Wednesday, September 30, 2009

Kami Menjual Ikan Pekasam...Sticky Mode

Ini adalah Sticky Mode...Untuk entry terbaru sila skroll ke bawah.
Terima kasih.


Ikan Pekasam Perlis & Tasek Raban


(Perhatian!! Terdapat kekurangan stok ikan yang menyebabkan urusan pembekalan ikan pekasam perlis tergendala buat sementara waktu. Masih tak berjaya mendapatkan bekalan. Insyaallah ku cuba lagi ye.. Harap bersabar ye..pesanan untuk Ikan Pekasam Tasek Raban diterima sekarang.)
updated : 24.11.2012

Ikan Pekasam Perlis



Ikan Pekasam Tasek Raban



Kandungan ikan -Ikan Loma, Talapia, Lampam (satu jenis atau campur2 bergantung kepada pembungkusan pembekal)
Berat - 200g setiap bungkus (2-3 ekor ikan kecil (sejenis atau bercampur) / 2 ekor sz sederhana)
Tahan 2 bulan dalam peti ais.
Dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis & Perak.

Harga di Pasaran - RM6.00 sebungkus.
Harga di sini - RM5.00 sebungkus atau RM25/kg

Kandungan ikan -Ikan Sepat, Puyu (satu jenis)
Berat - 250g setiap bungkus (3-5 ekor ikan kecil (sejenis atau bercampur) / 2 ekor sz sederhana)
Tahan 2 bulan dalam peti ais.
Dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis & Perak.

Harga di Pasaran - RM8.00 sebungkus.
Harga di sini - RM7.00 sebungkus atau RM30/kg

Kos Penghantaran Poslaju
1-2 bungkus = RM6.00 (S.Msia), RM8.50 (Swk) RM10 (Sabah)
sila tambah RM2 utk setiap tambahan 1 bungkus 200g


Promosi - 3 bungkus RM20 termasuk pos biasa (eparcel/register) (SMsia) atau sila tambah RM4 (Sabah/Swk)
(5-7hr bekerja) (bagi Ikan Pekasam Loma, Lampam, Talapia sahaja)

Manakala Poslaju (1-2hr bekerja)  sila tmbh RM4 (s.msia) atau RM6 (swk), RM8 (sabah))

Promosi - 5 bungkus RM33 termasuk poslaju (SMsia) atau sila tambah RM7 (Sabah/Swk)
(5-7hr bekerja) (bagi Ikan Pekasam Loma, Lampam, Talapia sahaja)

Penghantaran setiap hari Isnin sahaja. Penghantaran mengambil masa 1-2 hari (Poslaju) atau 5-7 hari (Pos Malaysia)
 Kalau minat dan nak rasa Pekasam ku nieh, meh la order.
Kalau berminat leh la email daku di Miela.77@gmail.com. Nanti daku akan bagi no. hp utk dihubungi. Dibawah ada gambaw2 nye...

Kandungan Ikan Pekasam (250g)

Packing cantik
Moh le Kite....sodap weh makan ngan nasi putih...

Testimoni Ikan Pekasam Perlis di :-
Perlis Menjadi Pengeluar Utama Ikan Pekasam
Beli Ikan Pekasam Perlis Online

Meh Layan Gambar Raya Miela77

Daku ada cite sebelum nie ttg raya pertama..meh layan gambar lagi.. Raya kedua lak daku ikut my family beraya kat Kedah..singgah umah tok besan mak (ibubapa Zilah, isteri Azrul kat Kuala Ketil.. then kami g umah Tok Su kat Bandar Baru Beris Jaya, last g umah Tok Cik kat Pendang...balik ke Ipoh malam tu gak..sbb abah nak balik KL esoknya..sampai kul 4 pagi..aduh penatnya...


Raya ketiga ikut mertua g raya kat umah Mak Lang kat Gopeng, pastu join adik beradik g main bowling kat Ipoh Parade. Mak bonda ikut skali main bowling...daku dah bertaun x main, aduh masuk longkang aje...sedih tul..tapi akhirnya berjaya mendapat rentak tapi dah nak habis game...enjoy tul.. tapi mak x main..sakit tangan.. Baby Qis tido sepanjang kami main bowling tuh..mmg bagi can sungguh...

Raya keempat lak bawa anak2 tengok cite Jin Notti...orait la citenye..x berat sangat sesuai ditonton dek bebudak... tapi utk kita nie macam x tercapai je akalku... balik dr tengok wayang, amik Baby Qis kat Angah..(x leh bawak ooo..kang dia buat konsert lak kat wayang tu..punah harapan..huhuhu)...pastu g tukar tayar kete kat pusing then g umah kak yong makan laksa, sedapnya...pastu g umah mertua then balik kul 11 lebih...selesai lagi satu hari di hari raya...


