Wednesday, August 18, 2010

Hepi Besday To Abah..

Macho je rupanya
Hari nie Genaplah usia Abah (Wahab bin Ibrahim) yang ke54tahun.. Hepi Besday To Abah... moga panjang umur, murah rezeki (klu rezeki abah murah..kami tumpang senang..kekeke), sihat sejahtera..cuma sudah2 la ...yg jeng..jeng..jeng .tu. Along da sms wish pepagi kan? Malangnya x de pe nak bg kat Abah.. ye la abah nun jaun di Batu Caves tu...kami nun di Ipoh ni..if abah balik blh la Along belanja buka puasa kat Restoran Tasek Raban ke...bila nak balik ntah..


Untuk pengetahuan uols, Abah ku nie adalah Bapa Tiri ku...mungkin pada yg rajin menjelajah blogku nie tau yang daku sudah kehilangan bapa seawal usiaku 1 thn 7 bulan (lebih kurang umo bb Qis skrg la). Beliau meninggal akibat Kanser Perut di usia 22 tahun dan mak br je umo 20thn..sungguh muda untuk berhadapan dengan dugaan ini. Mak berkahwin dengan Abah sewaktu daku berusia 4thn dan adikku (Angah) berusia 3bulan. Duda anak satu bertemu Janda anak satu.

Sungguhpun daku adalah anak tiri, tapi perhatian yang diberi oleh Abah pada ku sama seperti anak sendiri..hubungan kami hingga kini rapat..kami boleh bergurau macam kawan..(tu bila da besau la, masa kecik dulu takut gak..)....masa kecik2 dulu..ya Ampun...garang.. kami... kalau Abah jegil mata...menikus masing2...tiap kali exam.. bersedia tapak tangan.. even 1 markah jatuh...kelepek (camtu ke bunyinyer)..rotan kat tapak tangah..tapi x brani nangis..bukan apa krg klu nangis...mcm nak terkeluar anak matanya..aduis...

Malangnya kegembiraan kami diragut bila Abah berkahwin satu lagi masa daku tingkatan 1...disebabkan itu jugalah mak bercerai dan berpindah ke Perak. Seingat daku mak pindah, beberapa bulan sebelum daku exam SRP. Daku tumpang sekejap Umah MakNgah..manakala Angah duk dengan Nenek kat Terengganu, Abang, Atih, Acik duk dengan Abah n makcik..Achu ikut mak n atuk duk Perak. Kami berpecah..sebiji cam cite drama..tragis tul.. n result SRP daku drop dari 12 aggreget ke 29 aggreget...x ley lupa.huhuhu..

Daku ikut mak ke Perak lepas SRP..mak buka kedai kat Kg Cht Tin. Then pertengahan tahun 1993 tu mak amik balik semua anak2 mak yg berterabur tu..kami bersatu.. yg menariknya..kami lebih akrab berbanding dulu..hingga kini kami sering tolong menolong..benarlah disebalik sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya.

Eh..da lari tajuk.. Abah dan Mak berkahwin kembali semasa daku tingkatan 5 dan Abah balik ke Perak tinggal dengan kami. Namun Abah x betah, biasanya org da biasa duk bandar kan..lagipun Abah bekerja bahagian Perlancongan..jadi di Perak payah nak cari...kalau x silap Abah pindah ke KL balik tahun 1995 then teruslah menambah saham satu  persatu sampai cukup kuota (cukup ke bah?)..dulu masa muda mak mengamuk gak..tp dah berumur nie dia redha..ye la Abah kat KL mak kat Perak.. sapa nak jaga makan minum semua..sementelah makcik dibawa ke Perak gak..huhuhu..satu ku puji ..bab nafkah dan tanggungjawab...Abah x lepas tangan.. so kami masih merasa yang kami ada Abah walaupun x duk sekali..selang sebulan sekali..or klu ada trip bawa pelancong ke area Perak...Abah pasti singgah n bermalam..x pun mak je kesana...sebab tu kami rajin turun KL..ye la..tempat jatuh bangunku..in fact keluarga sebelah mak n arwah Abahku mmg kat Batu Caves, Sungai Tua..merata2 area2 tu la..

