Monday, September 27, 2010

Marilah kita sama2 doakan kesihatan Rayyan a.k.a Ian..

Akhir2 ni daku mmg tak berkesempatan untuk berjalan2 bertegur sapa dengan rakan2 blogger. Situasi yang tidak daku jangkakan sama sekali.. dulu masa daku mula2 berblogging.. daku agak obses berjalan. mencari teman, berjalan dari satu blog ke satu blog.. rajin mengupdate cerita2 tentang anak2 terutamanya.. kemudian mula berniaga Ikan Pekasam.. diikuti dengan UK Magic .. dan akhirnya daku mula berjinak2 dengan dunia perniagaan online melalu Miela77 Online Shoppe... namun masaku berblogging.. tidaklah terlalu terhad... masih mampu berjalan2 di alam maya..bertegur sapa.. join contest.. dsb.. 

Namun tahun 2010, pabila sakitku makin kerap.. dikala bisnesku makin maju...(alhamdulillah).. dunia berblogging telah jatuh ke tangga yang tak terkira... tiap2 hari daku cuba untuk menjelajah..tp hanya mampu satu dua blog.. adakalanya langsung tak de.. cuti dirumah..jarang on9..sibuk dengan keluarga dan kesihatan je.. 

Dan yang sedihnya.. banyak cerita2 gembira daku ketinggalan.. yang tak seronoknya..banyak juga cite duka yg patut dikongsikan ..jua ketinggalan.. sedangkan rakan2 bloggerku rajin menerjah blogku bertanya sapa.. berkongsi suka duka.. pelbagai kata2 perangsang dan nasihat diberi... daku amat bertuah memiliki rakan2 seperti uols.. walaupun kita hanya berkenalan di alam maya... bukan realiti.. tapi daku rasa seperti dihargai sebagai seorang sahabat..

Beberapa hari selepas perginya seorang bidadari syurga yang sungguh comel.. Alanna Qish.. daku baru terjumpa cerita mengenainya di blog Jiey a.k.a Mama Rayyan .. sedangkan rupanya.. semasa Dik Nun (nama yg abg Nadime beri) masih di hospital.. ramai yang ambil kesempatan menulisnya di blog untuk mengajak sama2 berdoakan kesihatannya... namun daku ketinggalan.. kenapa?? (krn daku masih dlm duniaku..)..kini..tiap2 hari pasti daku terjah blog n facebook Ayu n Syahrul.. yang pastinya mengundang airmata.. (dlm hatiku x pe la.. yang penting.. setiap hari pasti ku sedekahkan Al-Fatihah padanya.. dan syukur..hajatku untuk menziarahi pusaranya di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara tercapai..)..Ayu  n Syahrul mmg kuat..congrate Ayu n Syahrul..

Dan hari ini, daku berkesempatan (tu pun curi2 baca blog jap - keje bertimbun..kat umah x larat nak on9) tuk melihat2 entry2 terkini rakan blogger di Dashboard.. dan daku terbaca cite ttg Doa untuk Rayyan Ariff. Hati ku terdetik..eh..nape lak dgn Ian nie.. Ya Allah.. jangan la apa2 terjadi padanya.. kerana seawal daku berblogging.. daku da ikuti perkembangannya.. janganlah hanya daku terkhilaf akhir2 nie.. menyebabkan daku ketinggalan mengetahui sesuatu yg buruk berlaku padanya. kini daku masih mencari masa untuk membaca entry2 Jiey yang telah ketinggalan.. daku nak cari apa yang daku tertinggal ttg Ian..sedangkan daku kini setiap hari pasti menjengah blog Ayu..kenapa daku x jadikan blog Jiey sebagai rutin jua.. sedangkan Jiey rajin juga menyapaku disini.. Sorry Jiey.. k.iela sedih bila tau Ian dibedah tempoh hari..kemudian..k.iela langsung x smpt menjengah lagi..sorry Ian..cik iela sedih kerna x dapat kongsi kesakitanmu.. tapi cik iela tau Ian seorang yang kuat semangat...sekuat semangat Mama Jiey gak..tul tak???.. 

Wahai rakan2 bloggerku sekalian.. marilah kita doakan kesihatan Rayyan Ariff.. moga dia sentiasa sihat dan gembira selalu.. apa yang daku tahu Ian kembali ke Wad Kanak2 dalam tempoh dua minggu..betul ke Jiey.. aduhai..cian Ian.. 

Ku berharap suatu hari daku dapat bertemu dengan Ian.. seperti hasratku tercapai untuk menziarahi pusara Alanna raya lepas.. Jiey..nnt klu k.iela g KL n masa panjang.. kita jumpa ye.. tingin sungguh nak bertemu dgn Ian.. 

Aduhai..baru nak meluahkan isi hati..da ada gangguan.. ok daku stop dulu..ada urgent report nak kena proceed.. so ku seru kepada semua.. Marilah kita mendoakan agar Rayyan Ariff kembali sihat dan membesar seiring dengan kanak2 normal yang lain (besar harapanku).. dan menggembirakan hati Jiey yang sering dilanda keresahan.. Amin...

p/s.. Nikmati Cloth Diaper semurah RM22/pcs dalam pakej Raya - Miela77 Online Shoppe. Tawaran sah sehingga 30 September 2010.

1 comments:

Jiey^Mien said...

Kak, thanks for this lovely post..
Ada rezeki, InsyaAllah kita jumpe..
=)

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010