Gerak hari khamis, raya kelima, terus g umah EE kat FRIM, Kepong..mak mertua (makbonda) ikut skali. Jumpa la ayanhande tercinta yg tak dpt cuti raya. Hari kedua beraya di KL.. sempat g umah Mama kat Sg. Kertas, terlerai gak rinduku pada tok, then g umah Mak Jang Sidah kat Bandar Baru Selayang Fasa 2, umah Makcik Mah, jiran lama kami kat Kg. Bendahara dan last skali umah Mak Cik Yah kat Kg. Sg Tua Baru..settle beraya..esok sambung lak..penat oo...balik kul 11 mlm...beraya sakan daku eh...

Beraya di KL Day 2.. Gerak kul 12 tgh..singgah kubur, then umah Pak Tih kat Sg Kertas, Umah Mak Ngah Siah kat Kg Nakhoda, Umah Pak Ngah kat Sg. Tua, dan last umah Pak Long Roslan di Taman Keramat...selesai sudah penjelajahan ku beraya ke umah sedara mara kat KL...ada lagi yg x g... x sempat, cik abgku x mo g, penat .. tapi daku berpuas hati sebab hanya tertinggal umah Pak Su Talib n umah Pak Long Ramli lagi..last year da g..so kiranya settle belah arwah abah..cuma sedara belah mak je banyak x g.. seminggu cuti pun x cukup weh.. ramai..



Lihatlah aksi dua sepupu..Baby Qis dan Aidil sedang berebut beg kakak Amira.. Amboi..comel sangat.. daku teruja snap gambaw..last2 dua2 nangis..hahhahah..mama bertuah tul..leh tengok je..

Balik hari ahad ...sempat singgah kat bidor beli buah.. sampai umah kul 7 malam.. pekena nasi ayam n laksa hasil tangan my dearest mommy lu baru antar makbonda balik umah.. memang sakan daku beraya tahun nie.. x lekat kat umah langsung.. sampai kawan cik abgku datang dua kali sehari nak beraya x dapat... huhuhu.. namun daku puas hati raya tahun nie.. memang happening tul.. harap2 tahun2 akan datang hapenning cam nie gak..

Tuesday, September 29, 2009

SI COMEL BERBAJU RAYA CONTEST



Daku dah aim this contest yang dianjurkan oleh cik yana kita. So pagi2 raya tu, terus snap gambaw kat bawah tu.. menang or kalah belakang kira, yang penting penyertaan.. moga2 rezeki Baby Qis kali nie, sebab belum penah menang satu contest pun. Mama je duk pulun..huhuhu
Nama : Nurul Qistina Batrisya binti Yusri
Umur : 7 bulan 28 hari
Meh kita tengok Cara Penyertaan :-

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.


Syarat Penyertaan

Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda .. mmg da folow
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini okies da tepek
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda ..spt yg uols baca eh..
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) settle...
Sila nyatakan nama si comel dan umurnya settle eh..
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke
BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) ...wokeh...
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. done to...

Apa hadiahnya eh..

Hadiah Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri...apa eh...korang tolong la mention daku kat entri korang eh..as a referrer..mana tau kat bawah tu milik ku...

Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..

So...moh kite weh...join reramai...

Monday, September 28, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL

Daku agak confius dengan statement yang daku dapat dari email tadi.. daku terpanggil utk up kan topik ini di blog.. moga ada yang cerdik pandai bantu dalam hal ini.. daku tak berani komen tapi daku dapat gak email pembetulan selepas itu.. meh kita bincangkan dan kongsikan bersama..

> > > BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP> SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN

> > Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
> > Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah , cepat cepat kahwinkan.
> > Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
> > Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

> > > Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
> > Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

> > > > Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
> > Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

> > > > Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
> > Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

> > > > Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
> > Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

> > > > Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
> > Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

> > > > Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
> > Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

> > > > Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
> > Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

>> > > > Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
> > Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

>> > > > Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
> > Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

> > > > Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

> > Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

> > Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.> > WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

Dan ini pula pembetulannya...

Perkawinan yang didahului oleh kehamilan dinilai sah oleh banyak ulama, walaupun memang ada ulama yang menyatakan bahwa perkawinan tersebut tidak sah. Sahabat Nabi SAW, Ibnu Abbas, berpendapat bahwa hubungan dua jenis kelamin yang tidak didahului oleh pernikahan yang sah, lalu dilaksanakan sesudahnya pernikahan yang sah menjadikan hubungan tersebut awalnya haram dan akhirnya halal.Dengan kata lain, perkawinan seseorang yang telah berzina dengan wanita kemudian menikahinya dengan sah, seperti keadaan seorang yang mencuri buah dari kebun seseorang, kemudian dia membeli dengan sah kebun tersebut bersama seluruh buahnya. Apa yang dicurinya (sebelum pembelian itu) haram, sedang yang dibelinya setelah pencurian itu adalah halal. Inilah pendapat Imam Syafi’i dan Abu Hanifah.Sedang Imam Malik menilai bahwa siapa yang berzina dengan seseorang kemudian dia menikahinya, maka hubungan seks keduanya adalah haram, kecuali dia melakukan akad nikah yang baru, setelah selesai iddah dari hubungan seks yang tidak sah itu. Memang kalau ingin lebih tenang, sehingga dipandang sah juga oleh penganut mazhab Maliki, tidak ada salahnya melakukan nikah ulang, dengan memanggil dua orang saksi, wali wanita serta siapa saja yang bertindak sebagai penghulu. Anak yang lahir itu — jika diakui oleh suami wanita tadi, maka dia dapat menyandang nama sang suami. Demikian, Wa Allah A’lam. http://sicindai.wordpress.com/2007/09/24/nikah-setelah-hamil/

So apa pendapat uols???.

