Tuesday, June 30, 2009

Confirm...something wrong with my blog...

Not sure, but there's something wrong with my blog. Kengkadang ok, but a few days cant insert pic into my blog...always hang...dont know why..something, follower list ku missing, and sometime can't save my post...nape weh...frustnyerrrrrrrrrrr....Daku nak wat entri pun susah kalau melibatkan pic, tapi kalau text jer ok lak...saja tull......

Monday, June 29, 2009

zhaneez~craft giveaway

(click the above banner to join dis giveaway)
Daku ternampak lak zhaneez~craft giveaway yang berlangsung dari 15 ~ 30 june 2009...wah sempat lagi nieh...

So daku teruja nak join lagi. Actually,
zhaneez~craft ni menjual handmade product yang sangat kreatif dan cute. Kenapa daku perlu dipilih untuk memenangi Giveaway ini? Daku amat merasa bertuah sekiranya terpilih untuk memiliki hasil kerja yang cantik, unik, kreatif, teliti dan halus seperti yang dibuat oleh zhaneez~craft dan daku akan war2kan kepada semua rakan2 yang masih belum sedar atau tahu kewujudan blog ini. Moga2 bertambah pendapatan dan penggemar kraf dengan hebahan dari daku ini. Amin…

Berikut adalah syarat-syarat giveaway ni..

1. copy gambar di atas (salah satu pn xpe) dan buat entry berkaitan giveaway ni pada blog atau pada mana2 tempat spt yg dinyatakan di atas.
2. buat link untuk blog zhaneez-craft ini dlm entry tersebut
3. setelah buat 2 syarat di atas, anda dapat 2 point..kiranya 2 kali nama anda akan dimasukkan dalam list cabutan
4. anda perlu bg komen pada n3 ini. dgn tajuk: kenapa anda nk menang game ni. tak terhad pun jumlah komen tu.ehe.bagi yg tak buat 2 syarat di atas, masih boleh bg komen juga..cuma anda dapat 1 point je. bererti nama anda hanya dimasukkan sekali je dalam list nanti.

Dan pemenangnya bakal membawa pulang barangan seperti dibawah :-

Oreo Hp Strap, Luv-Vy Keychain, Coin Purse , Brooch , Fridge Magnet

Adakah daku layak memenanginya? Terpulang kepada Zhaneez Craft untuk membuat keputusan...








Big Eyes Pouch Sling GIVEAWAY

Tengah daku jengah umah Mummynaliaya daku ternampak satu lagi GiveAway iaitu Big Eyes Pouch Sling GiveAway yang dianjurkan oleh Big Eyes Shop. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2009. Pemenang akan dipilih secara random dan mendapat pouch sling bersaiz XS (UNPADDED).


Antara Syarat-syaratnya:
1. Sila buat entry mengenai GIVEAWAY ini di blog anda.
2. Sila tinggalkan komen dan sertakan URL anda, bagi memudahkan BigEyesShop menilai penyertaan anda.
3. Add Big Eyes Shop di blogroll/bloglist anda.
4. Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda boleh email ke bigeyesshop.shada@gmail.com agar dapat bersama-sama menyertai giveaway ini.
5. Anda boleh menyertai lebih dari satu penyertaan.

Untuk makluman, daku tak pernah guna lagi pouch sling nie. Slalu guna Baby Carrier je...dah 3 org anak dah...tu la yang daku nak try GiveAway nie, mana tau rezeki Baby Qis, dapat merasa guna pouch sling nieh...Daku amatlah berharap agar daku terpilih sebagai pemenang dan daku akan memanfaatkan pouch sling nie sebaiknya.
Pada rakan2 yang berminat nak join, masih sempat lagi. Esok baru tarikh tutup. Daku pun last minit entry nie...dengan penuh harapan gitu...hehehe

Apa yang terjadi nih..

Daku hadapi masalah untuk follow blog lain dan add pic to the entri...list kenalanku tak kuar...kosong je..Adakah blog ku yg problem, pc ku atau memang arinie blogspot problem...Somebody, please help me...Daku ada beb entry nak wat utk join bermacam contest but....arggghh...tension....tak taw nak wat camne...

Mysunshine Blog Giveaway! - My First Entry


Masa check komen2 kat entri2 daku, terlihat komen from Mysunshine Creative Gift Shop yang sedang menganjurkan Mysunshine Blog Giveaway...emm...so interesting...tambah pula my friends ada 2 org yang bakal bersalin dalam bulan nie...so sambil join this giveaway leh cari2 hadiah tuk depa....

Daku mulai dengan lafaz Mysunshine Creative Gift Shop dihoskan oleh Zarina Semuri dengan entri pertamanya di blog pada 3 Januari 2007. Bisnes utamanya ialah Baby Diapers Cake. Apa itu Diapers Cake? Maklumatnya seperti berikut: -

What is Baby Diaper Cake?
A baby diaper cake resembles a tiered cake, made with rolled diapers, and some of the items that are necessities for the new parents. Some of those items include disposal diaper, baby bath and lotion, towels, handkerchief, cotton nappie, baby bib, burp cloth, baby socks and a baby toy is included with every cake! A complete list of ingredients is listed along with the cake of your choosing.

