Friday, October 9, 2009

Persediaan Menghadapi Gelombang Kedua H1N1

Baru balik berbengkel selama 3 hari.. makacih kpd kengkawan yang memberi support dalam entri sebelum nie.. biasalah.. lumrah manusia, ada masa gembira, ada masa sedey... x mo cite lagi.. meh kita tengok cite ttg Persediaan menghadapi gelombang kedua H1N1.. Daku dapat sumber dari : http://www.abim.org.my/

Sempena Majlis Aidilfitri anjuran SERI / SEMI dengan kerjasama BAKA pada 03 Oktober 2009 bersamaan dengan hari sabtu, biro kesihatan dan skuad Prihatin ABIM telah dijemput untuk membuat penerangan untuk menghadapi Gelombang ke-2 H1N1. Dr. Sharizal Azwan bin Samsudin mewakili biro kesihatan ABIM telah memperincikan tentang bahayanya virus ini kepada hampir 200 orang hadirin yang hadir ke majlis tersebut,manakala sukarelawan dari skuad prihatin mengedarkan surgical mask secara percuma kepada tetamu dan hand sanitizier.Diharap dengan penerangan ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada ibubapa yang hadir untuk dipraktikkan kepada anak-anak mereka bagi mengelakkan jangkitan tersebut.
Dan ini daripada Portal http://www.myhealth.gov.my
Bekalan vaksin tidak cukup

Bersedia hadapi gelombang ke dua jangkitan

PARIS 24 Ogos - Lebih 25 syarikat farmaseutikal berlumba-lumba menguji, menghasilkan dan mengedar berbillion-billion dos vaksin selesema babi atau Influenza A (H1N1) kepada pendududk seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua jangkitan.
Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, walaupun ia berjalan lancar, penghantaran tidak akan dapat menyamai permintaan, memandangkan hemisfera utara mula memasuki musim selesema pada musim sejuk dan musim luruh.
"Kita tahu bekalan adalah sangat terhad untuk beberapa bulan yang akan datang," kata ketua WHO, Margeret Chan Jumaat lepas.
Anggaran awal bahawa syarikat farmaseutikal besar boleh menyediakan 94 juta dos seminggu bermula Oktober telah merosot di antara 50 hingga 75 peratus ekoran penghasilan daripada strain yang dipanggil 'benih virus' oleh makmal yang diluluskan WHO adalah lebih lemah daripada jangkaan.
Menurut WHO, sebanyak 25 syarikat ubat-ubatan telah mengumumkan niat mereka untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Lima daripadanya bertanggungjawab untuk penghasilan lebih 80 peratus iaitu Sanofi-Pasteur di Perancis, AstraZeneca dan GlaxoSmithKline(GSK) di Britain, Baxter di Amerika Syarikat dan kumpulan Novartis dari Switzerland.
"Jumlah vaksin yang besar patut tiba dalam tempoh lima ke enam minggu," kata mereka.
Baxter yang menerima tempahan untuk hanya 80 juta dos telah menyiapkan beberapa kumpulan vaksin berasaskan sel dengan jenama Celvapan, dan berkata, ia akan mula diedarkan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan negara.
GSK merancang untuk memulakan penghantaran pada akhir September manakala Novartis pula pada musim luruh nanti. Sanofi-Pasteur menyasarkan bulan November atau Disember.
Usaha melakukan vaksinasi terhadap begitu ramai orang dalam tempoh yang singkat seperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah. - AFP
dan anda juga boleh menggunakan UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal 5ml sebagai satu medium untuk mencegah H1N1...
PROMOSI UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HERBAL 5ML 3 BOTOL HANYA RM55 TERMASUK POSLAJU MASIH BERJALAN HINGGA 11 OKT 2009. KALAU UOLS DEMAM, SELSEMA, SAKIT TEKAK OR BATUK, DINASIHATKAN AGAR MENCUBANYA. MEMANG BERKESAN. ORDER MELALUI EMAIL KE Miela.77@gmail.com atau ISI BORANG PESANAN DI SIDEBAR KANAN TU YE. PENGHANTARAN DIJAMIN SAMPAI 24 SELEPAS BAYARAN DIBUAT.

0 comments:

Berminat untuk order? Sila Nyatakan Tempahan Anda.

Nama :
Email Address:
Nombor Telefon
Alamat
Tempahan
Nyatakan pilihan pesanan anda atau selain dari yang disenaraikan :-
Nyatakan Kuantiti dan Warna Pesanan
Pilihan Penghantaran
Pilihan Pembayaran :
Blog Address (Jika Ada)
Status Pembeli

Get your own free form like this one.

Updated by SyamilaDesign! 2010