Thursday, November 19, 2009

Projek Mega Blogger - Care For Kak Yong (My Beloved SIL)

Daku nak upkan entri tentang Projek Mega Blogger yang diusahakan dengan penuh keprihatinan oleh Siti Sifir.. siapa tak kenal Siti Sifir kan?.. Ekceli, pg smlm daku terima sms tanya ni no mila ke? Daku berfikiran """oww...ada cust lagi nak ty pasal cd kot.. """ rupanya cik Siti Sifir kita.. bertanyakan dan ajak bincang mengenai masalah yang dihadapi oleh Kak Yong.. mmg daku pun da lama x jumpa dengan Kak Yong kerana kekangan kerja dan urusan peribadi.. rupanya rakan2 kak yong ni amat prihatin seperti prihatinnya kakyong pada kami semua. Daku terasa bersalah lak ngan dia sebab lama x singgah umah dia.. last g rasanya seminggu lepas raya.. lepas tu bz ngan keje, biz n urusan peribadi. Memang akhir2 nie kami sekeluarga jarang ke sana.. tapi tetap keep in touch.. so agak terkejut bila terima sms tu.. daku lak plan dari sehari ke sehari nak kesana bw lappy tuk kakyong update or terjah mana yang patut.. tp x berkesempatan sungguh.. ya allah alpa nya adik ipar mu ini.. x pe lepas nie senang skit nak berhubungan dgn kak yong sebab cik abgku da tukar keje berdekatan dgn umah mertua ku.. so tetiap hari leh singgah..sapa2 nak beli ikan haruan kering gtau..daku leh tolong jualkan on behalf kakyong..
Key berbalik pada projek Mega Blogger anjuran Siti Sifir nie..daku harap uols yang prihatin leh support ye.. psstt..untuk makluman...kak yonglah yang bertanggungjawab membawa daku ke dunia blogging hingga daku mampu jana pendapatan melaluinya***thanks to kak yong****
Bismillah,
Ye..saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...
PENGENALAN
Kakyong72
adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah :
http://kakyong72.blogspot.com/
ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk :
Kakyong Shoppe
Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :
Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1300
Jumlah Terkumpul : RM 180
Baki Sasaran : RM 1120
Jumlah Penderma : 6 orangTarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi
Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran :
Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
Mereka yang ada dalam
Kakyong's Bloggerlist
Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (
Miela Ikan Pekasam).
Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.
Rindu kakyong!!!
Senarai mereka yang peduli :
Ummu Mishkah - penyumbang & entry kempen sticky mode
Ida Rahayu - penyumbang & entry kempen sticky mode
Isma - penyumbang
Atty - penyumbang & entry kempen sticky mode
Kepada mereka yang dah buat sticky mode di blog masing-masing, sila maklumkan juga kepada saya. Saya akan letakkan link anda di dalam ini. Ini penting supaya saya dapat memaklumkan anda kembali seusai jumlah yang kita nak kutip telah mencukupi.
*akaun yang digunakan itu adalah akaun yang tidak aktif, maksud saya, saya tidak gunakannya untuk tujuan peribadi lagi kerana kebanyakan urusan saya adalah melalui akaun Bank Islam.
*RM 1500 adalah jumlah yang selesa untuk mendapatkan desktop atau laptop dengan spesifikasi minimum. Walaubagaimanapun, jika ada tawaran lebih murah dari ini, saya akan maklumkan kelak.
DENGAN INI, PROJEK INI DIMULAKAN SEKARANG.....!!!

1 comments:

Pija Madzlan said...

Alhamdulillah, jumlah yang kita kumpulkan telah cukup, sila delete entry kakyong, rujuk http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/projek-care-for-kakyong-telah-berjaya.html

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010