Daku berminat dengan latest produknya iaitu 2 tier Blueberries bernilai RM130.00...Ianya lengkap dengan :-


1. 15 pcs Huggies disposal diaper size M
2. 1flannel blanket 30' x 30'1 Mothercare socks (3-6 months)
3. 1 Mothercare bodysuit (3-6 months)
4. 1 hankerchief1 playskol toy
5. 1 baby syampoo1 baby powder
6. 1 manicure set (set contains scissors, nail clipper and emery boards)
7. 1 gift box
sesuai untuk dihadiahkan kepada si ibu yang anaknya berusia 3 - 6 bulan...namun untuk Baby Qis daku pilih yang ini....
Winnie The Pooh Bento Box set bernilai RM69.90 dan caj penghantaran percuma...
Pakej ini termasuklah :-
1 Pooh bento box
1 bento bag with thermal inside (for cold or hot)
1 pancake mold (bird shape)1 cookie cutter (leave shape)1 silicon cup
1 dish cup10 pcs color full picks (4 pcs veggie, 2 pcs fruit & 2 cartoon)
1 bunny egg mold1 star shape squeeze soy sauce bottle

Pasti Baby Qis tersenyum riang menerima hadiah ini dari Mamanya...dan...Kakak Amira dan Abg Bad pun mulalah menarik muka 14 sebab nak gak? hahahaha...
Anda semua leh gak join....macam mana nak join? Baca dulu pantunku yang merapu nie ek...

Diriku meroyan menerjah blog ni,

Bermacam Produk Baby Diapers Cake terbaru dan terkini,

Camne kome semua nak join GiveAway ni,

Kenalah tunggu next entri....

hahahaha.....


Hutang Award ku...Akhirnya terbayar...Tunggu Contest Dariku lak ye...

Lately daku ada terima beberapa award tapi tak sempat nak tepek kat blog lagi...asyik meroyan contest je...nasib baik daku menang Top Comment By Mama_Aqish...dapatla ole2 dari Cameron...blum sampai lagi...before this dapat no. 14 kat Blog Hunter Contest...hadiahnya barangan dari Miracle Neem bernilai RM66. Alhamdulillah...namun daku masih teruja nak join contest lain...sapa2 yang tau ada new contest...maklumkanlah pada daku....so ini award yang daku dapat dari my SIL Kakyong...


Dan ini lak award yang daku dapat dari AnasAsha





Dan my first award i got it from Sizuka...thanx for your lovely award...



Untuk makluman semua, daku akan menganjurkan satu contest sempena pembukaan blog online shopku iaitu kedaimiela77 Online Shoppe yang dijangka akan dibuka pada pertengahan Julai nanti. Hadiahnya ada 3 kategori...so 3 hadiah mewakili setiap kategori dan 1 hadiah utama. Apa hadiah dan term and conditionnyer? Tunggu pembukaan kedaimiela77 Online Shoppe ek...Daku akan war2kan sehari sebelum contest bermula...So rajin2 la ziarah umahku yang seadanya ini....

Friday, June 26, 2009

** PERADUAN - TEKA UMUR ** by Azura777

** PERADUAN - TEKA UMUR ** by Azura777

NI ADALAH "STICKY MODE"
UNTUK NORMAL ENTRY, PLS. SCROLL KE BAWAH.
TQ

TEKA BERAPA NILAI RM DUIT SYILING2


Contest nie dianjurkan oleh sisdayen
Tempoh contest ni adalah bermula dari : 24 Jun 2009 - 30 JUN 2009 Masa nya hingga : 10pm
Keputusannya akan keluar pada : 1 July 2009
Hadiahnya adalah : Top Up
Digi / Celcom / Maxis
yg bernilai RM 20

so setiap contest sudah semestinya ada syarat2 kan.. klu korang nak join sila tgk syaratnya dulu baru join ok. Senang je syarat2nya..
1- Kena la jd followers oricurly ..iela dah follow ek..
2- Kena buat special n3 utk contest ni kat blog korang dan juga kena sertakan sekali gambo syiling contest tu kat dlm n3 korang tu ya, pastikan korang mention dan link ke
http://www.oricurly.blogspot.com/. (no link back will be disqualified. Harap maklun) ...entri telah dibuat dan link back pun dah wat
3- So bila dah memenuhi syarat yg dua tu.. makanya korang dah blh la teka berapa nilai RM duit syiling2 tu.. dgn klik kat ruang 'LINK TO POST' dan jgn lupa tinggalkan jejak sperti
EMAIL ; NAMA ; BLOG KORANG
utk keterangan lebih terang dan lebih lanjut korang blh
klik sini
so jom ramai2 kita memeriah kan contes ni.. menang ke kalah, tu belakang kira.. janji kita enjoy !! :D
Sticky Mode ya.. n3 baru.. rerajin la scroll kebawah.. bawah..bawah.. lagi.. :D

