Monday, November 18, 2013
Tuesday, November 5, 2013
RM20 SEGERA PENIPU???
Assalamualaikum kawan2.
Hari ni daku nak cerita lagi pasal RM20 segera yang aku cerita pasal post before ni.
Hmm.
DAku baru je join hari tu kan.
Dan sesuatu mengejutkan telah berlaku.
Dengan tiba-tiba.
Sedang daku tengah main laptop tengok running man gelak terbahak-bahak, ada email masuk.
DAku dengan relaxnya buka.
Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiii....
RM20segera, penipu, komisyen, dapat duit, kerja, kosong
RM20, segera, penipu, komisyen, duit, jana, duit, percuma, perniagaan, tanpa, modal
**daku censored la segala email daku. tengok apa yang patut je. HAHAHA
okey. itu daku yang aku dapat.
Peh. Baru sehari kot join.
SEHARI BROHHH.
berbaloi memang berbaloi.
Sekarang daku tak nak cakap apa lah kan. Daku tahu ramai ragu-ragu. HAAAA.. TIPU TAK TIPU.
HAHAHA.
Dalam sehari je dah balik dah modal daku.
Alhamdulillah. Murah rezeki.
Bagi sesiapa yang berminat nak dapat duit RM20 tanpa henti ni..
Boleh join di SINI
ada nak tanya apa-apa, sila tinggalkan komen anda. InsyaAllah saya balas as soon as possible. okeyhh
Posted by Unknown at 9:17 AM 0 comments
Friday, October 18, 2013
SLE AKAN KALAH - MIELA77 ONLINE SHOPPE AKAN MULAKAN JUALAN BORONG
Lama x update blog ni..bersawang sana sini da..hehehe...ekceli daku mula terasa nak buat jualan borong balik sebab permintaan akhir2 ni agak memberangsangkan. Lagipun akhir2 ni expenses meningkat ...dgn supplement lg..checkup x henti...kesihatan on off..tp CIK SLE kita akan kalah dgn Miela..
moga semangatku kuat utk terus melawan CIK SLE dan teruskan biz on9 yg hampir mencecah tahun ke5... terima kasih atas kepercayaan kwn2 yg masih sudi bershopin dgn ku...luv uols..doakan yg terbaik buatku...
Posted by Unknown at 3:48 PM 2 comments
Tuesday, September 17, 2013
TIP URUSNIAGA ONLINE - ELAKKAN ANDA DARI DI TIPU
TIP URUSNIAGA ONLINE - ELAKKAN ANDA DARI DI TIPU
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhir-akhir ini banyak laporan polis dibuat oleh pembeli kerana telah ditipu oleh seller yang menjual secara online. Duit dah bayar pada seller tetapi seller tidak hantar barang. Sudah tentu dia tidak akan hantar kerana sememangnyer niat dia nak menipu . Jika bernasib baik si penipu ni akan hantar pun kotak kosong atau batu bata. Rasanya jika disemak dengan pihak polis kerugian terkumpul mencecah jutaan ringgit setiap tahun.Pastikan anda dapat no telefon seller tersebut. Tidak kira la anda dapat no telefon bimbit atau no telefon talian tetap seperti no rumah atau no kedai. Jangan hanya berurusan dengan fb ataupun email walaupun ianya menjimatkan namun ianya tidak selamat. Jika anda menhantar sms, pastikan anda simpan setiap rekod sms anda dengan seller tersebut. Ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
Jadi pembeli bijak dengan mendapatkan maklumat lengkap seller seperti berikut :
- Nama Penuh
- Alamat seller/lokasi.
- No Pendaftaran Perniagaan Dengan SSM. Seboleh-bolehnya urus niaga dengan seller yang mempunyai syarikat dan telah daftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Fb Seller jika ada.
- Laman web/blog jika ada.
- No Akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun dan nama seller sepadan. Sebaik baiknya pastikan seller dapat memberi no akaun syarikat.
Seller yang baik dan jujur tidak teragak-agak memberi maklumat yang diminta.
Anda boleh kenali seller dengan cara amat mudah setelah anda dapst maklumat seller. Kenali kejujuran mereka dengan membeli produk yang bernilai kecil..mungkin berharga RM 10, RM20, RM30, RM50 terlebih dahulu sebelum meneruskan urusiaga yang bernilai besar. Ini memberi peluang pada anda utk kenali kejujuran mereka.. jika mereka hantar alhamdulillah. Jika tidak hantar pun sekurang-kurangnya kerugian anda tidak besar. Minimumkan risiko kerugian. Sekiranya urusniaga kecil berjaya anda boleh teruskan urusniaga kedua, ketiga dan seterusnya dengan seller yang menunaikan janji iaitu mereka yang menghantar produk tempahan anda.
Dizaman penuh teknologi mendapatkan sesuatu maklumat bukanlah perkara susah. Anda boleh kenal pasti penipu dengan buat pencarian di google. MASUKKAN NAMA SELLER/NO AC BANK, NO TELEFON ATAU ALAMAT SELLER DI KOTAK SEARCH ENGINE. InsyaAllah jika penipu besar biasanya rakan-rakan kita yg pernah ditipu telah masukkan nama dan makumat seller tersebut di forum, fb, twitter, google+ dan web site. So disini dapat membantu kita mengenalpasti siapa seller tersebut. Jika nasib baik gambar seller penipu ni pun ada. Kerja lebih sikit tidak mengapa asalkan tidak ditipu. JANGAN TERUSKAN URUSNIAGA JIKA ANDA TELAH MENDAPAT TAHU BAHAWA SELLER INI PENIPU.