Promosi 3 botol UK Antivirus 5ML hanya RM57 termasuk pos. Order ke Miela.77@gmail.com
Meh kita sama2 join dan jana pendapatan melalui http://www.danaraya.com/?id=miela77

Moh keje weh.. tapi masih dalam mood raya..huhuhu

Hari nie setelah 9 hari bercuti beraya.. daku kembali bertugas seperti biasa.. masih dalam mood cuti weh.. namun esok sampai khamis, daku cuti balik.. x de org jaga anak2 memandangkan my mother akan menjalani coronory bypass di IJN. Daku x dapat membayangkan proses tersebut, namun ada yang gtau x de pa per, just simple proses utk membesarkan saluran darah ke jantung yang tersumbat je.. harap2 gitu lah..kalau diikutkan hati, daku nak g skali tengok n jaga mak, namun anak2 ku sekolah, x de org handle.. terpaksa lah pasrah..huhuhu.. risau hati ku tak terkira tapi daku berharap kesihatannya kembali pulih selepas menjalani coronory bypass nieh... cite raya belum habis. Daku plan nak update cite raye.. tapi lupa lak nak bawa card reader.. pc kat opis kena guna card reader.. huhuhu..postponed la jawabnya.. kat umah x sempat nak ngadap lappy.. bz sangat.. sementelah dah tinggal umah byk hari.. macam2 keje yang menanti.. tengoklah..kalu sempat esok or tonight daku update.. lagipun daku letak gambar luka melecur Opah Yang .. selepas bubuh UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal .. So far x de contestant lagi utk Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest tu.. meh la join weh..
Promosi 3botol UK Antivirus hanya RM57 masih berjalan .. meh order.. lepas raya nie ramai yang mengadu nak demam.. bagus weh utk prevent demam nie...

Friday, September 25, 2009

Dah Raya Keenam weh...bersawang sungguh blogku..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan blogku...semoga bergembira di hari raya ini... Untuk makluman, daku beraya sakan taun nie.. sampai x sempat nak update blog.. maleh nak angkut lappy kesana kemari.. so biarlah.. yang penting happy.. hehehehe..

Raya pertama, daku beraya di umah mertua n kak yong pastu berjalan sakan ke umah beras... eh birasku merangkap besan mertuaku di Kg. Cht Tin kebetulan singgah umah Opah Yang jengok dia..tangannya dah makin baik.., kemudian terus balik kg mertuaku di Kg. 40 Rantai, Pantai Remis... wah yang paling seronok pastilah anak2ku... sakan la main ngan sepupu sepapat.. panjat pokok lah... setongkol silverstone la.. sampai daku naik hangin... oppss.. raya x leh marah2.. cik abgku bawa balik mangga yang dipanjatnya seplastik besau... kami g 3 kete.. daku anak beranak, Pak Lang EE sekeluarga, Aju, Azizan, Aam, Ainun dan pastinya mertuaku lah.. kami melepak umah Mak Ngah... siap makan mee rebus...sedappp... rasanya berjalan raya paling jimat, x yah kuar duit makan, dapat duit raya lagi...sukanya...jimat blanja..hahahaha... kembung gak lah poket tiga beradik tu... alhamdulillah..poket mama n ayahnya yang makin kempis...huhuhu.... meh layan gambaw lak...Baby Qis da mengamuk... daku bersiaran umah Pak Lang EE dan Mak Lang Imah.. cadangnya nak beraya sakan kat umah sedara mara belah arwah abahku kat Sg Tua n Selayang, n belah mak daku kat Kg Nakhoda, Sg Kertas, dan merata2 kat KL nieh.. Ari ahad baru balik Ipoh.. sapa2 yang da balik KL gtau daku.. leh daku terjah umah uols... bukan slalu... kita roll VT..vasss

Gambar daku sekeluarga.. terbaru dan terkini .. langsung dari umah Kak Yong..
(Dari kiri belakang.. Aam, EE, Aju.. Dari kiri depan.. cik abgku Yusri, Kak Yong Habibah, Ainun dan Azizan) Tak de dlm gambar ..Johan, Ani dan Naila..
Daku bersama anak2 Mak Ngah 40 Rantai (Sungguh cubby daku eh...bila nak slim balik..huhuhu)
Aidil dan Mak Lang Imah...tukang sponsor penginapan dan makan minum kami setiap kali g KL

Bersama Mak Ngah Sekeluarga
Wokeh, sampai sini dulu cite daku...banyak lagi gambaw nak update..mungkin daku minta tolong Mr Picasa tolong combine gambaw... skang kena kuar dulu.. habis mouse daku di hentak2 dan dimakan dek Baby Qis... arios...