GIVEAWAY-JULY PLANNER POUCH

GIVEAWAY-JULY PLANNER POUCH
by
shambijouk

(click banner to join the contest)

Daku join lagi la...Cam ne nak join? Maklumat seperti dibawah:-
The one lucky winner will receive this Pouch (printed with July Monthly Planner)
and also a half yard of English Cotton (design will be a surprised!!!)~ :happy:Open to readers residing in Malaysia
and giveaway will end on midnight 29th June, 2009.
Lucky winner will be chosen randomly.To enter, leave a comment on
this post telling me
what you like about my monthly planners and what you might like to make with the fabric!!
It’s that easy! and Don’t forget to blog about this giveaway on your blog.
senangkan?
mari ramai2 kita meriahkan!

Wednesday, June 24, 2009

Father's Day Contest by MamaManja ...STICKY MODE


UNTUK MAKLUMAN, INI ADALAH STICKY MODE...UNTUK NORMAL ENTRY SILA SKROLL KE BAWAH...

Mamamanja dengan senang hati mengajurkan FATHER'S DAY CONTEST NIH...

Syarat-syarat2 untuk join:
1. Menjadi FOLLOWER
Mamamanja
2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang
4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog.

Dan cara untuk menyertai contest ini adalah:

1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah.
2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan)
3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya.
4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link
MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry ini.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang.


Dan ini adalah Entri dan gambar yang daku pertaruhkan :-

Nama : Muhamad Riza bin Ahmad (23 Mei 1955 - 29 Mac 1979)
Pertama sekali daku mohon maaf kerana ini saja gambar yang daku termampu untuk uploadkan untuk dipertandingkan dalam contest yang dianjurkan oleh Mama Manja. Daku hanya mencuba dan memeriahkan lagi contestnyer. Untuk makluman daku tiada walau sekeping gambar pun bersama Arwah Ayahku memandangkan arwah telah pergi meninggalkan daku disaat daku baru mengenal dunia. Menurut ibuku, arwah sakit selepas daku lahir dan disahkan mengidap barah. Beliau terlantar sakit selama 1 tahun 5 bulan dan tanggal 29 Mac 1979, arwah pergi meninggalkan ibuku yang baru berusia 20 tahun dan daku yang berusia 1 tahun 5 bulan. Semasa arwah dikebumikan, makcikku gtau yang daku tercakar-cakar tanah perkuburan dan minta arwah dikeluarkan. Waktu tu daku dah pandai cakap yang senang-senang. Semua disana menitiskan air mata. Daku tidak pernah dapat sekali pun bermesra-mesra dan bergurau senda dengannya memandangkan dirinya yang sakit. Arwah sakit dah lama tapi dipendam saja, bila dah teruk terus terlantar. Malah memori bersamanya tidak terlekat dimindaku. Syukur kepada ilahi kerana setiap detik daku sering didendangkan dengan cerita-cerita mengenai arwah. Tiada satu pun yang buruk. Semuanya baik belaka. Walaupun arwah tiada, namun daku sering beranggapan arwah ada menemaniku dikala sedih, sepi, sunyi, dan gembira. Arwah sering memerhatikan daku dari sana. Itulah persepsiku setiap kali daku teringatkan arwah. Malah daku pernah ditakutkan kerana terpaksa melalui kubur setiap kali balik kerumah...dengan konfiden daku menjawap...APA NAK TAKUT, ABAH ADA KAT KUBUR TU JAGA KITE...masa tu daku baru darjah 2. Daku mungkin akan kalah dalam contest nie, maklumlah gambar pun kelabu, namun daku sekadar mencuba kerana daku amat ingin berkongsi cerita mengenai arwah. Daku amat merinduinya.

Ucapan daku kepadanya : ABAH, DAKU BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN KE DUNIA SEBAGAI ANAKMU. WALAUPUN DAKU TAK SEMPAT MENGECAP KASIH SAYANG DARIMU, NAMUN INGATANKU KEPADAMU TIDAK MUNGKIN LUNTUR SAMPAI BILA-BILA. DAKU AMAT MENYAYANGIMU. ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA, INGIN SEKALI DAKU MEMELUKMU DAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI BAPA SAMBIL MENGUCUP TANGANMU..DAN KITA JALAN BERIRINGAN BERSAMA MAK...DAN AKAN KUCANANGKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SERING MENGEJEKKU DAHULU YANG DAKU JUGA MEMILIKI SEORANG ABAH...



My Cheeky Boo's Give Away..