Ni satu lagi taktik yang baik utk mengenalpasti seller penipu atau seller jujur. Request secara olok-olok utk membeli barang secara self collect ataupun cash on delivery (COD) walau dimana pun lokasi dia. Seorang seller yang jujur biasanyer tiada masalah utk melakukan transaksi cod atau self collect di lokasi seperti yg dia iklankan mengikut temujanji. Namun untuk seller yang nak menipu biasanya dia akan senyap terus, atau pun mengelak dengan memberi alasan berikut :
- lokasi dia jauh walaupun anda telah beri kesanggupan untuk mengambil biarpun jauh.
- Barang Tiada dengan saya, ada dengan rakan, keluarganya dan mcm2 lagi.
- Tiada masa nak berjumpa tetapi tidak cuba arrange masa yang bersesuaian.
So jika terlalu banyak alasan sudah tentu ianya menjurus ke arah penipuan.
Wau..siapa yang tidak tertarik dengan harga yang amat rendah. Sudah tentu menjimatkan. Tetapi sy nasihatkan jika anda jumpa iklan harga rendah ini kenal pasti betul2. Saya tidak kata tidak boleh teruskan urusniaga cuma minta jangan mudah terpedaya kerana ini salah satu taktik penipuan mereka. Kadang kala ada seller jujur yang memang boleh bagi harga rendah kerana nak buat promosi atau mendapat sesuatu barang dari pembekal dengan harga murah. So berhati-hati. Utk promosi harga rendah sy nasihatkan agar buat self collect utk elakkan ditipu.
Oppps tip ini bahaya..namun ada benar juga. Jangan berurusan dengan seller jika anda telah was-was pada peringkat awal. Ikut gerak hati anda. Ini kerana cara seller berurusan dengan kita pun akan akan menyelamatkan kita. So ikut gerak hati. Biasanyer seller yg gagal meyakinkan kita adalah seller yang gagal menjawab setiap soalan kita dan gagal memberi maklumat seller.
Sekiranya seorang seller telah berjaya meyakinkan anda dan anda pun yakin bahawa tidak ditipu. Teruskan urusniaga dengan buat bayaran. Namun setelah buat bayaran pastikan anda simpan setiap rekod bayaran seperti slip bank atau rekod onkine tranfer anda. Ini penting sebagai bukti pembayaran yang boleh dikemukakan kepada pihak polis jika anda ditipu. Sekali lagi nak ingatkan bahawa sebelum bank in pastikan NAMA SELLER SAMA SEPERT NAMA PEMILIK AKAUN. Jika seller guna akaun syarikat pastikan Nama akaun bank dan nama Syarikat Seller Sama.
Untuk urusan pos/ courier semuanya memiliki tracking number. Jadi minta tracking number pada seller. Sms/call seller utk minta tracking number. Remind mereka jika mereka terlupa. Sy faham sebagai seller online kadang2 kami terlupa kerana terlalu banyak tempahan oerlu diuruskan setiap hari, tetapi yang penting kami tidak tipu kerana sy sendiri akan terus bagi setelah di ingatkan oleh buyer. Seller yang menipu pula biasanya akan bagi juga tracking number.. tapi kebiasaanya tidak benar. Tracking number yang palsu.
Paling teruk pula seller penipu ni akan terus senyap..tiada berita.walaupun dah berhari hari cuba menghubungi seller hp pun telah dimatikan. Jika ini berlaku, jangan tunggu sampai seminggu..cukup 2 ke tiga hari..tunggu barang..jika tiada sah anda telah ditipu dan TERUS BUAT LAPORAN POLIS. HANYA POLIS SAHAJA MUNGKIN DAPAT BANTU ANDA. Namun kemungkinaan anda dapat balik duit anda tu bergantung pada keadaan.
Seller yang mempunyak online store biasanya adalah seller yang baik. Namun ianya tidak menjamin keselamatan urusniaga 100%. Anda perlu jadi bijak dan berhati hati. Lihat tawaran dengan teliti dalam online store tersebut. Terdapat banyak online store yang anda dalam malaysia. Semua pemilik online store perlu berdaftar denganh penyedia khidmat online store. Penyedia khidmat ini memiliki maklumat seller seperti nama, no ic, salinan ic, salinan ssm dan sebagainya Sekiranya penipuan dibuat oleh seller dan laporan polis dibuat oleh buyer, penyedia khidmat online store ini akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi sebarang maklumat tentang seller kepada pihak polis sekiranya diarahkan berbuat demikian. Antara online store yang ada seperti www.mudah.my, www.lelong.com.my, www.tagter.com, www.ebay.com.my dan banyak lagi. Sekurang kurangnya pastikan seller mempunyai blogspot.com.
Jika anda tidak yakin untuk meneruskan pembelian secara online dan penghantaran melalui pos/courier, anda boleh buat self collect di kedai seller/cod. Jika anda jauh dari seller anda boleh minta bantuan keluarga/rakan anda yang berada berhampiran dengan seller untum mengambil barang tersebut. Maklumkan pada seller niat anda ini. InsyaAllah seller yang jujur tidak anda masalah utk melakukan jualan secara cod/self collect. Cara ini sudah pasti lebih selamat dan meyakinkan terutama bila boleh beli barang dengan harga rendah.
Sekian, Terima kasih.
Posted by Unknown at 2:23 PM 1 comments
Labels: INFO UMUM