Friday, September 18, 2009

COOLABABY ClothDiaper GIVEAWAY

Wah..auntie sarah buat Coolbaby ClothDiaper Giveaway ...mama nak ..nak gak..masuklah mama...Baby Qis nak menang hadiah yang tu..
FREE1WETBAG + 1CD(w. 1 insert)+1cute legging!
Mama, Syarat2 nyer, mudah aje...:
Auntie, semua mama dah buat tau..pilihlah mama..dapat Baby Qis tambah CD Coolbaby yang ada..
1. Buat 1 entry dan promote pasal GIVEAWAY ni & blog ni kt blog korang :)
2. Pehtu jgn lupe link kan blog ni kt blog korang...
3. Pastikan korang signup utk jadi follower blog nih...
4. Last sekali dah selesai suma yg diatas...sila tinggalkan komen / msg supaya kite leh link blk blog awak dan pastikan awk tersenarai lam peraduan nih...ok
5. Pemenangnyer akan dipilih mll cabutan bertuah yg akan divideokan nnt :)
Auntie-Auntie kat luar sana...meh join gak.sempat lagi nie..

****Mood Raya **** Tak De Mood Keje ****

Salam lebaran buat semua. Daku masuk2 keje ari nie, daku duk kat meja then menung.. keje banyak tapi x de mood nak wat.. so daku jalankan operasi menerjah umah rakan2 blog yang baru update entri kat bloglist... banyak cite balik raya... daku keje lagi..boring nyer.. masalahnya daku nak cuti awal2 pun tak guna gak sebab umah mak n mertua dekat2 je.. Kampung daku kat Kg. Sg Tua, Selayang.. balik pun yang ada sedara mara je.. slalu kalau balik pun raya ke-2 or ke-3.. ziarah kubur arwah abah n g umah mak / pak sedara belah arwah abah .. lagipun sedara mara belah mak pun banyak kat Kg Nakhoda, Sg. Kertas, Selayang, Gombak, merata-ratalah.. ye lah, kiranya adik beradik mak pun memang berhijrah ke KL sejak muda. Kami pun dulu duk kat Kg Bendahara, Sg Tua gak tapi masa umur 16 tahun mak pindah ke Perak. Jadi lah orang Perak celup.. so kalau ikut kira-kira , orang KL sibuk nak balik kampung, daku sibuk nak balik KL beraya... terbalik kot la.. Ingat nak balik KL gak dalam raya ketiga nanti..mungkin bermalam sehari je la kat sana. Lagipun adik beradik belah cik abgku semua balik, adik beradikku pun semua ada, bukan slalu leh berkumpul... so tengok macam mana nanti.. apa2pun cam ne nak dapatkan mood bekerja eh... Nanti kena bomm daku dgn my bos, 30hb nie nak Mesyuarat JKPP.. prestasi perbelanjaan daku x update lagi nieh.. haru kang.. x de le keje lain, duk kira berapa duit kerajaan dah habis dibelanjakan je lah.. kalau duit daku kan bagus..kuang.kuang..kuang..
Meh layan kad raya dari CuTeMiUt78


DAKU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN DAN BERDOA AGAR UOLS SELAMAT PERGI DAN KEMBALI DARI MANA2 DESTINASI. SEMOGA CERIA DI HARI RAYA. JANGAN LUPA SNAP AKSI SPONTAN BERAYA TAU, LEH JOIN CONTEST DAKU..

Thursday, September 17, 2009

"CUTE SLEEPING BABY CONTEST"

Salam lebaran auntie Baiti , moga untie Baiti selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. Baby Qis nak masuk "Cute Sleeping Baby Contest" yang auntie Baiti anjurkan nie, boleh ye.. mama rajin masukkan Baby Qis dalam macam2 contest, tapi tak pernah menang..mana lah tau rezeki Baby Qis menang pulak contest yang auntie anjurkan nie..
Mama buh gambaw nie untuk dipertaruhkan sebab mama kata Baby Qis nampak kiut sangat dalam gambar tu.. yang seronoknya tu, Baby Qis x bagi depa semua amik meknan yang mama baru beli.. mana aci.. mama beli tuk Baby Qis tapi akak Amirah n abg Bad sibuk nak main.. penat oo Baby Qis usha n bodek mama n ayah kat Giant.. nasib baik dapat..tak sedar sampai tertido.. teether atas kepala Baby Qis tu Akak Amira yang letak, sebab dia nak Baby Qis jadi macam Angel..apa tu..x faham la ...
Auntie, nie maklumat Baby Qis ye..
Nama : Nurul Qistina Batrisya binti Yusri
Umur : 7 bulan 2 minggu
Tarikh Lahir : 02.02.09
Tempat Lahir : Hospital Ipoh, Perak
Nama Ibu : Rozailawati Muhamad Riza aka Miela77