Wah, tetiap hari ada je contest or GiveAway yang dianjurkan...Meriah tul bulan Jun nie. Daku amik keberkatan bulan Jun utk join whatever contest yang ada...Moga2 ada rezeki daku...Semasa jejalan umah rakan2, daku ternampak lak My Cheeky Boo's Give Away.. yang dianjurkan My Cheeky Boo. Maklumatnya dan syarat2nya sperteri berikut :-

Greetings daddies and mommies,In conjuction of the launching of
My Cheeky Boo, I'm having a give away. What I'll be giving away is gift voucher of Rm20 to shop at My Cheeky Boo to 3 lucky winners.How to enter this give away?

1. Create an account / register with us at
http://mycheekyboo.com/ done...
Subscribe to My Cheeky Boo's mailing list....done
If you're a blogger, blog about us. ...done...

And no purchases are required. If you do all the above, and you'll have total of 5 entries in winning this give away!
For bloggers, do send me your blog link once you've done to mycheekyboo at gmail dot com.
This give away will ends at 12 July 2009. Winners will be selected by a random draws by my cutie cheeky pie -Wawa. :)
So hurry, join in the fun! So sape2 yang minat nak join, moh le kite...

Tuesday, June 23, 2009

MOBS & ALICE WONDERS : Giveaway Contest - Win a bag of your choice!

Daku ternampak MOBS & ALICE WONDERS : Giveaway Contest - Win a bag of your choice! masa jejalan kat blog kengkawan. Sebenarnya dah banyak hari dah tapi tak sempat nak wat entry lagi. Busy, yang Giveaway contest dalam draft pun hutang 3 lagi. Tengah meroyan masuk apa saja yang terhidang. hehehe...


Maklumatnyer adalah seperti berikut :

MOB & Alice Wonders .....PROUDLY brings you a joint ventured GIVEAWAY CONTEST !!!

Contest Period : 16th June till 23rd June 2009

Want to WIN the bag of your choice?? Read more below ...
1. Leave a COMMENT here with "Me need a bag because...."
Me need a bag because my laptop bag are too heavy and not trendy. I like Mary Kay Ash Lady Laptop Tote (13-14 inch) because its not seem like laptop bag but totebag. So i can multiused it...hahaha...
2. Choose a bag from Alice Wonders website at http://www.alicewonders.com

3. Don't forget to include your email address... simple 3-steps and you are in the run of winning your choice of bag !! :)Simple right?

My email is : Miela.77@gmail.com

Want to DOUBLE your chances of winning?BLOG ABOUT THE CONTESTand do a write up about the bag you want to win!!

1. Blog must link to MOBS giveaway post.. and the link is MOB
2. Blog must feature their favourite bag from AliceWonders.com...and the features of my favorite bag is Mary Kay Ash Lady Laptop Tote (13-14 inch)

"I'm 30% iron, 70% lady"

- Compartment divides for laptop and power supply

- Laptop compartment is detachable and can be inserted into other tote bags. Thick padding and bottom has superior safetycells (pic 3) for laptop protection

- Detachable cosmetics/accessory pouch

- Padded faux leather shoulder strap with ergonomic handle- Multiple pockets: Handphone pockets, zipped pockets and easy access back pocket

3. Make sure you leave a comment here with your BLOG LINK and email as well so we know you have blogged about it and doubling your chances of winning!! please check your comment box and please choose me...heheheh

Monday, June 22, 2009

Manjaku GiveAway Contest

Assalammualaikum..daku sememangnya dah meroyan contest. Tak dapek den nak nolong. Daku nak join gak Manjuku GiveAway Contest lak..pada sesiapa yang turut berminat leh klik link ni atau lihat di bawah :-

Macam mana nak MASUK senarai bakal pemenang? Ada 5 cara untuk jadi peserta :-

CARA 1 Berikan komen kat dlm entry giveaway ni berserta email address anda. (Senangla saya nak email jika menang :))... dah komen dah....
Nak masuk senarai lagi?
CARA 2 "Follow" this blog. Ada kat sebelah kanan "Come and Join, Manjakuhappy members", Dah ada ke? automatik masuk senarai nanti. ...pun daku dah follow...
Dan masuk lagi?
CARA ke 3 Linkkan blog http://manjakuhappy.blogspot.com ke dalam website/blog/fp/dll. Kemudian beritahu saya dengan meletakkan komen di sini ye.....pun dah wat link..check link kengkawanku...
Dan lagi?
CARA ke 4 Buat entry mengenai Manjakuhappy Giveaway dengan meletakkan gambar giveaway serta link http://manjakuhappy.blogspot.com ke dalam blog anda! Cerita lah apa2 pun mengenai Manjakuhappy! ho..ho.ho...jgn lupa datang sini balik untuk beritahu saya dgn meletakkan komen di sini....taddaaaaa...inilah entry yang dimaksudkan....
Okay, ada satu lagi cara
CARA ke 5 Emailkan Manjakuhappy Giveaway kepada 10 orang sahabat anda! owhh..boleh buat 1 email kepada 10 org ye...Jangan lupa cc kan pada manjakuhappy@yahoo.com supaya saya tau anda telah pun menghantar email tersebut. Dan beritahu saya pada komen ye...orait...dah email gak...

