Wednesday, March 31, 2010

Order New Busha Design Legging n Carter 5 In 1 Romper dibuka...meh tengok

Carter 5 in 1 Romper (Preorder/Ready Stock)

Hanya RM38/pack (Normal Price : RM45/pack)

 Contoh Set Utk Baby Boy (Ready Stok -3M, 6M, 12M/Preorder - NB, 9M, 18M, 24M)


 Contoh Set Utk Baby Girl (Ready Stok -  6M, 12M, 18M/Preorder - NB, 3M, 9M, 24M)
 Harga Pengenalan 1pcs RM15 sahaja...
Next Batch RM18..

Busha Cute Streaching Legging (Old & New Design) Ready Stok

Hanya RM13 (Pelanggan lama) dan RM14 (Pelanggan Baru)


PROMOSI

2pcs RM24, 3pc RM33, 6pcs RM60..

Kalau berminat leh sms 012-5111481 or ym daku kat miela77_eypo@yahoo.com ye..

Tuesday, March 30, 2010

Tolong doakan untuk Atukku...

Salam pada semua rakan2 bloggerku...da seminggu blogku bersawang..x diupdate.. untuk makluman, kami tengah kelam kabut skit sebab Atuk (mak kepada makku-org kedah panggil atuk) sakit tenat..umur da 90++ so sakit tua... Doktor mengarahkan adik beradik mak berkumpul di Hospital untuk berbincang tindakan seterusnya..(dr suggest nak tebuk leher masuk makanan n wat dialisis- namun seluruh adik beradik mak menentang) so x ley wat pa per..ari sabtu tu Atuk dibawa balik dr Hospital...duk umah Mama kat Kg Sg Kertas. Ramai adik beradik n saudara mara datang menziarah.. tp Atuk macam tu la..x peduli keaadaan sekeliling.. risau kami nie.. mlm ahad tu kami wat kenduri baca yassin beramai2..moga2 dengan izinnya Atuk leh sihat balik..x seperti kata dr (beliau tunggu masa je----blh ke kata gitu?) .. berat sungguh hati daku nak berangkat balik ke Ipoh..risau takut x sempat jumpa beliau lagi..sedangkan daku merupakan cucu yang paling rapat, manja dan paling bertuah..(katanyalah)... dulu masa Atuk duk kat umah kami...Atuk x leh kalau x tengok muka daku... rindu katanya... asal nampak bayang je suh urut badan.. klu sehari x jengok..merajuk... tp sekarang bila Atuk jadi begini..daku rindu dengan panggilannya... rajuk dan marahnya...rindu sangat... Daku belum bersedia tuk kehilangannya...begitu juga dengan kaum keluarga kami..namun kalau itu takdirnya..siapalah kita tuk menghalang .... insyaallah jumaat or sabtu nie kami turun KL lg.. nampak gayanya rutin kami tuk beb minggu nie berubah la.. demi atuk daku sanggup kerap ke sana...Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan atuk...(sedey sangat..daku snap gambar thru hp ... konon nak tepek kat sini..tp anak2 ku delete..)

Monday, March 22, 2010

Berita tergempar...Yanie Mentor Meninggal Dunia

Daku dapat ym ttg yani dari rakan blogger kite miszmaz. Dia yg gtau. kata "kak..tau x yani@wana  meninggal..refer:- http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=3898713&id=146549167892&comments"  puas daku fikir ada kawan2 blogger nama tue ke..then daku trus refer facebook link tu..oh yani mentor...Innalillahiwainnahirajiun.. then daku search cite ttgnya nyer..

Yanie Mentor Meninggal Dunia - kredit to www.budiey.com


yanie mentor meninggal duniaBerita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.
Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.
Pengacara Melodi, Fara Fauzana yang pernah berlakon drama Fara bersama Yanie juga telah mengumumkannya di Facebook Fanpage beliau:
“Salam semua.. FF nak mengambil kesempatan ni utk maklumkan kepada u guys pasal ‘kehilangan’ sahabat FF dalam SITKOM FARA .. marilah kita doa dan sedekahkan ALFATIHAH kepada allahyarham YANIE @ WANIE yang telah pulang ke ramahtulallah petang semalam atas masalah ketumbuhan di paru2. semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.
Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.
Al-Fatihah

Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM

Nama Panggilan : Yanie

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Lahir : 14 November 1985

Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Zodiak : Scorpio

Ketinggian : 5 kaki 3 inci

Berat Badan : 52 kilogram


Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)

Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani

Pendidikan : SPM

Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Penyanyi & pelakon

Warna Pilihan : Hitam dan Putih

Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz


Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
  • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
  • Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
  • Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
  • Menyertai koir sekolah.
  • Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
  • Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
  • Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
  • Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
  • Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa...Al-Fatihah...

Disamping tu meh tengok pakej reseller program daku yang baru di http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/03/miela77-online-shoppe-cloth-diaper.html dan dapatkan cloth diaper dengan harga yang murah di Miela77 Online Shoppe

Selamat Hari Isnin - Daku nak tanya uols la..

Selamat pagi Isnin pada semua rakan bloggerku...hari ni daku mulai hariku dengan keceriaan dan badanku agak cergas...alhamdulillah...

