Tuesday, December 8, 2009

Adakah daku bakal menjalani kehidupan spt Pn Chuah akibat athristis????Ya Allah...

Daku berdebar2 menanti tarikh 22 Dis 2009 iaitu tarikh daku mendapatkan rawatan pakar tuk sakit arthristis ... daku mendapat tanda2 awal penyakit nie...so hr nie daku try survey2 kat google.. terjumpa info nie...Ya Allah...takutnya daku ... riso je.. adakah daku pun bakal menjalani kehidupan seperti Pn Chuah nie.. secara tiba2.. keceriaanku hari nie padam... rasa macam lost.. sbb tanda2 yang Pn Chuah alami ada pada daku..malah sendi tangan dan belakang lutut daku selalu sakit... daku kerap bengkak kaki dan tangan...kengkadang muka pun bengkak...takutnya daku...dalam pada daku berusaha menaiktarafkan hidup nie..dgn kerja dan my blogshop... daku dibelenggu dengan ketakutan dalam diri.. daku sedang berusaha untuk menidakkan kebenaran.. banyak juga dugaan yang menimpa, YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEKUATAN UNTUK DAKU TABAH DAN KUAT MENGHARUNGI SEMUA INI...amin...

Kisah Kehidupan Pn Chuah Chooi Hoon
Penderitaan Puan Chuah sebagai seorang penghidap penyakit arthritis telah bermula pada peringkat usia yang agak muda iaitu 26 tahun. Pada mulanya, Puan Chuah mengalami sakit di sendi tangan dan lutut. Jari beliau kerap berasa ketat di sebelah pagi dan lutut beliau akan mengalami kesakitan, lebih lagi di sebelah malam. Kadangkala kesakitan ini akan berterusan selama seminggu sebelum ianya reda.

Apabila keadaan beliau berterusan, Puan Chuah telah berjumpa dengan seorang pakar bedah otopedik untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Di sinilah beliau telah difahamkan bahawa penyakit beliau iaitu Rheumatoid Arthritis tidak boleh sembuh sepenuhya.

Dalam usaha beliau untuk mencari penawar penyakit ini, Pn Chuah telah mencuba berbagai jenis ubat-ubatan dan herba, kebanyakkannya dari jenis perubatan tradisional kaum Cina. Walaupun serba sedikit ubat tersebut dapat mengurangkan kesakitan sendi, wajah dan struktur badan beliau mula berubah. Perubahan ini besar kemungkinan merupakan satu komplikasi yang berpunca dari kandungan steroid yang berlebihan dalam ubat tersebut, menyebabkan berat badan beliau bertambah dengan mendadak dan wajah beliau menjadi bulat dan sembab.

Keadaan fizikal beliau mulai merosot. Akibat dari pembengkakan sendi, beliau tidak lagi berupaya untuk melakukan kerja rumah seharian. Malahan beliau terpaksa menghantar kedua-dua anak beliau yang pada ketika itu berusia sembilan dan empat tahun, untuk di jaga oleh ibu mertua beliau. Puan Chuah kerap berasa sedih dan selalu menangis memikirkan masa depan beliau yang kelihatan malap tanpa jalan penyelesaian. Walaupun beliau mempunyai suami yang penyayang dan sentiasa mendorong beliau, iainya belum cukup untuk memberi penawar kepada kesengsaraan yang beliau hadapi.

Pada tahun 1990, penyakit arthritis Puan Chuah telah menular ke sendi pinggul beliau. Beliau mengalami kesukaran untuk berdiri dan menggerakkan peha beliau. Keadaan ini memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Tidak lama kemudian, Puan Chuah telah berjumpa dengan seorang doktor siswazah dari Pulau Pinang yang juga merupakan suadara mara beliau. Doktor tersebut menasihati beliau untuk mendapatkan rawatan dari seorang Rheumatologist iaitu seorang pakar sendi. Sungguhpun tidak boleh sembuh sepenuhnya, beliau menerangkan kepada Pn Chuah bahawa adanya rawatan yang dapat mengawal penyakit ini dari terus menular.

Pada tahun 1995, Puan Chuah telah mula memahami dan menerima hakikat penyakit beliau. Lama kelamaan beliau dapat menangani perasaan murung dengan bantuan buku-buku motivasi yang ditulis oleh penderita penyakit arthritis. Walaupun sendi-sendi beliau masih sakit ianya dapat dikawal dengan ubat-ubatan dari pakar sendi. Memandangkan kedua-dua sendi pinggul beliau telah rosak, pakar sendi menasihati agar beliau melalui pembedahan gantian sendi tiruan. Pembedahan yang pertama telah dilakukan pada tahun 1999 dan yang kedua pada tahun 2000. Kedua-dua pembedahan ini telah menelan belanja RM14,000.