Daku sebenarnya tak penah guna CD lagi...so kalau menang CD nie, ia merupakan pengalaman baru untuk Baby Qis dan kalau suit..leh daku beli dari website Manjakuhappy nieh..

Manjakuhappy Giveaway ini bermula pada 19 June 2009 dan berakhir 30 June 2009. ..pada sapa2 yang berminat leh join gak...

My First Blog GiveAway


Daku ternampak this GiveAway dianjurkan oleh My Chocolate Muffins dalam blog een...maka daku pun berminat nak join. Memandangkan keterujaanku nak join contest nie..daku cuba nasib lagi...


Macam mana nak join? senang je...


1. Leave your comment here .
2. Post about this giveaway in your blog, myspace, friendster, twitter or any media form you can think and leave the link in your comment.
3. Copy the blog giveaway banner and paste it in your blog.!
So what you waiting for? Hurry put your name in the list and maybe this cute yummy pieces could be yours!
Last day to enter : 06/29/2009
dan hadiahnyer..jeng...jeng...jeng...seperti disebelah kanan entri nieh.. :- Marilah kita join bersama-sama....










ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST

FATHER'S DAY IS JUST AROUND THE CORNER!
SEMPENA FATHER'S DAY 2009,ZARA SHOPPE MENGANJURKAN SATU CONTEST..
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST!
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST bermula 4/6 ~ 30/6/2009
SYARAT-SYARAT PERADUAN :
1~ follow ZARRA SHOPPE.
2~ add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda.
(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!)
3~ review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima)
4~ upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!
(satu gambar sahaja diterima!)
5~ tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address
6~ keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009
HADIAH?
*
*
*
Pemenangnya akan di hadiahkan Louis Vuitton DAMIER CANVAS WALLET
bernilai RM95
yang akan di hantar terus kepada ayah anda atau ayah kepada anak anda (suami)sebagai kejutan
beserta father's day card ( kata-katanya tentu dari anda ya!)



Maka daku pun wat satu lagi entri father's day utk My Dearest Husband...memandangkan daku tiada berayah...

Nama : Yusri bin Yahya (36 tahun)

Anak : Badrul Munir, Nurul Qistina Batrisya, Nurul Amirah Syafiqah

Gambar nie daku snap semasa cik abgku baru balik keje. Puncanya, anak2 nak wish Happy Fathers Day memandangkan kat sekolah cikgu cite pasal Father's Day. Maka mereka pun tak sabar tunggu ayahnya balik nak wish..tak kira baju kotor pun, janji dapat peluk n wish...kebetulan kamera ada, daku pun snap....Sememangnya Cik Abgku seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab dan sering mengutamakan keperluan keluarga berbanding keperluan dirinya. Anak-anak agak rapat dengannya walaupun dia juga seorang yang garang. Namun walaupun segarang mana ayahnya, mereka pasti terkam bila ayahnya balik dari kerja. Daku suka gambar nie menggambarkan betapa akrab hubungan mereka anak-beranak. Menang kalah belakang cite, yang penting kalau ada rezeki cik abgku, dak bersyukur dan berterima kasih. Wish u all the best Sayang dan Selamat Hari Bapa....Moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita...Amin...


Contest Model Bertudung by ummie_mirahaziq

Contest ni bermula pada 17 june dan tutup pada : 30 june 2009 @ 2 petang..keputusan akan diumumkan pada 1 july 2009.

Dan syarat2 nyer adalah seperti berikut:

1. Add blog ummie_mirahaziq di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER ummie_mirahaziq

2.Upload banner contest kat sidebar anda

3.Buat entry khas ngan tajuk " Model Bertudung" & upload gmbr anda.- model boleh sesiapa sahaja..anda sendiri..anak...suami..adik..kakak..ibu..ayah..nenek..- Jenis tudung yang boleh di modelkan adalah tudung ekin,selendang,ariani,selendang siffon,munawarah,syiria,shawal,tudung aziha n latest tudung bawal ler...

4. Dalam entry itu pastikan anda link kan ke ummie_mirahaziq..Bila dah siap..tinggalkan komen di entry ini.

5. Pemenang akan dipilih berdasar kan dan gambar yang kreatif dan menarik..

6. Hadiah untuk pemenang..adalah koleksi tudung...PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja ntuk satu penyertaan.. jadi...tunggu apa lagi...jangan lepaskan peluang ini...

Maka daku pun snap la gambar anak sedara ku yang kiut miut...memandangkan mukanya memang kiut bertudung..untuk dipertandingkan..

Nama : Nur Sakinah Ayuni bt Abdullah
Umur : 4 tahun 4 bulan

Diharap menepati syarat2 yang ditetapkan dan mencuri hati juri....

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA SAYANG....

