Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011...corat coret 2010...

2010 ku tinggalkan...2011 ku tempuhi..apakah azam daku tahun ini? Kalau tahun lepas daku berazam untuk membuka sekurang2nya kedai kecik atau ksiok di mana2 pasaraya di Ipoh..alhamdulillah berjaya dicapai pada Julai 2010 di Giant Sunway City Tambun ...malah bonus ku dapat sebuah kereta baru..(yg x dijangka lak) ...syukur alhamdulillah. Tahun ini apa pula ye? Disebabkan daku agak tertekan dengan penyakitku.. daku x smpt nak menanam azam untuk tahun ini... sebenarnya daku agak kecewa apabila doktor mengesyaki daku mengalami simptom2 SLE ... sesuatu yg daku takuti sementelah sepupuku mmg menghidap SLE. Dan daku pula kerap tak sihat sejak beberapa bulan yang lepas. Tekanan tempat kerja apabila orang tak faham ttg sakitku.. penurunan mood untuk berbiz.. masalah peribadi ... kematian beberapa orang tersayang.. aduhai .. sememangnya banyak memori duka sepanjang tahun 2010.

Namun tuhan itu maha adil.. walaupun pelbagai masalah ku hadapi ... namun perniagaan online ku masih berjalan seperti biasa.. malah agak membantu dari segi kewangan ...walaupun daku rasa akhir2 nie daku x berapa mampu nak menguruskan packing order thru on9 dan sebagainya.. namun platform iklan yg daku subscibe rupanya berbaloi.. daku x perlu susah payah menjelajah dari satu blog ke blog yg lain atau spam email untuk mempromosikan blog ku.. hanya luangkan sedikit masa untuk mengiklan sahaja di web iklan berbayar .. (walaupun ada pihak yg heran mengapa biz ku berjalan seperti biasa...beranggapan daku menggunakan waktu pejabat untuk berniaga...hahhaha.... takat jawap sms tu mungkin la kot..tp ym / fb rasanya daku hanya buka 3 kali sehari je..pagi kejap..lunch..dan b4 blk.. x on9 setiap masa.. lain lah mereka2 tu yg gemar berchatting kosong or berfb kosong...) biarlah mereka dengan PHD ... malah ada yg berkata...(sakit tapi bukan main berbisnes).. sedangkan depa x tahu urusan packing banyak diuruskan oleh Amirah dibantu dgn sapa2 yg ada kat umah..daku da train Amirah untuk kenal setiap item yg daku jual..daku cuma perlu sms mak order or daku set siap2 malam tu..di Ksiok Giant..daku ada pekerja malah urusan disana byk dibantu oleh Angah..adikku yg no.2... daku nak tengok seminggu sekali pun payah.. cuma akaun ttp ku jaga..so mcm ne depa nak kata daku sakit, keje x larat tp bisnes larat lak???? uisk..da lari tajuk nie..(emosi kejap)...

Inilah antara cubaan dan dugaan yg sedang daku hadapi..sedangkan walaupun daku kerap MC tapi setiap laporan yg perlu dihantar dan dijana tetap daku usahakan walaupun daku tengah sakit.. itu yang jadi persoalan mengapa mereka tegar mengata daku macam2 .. sedangkan daku x penah ganggu keje org lain..(bak kata mak..biarlah..mereka nampak along lebih dari mereka..so mereka jeles la tu...).. ye ke??? bukan ke setiap pekerja tu ada kelebihan masing2.. daku hanya berusaha melakukan apa yg dipertanggungjawabkan sebaik mungkin.. persoalan daku sekarang...malah dibangkitkan oleh Doktor Pakar baru2 nie.. mengapa surat doktor telah dikeluarkan pada 2009 yang mengesahkan daku menghidapi Rheaumatoid Arthiristis dan perlu diberi kerja ringan tidak diendah.. dan doktor telah mengeluarkan surat kedua yang menulis daku menghadapi masalah multiple join dan tidak boleh berterusan melakukan kerja melibatkan pergerakan jari seperti menaip, mengangkat dsb.. sila beri light duty.. kelakarnya Penolong Pengarah PSM datang jumpa daku dan tanya.. macam ne nie iela... you yang handle semua report kewangan jabatan.. kalau i bagi u light duty..sapa yg nak buat lak???? ehhh...bukan ke post daku sepatutnya di bahagian Operasi menjalankan kerja2 sosial..daku dipinjamkan di kewangan sepatutnya dalam tempoh tertentu.. namun hingga 3 tahun masih tiada pengganti ke? Heran bin Ajaib.. malah masa daku amik exam PTK baru2 nie..dipersoalkan mengapa jabatan masih menggunakan khidmat daku sebegitu lama sedangkan tugas daku sepatutnya dilapangan.. (so...uols cuba fikir...wajarkah daku yg dikatakan kerap mc / sakit / disimpan sebegitu lama di kewangan?)

Masalah lain yg membelengguku (tidak mampu ku tulis disini - hanya mereka2 saja yg tahu) makin hari membelenggu.. daku x pasti sampai bila daku mampu bertahan.. ku cuba hadapi jua..

Perniagaanku sebenarnya agak merosot sikit kerana daku kurang mampu untuk on9 seperti dulu2...malah blog daku nie pun kian bersawang.. namun alhamdulillah.. masih menjana pendapatan harian walaupun x sekencang dulu... ini je yang daku mampu.. 

Semangatku agak luntur..emosi kerap terganggu.. malah rasa rendah diriku kian terasa... mungkin sebab daku muda lagi.. dan mewarisi penyakit genetik arwah Abahku..

Kalau nak dihimpunkan disini...byk memori yg x ingin daku ingat sepanjang 2010 ni..itulah.. kadang gembira.. byknya sedih .. tapi ramai yg tak tahu .. sbb daku x suka minta simpati.. daku tetap teruskan hidup selagi terdaya.. walau sakit macam mana pun daku akan cuba bertahan ... demi anak2 ku...

Daku berharap dengan hadirnya tahun 2011 ini.. sedikit sinar menerangi hidupku ... insyaallah...

SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKAN2 ALAM MAYAKU ...MOGA KECERIAN DAN KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGI ANDA SEMUA...


1 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

Happy new year k.iela.... Smoga 2011 mbawa sinar dlm hidup k.iela.... Tabah ye kak.... Biarlah apa org nk kata, yg pnting kita tahu diri kita sndiri... Good luck!

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010