Lepas tu mama gtau yang mama dah folo blog auntie dan dah tepek banner dgn linkback ke blog auntie.. lepas tu mama pun dah add auntie dalam bloglist nyer

Mama citer yang mama kenal auntie mama berjalan-jalan melawat blog-blog kawan2 mama.. lepas tu terjumpa.. mama jadi silent reader je..tu pun tak gak selalu.. mama kata yang speselnya blog auntie nie tersusun je tak macam blog mama yang berserabut lepas tu dia suka baca entri-entri auntie, tepat dan padat..lepas tu mama cakap auntie ada Boutique sendiri ye... Smooch Online Boutique... nanti mama kalau nak beli tudung, leh order kat auntie..huhuhu.tapi memandangkan mama baru je kenal auntie, mama tak cite banyak kat Baby Qis sebab bukan Baby Qis paham pun.. apa lah yang mama ngomel kan tu..huhuhu

Moga-moga ada la rezeki Baby Qis kali nie ye.. asyik kalah je..cian mama penat-penat tolong glamerkan Baby Qis.. tapi mama kata tak kisah sebab mama boleh tambah kenalan.. mama tu kan kalau dah mengadap laptop kat umah Baby Qis nangis pun wat tak tau je..opppsss...mama....jangan le marah..nanti cepat tua..

Pada auntie-auntie kat luar sana tu..meh la join contest nie, esok dah tutup..

Syarat-syarat penyertaan boleh tengok kat sini

My Little Touch 5th Blogoversary Giveaway

Hari nie x de mood nak wat keje..padahal kena prepare report..daku wat gak tapi berselang seli ngan tenet...saja cari mood...org lain byk da cuti weh..daku keje sampai jumaat...then cuti sampai 27hb hehehe.. Tengah jalan2 terjumpa lak blog My Little Touch milik cik Azie nie.. Dah 5 tahun usia blog beliau ye..berbanding daku yang baru 5 bulan..jauh beza tuh..huhuhu....wah nasib baik sempat lagi..lagipun syarat2 senang gitu..maka daku menawarkan diri untuk mencuba nasib..moga ada rezeki sempena Aidilfitri nieh.. Meh kita review apa yang perlu dilakukan ye..



1. Add My Little Touch banner & links to your blog lists (Wokey...daku da tepek banner n link ur blog kat blog list..boleh check eh)
2. Follow Me (baru lepas)
3. Promote My Little Touch 5th Blogoversary Giveaway in your latest blog entry (Done..moga2 ada kengkawan blogku yang belum cuti tu join ye..)
4. Leave your comments about me or My Little Touch in THIS entry ONCE and dont forget to leave your link too (wokeh..jap g daku coment kat situ once entri nie siap)
5. And lastly, inform me your participation via email : liltouch[at]gmail.com...wokey..siap semuanya..






Apa lak hadiahnya? Meh kita tengok..


So kengkawan yang lain..meh kita join...tarikh tutup sampai 30hb September 2009

Balik Kampung Mak Ke Mertua?..Meh Pickup Kad Raya Daku Gak..N Kad Raya dari Kengkawan Blog..

Daku sengaja buka topik nie sementelah semalam pagi2 nak g keje tu topik nie dibincangkan hot chat di HotFM.. macam2 cerita sampai ada yang kena sign borang perjanjian balik beraya.. klakar dengarnya tapi kalau dah x leh capai kata sepakat, idea tu boleh diguna pakai apa.. Alhamdulillah daku jarang berhadapan dengan permasalahan ini. Maklumlah umah mak selang dua buah je dari umah kami dan Mertua kat Taman Bertuah, Ipoh gak.. just 30 minit je dari umah.. tapi even dua2 dekat2 kami still amalkan budaya selang seli.. kalau tahun ni raya umah mak, tahun depan umah mertua lak.. slalu kalau umah mertua, malam raya g sana, lepas berbuka tengok apa yang patut, then tengahmalam balik umah sendiri.. sebab umah mertua sempit, so biarlah yang jauh je tido sana, kami nie beralah .. macam kakyong n Ani gak.. kami umah dekat, balik tido umah sendiri lebih baik.. tapi esok lepas sembahyang raya, bersalaman dengan anak2, cik abg, g umah mak sarapan pagi dalam kul 10 pg tu g umah mertua. Seharian kat sana, ikut plan.. slalu kami suka g berjalan beraya sebab duk kat umah mertua x syok, slalu suka balik kg mertua kat Kg 40 Rantai, Pantai Remis.. then raya kedua baru ikut plan family daku lak.. tahun depan tukar lak raya pertama plan keluarga daku, then baru mertua.. so far masih berjalan lancar. Macam mana dengan uols lak..Moga2 tiada pertelingkahan ttg giliran berhari raya ye...


