Thursday, March 8, 2012

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam)

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000
Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.

Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :

Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akan melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru
P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?

0 comments:

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010