Sunday, July 11, 2010

Sedih.mereka ku kenal...Tiga pelajar terbunuh, seorang cedera parah ditimba bangunan runtuh Di Kg Cht Tin..

Sedih sesangat...pg td Ateh gtau..Nasir msg gtau 3 org budak meninggal termasuk anak Pian, Yeop..sorang lg x pasti sapa..n yg cedera patah tengkuk anak Kak Nor..alahai..cian sangat..Takziah pada keluarga mangsa.. musibah datang tanpa dijangka..harap mereka tabah menghadapi dugaan ni.. daku plan nak jengok anak Kak Nor kat Hospital Ipoh..wad 3A...sapa2 yg kenal..meh kita bg sokongan.. nak ke Cht Tin rasa mungkin da kebumi kot.. Hightlight Buletin 1.30tgh td..huhuhu..sapa yg terlepas..mungkin Buletin Utama ada kot..isu nie besau gak..jenuh Kementerian terbabit nak menjawap..

BATU GAJAH - Tiga pelajar sekolah terbunuh, manakala seorang cedera parah apabila sebuah bangunan lama bekas menyimpan bijih timah di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Changkat Tin, Tanjung Tualang, runtuh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13, Muhamad Hisham Alias, 12, dan Muhamad Safwan Abdullah 13.

Ahmad Nuzol dan Muhamad Safwan pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof manakala Muhamad Hisham pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Tin, kedua-dua sekolah terletak di Tanjung Tualang.

Najib berkata, mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Mohd Shahir Zairi, 13, juga pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan.

“Kesemua mereka berasal dari PPRT Changkat Tin, Tanjung Tualang di sini.

“Mangsa ditemui pukul 10 malam tadi di bawah runtuhan bangunan oleh keluarga dan penduduk kawasan berkenaan, kejadian hanya disedari oleh keluarga masing-masing apabila anak mereka tidak pulang selepas pukul 7 malam dan mereka mengadakan operasi mencari dengan bantuan penduduk kampung,” katannya

Najib berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian selepas kesemua mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan pada pukul 10 malam.

p/s Jgn lupa join

" Lets Join FB Miela77 Online Shoppe GiveAway" dan Menangi DyanaMP Pocket Style (RM39/pc)

 

8 comments:

tiefazatie said...

salam takziah utk keluaga yg terlibat..

BUNGA said...

takziah untuk keluarga mereka.. Moga ditempatkan dikalangan org yg beriman.

Unknown said...

Inna lillah..

rumah pprt ni belah mana? kat area belakang rumah tokcu tu ker???
kesiannya.. semoga semua keluarga yg terlibat tabah... kak nor tu yg mana satu.. kakyong ni org chgkt tin memang blur sket,, kalo sedara mara tu kenal lah jugak...

Sherry said...

condolence to the family. :(

yatie chomeyl said...

td tgk kat nigtline tv3...kesian tgk muka parents diorang sedih sgt

Unknown said...

to all..tq.. Al fatihah..

Kak yong.. Normala Zairi...cucu Arwah Mat Pengkor tu.. budak tu dulu lemas dgn 2 org sepupu..alhamdulillah selamat..kali nie pun umurnya panjang lagi..silap info..mlm td dpt tau..bukan anak Pian..anak sedara pian..then anak Aziz Yeop tu.. cian kat depa..smlm nampak k.nor ditemuramah dek TV3.. n muka Aziz menangis..cian sangat.. tgh nnt nak jengok kat wad 3A..insyaallah

Unknown said...

oohh.. kak nor anak mat pengkor.. hmm, kenal sgt., kakyong pangiil dia mala.. dia tua sket.. tp ntah takde plak nak panggil dia kakak.. heheh, geng gedik masa kat sek smdb dulu... alah tak tgk tv la pulak.. budak2 asyik nak layan DVD jer... tp tabik la dgn mala tu, anak dia ramai kan.. tp masih rock n roll... jumpa dia last masa kenduri anak onyang andak..

semoga mala tabah.. tak tergambor camner gaya dia teghoyak.. dia kan jenis happy go lucky jer org nya...

syamila said...

salam miela...

ramai tul peserta yea.. =)

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010