Meh amik kad raya daku yang slalu fail bab editing photo nie..ini je yang mampu daku buat.. nanti blaja lagi..

Kad raya yang daku terima dari Aten10

Ini lak dari Azie-Rah

Dari my dearest SIL kak yong.. nnt malam raya kita lepak berbuka umah mak nak...


Luvly Card dari Asmieyra


Suka kad raya nie..dari Salmal's


Amboi lawa kad raya posh76 nie..makacih



Terima kasih pada semua yang sudi memberikan daku kad raya..wah meriah umah alam mayaku dengan kad raya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI DAKU, CIK ABGKU, AMIRAH, BADRUL DAN BABY QIS.. MOGA SILATURRAHIM DI ALAM MAYA KITA BERKEKALAN MEMBAWA KE ALAM NYATA..

Tuesday, September 15, 2009

MyDearShoppe - Aidilfitri GiveAway Contest

Salam...ari nie Baby Qis nak enterprem lak..asyik mama je mengomel .. boring.. Baby QIs nak gtau, ari tu mama ada beli CD dari auntie Linda.. ada 5 color..cantik.. tapi ada ke patut, dah seminggu beli baru malam tadi mama bagi Baby Qis pakai... mula2 Baby Qis rasa tak selesa... besar semacam je tak macam Pampers Huggies Ultra yang mama selalu bagi pakai tu.. tapi kan, mama kata, nanti lama2 biasa la.. nak tido malam tadi mama bagi Baby Qis pakai double insert letak kat dalam poket CD.. besau dan kembung semacam je.. tapi lepas dua jam mama tukar .. sebab Baby Qis kencing banyak...hahahaha...kesian mama kena bangun tukar CD.. mama kata tak pe, masih baru lagi.. tak pandai lagi nak pakai.. Eh..sebenarnya mama Baby Qis nak suh Baby Qis masuk contest yang dianjurkan oleh auntie kat MyDearShoppe - Aidilfitri Giveaway...tapi kan mama bukan ke ari nie tarikh tutupnya...baik buat cepat..nanti tak merasa Baby Qis nak pakai CD celoreng-celoreng mcm askar tu..Baby Qis suka warna putih tu..cantik..nak gak..mama..kalau tak menang..nak mama beli gak..

Kan mama ada kata yang auntie ada showroom kat Lestari Apartment Bandar Seri Permaisuri, Cheras kan..peta pun auntie bagi skali...ajaklah ayah g beli... senang je nak cari tempat tu..rujuk je peta kat bawah...


Mama kan kata, suka tengok koleksi CD kat blog auntie, nanti kite leh tengok dan terus beli kat showroom tu..jom la mama, ajak Kak Amirah dan Abang Bad..sambil2 tu boleh la kita makan angin.. Baby Qis suka naik kete..best..


Mama...kata nak suh Baby Qis masuk contest nie..mana gambarnya...cepatla mama, nanti auntie tutup da tak sempat..Baby Qis nak menang CD tu...

V

V

V

V

V
Nama: Nurul Qistina Batrisya Binti Yusri
Umur : 7 bulan

Mama, semua syarat auntie dah buat ke belum ye.. cepat la mama...


Hmm..Auntie, mama dah follow blog auntie tau..follow tu apa ye auntie?

Lepas tu mama kata dia dah letak banner kat sidebar dengan link pada blog auntie..Baby Qis tak faham la. ..apa tu..nestum ke?

Mama kata soalan auntie nak suh Baby Qis jawap sendiri...


Hmm kenapa Baby Qis nak masuk contest auntie ye...sebab Baby Qis suka tengok CD celoreng-celoreng tu..cantik sangat..lagipun mama suka bagi Baby Qis masuk contest tapi tak pernah menang pun...auntie bagi la Baby Qis menang..hadiah Hari Raya...


Lepas tu, mama cite yang mama pun baru tahu tentang blog auntie nie dalam seminggu je.. tak sempat nak terjah habis-habisan..tapi mama dah janji nak belikan cd celerong tu kat Baby Qis...


Ha...tagline tu apa auntie? Kalau Baby Qis bagi... Sokonglah MyDearShoppe- Cloth Diaper terkini dan menarik, betul-betul bajet, Bumi bersih, Kesihatan Terjamin, Anda puas hati..


Pada auntie-auntie kat luar sana yang nak join, marilah..ada masa lagi ni..mama kata klik kat sini..




Daku dapat Kad Raya...yeeehaaa...

Hari nie keje daku tepek kad raya yang daku dapat dari kengkawan blog.. Makacih bebanyak.. daku terharu.. Nanti daku create kad raya tuk uols lak..walaupun daku terrorrrrr sangat bab editing nie..hahahah...

Nie kad raya yang daku dapat dari ziha.. Yeeaayyy..rayaa...