Entri nie daku tulis khas buat suamiku yang tercinta. Walaupun Cik Abgku melalui ranjau liku hidup yang agak menyedihkan, tapi Cik Abgku berusaha menaiktarafkan kehidupan kami agar anak2 nya tidak mengikut jejak langkahnya. Daku amat sedih pabila membaca Entri yang ditulis oleh my SIL mengenai ayahande...Baru daku dapat tahu cerita yang lengkap yang selama ini daku dengar dari makbonda dan cik abgku saja. Dan baru daku faham mengapa cik abgku tidak mahu ramai anak. Apa pun daku bersyukur kerana nasib kami sekarang tidak seburuk nasibnya dulu. Sayang, you're the best father that our children ever had.

Gambar dirakamkan bulan lepas semasa Cik Abgku baru balik kerja

Disebabkan itu juga daku sanggup bersusah senang denganmu. Pabila sayang minta pendapat nak futher study kat UUM tu, daku setuju kerana itu adalah impian yang tak dapat dicapai oleh sayang suatu masa dulu. Malah daku bersyukur kerana sayang sanggup berusaha demi memastikan kehidupan kita bertambah baik dari masa ke semasa. Daku telah membuktikan pada sayang yang daku tak heran dengan kesusahan yang bakal dihadapi kerana kita berkahwin semasa kita sama2 tiada harta benda. Kita berusaha bersama demi meningkatkan hidup sehingga sekarang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan keberkatan darinya, hidup kita semakin hari semakin baik dan kewangan kita walaupun tidak kukuh tapi kita belum pernah lagi tak makan. Tidak seperti apa yang sayang pernah hadapi dahulu. Dan fahamlah daku mengapa sayang berusaha bagi memastikan anak2 mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya. Daku tabik spring pada sayang kerana bekerja berhempas pulas tapi bila time gaji, baki yang tinggal setelah ditolak expenses, ciput je. Tapi sayang puas. Daku berdoa agar sayang lulus dengan cemerlang dalam pembelajaran dan daku juga dapat naik pangkat seperti yang daku aim kan. Demi untuk anak2 kita ya sayang. SELAMAT HARI BAPA SAYANG...SEMOGA KEBAHAGIAAN SENTIASA MILIK KITA....AMIN...

Saturday, June 20, 2009

Bisnes Ikan Pekasam

Daku dapat offer dari my bos, if sesiapa yang berminat nak makan ikan pekasam leh order kat dia. Daku pun order la satu. Sedap dan tak berapa masin. Memang sesuai makan masa nasi tengah panas. Sayangnya daku tak leh snap gambarnya coz kamera stil (malas nak cite...sakit jiwa raga huhuhu...). Then daku terfikir, apa kata kalau daku snap gambar n promote kat blog nie. Mesti ramai peminat ikan pekasam kan? Leh tambah pendapatan sikit. Apa pendapat uols?

Friday, June 19, 2009

Hari yang menggembirakan...Mood Cuti

Salam pada semua. Hari nie daku dalam mood gumbira...kenapa? Sebab akhirnya setelah 6 kali amik exam, barulah ini kali pertama Amira tak menduduki tempat kedua terakhir seperti selalu. Walaupun keputusan peperiksaannya tidak cemerlang seperti kanak-kanak normal lain tetapi sekurang-kurangnya usaha daku berhasil. Dari 20 - 30% setiap kali periksa dan 5 subjek teras selalu dapat D atau E, lastly daku dapat le lihat peningkatannya. Amira dapat 1B3C1D, 52.5% dan tempat ke 19/27. Alhamdulillah. Daku akan teruskan usaha bagi memastikan Amira yang mengidap ADHD dapat bersaing dalam pelajaran seperti rakan2nya lain. Cik Abgku yang dalam perjalanan ke UUM pun gembira kerana kami dah frust setiap kali dia amik periksa mesti kantoi. Tadi daku jumpa Guru Besar dan Guru2 yang mengajarnya dan mereka berjanji akan membantu memantau pembelajarannya di sekolah. Doakanlah Amira agar dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Amin.

