Wednesday, September 22, 2010

Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan..

Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya daku berjaya smpi ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor tepat jam 1.15ptg.. malangnya upacara pengkebumian telah selesai. Hujan pun mula turun dengan lebat.. memandangkan Qis tak sihat, daku hanya mampu melihat dari luar sambil menyedekahkan Al-Fatihah.. yang terharunya, kubur Arwah Paksu selang beberapa buah dari kubur Arwah Abahku.. berteman jua mereka.. walaupun tidak berdekatan dengan kubur Arwah Atuk. Kiranya disinilah bersemadinya kaum keluargaku samaada sebelah Mak ataupun Arwah Abah.. sebab tu lah.. walaupun Arwah Paksu tinggal di Serendah, namun atas permintaan, Arwah tetap disemadikan di Sg Tua. Daku sempat ke umah Maksu di Serendah. Suasana agak sedih.. namun gembira kerana ramai sanak saudara bertandang.. yang lama tak jumpa pun boleh bertemu... betullah kata orang.. biasanya disaat kenduri perkahwinan belum tentu kita dapat jumpa semua sanak saudara..namun tika berlaku suatu kematian.. pasti semua hadir memberi penghormatan..

Apapun, daku sedih bila diberitahu yang mak x dapat mencium kali terakhir Arwah Paksu.. ketika adik beradik dan keluarga memberi penghormatan terakhir.. bila tiba masa mak, tiba2 Pak Imam sengal Masjid Serendah tu tiba2 tak benarkan..sedangkan di kubur pun mereka buka sebentar untuk adik beradik yang tak berkesempatan sampai di rumah.. malangnya mak terlewat sikit ke kubur kerana menguruskan Isya.. mmg bukan rezeki mak nampaknya.. ia memberikan impak yang agak dalam dihati mak.. yang amat2 rapat dengan arwah Paksu.. tika hayatnya.. tiap kali jumpa mak, pasti dipeluk dan dicium mak tanda kasih..malangnya tika dia pergi.. mak tak dapat menciumnya seperti yang sering Arwah lakukan.. kalau daku ditempat mak.. pasti daku sedih teramat.. Terkutuk kau Pak Imam....

 (Dalam bulatan- kubur Arwah Abah disemadikan 31tahun lalu)

Kebetulan salah seorang sepupuku merakamkan kenangan tika di Tanah Perkuburan.. dapat jua daku merasai suasana pengkebumian...walaupun daku x sempat sampai tepat pada masanya..

p/s..sambil2 tu..Pakej Raya masih berlangsung di http://miela77shoppe.blogspot.com dan milikilah Cloth Diaper semurah RM22/pc 2 Insert dan dapatkan harga borong dari semurah RM16++/pc.

0 comments:

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010