Ni teristimewa dari kak nza

Dan yang bestnyer..daku dapat kad raya dari CuTeMiUt78.. by pos...sayangnya daku lupa nak snap... x pe Rina, k.iela da pos eh balasan kad raya tu..malangnya tiada madah yang dapat kuungkapkan hanya madah berhelah kata ziana zain..hahahaha



Pada semua, daku UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA..NANTIKAN KAD RAYA DARI DAKU LAK EH...

Monday, September 14, 2009

VAKSIN H1N1 DISYAKI BOLEH MENGAKIBATKAN KEMATIAN

Daku terbaca info nie semasa blogwalking. Satu info yang berguna untuk dikongsi bersama. Harap membantu. Meh kita baca info nie dan jadikan panduan.
Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran Glaxo Smith Kline disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan. Para penerima vaksin H1N1 ini dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan. Pakar memberi amaran, permintaan tinggi bergabung dengan kelewatan pengeluaran boleh menyebabkan kekurangan bekalan, lalu memaksa kerajaan yang bakal menghadapi gelombang kedua selesema itu, yang mungkin lebih dahsyat, membuat pilihan sukar dalam menentukan siapa yang patut diberi vaksin terlebih dahulu.

Dalam kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane menyatakan bahawa dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”
Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badan sudah sedia lemah.
Daku bukan nak mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, just nak share info disamping mewarwarkan pada uols kemujaraban UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal nie.. mmg ada yang menerima secara positif tp ramai gak yg negatif. Tapi daku yakin 100% pada Antivirus nie sementelah pula daku bertemu secara langsung dengan penciptanya. Memang betul2 mujarab terutama pada pesakit ASMA dan Jantung.
Kes 1.
Baru2 nie Dr Wan Mahani datang ke rumah rakan kerja ku. Anaknya mengidap SLE dan terbaring selepas menjalani operation membuang nanah di lututnya. Hari2 demam kerana x mampu menahan kesakitan. Beliau ada mencuba Antivirus nie sebab dengar cite elok untuk demam. Then malam tu beliau bg anaknya try, alhamdulillah demamnya berkurangan. Dan esoknya beliau bertanya lagi adakah antivirus nie sesuai bagi membantu mengurangkan sakit anaknya. Daku x berani nak jawab, so daku suh beliau cakap sendiri melalui telefon dengan Dr Mahani. Then esoknya, Dr Mahani sendiri pergi melawat anak beliau dirumah. Mengikut cite Kak Mazidah, demam anaknya dah berkurangan malah anaknya kerap meminta antivirus tersebut setiap kali rasa sakit. Dr Mahani telah memberi motivasi bagi membantu menaikkan semangatnya. Menurut Dr Mahani, antara 5000 pesakit yang telah menjalani clinical trial tu adalah pesakit SLE, Kanser, Diabetes dan sebagainya. Setelah 27 tahun menjalani uji kaji dan setelah Dr Mahani tamat kontrak dengan government, baru beliau menjualnya dipasaran. Planning tahun depan namun bila H1N1 ni menular dengan meluas, beliau terpaksa awalkan pemasarannya kerana sekurang2 nya amal jariah bg membantu meringankan kebimbangan rakyat terhadap penularan wabak ini. Beliau membuat packing botol 5ml bagi memastikan semua rakyat mampu membelinya. Dan yang penting, abstract Herbal dan abstarct Antivirus yang dirumus olehnya dicampur dengan minyak zaitun dan serai wangi bagi merangsang saraf dan meningkatkan antibodi dalam badan. Meh kite cuba.
Kes 2
Mungkin uols ingat lagi entri 99.9% terbakar tu.. Opah Yang melecur teruk kerana cuba memeluk Arwah bagi memastikan api yang membakar badan Arwah terpadam. Malangnya, ia tidak mampu membantu. Dan kedua-dua tangan, lutut dan paha Opah Yang melecur. Daku ada bagi 3 botol Antivirus nie, suh beliau lumur pada luka melecur tu. Dan daku ada melawat beliau 2 hari lepas. Alhamdulillah, beliau memanfaatkan pemberian daku tu. Dan luka melecur tu dah pecah dan mula mengering. Kenapa daku suh beliau sapu antivirus tu? Sebab Dr Mahani pernah beritahu daku, antivirus yang dirumus oleh beliau nie adalah sejenis vaksin. Kalau letak patinya di sebelah kuman di microscope, lari kuman ketepi. So daku fikir, mungkin ia juga sesuai tuk menghalang luka melecur tu bertambah teruk. Daku just bagi sebagai amal jariah. Bila daku tanya Dr Mahani, jawapan yang diberi, amat berkesan untuk luka kerana Abstract Antivirus dirumus untuk memperbaiki dan memulihkan kulit. Buktinya nyata bila daku pergi n lihat sendiri keberkesanannya.
Kes 3
Terjadi pada daku sendiri. Dalam entri2 yang lepas daku ada cite pasal Baby Qis yang demam 2 minggu x kebah2.. selsema hingga nafas berbunyi dan x leh tido. Dari masalah inilah daku bertemu Dr Mahani. Beliau memberikandaku cuba sebotol. Malam tu daku lumur di hidung, leher, dada, perut dan bagi setitik kedalam mulut sebelum hisap susu. Alhamdulillah Baby Qis boleh tidur, demam mula kebah dan dua hari selepas itu daku lihat selsemanya dah mula kering. Pernah kena selsema balik lepas seminggu tapi daku bagi setiap hari, alhamdulillah x sampai 2 hari mesti baik. Dah hampir sebulan x demam. Malah, kalau Baby Qis kurang kembung perut. Memang berkesan. Begitu juga pada anak2ku yang lain. Cik Abgku pun mengakuinya. Sebab tulah daku minta pada Dr Mahani stok untuk family kami, then bila daku cite kat blog, ada yang berminat. Dr Mahani lantik daku sebagai pengedar tunggal di Perak untuk memasarkan antivirus ini secara tradisional (mulut ke mulut) dan melalui internet. Daku x kan jual kalau daku x rasa sendiri sebab daku bukan pandai berniaga. Pekasam tu pun daku jual bila daku dah rasa sendiri.
Terpulang kat uols kalau berminat nak cuba boleh order melalui borang pesanan disebelah sidebar atau email terus ke Miela.7@gmail.com . Daku mohon maaf kalau ada diantara uols yang x suka daku terjah dan tinggal jejak mengenai info ini. Niat daku hanya untuk berkongsi pengalaman dan info yang berguna bagi menangani wabak ini. Salam ramadhan, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa.
PROMOSI 3 BOTOL 5ML RM57 TERMASUK POS MASIH BERJALAN..BOLEH ORDER YE..

