakan-rakan, agensi-agensi pengiklanan dan promosi danmana-mana orang lain yang terlibat dalam menganjurkan, mempromosi dan/atau menjalankan Peraduan.
  • Pelanggan BlackBerry ® pelan Hari mesti menjadi aktif buat tempoh tujuh (7) haridalam seminggu tunggal layak untuk peraduan.
Untuk maklumat lanjut boleh semak link bawah ni yer!!!

I want to win a BlackBerry Smartphone! 

kredit to Zie Fauzi

Monday, December 5, 2011

KENALI DIRI ANDA DARI TARIKH LAHIR...(MARI KITA JENGOK2)

Miela muncul lg...kejap ada kejap hilang..MCM BISKUT CHIPSMORE...hr ni sementara ada masa...ku sekadar nak share n suka2 je..meh tgk Rahsia Tarikh Lahir Anda (baca boleh..percaya jangan..klu nk percaya gak...jgn salahkan daku..hahahahha)


TARIKH LAHIR ANDA .

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 - MY LIL QISKalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 - 
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 - AMIRAH
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 - KU NO 8Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 - CIK ABGKU NO 9 & BAD
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 - NI DAKU..YE KE? 
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat (YE DAKU PERCAYA) jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda (ALAMAK!!!!). Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup(DUGAAN!!). Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah (ALHAMDULILLAH). Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.(OPSS..NI SILAP..DUNIAKU DR KECIK, REMAJA, DEWASA - CUTI BLK KG..CUTI BLK KG..X DE NYE G BERJALAN2 DGN KWN2 OR CUTI2 MSIA IKUT ROMBONGAN...DA KAWIN..DUNIAKU BERSAMA SUAMI & ANAK2..EVEN ADA FUNCTION JABTN ..KU SANGGUP SEWA HOTEL ANGKUT SEMUA) Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.(I LIKE!!!) Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. (DAKU SUKA DGN STATEMENT NIEH) Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. (ALAMAK CIK ABG X TERMSUK LA..HUHUHU)


no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

~ baca dan kongsi tarikh lahir anda .. ^_^

Saturday, December 3, 2011

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

Banjir Kilat Terburuk Di Kajang

02/12/2011 21:00:00 
(video mcm mana wanita diselamatkan dari atas van)

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar Kajang mengalami banjir kilat terburuk dalam tempoh lima tahun.

Banjir bukan sahaja menenggelamkan puluhan kenderaan bahkan turut menyebabkan bahagian bawah premis kedai dinaiki air.

Banjir dikatakan bermula sejak jam 3 petang.

Air Sungai Kajang yang melimpah pantas menyebabkan orang ramai khususnya di kawasan pusat bandar terperangkap.

Paras air naik melebihi satu meter menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat membawa keluar kenderaan mereka dari kawasan  terjejas.

Banjir juga menyebabkan beberapa jalan utama di Kajang terpaksa ditutup.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan sepanjang lebih lima kilometer.

Setakat ini difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan melainkan kerosakan harta benda premis berhampiran serta kenderaan orang awam yang hanyut.

credit to TV3 

Tuesday, November 22, 2011

Lama x jengah...Windu sangat2..Harap Masih Ada Yang Ingat Dgnku..

Windunya berblogging..bukan blog sini je terabai..blogshop pun sama...windu giler nk jengah umah kwn2 lama..komen mengomen..bila gamaknya baru ku berkesempatan..before ku guna broadband DIGI je kat umah..very2 limited n slow..kawasan umah tu celcom trouble, maxis suam2 kuku..b4 DIGI ok..tp lately sama gak..bengang n frust giler dgn servis broadband ni..b4 adik ada P1Wimax...da dia bw KL lak..klu x menumpang je senang skit..tenet kat opis pun hampeh je...x pastila Streamyx ke yang problem or mmg connection yg problem..puncanya..IT Technician x alert..ku tgk dlm satu opis smpi 3 connection...pe hal tah...cacamarba jadinya...disebabkan itu ku hanya on9 thru blackberry yg x bape canggih je la..FB pun more to Miela Muhamad Riza (biz more thru fb)...smpi ada yg bertanya "k.iela da stop biz ke?""" wah2x da kritikal nieh..(Now ku da subcribe P1Wimax 4G..harap dpt on9 kat umah seperti selalu..da 10hr guna..nampak tidak mengecewakan...)

Tapi sebenarnya...tahun 2011 adalah tahun malang bagiku...bermula dgn kegagalan di Giant, penipuan bayaran dari reseller smpi skrg x setel2 RM799 tu..(klu ada yg nk tau blh tgk blk topic lama .>Kejamke Daku?..) Kini ada sorang lg reseller yg main kutu buat gitu gak..total RM912..main sorong tarik..nk byr dgn x..ku da x larat nk minta2..fedup da....Kesihatan yang tak menentu membuatkan perniagaanku agak terjejas, masalah kesihatan mak yg juga terganggu, dan macam2 lagi...pendek kata bagiku tahun 2011 adalah tahun yg benar2 menduga kekuatan mental dan fizikalku..moga tahun 2012 membawa sinar yg gemilang padaku..amin.

Banyak cerita yang daku nak ceritakan namun tertunda berkali2..last 2 months..blog ku langsung x dpt dibuka.. lepas 1 minit trus ke web fleedy.com.. syukur lps ku godek2, ku jumpa punca sebenarnya..alhamdulillah..mulai hari ni daku dapat bersiaran seperti biasa..insyaallah..nekadku tuk hidupkan kembali blog Miela77 yg suatu hari dulu kerap dikunjungi oleh rakan2..moga masih ada rakan2 yg masih ingat dan sedar dgn kewujudan Si Miela ni ye..

Salam sayang dari ku untuk semua...

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010