Daku x leh taip entry bebanyak...almaklumlah hari Isnin kan..banyak benda/kerja nak dibuat..curi masa jap je nak wat entri agar x terlalu bersawang..nanti lari semua rakan2 ku nie..ye la x de apa yang nak dikongsikan..ye tak...
Oh ye..sebelum terlupa, daku da pos hadiah tuk Pemenang Contest BerCD'ing ye... namun still ada yg masih blum bagi address tuk daku pos hadiah saguhati iaitu washing bag untuk semua peserta contestku..oleh itu pada sesiapa yang berkenaan daku harap leh sms daku di 012-5111481 ye.. email bkn apa...weng..weng..skit..macam yg daku cite sblm nie..semua masuk junk / sampah...adui..jenuh nak cari satu persatu balik..x mampunyer den..

Dan sebenarnya daku nak tanya pendapat uols la..ttg satu cite nie...daku pun x pasti adakah daku nie mmg jenis kesian, or daku mmg mudah tertipu, or memang aci tu betul2 susah?>???? hmm..pening2..cik abgku x tau lagi nieh..klu dia tau mampuih daku..huhuhu

Begini ceritanya...pada petang rabu lepas, (daku cuti) ada sorang aci nie datang umah..tanya boleh tak dia amik upah kemas2 rumah, basuh kain, lipat kain, basuh pinggan, cuci2 dsb...dia nak beli pampers maknyer sakit...daku kesian lak..daku bagi dia RM20 tuk kemas kat luar umah...then daku cakap if dia nak dia leh dtg kemas apa yg patut..t daku fikirkan brp nak bg..lagipun daku selalu tengok dia lalu depan umah..dgr citenya da 7thn keje kat umah melayu belakang blok daku tu..(kata adik daku ler)...
Esoknya dia datang tuk kemas dalam umah..so daku suh dia basuh pinggan, kemas dapur n bilik Amirah yg sentiasa berselerak tu..(almaklumla, sejak daku kurengg..sihat..umah pun kureengg kemas...tambah lak balik keje mengadap anak jap kul 10mlm mula proses order n packing sampai kul 12mlm over)..maka dengan itu faham2 la umah ku eh...k back to the story..aci tu wat keje..dlm tempoh 2 jam siap.. then daku tanya, bape biasanya aci dpt..then tiba2 dia minta tolong katanya suami tpt dier keje tu blk minggu depan so dier nak guna duit RM200 nak bw mak nyer balik Taiping..da janji dengan tukang hantar RM100 then nak beli pampers n brg2 mak nyer.. nak minta pinjam dulu sementara tunggu gajinyer dapat..daku fikir2 kesian lak..sbb semalam pun dia minta kerja sbb nak beli pampers mak nyer sakit..walaupun bukan satu bangsa..tp satu malaysia kan..kena tolong menolong...so daku bagi la RM200 then dia menangis yuuu...dia kata x sangka hati ku banyaakkk baik...huhuhu..ku terharu..

Then sabtu tu dia datang lagi..daku terkejut gak sbb x janji pun datang weekend kan? Lgpun daku blum decide nak amik dier sepenuhnya..just nak tolong2 je..then timbal baliknya dier tolong daku kemas umah..ye la kita kalau nak beri pun jangan terlampau...at least buat keje kita bagi duit..dari minta sedekah..ye tak? tp daku suh mak daku buka pintu n tunggu..riso gak..stok cd ku ada dkt 500pcs tu.. karang hilang jenuh...(berhati2 sebelum terkena)... waktu tu daku ikut Angah g kenduri umah kawannya..tingin lak nak makan nasi minyakk..tunggu Atih lambat bebenor...heheheh... tiba2 dpt sms dr mak katanya balik cepat aci tu tunggu..daku jawap balik.."Along da bg dia duit sblm nie..so x yah bayo apa2..." then mak sms lagi..katanya "aci nie nak tunggu ko gak" hishhh..hangin jap daku..nape laks..x kan nak duit lagi..isshhh x ley jadi..tp daku balik gak..

Then bila blk aci tu datang.."Manyak sori la kak, jgn marah..sy betul2 mau pakai duit..amak saya suda masuk ICU kat Hospital Taiping...itu bos sy blum balik..sy minta tolong akak sekali lagi boleh tak? nnt saya bayar hutang..dan tolong akak kemas rumah.." hmm...daku terfikir2...kesian lak..tapi poket ku da makin kempis..ye la stok berlambak tu...kena settle lu .. sekali dia menangis daa...aduh lomah eden...cam ne nie...huhuhu...daku da pening..bukan apa ngeri gak ..buatnya lepas nie setiap kali dier datang nak pinjam duit..jenuh..daku bukan orang kaya..dari ikhlas jadi terpaksa...kan x elok tu...skrg pun hati daku dup dap dup dap...aci nie betul ke? huhuhu...dalam keterpaksaan dan kesian..daku hulur gak RM150 lagi buat dia belanja g tgk mak dier kat hospital..dia cium tangan daku dia kata moga tuhan Allah bagi kesihatan pada daku...n moga daku punyer biz maju...oh daku terharu lak dengarnya..sedangkan dlm hati ..riso..tp x tolong x sampai hati..separuh ikhlas jadinya...mak daku x brani komen..tp dia riso gak takut nnt asal dtg minta lg...daku kata kat mak..moga2 betul la..kita tak tau kan..kesian sbb tgk aci tu wat keje ok je...

Dipendekkan cite yang makin panjang nie... APA PENDAPAT KORANG...AGAK2 BETUL KE TINDAKAN DAKU NIE...TOLONGLA...RISO PUN ADA...KESIAN PUN ADA..YG PENTING...TAKUT KENA SEMBUR NGAN CIK ABG...(mlm td ada bunyi2 da..dia kata.."abg ingat dia dtg sekali sekala je..bkn tiap2 hari)...TOLONGGGGGGGGGGG....

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010