Thursday, September 10, 2009

Maklumat Terkini H1N1..oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 73
Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 126 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 233 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 7 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 372 pesakit (31.6%) telah disahkan positif H1N1.Daripada 372 kes yang telah disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana 3 kes merupakan kemasukan baru, sementara 11 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 (62.5%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (10), morbid obesiti (9), kanak-kanak bawah 5 tahun (5), dan penyakit respiratori (1).Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini. Saya mengharapkan semua individu lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan jangkitan virus influenza A H1N1 terutamanya mereka yang mempunyai gejala ILI dengan berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa. Ini kerana selagi seseorang itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, mereka masih mengeluarkan virus H1N1 dari batuk atau bersin mereka, dan boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain dan jangkitan ini merebak melalui titisan cecair (droplet).Saya menegaskan bahawa, orang ramai boleh mengelakkan dari dijangkiti dengan cara menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala Influenza-Like Illness dan sentiasa berada sekurang-kurangnya 1 meter dari individu tersebut serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut: Elakkan menyentuh mulut dan hidung jika ia belum dibersihkan atau dicuci.Cuci tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun (terutama selepas menyentuh mulut dan hidung atau permukaan yang berpotensi dicemari virus)Jauhi individu-individu yang berkemungkinan sakitKurangkan masa berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesakTingkatkan pengaliran udara dengan membuka tingkap rumah atau bangunan (living space)Amalkan cara hidup yang sihat termasuk tidur yang cukup, makan makanan sihat, minum air secukupnya dan amalkan aktiviti fizikalBagi mereka yang merokok, kajian mendapati merokok merupakan faktor risiko bagi jangkitan influenza terutama di kalangan orang muda. Jangkitan influenza adalah lebih teruk di kalangan perokok kerana asap rokok merosakkan saluran pernafasan dan dengan itu memburukkan lagi keadaan pesakit. Malah pendedahan kepada asap rokok secara pasif juga perlu dielakkan.Sempena dengan musim peperiksaan UPSR sepanjang minggu ini, saya turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak masing-masing. Sekiranya mereka mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital berhampiran. Maklumkan kepada pihak sekolah tentang keadaan anak anda supaya tindakan seterusnya dapat diambil.Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan MalaysiaTarikh: 8 September 2009

UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HERBAL BOLEH MEMBANTU MENCEGAH DARI GEJALA H1N1 INI. SELAMAT DIGUNAKAN DARI BAYI BARU LAHIR HINGGA ORANG TUA, WANITA DALAM PANTANG, HAMIL DAN LEBIH BERKESAN TERHADAP PESAKIT KRONIK ATAU YANG BERISIKO.
PROMOSI 3 BOTOL 5ML HANYA RM57 TERMASUK POS
DAN 2BOTOL 100ML HANYA RM290 TERMASUK POS.
ANDA HANYA PERLU MENGISI BORANG TEMPAHAN DAN MAKLUMKAN ORDER ANDA. DAKU AKAN HUBUNGI ANDA MELALUI SMS ATAU EMAIL DALAM TEMPOH 24JAM.
BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLEWAT.
SELAMAT BERPUASA.

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010