Tidak lama kemudian kedua-dua sendi lutut beliau pula perlu di ganti. Tetapi oleh kerana kesemua wang simpanan beliau telah habis digunakan untuk pembedahan sendi pinggul, beliau tidak lagi mampu membiayai kos pembedahan lutut tersebut.

Pada Mac 2003, ketika menonton berita di televisyen, beliau terserempak dengan berita penubuhan Tabung Arthritis Malaysia oleh Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng. Pada keesokan harinya beliau mnedapatkan laman web tabung tersebut dari akhbar berbahasa cina. Dari laman web tersebut, beliau memohon untuk mendapatkan sumbangan dari tabung tersebut untuk pembedahan sendi lutut.

Setelah sebulan-dua, semasa rawatan susulan bersama pakar sendi beliau, Puan Chuah telah menerima berita baik yang permohonan beliau telah diluluskan. Pada Ogos 2003, beliau berjaya menjalani pembedahan gantian sendi lutut di mana lutut tiruan telah dibiayai oleh pihak Tabung.

Puan Chuah sekarang lebih yakin dan optimis dengan masa depan beliau. Puan Chuah sekarang boleh melakukan kerja rumah seperti dahulu dan sekarang lebih berdikari. Beliau bersyukur kerana wujudnya organisasi penyayang seperti Tabung Arthtitis Malaysia yang dapat membantu pesakit arthritis yang memerlukan pembedahan tetapi tidak berupaya di atas sebab pembiayaan kos.

Nasihat beliau pada bakal penerima sumbangan tabung ini adalah untuk menjalani pembedahan sendi dengan yakin kerana prosedur ini adalah selamat, lebih lagi di tangan pakar bedah yang berpengalaman. Beliau juga menyeru pihak awam agar lebih ramai lagi menderma kepada tabung ini demi untuk masa depan pesakit-pesakit seperti beliau.

Setelah menderita untuk sekelian lama, Puan Chuah sedar bahawa manusia kadangkala lupa akan nikmat pemberian Tuhan. Untuk beliau, kebolehan untuk bergerak semula adalah satu pemberian yang tidak ternilai harganya.

Dari kisah kehidupan Puan Chuah, dapatlah kita simpulkan beberapa pengajaran. Menurut seorang pakar sendi :

1. Puan Chuah telah menghidapi antara penyakit sendi yang paling serius iaitu Rheumatoid Arthritis.
2. Penyakit ini berkebolehan untuk merosakkan sendi dalam tempoh dua tahun jika tidak dirawat dengan awal dan sempurna. Walaupun sehingga kini tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya dengan sepenuhnya, terdapat beberapa jenis rawatan yang dapat mengawal aktiviti penyakit tersebut. Ubat tersebut di kenali sebagai Disease Modifying Antirheumatic Drugs (DMARDS). Ubat tersebut berkebolehan untuk mengurangkan kadar kerosakan sendi dan jika Puan Chuah telah dirawat dengan lebih awal lagi, kemungkinan sendi beliau dapat diselamatkan.
3. Lebih banyak kaedah rawatan yang terkini dengan mengunakan agen biologikal telah di temui yang membolehkan lebih ramai pesakit arthritis melalui kehidupan yang normal, jika dirawat awal oleh pakar sendi.
4. Sekiranya sesuatu sendi telah rosak tidak kira apapun puncanya, maka tiada pilihan rawatan melainkan untuk melalui pembedahan gantian sendi tiruan. Pembedahan ini akan meghilangkan kesakitan sendi dan memperbaiki pergerakan dan fungsi sendi seperti yang dilihat pada Pn Chuah. (Sila rujuk kepada artikel pembedahan sendi untuk maklumat lanjut)

Artikel yang mendalam tentang penyakit Rheumatoid Arthritis akan dimuatkan dalam isu Joint Effort yang akan datang.

3 comments:

transformed housewife said...

serius ke ni Iela? harap2 tahap arthritis Iela tak sampai ke peringkat yg serius. Saya doakan kesihatan Iela.

miela77 said...

Nur,Nura, Nurad, Yani ...entahla...22hb t br tau tahap mana...tp mmg kengkadang pagi sembab kaki tangan mcm ngandung 9 bulan je...waaaaaaa

eezah said...

macam serius je kak iela..macam abg kita dulu bengkak muka,kaki pastu gi hospital doktr bg tau dia kena sakit buah pinggang..

harap2 penyakit kak iela ada penawarnya.

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010