Hingga kini..hubungan kami akrab..malah abah tak lokek (kalau tgh byk duit la) belanja...kami ni pun bertuah gak..everytime abah blk confirm kena sebat poketnya..inilah masanya..kata Atih merangkap ceti umah kami (opsss..sori ateh). Apa pun kami tak berdendam dengan apa yang pernah terjadi..kami redha seredha mak menghadapinya...malah kami bersyukur dengan segala yang berlaku mengajar kami jerit perih hidup.. mungkin kami x sesenang mana.. hanya sedang2 saja...ye la banyak umah..pastila banyak blanjanya..ye tak Abah???

Maaf Abah..Along cerita kat sini bukan nak membuka pekung didada... sekadar berkongsi cerita dengan rakan2 blogger yang lain..manala tau bila da tua nanti...anak2 cucu leh baca balik coretan tah apa2 Along tulis ni khas untuk Abah. Apa pun Along bersyukur, kerana Abah sudi membesarkan Along, memberi pendidikan secukupnya, menumpang kasih sayang hingga Along tak sedar yang Abah hanya seorang Bapa Tiri.. SELAMAT HARI LAHIR ABAH..


Latest Pic sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.  
Dari kiri belakang: Angah, Said (Hubby Angah), Daku, Cikabgku, Achik
Tengah : Atih, Abah, Mak, Baby Qis, Achu,
Depan : Bad, Ayuni n Amirah
 (Tak de dlm gambar - Abang, Zila dan Isya)

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Jumble Sale for the under-privileged families - Meh menderma sambil beramal

Daku dpt email nie td..most of the CD'ing seller dpt. Daku terpanggil nak membantu..tp dengan cara daku sendiri..insyaallah kalau daku turun KL daku akan singgah..so daku nak seru rakan2 blogger tuk war2 kan dan sama2 membantu...
Assalamualaikum to all,

Hope everyone is in the best of health, insyaAllah.
Every year, I organise a Ramadhan Jumble Sale for the under-privileged families. We gather used, good clothes from our friends and families(plenty in our wardrobe that can actually be donated) and cash from some generous individuals. The cash is used to buy items that cannot be recycled like girls' and boy's under pants, school socks and very much overlooked things like girls' telekungs, sejadahs and songkoks for the boys.
 This year, instead of having the sale at the i-Sina school (where most poor folks couldn't make it since they have no transport), we are planning to have it in GPM (Global Peace Mission Malaysia), an NGO under ABIM's rented premise in the heart of Kampung Kerdas 2, Batu5 Gombak. FYI, there are many poor families residing in these kampungs such as Kampung Changkat, Kerdas 1 to 6 all the way to Kg Orang Asli Batu 12.

 The details of the sale are as follows:
 Date: August 29th, 2010 ( 19 Ramadhan) - SUNDAY
Time: 10 am to 4 pm
Venue: Kg Kerdas 2, Gombak.

Clothes will be sold from the price of 20 sen to RM5.00 at most. Most clothes will fall in the range of 20 sen to RM1 only. The prices enforced are to ensure no certain individuals take more than what's necessary, hence making sure others have the same chances of purchase. There will be a "free box" where all clothes unfit to be sold are placed into and anyone can take anything from it for free, eg: school clothes, t-shirt sand tudungs. All newly purchased items (from the cash donated) are controlled items, whereby one person can only make a limited purchase.
 After the sale, at approximately 4.00pm onwards on the SAME DAY, all leftover clothes will be given away for FREE.
I am then seeking individuals to kindly donate any used but still in good condition (either adults or children) clothes, especially ones fit for the Eid Celebration. Anyone who wishes to do so may contact me personally and we can try to arrange for pickups.
I am also looking for anyone to donate food items such as rice, biscuits and flour to give away to those poor families very short on food supplies for Ramadhan and the coming Eid in Gombak area.
Money raised  from the jumble sale (which normally will not be much since sales is from only 20 sen) will be given to GPM to cover all cost incurred in managing the event. This is a non-profitable effort.
Thank you all for your time. Please do not hesitate to forward any questions. Have a beautiful Ramadhan ahead and may Allah bestow HIS Blessings to all of us.

Wednesday, August 11, 2010

Jiwaku Kacau..Sedih Yang Amat..