Thursday, June 18, 2009

ADHD, Amira dan Masalah Di Sekolah

Hari selasa lepas, daku sempat bawa Amira ke Pakar Peadiatrik Ipoh berkenaan masalah ADHD yang dihidapinya. Sebenarnya checkupnya minggu lepas, dan Cik Abgku dah bawakan, namun disebabkan Doktor Pakar yang merawatnya tiada, mereka postponed minggu nie. Amira sekarang dah pandai berkomunikasi dengan doktor. Dia adalah mengadu mengenai tingkah laku guru Sainsnya yang menggunakan perkataan MALAS GILA BABI dan sering menyuruh rakan sekelas mendenda dengan cara mengetuk kepala Amira dengan alasan kerana sering tak siap kerja yang diberi. Sedangkan daku pernah mengemukakan surat Doktor mengatakan Amira menghadapi masalah Kurang Tumpuan dan Perilaku yang memerlukan pemerhatian guru sepenuhnya. Dimana silapnya guru-guru sekarang. Tidak peka dengan perkembangan anak-anak murid. Dr. Shiela (Dr Pakar Paed kesayangan Amira) agak marah dengan situasi tersebut. On the spot dia arahkan staffnya buat surat kepada Guru Besar dan Guru Kelas untuk permasalahan ini dan mohon kerjasama mereka untuk pastikan perkara nie tak berlaku lagi. Amira nie walaupun menghidapi ADHD tapi tak boleh dimasukkan ke dalam Kelas Pendidikan Khas kerana IQ nya tinggi. Biasanya kanak-kanak Autisme atau ADHD (Hyperaktif) je yang disarankan ke situ. Sekiranya betul cara, dia mampu berjaya dalam pelajaran. Cuma disebabkan penyakitnya, dia agak ketinggalan berbanding kawan2 yang lain. Itu gunakan RItalin yang perlu diambil setiap pagi. Daku sedih gak dengan nasibnya. Kalau tak makan ubat, dia akan lasak, tak fokus, dan macam2 lagi. Pasti kena marah dan silap2 kena pukul dgn ayahnya. Daku amatlah berharap agar penyakit Amira dapat dibendung agar dia dapat bersaing dengan rakan-rakan seusianya dalam pelajaran. Amin..

Kepada sesiapa yang berminat nak tau cerita tentang ADHA Amira yang pernah daku berikan pada SIL daku dulu boleh klik link nie..http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/adhd-penyakit-hilang-daya-tumpu.html

Daku ada gak survey rakan2 blog dan terjumpa maklumat ni kat blog Marya. Bolehlah kita kongsikan bersama. Harap membantu yang lain disamping meringankan kepala dan sakit hatiku ini.

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

PendahuluanADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia didalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala:-

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa

Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan(lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

• Tambahan :

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya.
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
PemulihanIntervensi tingkahlaku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Info dari : http://www.infosihat.gov.my


Wednesday, June 17, 2009

Adus frustnyer...Virus oh Virus

Hari nie bermula dengan ceria je pagi tadi sampai la daku kena hantar report ke HQ. Daku pun g la pc sistem e-SPKB utk dptkan report tsb..cucuk la my lovely pendrive...n save all the report needed kat dlm pendrive tu...tetiba once daku cucuk je kat my pc, tetot...tetot...bunyi virus detect...bukan satu..habis semua fail doc, xls jadi exe...pendek kata semua fail2 penting daku infected...wargh....... tension tahap gaban nieh...rasa nak gigit je last person yg guna pc tuh...patutnya scan le virus dulu...dalam precaution pun kena gak...daku bengang.......nie nama virusnya BDS/MIRC-based K5...nie confirm ada org guna pc tu wat chatting ni...sapa2 tau camne nak wat, tolong..................

Monday, June 15, 2009

CONTEST AKSI MENARIK KETIKA ANAK TIDO by MAMA UZMA ...STICKY MODE

NI ADALAH "STICKY MODE"
UNTUK NORMAL ENTRY, PLS. SCROLL KE BAWAH.
TQ
Wah..wah...wah, makin hari makin teruja daku join contest nih. Daku terjah lak blog Mama Uzma dan dapati beliau tengah wat contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido. Actually, daku dah jd follower dia minggu lepas cuma tak dapat snap gambar Baby Qis tido lagi. Daku nie tgh x de kamera memandangkan handphone n kamera meragam, so tunggu la My Sis balik cuti, pinjam kamera dia snap. Tu pun kebetulan je. Akhirnya tercapai juga hasratku nak masukkan Baby Qis dalam contest nie...menang kalah belakang cerita yang penting memeriahkan lagi contest2 yang dianjurkan oleh kengkawang bloggers...Maka terimalah gambar tido Baby Qis utk dipertandingkan....Jeng..jeng..jeng..


Nama : Nurul Qistina Batrisya binti Yusri

Umur: 4 bulan 2 minggu (Kategori 1)

Kenapa Gambar ini dipilih?

Gambar nie daku snap masa dia baru tidur. Semalam, kami ke Giant beli barang-barang dapur dan kebetulan Bahagian Bayi meriah dengan pelbagai permainan so melihatkan keterujaannya memilih mainan daku pun belilah untuknya. Balik umah, dua benda yang tak lekang ditangannya ialah gagang telefon tu dan teether tu..Bila Kak Amira n Abg Bad kacau, marah weh....last2 main punya main punya main, tertidur sambil teether tu still kat mulut. Sempat la daku snap, pastu teether tu terjatuh. Ish...ish...ish...Tapi daku rasa gambar nie unik menggambarkan betapa Baby Qis menghargai pemberiannya a.k.a kedekut ...

Slogan : Hartamu hartaku jua, hartaku hartaku je...

Maklumat contest adalah seperti berikut:-

Bermula : 8 June-28 June 2009

Tarikh tutup : 28 June 2009 @ 8pm

Keputusan diumumkn pd : 6 Julai 2009

Terbahagi kepada 2 katogeri :
1. umur anak dari 2 bulan hingga1 tahun
2. umur anak dari 1 tahun ke 3 tahun
~lelaki dan perempuan sama~

Syarat2 :

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload CONTEST AKSI MENARIK as a banner di blog anda.

