Monday, March 22, 2010

Berita tergempar...Yanie Mentor Meninggal Dunia

Daku dapat ym ttg yani dari rakan blogger kite miszmaz. Dia yg gtau. kata "kak..tau x yani@wana  meninggal..refer:- http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=3898713&id=146549167892&comments"  puas daku fikir ada kawan2 blogger nama tue ke..then daku trus refer facebook link tu..oh yani mentor...Innalillahiwainnahirajiun.. then daku search cite ttgnya nyer..

Yanie Mentor Meninggal Dunia - kredit to www.budiey.com


yanie mentor meninggal duniaBerita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.
Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.
Pengacara Melodi, Fara Fauzana yang pernah berlakon drama Fara bersama Yanie juga telah mengumumkannya di Facebook Fanpage beliau:
“Salam semua.. FF nak mengambil kesempatan ni utk maklumkan kepada u guys pasal ‘kehilangan’ sahabat FF dalam SITKOM FARA .. marilah kita doa dan sedekahkan ALFATIHAH kepada allahyarham YANIE @ WANIE yang telah pulang ke ramahtulallah petang semalam atas masalah ketumbuhan di paru2. semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.
Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.
Al-Fatihah

Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM

Nama Panggilan : Yanie

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Lahir : 14 November 1985

Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Zodiak : Scorpio

Ketinggian : 5 kaki 3 inci

Berat Badan : 52 kilogram


Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)

Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani

Pendidikan : SPM

Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Penyanyi & pelakon

Warna Pilihan : Hitam dan Putih

Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz


Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
  • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
  • Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
  • Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
  • Menyertai koir sekolah.
  • Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
  • Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
  • Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
  • Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
  • Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa...Al-Fatihah...

Disamping tu meh tengok pakej reseller program daku yang baru di http://miela77shoppe.blogspot.com/2010/03/miela77-online-shoppe-cloth-diaper.html dan dapatkan cloth diaper dengan harga yang murah di Miela77 Online Shoppe

6 comments:

LuVidA^^ said...

al-faatihah

CatlinaFly said...

alfatihah...menunjukkan kita kena beringat..org muda juga boleh dipanggil Ilahi bila2 masa..(terkedu sendiri..) she's so young..

Yan said...

innalillah/....

transformed housewife said...

innalillah. Al-Fatihah.

hazlina said...

Al Fatihah....nice blog,jom tukar link n follow each other.

fiZI said...

sedih....
tapim allah lebih lebih menyayangai n mengetahui......
al-fatihah........

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010