Sebenarnya hari pertama puasa nie, keje x byk cam selalu..so daku ada masa terluang..jalan2 singgah kat blog Jiey..nak tgk keletah Ian yang tabah tu... sekali daku terbaca satu g entri yg agak lama..bulan Jun..kronologi ketabahan seorang Ibu menjalani kehidupan bersama Arwah Alana dari mula sakit hingga 2 bulan selepas pemergiannya. Benar2 menyentuh hati ku. Percaya atau tak? Dari pagi hingga sekarang daku  baca setiap entry diiringi linangan air mata..tiba2 ku teringatkan Baby Qis yg tak berapa sihat dirumah.. Meragam dari malam..Baby Qis ni, kalau x sihat, x mo menyusu guna susu lembu..nak susu cap gantung gak..walaupun daku nyer susu mmg amat2 la kurang (walau bermacam cara dilakukan) tp daku tegar menyusukannya dan daku bernekad hingga ke titisan susu yg terakhir.. 

Malangnya apa yg berlaku malam td amat2lah menyentakkan jiwaku..dan meluruhkan ragaku.. mungkin uols penah baca entry sebelum nie ..daku tercari2 kaedah menambah susu..n daku da pun mendapatkan ubat dr Ar Rizuan khusus untuk tambah susu..x tau nape..x menjadi..(mmg Dr ada mention..keputusan x sama setiap kes)..susu ada...tp x byk..x smpt kenyang da slow..n amik masa tuk produce susu blk..tu yg jadi lama tempoh Baby Qis menyusu..yang x tahan nye malam td dari jam 12.30mlm hingga 3pg..duk menetek je...sampai pedih2 puting ku..aduhai..rasa nak nangis pun ada..betul2 pressure.. dia asal lepas je puting  menangis..x mo tido..sedangkan  sebelum nie Baby Qis paling senang tido..dlm jam 11-12mlm tu daku bf dia jap..then terlentok.. 

Ekceli perkara ni berlarutan sejak beberapa minggu lalu...dia mcm x nak menyusu botol - ye la susu lembu ngan susu original..confirm sedap susu cap gantung kan.. tp dia kuat gak makan..asal org makan je nganga mulut.. di siang hari x menjadi masalah.. namun waktu malam tambah2 kalau cuaca panas .. dia haus..dia demand bf lebih..kejap2 jaga.. so daku kena alert la .. klu selalu tido kul 11/12mlm tu smpi subuh lena...daku bf kan b4 g keje je..tp akhir2 nie tiap2 jam jaga minta bf.. mlm td kemuncak amukannya..sbb x puas bf.. daku nak wat cam ne.. mata ni pedih ..mengantuk..ye la br nak lena Badrul lak kejut kul 4 nak sahur ..nanti terlepas x leh posa sok...(gara2 taun lepas ku beb kali x terjaga)..aduhai..ku br nak lena..then trus x tido..kul 7 anto depa sekolah trus keje.. then ngantuk2 kat tempat keje..seb baik keje x byk..pala ku da weng..weng...weng.. tiba2 terbaca entry Arwah Alanna.. bertambah2 kaco jiwaku...duk teringat Baby Qis kat umah la pulaks..(ikut hati nak lari balik skrg gak...uwaaaa..)

Tolonglah..sapa2 yang tau cam ne nak dapatkan suntikan hormon yang membolehkan susu dpt diproduce balik..daku amatlah berharap..daku sanggup asalkan Baby Qis puas dpt menyusu badan bukan dari susu lembu..daku x daya lagi.. kesian dak kecik tu...huhuhu

Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blogger ...

Sedar tak sedar da masuk bulan Ramadan Al Mubarak.. sekejap je masa berlalu..pejam celik..pejam celik.. pelbagai kenangan pahit manis suka duka ditempuhi dalam tempoh Ramadan lepas hingga kini...

Tahun lepas ku hanya tinggal 1 hari je puasa (ingat confiden leh penuh..skali kul 6ptg berkibar lak bendera..adusss...hancuss.)... tp tahun nie x tau la..(first day da raya, pe cite...ekekekek - harap2 ari ni abis..n harap sangat smpi raya x berkibar..) 

Ku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua rakan2 blogger dan umat islam dimana jua anda berada...semoga tabah dalam menjalani ibadah ini ye..

Sambil2 tu..meh la jengok blogshop ku .. jengah2 koleksi baju baby n kanak2 tuk Raya... di http://miela77shoppe.blogspot.com pelbagai koleksi terbaru dan terkini..dengan harga yang berpatutan..ku wat gak pakej harga borong..means..uols beli RM200 keatas, dapat dengan harga borong serta pos kangaroo percuma..(Sabah/Sarawak - Air Eparcel)..

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010