2. Buat entry khas ngan tajuk CONTEST AKSI MENARIK Sertakan perkara2 berikut:

* Upload gambar aksi menarik anak anda ketika tidur,

* Nama penuh anak* Umur anak (mengikut katogeri)* Slogan (Kenapa anda memilih gambar ini?)

~PERINGATAN~1. Hanya 1 gambar untuk 1 penyertaan.(jika mempunyai anak lebih dari seorang, boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...& boleh juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)2. Dalam entri itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini,untuk rujukan.

Marilah kita sama-sama memeriahkan contest ini.

Wednesday, June 10, 2009

A Tutu For Amira by MySuper Kids

Hari ni daku terjumpa lagi satu contest yang dianjurkan oleh MummyLina mengenai Win A Tutu! Picture Contest! Tajaan oleh Tutu Workshop. Bermula dari 7 Jun 2009 hingga 25 Jun 2009. Semua yang mempunyai anak perempuan layak untuk join contest nie.. Daku teringat Amira cukup suka bergaya model nie so daku nak cuba nasib maka sesi mencari gambar yang sesuai pun bermula.


Kenapa Amira patut mendapat Tutu?

Daku terjumpa gambar ni dalam arkib gambar simpananku. Gambar nie diambil semasa Amira menyertai Pertandingan Gadis Payung. Dengan penuh gaya dan sopan, Amira berjalan ala model sambil bergaya dengan payung bunga-bungaannya. Walaupun mendapat hadiah saguhati namun Amira amat berpuas hati kerana dapat bergaya. Kebetulah pula pada tahun 2008, DBI ada anjurkan Pertandingan Pakaian Beragam di Padang Polo, Ipoh. Daku cuba masukkan Amira sekali lagi dengan gaya Gadis Pulau. ...sayangnya gambarnya telah dipadam oleh somebody...Amira berjaya mendapat JUARA PAKAIAN BERAGAM KATEGORI BUDAK PEREMPUAN dan hadiahnya adalah Patung Garfield Besar. Jadi melihat kepada keterujaannya, daku ingin sekali melihat Amira bergaya memakai TUTU dan bergambar ala-ala model gitu. Pasti cantik. Ini adalah tutu pilihan daku untuk Amira. Harap mendapat tempat dihati juri.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai contest nie. Panduannya seperti berikut:-

1. Subscribe to MySuperKids and Tutu Workshop.(Every contestant must be a part of MySuperKids member and as a tutuworkshop fans - by dropping your email in the box @tutuworkshop website )

2. Make an entry titled : A Tutu For OR Tutu Untuk . e.g. A Tutu For Dania; OR; Tutu Untuk Tisya
3.Put your daughter’s cutest picture.
4. Write about – why your daughter/niece/cousin/lil sister should get a tutu / kenapa anak/anak buah/sepupu/adik saya patut dapat tutu – in your very own, creative ways.

5.Describe about the contest with link back to http://mysuperkids.net and http://tutuworkshop.blogspot.com.

6.Inform me when you’re done!

7.Entry should be written in English & Bahasa Malaysia only.

Pemenang akan membawa balik hadiah seperti berikut:-

First Prize : A Custom-Made Princess tutu 14″ length, extra puffy + accesories worth RM120.00
Second Prize : A Custom-Made Classic 10″ length, double puffy + t-shirt worth RM100.00
Third Prize : Custom-Made Poffy Classic 8 ” length, double puffy.worth RM80.00
5 Consolation Prizes : 15% discount voucher for any purchase at TutuWorkshop
Semoga berjaya kepada semua. Meh join ramai2....



Akhirnya gambar APC daku tiba jua...



Dengan penuh kesabaran daku menantikan gambar ni...memandangkan masa penerimaan tak bawa kamera...akhirnya ia sampai juga ke tangan ku...terima kasih En. Posmen. Gambar nie daku terima setelah kuar modal sebanyak RM35 bayar kepada Iqram Photomaster...rasa berbaloi coz gambarnya amat cantik...pada permerhatian dakulah... Daku terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ni pada 14hb Mei 2009 di Dewan Auditorium D8, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya yang disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baru iaitu Dato' Seri Mohd Shafie Afdal. Waktu daku posing nie daku tak kira apa dah asal pandang kamera je, muka Dato' Seri pun daku tak pandang... gara2 nak pastikan dapat posisi yang sesuai...tapi rasanya macam ada yang tak kena je...Apa ye? .... Inilah kenangan yang terindah sepanjang daku berkhidmat di Kementerian ni, moga2 ada harapan untuk dapat lagi di tahun2 yang akan datang. Amin.

Posted by Picasa

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

This contact form was created by Freedback.

Updated by SyamilaDesign! 2010